Anda di halaman 1dari 31

FAKULTI KEMANUSIAAN SENI DAN WARISAN

(AJ31203)
GERAKAN TAJDID DAN ISLAH DUNIA ISLAM

TAJUK TUGASAN:
SOALAN 10
IDEA-IDEA DAN AKTIVITI-AKTIVITI
PERJUANGAN GERAKAN IKHWAN ALMUSLIMIN BERKAITAN DENGAN IDEA
PENGISLAHAN MASYARAKAT ISLAM (MESIR)

NAMA PENSYARAH: EN. SHAUKI MD. RADZI


NAMA PELAJAR
NAMA
SAIBIE SAIBA

1.1

PENGENALAN

NO.MATRIK
BA 13110576

Secara umumnya, kebangkitan gerakan tajdid dan islah dunia Islam adalah
gerakan yang secara menyeluruh walaupun diwarnai oleh pelbagai bentuk warna
yang berbeza namun pada hakikatnya ia didorong oleh pelbagai faktor yang
boleh mencetuskan benih-benih tajdid dan islah di sesuatu kawasan sama ada ia
didorong oleh faktor dalaman seperti keadaan setempatan dan faktor luaran
seperti pengaruh golongan luar. Setiap penyakit pasti ada penyebabnya. Konteks
ini sama seperti setiap gerakan islah ini. Namun yang demikian, harus diingat
bahawa setiap tempat penyakitnya tidak sama. Oleh itu, sesuatu ubat perlu
dicari untuk menawarkan penyakit tersebut mengikut jenis penyakit tersebut.
Gerakan seperti Ikwanul Muslim ini digerakkan disebabkan oleh ancaman oleh
pihak kolonial daripada barat. Ikhwanul Muslimin merupakan gerakan dakwah
terbesar dan proaktif dalam melakukan kegiatan dakwah yang secara langsung
membawa kepada tarbiah. Gerakan Ikhwanul Muslimin juga dikenali sebagai AlIkhwan.1 Gerakan ini mempunyai pengikut yang sangat banyak di seluruh dunia.
Walau bagaimanapun, gerakan ini lebih dominan dan berpengaruh di
Mesir. Pertubuhan ataupun gerakan Ikhwanul Muslim ini memperjuangkan
pelbagai

nilai

yang

berbentuk

universal.

Sebagai

contoh,

keadilan

dan

keterbukaan. Selain itu, Ikhwanul Muslimin bertanggapan bahawa agama Islam


adalah agama yang menyeluruh dan seterusnya merangkumi segenap aspek
kehidupan manusia. Pada bulan Zulkaedah 1347 Hijrah atau bersamaan dengan
Mac 1928 Masihi, gerakan Ikhwanul Muslimin mulai digerakkan di Kota
Ismailiyah, Mesir dan telah menjadi pelopor gerakan fundamentalisme Islam
zaman moden dalam kawasan Afrika dan Timur Tengah. Di samping itu, Ikhwanul
Muslimin dikenali sebagai sebuah organisasi politik yang aktif menentang
pemerintahan sekular Mesir hingga pasca Perang Dunia Kedua. Kejatuhan
empayar

Uthmaniyyah

pada

1924

telah

menyaksikan

berleluasanya

penguasaan penjajah barat seperti Britain dan England.

1 Nasiruddin Bin Hassan, Perspektif dan Penentangan Terhadapan Ikwanul Muslimin di Mesir, Kota
Kinabalu: Fakulti Kemanusian Seni dan Warisan,UMS, Hlm.1.

2.1SEJARAH PENUBUHAN IKHWANUL MUSLIMIN

Foto 1: Logo Pertubuan Ikhwanul Muslim2


Negara Mesir adalah negara yang mempunyai keadaan geografi yang sangat
strategik iaitu terletak di persimpangan yang menghubungkan antara benua Asia
dan Afrika. Kestrategikan kedudukan geografi ini secara tidak langsung
memudahkan proses pengkolonisasian wilayah oleh negara barat selepas
tercetus Revolusi Perancis dan Perang Napoleon pada akhir abad ke-18 dan awal
abad ke-19. Contohnya adalah penaklukan Perancis dan British ke atas Mesir
pada awal abad ke-19. Hal ini telah menyebabkan Mesir telah terdedah dengan
satu paradigma barat yang mampu mengancam identiti sejarah, politik dan
kemurnian agama Islam di Mesir secara amnya. Tambahan pula, Islam adalah
agama yang sekian lama mendasari kehidupan masyarakat di Mesir. 3 Semasa
pemerintahan Raja Faruk pengaruh Inggeris sangat besar. 4
Ideologi sekularisme telah menular ke dalam sistem pemerintahan
kerajaan Mesir. Amalan rasuah turut berleluasa. Secara tidak langsung,
sekularisme ini telah menganggu undang-undang Islam di Mesir. Barat telah
menggunakan media massa sebagai egen penyebaran ideology sekularisme ini.
Oleh itu, tidak hairanlah jika berlaku ataupun wujud persengketaan antara Islam
dan Kristian kerana gerakan Islam seperti Ikhwanul Muslimin menentang dasar
kolonialisme Barat. Kebangkitan gerakan Islam di Mesir pada mulanya dimulakan
oleh sebuah gerakan dibawah pimpinan Ahmad Urabi Pasha pada tahun 1881.
2

Zulkifli Mohammad Al-Bakri dan Mohd Faisal Fadzil, Al- Syahid Hasan Al-Banna Pengasas
ikhwan Muslimin, Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka, 2010, hlm. 66.

3 Ray Takeyh & Nikolas K. Gvosdev. The Rise and Fall of Radical Political Islam. Westport, CT:
Praaeger Publishers, 2004, hlm. 8

Badri Yatim, M.A., Sejarah Peradaban Islam Dirasah Islamiyah II, Jakarta: PTRAJAGRAFINDO
PERSADA, 2011, hlm. 188.

Selain itu, reformasi Islam yang bercorak pemikiran Salafiyyah iaitu dibawa oleh
Jamaluddin al-Afghani, Muhammad Abduh al-Misree dan Muhamamd Rasheed
Ridaa. Gerakan-gerakan seperti yang dinyatakan tersebut adalah berobjektif
menentang

kemaraan

pengaruh

kuasa

kolonial

barat

yang

ketika

itu

mendominasi hampir keseluruhan struktur ekonomi, politik dan sosial di Mesir.


Walau

bagaimanapun,

gerakan

nasionalisme

di

Mesir

kebanyakkannya

dimonopoli oleh golongan sekular di mana gerakan Islam pula lebih hanya
tertumpu kepada pembaharuan sosial keagamaan.
Ikhwanul Muslimin adalah gerakan yang diasaskan oleh Hassan Al-Banna.
Pertubuhan ini juga dikenali sebagai sebagai Jamaiya al-Ikhwan al-Muslimin
(Ikhwan). Pertubuhan ini bermula di wilayah yang berdekatan dengan Terusan
Suez iaitu di Ismailiya pada tahun 1928. Nama Ikhwanul Muslimin ini sebenarnya
merujuk kepada persaudaraan antara manusia ataupun yang lebih tepat lagi
adalah merujuk kepada Persaudaraan Islam5. Gerakan ini mempratikkan
mengikut kaedah Islam iaitu berlandaskan kepada Al-Quran Al-Karrim dan AsSunnah. Pola dakwah yang dibawa oleh Hassan Al-Banna ini telah menarik
banyak pengikut dan seterusnya menyuarakan hasrat untuk berjuang bersama
beliau. Sebagai contoh pengikut awal Hassan Al-Banna adalah Ahmad al-Husyari,
Abdurrahman Hasbullah, Hafidz Abdul Hamid dan Fuad Ibrahim. Pergerakan awal
perjuangan mereka bermula di pasar, masjid dan mushalla. Secara tidak
langsung akan mengembalikan praktik hidup Islam dalam kalangan masyarakat
Mesir.6
Sebahagian masyarakat Mesir adalah berada di lingkungan kemiskinan
yang telah menjadi salah satu strategi imperialisme barat untuk menguasai
segala kemudahan di bandar Ismailliya amnya seperti bekalan air, api dan sistem
perhubungan jalan.7 Pihak barat telah mewujudkan banyak syarikat perusahaan
seperti syarikat perushaan di Terusan Suez dan secara langsung memberi
5 Kamus Dewan Edisi Empat, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007, hlm.564.
6

Magdi Khalil, Egypts Muslim Brotherhood and Political Power: Would Democracy Survive?,
Middle East Review of International Affairs, Vol. 10, No. 1, 2006, hlm. 156.

7 Sana Abed-Kotob, The Accomodationists Speak: Goals and Strategies of the Muslim Brotherhood
of Egypt, International Journal Middle East Studies, Vol. 27, No. 23, Cambridge University Press,
1992, hlm. 223.

peluang

pekerjaan

kehidupan.

Walau

kepada

masyarakat

bagaimanapun,

Mesir

untuk

penguasaan

memperbaiki

kolonial

barat

ini

taraf
telah

mewujudkan impak ataupun perbezaan antara masyarakat Mesir yang berada di


zon kemiskinan. Hassan Al-Banna telah menghidu strategi kolonial barat ini yang
mampu memesongkan ajaran Islam itu sendiri. Penularan kehidupan bebas
masyarakat barat seperti perhubungan bebas dan meminum minuman yang
memabukkan ternyata melanggar syariat Islam itu sendiri.

Wilayah

Kaherah

pada

selepas

Perang

Pertama 8

Dunia

amat

membimbingkan pemimpin Islam kerana telah terjebak dengan kemurtadan


sebagai Islam. Hal ini telah menyebabkan perombakan implementasi agama
Islam dalam masyarakat Mesir. Selain itu, institusi pengajian tinggi telah tersebar
budaya sekularisme yang mana pada mulanya menerapkan ajaran agama Islam.
Buktinya adalah penubuhan pusat akademik oleh golongan Theosophist 9 di
Syarial

Manakh.

Keadaan

ini

bertambah

parah

lagi

apabila

kehidupan

masyarakat Islam Mesir terdedah dengan filem berbaur pornografi dan budaya
hedonisme. Keadaan ini telah membawa kepada kerosakan lembaga sosial dan
kelemahan

golongan

ulama

serta

pegawai

kerajaan

telah

menambah

keruncingan dalam permasalahan ini. 10 Oleh itu, gerakan Ikhwanul Muslim ingin
mengembalikan semula islah Islam yang sebenar yang berlandaskan Al-Quran
dan As-Sunnah. Dalam masa yang sama gerakan ini berobjektifkan memperbaiki
taraf kehidupan Islam di Mesir. Walau bagaimanpun, gerakan ini tidak hanya
kepada menumpukan kepada aspek keagamaan sahaja. Tetapi turut mengambil
kira dalam aspek politik. Antara motto Ikhwanul Muslim adalah;
Allah is our goal, Quran is our Constitution,
The Prophet is our Leader, Jihad is our way,
8

Sana Abed-Kotob, op,cit, hlm. 225

Theosopist merupakan suatu istilah untuk menggambarkan orang-orang yang berpegang


kepada pemikiran falsafah dalam soal membabitkan ketuhanan. Mereka boleh terdiri
daripada orang-orang Kristian, Yahudi dan Islam sendiri. Lihat Taufik Abdullah, Ensiklopedi
Tematis Dunia Islam, Jakarta: Ikhtiar Bary Van Houve, hlm. 134.

10

Amir Hamzawy & Nathan J. Brown, The Egyptian Muslim Brotherhood: Islamist
Participation in a Closing Political Environment, Carnegie Papers, No. 19, Carnegie Middle
East Center, 2010, hlm. 133

Dying in the way of Allah is our biggest hope.11

Gerakan ini pada mulanya bersifat rahsia kerana gerakan ini hanyalah
sebuah kumpulan yang kecil. Tambahan pula, mereka harus meraih sokongan
untuk penubuhan cawangan dan menarik lebih ramai pengikut. Gerakan ini
menjadikan masjid sebagai tempat awal sebagai medium penyebaran dakwah.
Pada tahun 1932, ibu pejabat pertubuhan ini berpindah ke wilayah Kaherah.
Ikhwanul Muslim memulakan strategi gerakan di Kaherah dengan mendirikan
bangunan masjid, hospital, kelab sosial dan organisasi serta menumpukan
kepada sistem pendidikan.12
Buktinya adalah ahli Ikhwanul Muslim telah mewakafkan tanah untuk
membiayai pembinaan masjid. Hal ini sejajar objektif Ikhwanul Muslim untuk
membina masjid di seluruh negara Mesir. Dalam soal rawatan kesihatan,
pembinaan hospital dan dispensari mulai dijalankan di kebanyakan tempat
seperti pembinaan Klinik Ikhwan di Tanta yang menyaksikan beribu-ribu pesakit
dapat

menerima

rawatan

kesihatan

dalam

masa

setahun.

Dalam

soal

pendidikan,Ikhwanul Muslimin telah mewujudkan pendidikan non-formal seperti


usrah yang melibatkan suatu kelompok. Di samping itu, terdapat Jawatankuasa
Khas yang menjalankan pembinaan sekolah-sekolah rendah, menengah dan
sekolah kemahiran yang dilihat lebih menekankan aspek prinsip-prinsip Islam
dalam sukatan pembelajarannya. Hal yang paling menarik adalah pendidikan
secara pecuma bagi golongan masyarakat yang bekerja. Sebuah sekolah
disediakan khusus untuk golongan wanita sahaja. Sekolah ini dikenali sebagai
sekolah Ummul Muminin yang disediakan khusus untuk golongan wanita
sahaja. Tenaga pengajar yang mengendalikan setiap kelas ini terdiri daripada
graduan-graduan Institut Pengajian Tinggi Mesir yang terlatih. Akhir sekali adalah
mewujdukan pendidikan;
pendidikan ideologi(at-Tarbiyah al-Aqaidiyyah)
pendidikan spiritual (at-Tarbiyah al-Ruhaniyah),
pendidikan akhlak (at-Tarbiyat al-Khuluqiyah),
11 Motto Ikhwanul Muslim Allah ghayatuna, Al-rasul zaimuna, Al-quran dusturuna, Al-jihad
sabiluna, Al-mawt fi sabil Allah asma amanina. Lihat ucapan Hassan Al-Banna dalam Richard
P.Mitchel, The Society of Muslim Brothers, New York City: Oxford University Press, 1969, hlm. 193-4.

12 Abd al-Monein Said Aly & Manfred W. Wenner, Modern Islamic Reform Movements: The Muslim
Brotherhood In Contemporary Egypt, Middle East, Journal, Vol. 36. No. 3, 1932, hlm. 337.

pendidikan sosial (at-Tarbiyyah al-Aqliyyah),


pendidikan politik (at-Tarbiyah al-Siyasah)
pendidikan dalam aspek jasmani (at-Tarbiyah alJismiyah).13

Dalam

soal

kebajikan

pula,

Ikhwanul

Muslimin

telah

mendirikan

kemudahan infrastruktur serta pusat-pusat kebajikan. 14 Hal ini adalah untuk


memajukan kawasan desa di Mesir yang ratanya dihuni oleh golongan miskin.
Mereka

telah

mementingkan

membuka
soal

ladang-ladang

kebajikan.

Ikhwanul

pertanian.
Muslim

Gerakan

telah

memberi

ini

amat

bantuan

makanan secara percuma bagi rakyat yang kurang berkemampuan. Bukan itu
sahaja, gerakan ini juga telah menyediakan bekalan-bekalan eletrik dari
kampung ke kampung dan bantuan sara hidup yang disediakan kepada golongan
Orang Kurang Upaya (OKU) dan pesakit. Kemantapan gerakan ini secara tidak
langsung telah menyebabkan peningkatan penyertaan dalam gerakan tersebut. 15
Buktinya adalah pertambahan ibu pejabat sebanyak 300 buah pada tahun 1930
kerana jumlah ahli yang semakin meningkat. 16
Pada tahun 1940 pula, 500 pejabat cawangan telah berjaya dibuka dan
seterusnya mengalami peningkatan kepada 2000 cawangan pada tahun 1949.
Peningkatan jumlah dapat dilihat pada tahun 1945 dengan penyertaan 500 000
ahli dan seterusnya meningkat kepada sekitar dua juta orang pada tahun 1951. 17
Hal yang menarik perhatian adalah pengwujudan majala yang tersendiri. Sebagai

13 Yusuf Qardhawi, Sistem Pendidikan Ikhwanul Muslimin, ter. Mohd Nabhan Husein, Kuala Lumpur:
Thinkers Library Sdn. Bhd, 1986, hlm. 38.

14 Oliver Guita. Muslim Brotherhood Parties in The Middle East and North Africa (MENA) Region.
Centre For European Studies (CES), 2010, hlm. 2.

15

Richard P.Mitchel, The Society of Muslim Brothers. New York City: Oxford University Press,
1969, hlm. 121-122.

16

Asep Syamsul M.Romli, Demonologi Islam: Upaya Barat Membasmi Kekuatan Islam.
Jakarta: Gema Insani Press,2000, hlm. 50.

17

Oliver Guita, op.cit. hlm. 3.

contoh, majalaj Al-Muslimun, An-Nadhir dan Mingguan At-Taaruf18, Ash-Shihah,


Al-Mabahith

serta

Al-Daawah.

Sebenarnya,

penerbitan

ini

adalah

untuk

menerangkan matlamat Ikhwanul Muslim. Antara matlamat tersebut adalah


Islam sebagai agama yang universal, mendamaikan perselisihan pendapat
antara mazhab Islam.19

3.1TOKOH IKHWANUL MUSLIMIN


3.1.1 Hassan Al-Banna

Foto 2 : Hassan Al-Banna20

18

Al-Mukminun bermaksud Persaudaraan dalam Islam, An-Nadhir bermaksud Pemberi


Peringatan manakala At-Taaruf membawa maksud Pengenalan. Lihat Taufik Abdullah,
Ensiklopedi Tematis Dunia Islam, Jakarta: Ikhtiar Bary Van Houve, hlm.138.

19 Ziad Munson, Islamic Mobilization: Social Movement Theory and the Egyptian Muslim
Brotherhood. Vol. 42, No.4, 2001, hlm. 264.

Hassan Al-Banna merupakan pengasas awal gerakan Pertubuhan Ikhwanul


Muslim.Dikenali dengan nama Muslim Brotherhood. Beliau adalah individu
yang menolak ideologi sekularisme yang menular secara deras di wilayah Mesir.
Hal ini kerana beliau menganggap bahawa ideologi seumpama ini adalah suatu
yang membawa keburukan terhadap agama Islam di Mesir. Hassan Al-Banna
telah dilahirkan di kawasan perkampungan delta iaitu Mahmudiyah pada 14
Oktober 1906 iaitu sebuah perkampungan petani yang terkenal kuat mentaati
ajaran dan nilai-nilai Islam serta keluarga ulama yang dihormati. Beliau
merupakan anak sulung. Keluarga Hassan Al-Banna amat memberatkan soal
keagamaan dalam aspek kehidupan. Faktanya adalah ayahnya memindahkan
Hassan al-Banna ke Madrasah I dadiyah. Hasilnya, berkat uasaha tanpa jemu
ayahnya diiringi oleh kesungguhan anaknya itu akhirnya berjaya menghafaz
separuh daripada isi al-Quran ketika berusia 12 tahun. 21 Ketika beliau lahir,
keadaan landskap politik dan ekonomi yang dikuasai oleh England. Datuk Hassan
al-Banna bernama Syeikh Abdul Rahman al-Banna.

Bapa kepada Hassan Al-

Banna adalah Imam Sheikh Ahmad Al-Banna. Imam Sheikh Ahmad Al-Banna juga
merupakan antara individu yang berpengaruh di Mahmudiyah. Iman Sheikh
Ahmad Al-Banna adalah seorang ahli akademik (lulusan Universiti Al-Azhar),
ulama dan penulis kitab-kitab fiqh. Tidak hairanlah jika Hassan Al-Banna banyak
mempelajari elemen Sufisme daripada bapanya. 22

Sebelum meningkat dewasa, Hassan al-Banna amat aktif dalam bidang


kepimpinan. Semasa beliau berusia 12 tahun, beliau telah menjadi pemimpin
badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-Akhlaqi yang dikelolakan oleh
gurunya di sekolah. Pada peringkat ini juga beliau telah menghadiri majlis-majlis
zikir yang diadakan oleh sebuah pertubuhan sufi, al-Ikhwan al-Hasafiyyah, serta
20 Youssef H. Aboul-Enein, Al-Ikhwan Al-Muslimeen: The Muslim Brotherhood, Military Review,
2003, hlm. 28

21 Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Mohd Faisal Fadzil, Al-Syahid Hassan Al-Banna Pengasas Ikhwan
Muslimin, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010, hlm. 20.

22 Aliran tarekat ini diasaskan oleh Syeikh Hasnain Al-Hasafi yang merupakan seorang ulama

Universiti Al-Azhar yang mahir dalam Ilmu Fiqh Mazhab Syafie dan Ihya Ulumuddin karangan Imam
Ghazali. Lihat Zulkifli Mohamad Al-Bakri & Mohd Faisal Fagzil. AlSyahid Hasan Al-Banna, Kuala
Lumpur: DBP. 2011, hlm. 65.

menjadi ahli penuh pada tahun 1922. Melalui pertubuhan ini beliau berkenalan
dengan Ahmad al-Sakri yang kemudian memainkan peranan penting dalam
penubuhan Ikhwan Muslimin. Ketika berusia berusia 13 tahun pula, Hassan alBanna telah menyertai demontrasi dan tunjuk perasaan menentang penjajahan
British ketika era Revolusi 1919. Pada tahun 1923, ketika usia beliau memasuki
16 tahun, beliau telah memasuki Dar al 'Ulum, sekolah latihan guru di Kaherah.
Di Dar-al-Ulum, Al-Banna telah mendalami ilmu berkaitan teologi (tauhid),
hukum-hakam (Fiqh) dan Al-Quran. Beliau mendapati ideologi sekularisme
merebak dalam institusi masyarakat selepas kebangkitan Mustapha Kamal
Attartuk di Turki yang telah menjatuhkan kerajaan khalifah Turki Uthmaniyyah.
Pemikiran Hassan Al-Banna juga banyak dipengaruhi oleh Sheikh Muhibb al-Din
Khatib yang merupakan seorang pejuang pembaharuan dari Syria dan telah
mengorganisasikan Pertubuhan Anak-anak Muda Muslim atau Young Muslims
Mens (YMM).
Dari Sheikh Muhibb, Hassan Al-Banna telah didedahkan mengenai elemen
pengurusan masyarakat yang efisien di samping alternatif untuk membangunkan
golongan-golongan

muda.

Pada

tahun

1927,

Hassan

Al-Banna

telah

menghabiskan pengajian di Dar-al-Ulum dan menjadi guru di Islamiyah dengan


menyaksikan pola dakwahnya dengan Ikhwanul Muslimin bermula dalam
kawasan tersebut.23 Beliau kemudiannya menganggotai pertubuhan Jama'atul
Makram al-Akhlaq al-Islamiyyah yang giat mengadakan ceramah-ceramah Islam.
Melalui pertubuhan ini, Hasan al-Banna dan rakan-rakannya menjalankan
dakwah ke serata pelosok tempat, di kedai-kedai kopi dan tempat-tempat
perhimpunan orang ramai. Selain itu juga, peringkat inilah beliau bertemu dan
mengadakan hubungan dengan tokoh-tokoh Islam terkenal seperti Muhibbuddin
al-Khatib, Muhammad Rashid Reda, Farid Wajdi dan lain-lain. Dia mendapat
ijazah pada tahun 1927 dan diberikan jawatan sebagai guru bahasa Arab di
sekolah rendah kebangsaan di Isma'iliyya yang terletak di Zon Terusan Suez. 24

Setelah berkhidmat 19 tahun dalam bidang perguruan, beliau meletakkan


jawatan pada tahun 1946 untuk menyusun kegiatan dakwah dengan berkesan
23 Mona El Ghobasy,The Metamhorphosis of the Egyptian Muslim Brothers. International Journal
Middle East Studies. Vol. 37. Cambridge University Press, 2005, hlm. 144

24 Mitchell Richard P. op. cit. Hlm.6.

dalam masyarakat di bandar itu. Pengalaman menjadi sebahagian daripada ahli


jemaah yang dikumpulkan sekian lama telah memudahkan perjuangan beliau
untuk mewujudkan gerakan Ikhwan Muslimin di bandar Ismailiyyah pada Mac
1928 dan pada ketika itu beliau berusia 23 tahun. Pengalaman menjadi ahli
jemaah juga telah menyebabkan Ikhwan Muslimin sebuah gerakan yang
berpengaruh. Pada 12 Februari 1949, beliau telah ditembak dan didakwa bahawa
pembunuhan ini telah dirancang oleh polis rahsia kerajaan. Jenazah al-Imam
Hassan Al-Banna telah dikebumikan dengan kawalan kereta-kereta kebal dan
perisai. Orang ramai tidak dibenarkan menghadiri upacara pengebumiannya
melainkan ahli keluarga beliau. Kemasukkan pertama Hassan Al-Banna dalam
dunia politik Mesir adalah ketika beliau bersama keluaraganya menyertai
perjuangan nasionalis pada tahun 1919. Beliau telah menyertai gerakan
menuntut kemerdekaan di London semasa tahun 1912. Hasilnya, Mesir telah
berjaya mendapatkan kebebasan ataupun kemerdekaan. Walau bagaimanapun,
kemerdekaan yang diberikan oleh British kepada Mesir ini bersyarat. 25
3.1.2Sayyid Qutb
Sayyid Qutb adalah individu yang penting dalam gerakan perjuangan Ikhwanul
Muslimin selain daripada Hassan Al-Banna. Sayyid Qutb terkenal dengan
penulisannya tentang Ikhwanul Muslim. 26 Tambahan pula, penulisan Sayyid Qutb
adalah salah satu faktor penarik anak-anak muda dan masyarakat untuk
berjuang bersama Ikhwanul Muslim. Secara biodatanya, Sayyid Qutb lahir di
daerah Assiut di Mesir pada tahun 1906. Pendidikan awal beliau adalah di
Tahjhizia Darul Uloom, Kaherah. Pada tahun 1993, beliau telah menamatkan
pengajian beliau di Universiti Kaherah dengan kelulusan Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan. Sayyid Qutb pernah ke United States untuk pembelajari cara
pembelajaran secara moden dalam bidang pendidikan. Pada tahun 1945, beliau
telah menyertai gerakan Pertubuhan Ikhwanul Muslim.

25

Ali Abdul Halim Mahmud, Ikhwanul Muslimin: Konsep Gerakan Terpadu Jilid 2. Jakarta:
Penerbit Buku Andalan. 1997,hlm. 26.

26 Magdi Khalil, op.cit, hlm. 34

Beliau mulai menyandang jawatan di Jabatan Penerangan Ikhwanul Muslim


pada tahun 1952. Jawatan untuk editor utama bagi jurnal Al-Ikhwan alMuslimoon juga turut disandingi beliau. Semasa Perjanjian Anglo-Mesir, beliau
telah mengetuai penentangan perjanjian ini. Perjanjian ini melibatkan pihak
British dan Presiden Gamal Abdel Nasser. Penentangan Sayyid Qutb ini telah
menyebabkan pihak tentera kerajaan Mesir memansuhkan penerbitan jurnal
tersebut.27 Hal ini disebabkan pihak presiden Nasser bimbang akan pengaruh
penulisan jurnal-jurnal gerakan Ikhwanul Muslim ini. Walau bagaimanpun, Sayyid
Qutb telah dipenjarakan pada tahun 1955 selama 15 tahun. Semasa beliau
dipenjara, beliau telah menghasilkan buku beliau yang menimbulkan fenomena
iaitu Tafsir Fi Zilal Al-Quran. Presiden Iraq Abdul Salam Arif bertindak
membebaskan

Sayyid

Qutb.

Namun

kekejaman

kerajaan

Mesir

ternyata

menimbulkan kemarahan Ikhwanul Muslim kerana pada tahun 29 Ogos 1966,


Sayyid Qutb telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati bersama pemimpin
Ikhwanul Muslim yang lain. Sebelum itu, beliau sempat menghasilkan sebuah
karya berjudul Ma Alim Fi Tareeq yang menjadi rujukan untuk revolusi atas nama
agama Islam dan Allah.28
4.1IDEA PERJUANGAN IKHWANUL MUSLIM
Gerakan Ikhwanul Muslimin merupakan salah satu gerakan Islam terbesar yang
berpengaruh di Mesir, di Timur Tengah, Afrika Utara, bahkan berpengaruh
dipelosok dunia. Profesor Mark Lilla di dalam The New York Times Magazine
The Politics of God mengatakan tentang gerakan ini. We in the West find it
incomprehensible that theological ideas still inflame the minds of men, stirring
up messianic passions that can leave societies in ruin. We had assumed that this
was no longer possible, that human beings had learned to separate religious
questions from political ones, that political theology died in 16h-century Europe.
We were wrong. Ikhwanul Muslimin mengatakan bahawa Islam bukanlah agama
yang hanya memfokuskan kepada ibadat semata-mata tetapi Islam merangkumi
dalam semua perkara. Hassan Al Banna ada mengatakan, ... Islam adalah
aqidah dan ibadah, negara dan kewarganegaraan, toleransi dan kekuatan, moral
27 S. Ganloo,Glimpes of Islamic World. New Delhi: Anmol Publications Ltd. 2004, hlm. 14

28 Magdi Khalil, op.cit, hlm. 5

dan material, peradaban dan perundang-undangan ...29. Ikhwanul Muslim


menekankan bahawa Islam merupakan suatu ideologi yang menyeluruh untuk
kehidupan peribadi mahupun bermasyarakat.

Idea Ikhwanul Muslim sangat memainkan peranan yang begitu besar kerana
idea-idea pertubuhan ini akan menentukan kejayaan Ikhwanul Muslim. Idea yang
dilontarkan oleh Ikhwanul Muslim ini tidaklah bersifat begitu fanatik dan radikal. 30
Maksudnya, pertubuhan ini tidak bersifat anti-moden dan anti-barat. 31 Namun,
gerakan pertubuhan ini lebih kepada menyeru kepada pembacaan kitab suci AlQuran.32 Jika masyarakat Islam di Mesir kembali kepada seruan Islam yang
sebenar, pastinya segala kejayaan hidup dapat dicapai secara menyeluruh.
Imam Al-Banna berkata;
Setiap Ikhwan harus bekerja keras untuk membebaskan
tanah airnya dari setiap kekuasaan asing, baik kekuasaan
politik,

ekonomi,

memperbaiki

dan

sistem

spiritual.

Setiap

pemerintahnnya

Ikhwan

hingga

harus

menjadi

pemerintahan Islam sejati iaitu melalui pelaksanaan tugas


pemerintahan

seperti

menjadi

abdi

masyarakat

atau

menjadi pegawai pemerintahan yang melakukan tugasnya


demi

kemaslahatan

pemerintah.

Bentuk

konkret

pemerintahan Islam akan terlihat dari warga negara yang


menjalankan kewajiban islaminya sehingga pemerintahan
seperti

itu

menjadi

sumber

hukum

dan

ajaran

bagi

warganya. Perwujudan pemerintahan seperti itu merupakan

29 Hassan Al-Banna. 1992. Majmuat rasail al-Imam al-Shahid Hasan al-Banna.


Kaherah: Dar al-Tawzi wa al-Nashr al-Islamiyah,1992, hlm. 67
30 Nasiruddin Bin Hassan, op.cit, hlm. 44.

31 Nasiruddin Bin Hassan, op.cit, hlm. 44.

32 Sami Zubaida. Islam, the People and the State: Essays on Political Ideas and Movements in the
Middle East. New York: I.B Tauris, 1993, hlm. 102

tugas individu yang merasakan dirinya termasuk Jamaah


Ikhwanul Muslimin.33
Secara umumnya, idea Ikhwan Muslim ini merangkumi 3 aspek. Aspek
tersebut itu adalah aspek politik, ekonomi dan sosial. Idea-idea ini secara
langsung memadamkan tanggapan bahawa gerakan Ikhwanul Muslim ini hanya
tertentu kepada agama Islam sahaja. Namun, perjuangan Ikhwanul Muslim
merangkumi segenap kehidupan masyarakat di Mesir. Walau bagaimanapun,
Ikhwanul Muslim mempunyai beberapa objektif untuk dijadikan sebagai sasaran
yang mereka perjuangkan. Antara objektif tersebut adalah pembangunan
daripada segi individu, keluarga, masyarakat, penubuhan negara yang benarbenar mematuhi sistem Islam34 ataupun menghidupkan semula pemerintahan
secara sistem Khalifah35 dan akhir sekali adalah menguasai serta menerajui
dunia Islam.
5.1AKTIVITI PERJUANGAN PENGISLAHAN MASYARAKAT ISLAM OLEH
IKHWANUL MUSLIM DI MESIR
5.1.1 POLITIK
Penguasaan British terhadap Mesir pada tahun 1882 hingga 1954 telah banyak
mengubah struktur ataupun keadaan politik negara Mesir. Kerajaan British telah
mewujudkan sistem pemerintahan secara bebas, parlimen, birokrasi dan secara
ketenteraan. British telah menguasai secara total Suruhanjaya Tinggi Mesir.
Badan berkuasa inilah yang bertindak sebagai pengeluar arahan kepada tentera
dan kerajaan. Bukan itu sahaja, Parti Wafd turut menguasai keadaan politik di
Mesir dengan penguasaan 90% kerusi parlimen semasa Pililihan Raya 1924. Di
samping itu juga, penubuhan negara Israel secara haram di Palestin juga
mempengaruhi keadaan politik di Mesir. 36 Hal ini kerana penguasaan Israel
33

Ali Abdul Halim Mahmud, op.cit ,hlm. 21.

34 Youssef H. Aboul-Enein, op.cit, hlm. 30.

35 Ikhwanul Muslimin pernah menganjurkan Caliphate Conference (Persidangan Khalifah) di


Kaherah pada tahun 1926. Lihat Khaled Elgindy, Egypt, Israel and Palestine: Prospect for Peace
After the Arab Spring, Cairo Review,Vol. 6, 2012, hlm. 84

36 Eric Trager, The Unbreakable Muslim Brotherhood: Grim Prospects for a Liberal Egypt. Foreign
Affairs. Vol. 90. No. 5, 2011,hlm. 86.

terhadap Palestin turut dibantah oleh masyarakat Mesir pada tahun 1936. Walau
bagaiamanpun, perang yang berlaku pada tahun 1948 antara bangsa Arab dan
Israel gagal membantu Palestin kerana Israel dibantu oleh kuasa barat lain
seperti British. Ini bermakna, perjuangan gerakan Ikhwanul Muslim bermula
kerana adanya kesedaran dalam diri ahli politik di Mesir tentang kekacau-bilauan
adalah disebabkan oleh kuasa barat di Mesir. Oleh itu, kuasa asing di Mesir ini
mesti dijatuhkan kerana barat telah membawa ideologi sekularisme yang begitu
hebat terhadap masyarakat Mesir.37 Antara aktiviti perjuangan yang dibawa oleh
Ikhwanul Muslim adalah ingin membebaskan Mesir daripada politik kotor barat
dan berjuang untuk menentang ideologi sekular dalam aspek politik.
Perjuangan Ikhwanul Muslim yang paling lantang adalah menentang
politik secara sekular. Penentangan secara hebat Ikhwanul Muslim telah
menyebabkan pengikut Ikhwanul Muslim telah ditangkap termasul Hassan AlBanna oleh Muhammad Fahmi Naqrashi. Namun, Hassan Al-Banna mengegaskan
kepada penentang gerakan mereka bahawa gerakan perjuangan Ikhwanul
Muslim adalah untuk pembangunan negara Islam Mesir dan bukannya untuk
merampas kuasa kerajaan.38 Tambahan pula, Hassan Al-Banna amat khuatir jika
pemerintah Mesir menjadi boneka Sekularisme barat 39 yang menjadikan sistem
politik Mesir khususnya bertentangan dengan konsep Islam. Hal ini kerana, Islam
adalah suatu pegangan agama yang bersifat syumul ataupun secara menyeluruh
daripada semua aspek.40
Gerakan Ikhwanul Muslim menginginkan penggabungan agama dalam
aspek politik seterusnya melengkapi bidang politik secara syariah iaitu
37

38

Wan Jaffree bin Wan Sulaiman, Detik-detik Hidupku...Hasan Al-Banna, Kuala Lumpur:
Percetakan Perwira Sdn. Bhd, 1989, hlm. 17.

Asep Syamsul M.Romli, op.cit, hlm. 18.

39

M. Imdadun Rahmat, Arus Baru Islam Radikal: Transmisi Revivalisme Islam Timur Tengah
ke Indonesia, Jakarta: Penerbit Erlangga, 2005, hlm. 18.

40

Mohd Hazizi Bin Ab.Rahman, Pandangan Hassan Al-Banna Terhadap Agenda Pembangunan
Ummah dan Pelaksanaannya di Malaysia, dalam http://www.ismaweb.net/v4/wpcontent/uploads/2010/03/Kertas-Kerja-KOBANNA-Ustaz-Hazizi-Abd-Rahman.pdf, Diakses
pada 21 Mac 2013.

mematuhi Al-Quran dan As-Sunnah.41 Oleh kerana keadaan Mesir yang telah
disekularkan oleh barat. Maka, Ikhwanul Muslim menuntut agar sistem Syura
diwujudkan semula agar setiap keputusan dalam perbincangan dasar negara
diputuskan bersama. Selain itu, Ikhwanul Muslim menuntut agar pemerintah
ataupun pemimpin mengikut acuan pemerintahan secara Islam.Mereka yang
tidak memasukkan bidang politik dalam perjuangan ini, maka mereka adalah
tergolong dalam golongan yang zalim.42
Tambahan pula, parti-parti politik di Mesir telah banyak menyimpang
daripada ajaran berpolitik Islam. Perjuangan Ikhwanul Muslim dalam hal ini
adalah mendesak agar mereka membubarkan parti politik mereka. Hal ini dapat
dilihat semasa Revolusi Mesir pada tahun 1952 yang menyaksikan pembubaran
parti-parti politik.43 Walau bagaimanpun, Ikhwanul Muslim telah melakukan suatu
tindakan untuk mengelakkan perpecahan rakyat iaitu bergabung dengan parti
politik yang lain. Inilah yang dikatakan penyatuan secara berhemah dalam
Islam.44 Hal ini kerana, pemimpin Ikhwanul Muslim sedar bahawa dengan
penyatutan yang dilakukan mampu untuk mengembalikan semula pemerintahan
politik Islam. Di samping itu, perjuangan Ikhwanul Muslim ini juga turut menjurus
kepada tuntutan sistem pemerintahan secara Islam. Pemerintahan secara
Islam ini secara tidak langsung akan akan menghalang budaya Sekularisem
barat daripada terus menular.
Misi kita secara lebih jelas adalah berusaha agar di Mesir,
yang merupakan negara dan rakyat Islam yang paling
menjadi fokus kita, dan negara-negara lainnya, terdapat

41

Nadianah Binti Lapiaman, Gerakan Al-Ikhwan Muslimin Dan Peranannya Dalam


Kebangkitan Islam Di Mesir (1928-1952), Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah, 2012,
hlm. 50.

42

Bannerman P, Islam In Perspektive A Guide To Islamic Society, Politics and Law, New York:
Routledge, 1988, hlm. 145.

43

Abdul Rahman Haji Abdullah, Pemikiran Islam Masa Kini: Sejarah dan Aliran, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1987, hlm. 228.

44

Nadianah Binti Lapiaman, op.cit, hlm. 52.

sistem hukum dalam negeri yang mewujudkan firman Allah


SWT.45
Maksud sistem pemerintahan secara Islam yang dikatakan oleh
gerakan Ikhwanul Muslim tersebut adalah ingin memperkasakan semula sistem
pemerintahan secara sistem berkhalifah yang telah runtuh pada tahun
1924. Oleh itu, Hassan Al-Banna mengatakan bahawa pelaksanaan sistem ini
harus

memiliki

semangat

jihad

yang

tinggi 46

kerana

perjuangan

untuk

menegakkan semula sistem Islam ini bukanlah perkara yang mudah. Menurut
Hassan Al-Banna lagi, pemerkasaan semula sistem berkhalifah Islam ini
memerlukan pembentukan semula individu yang benar-benar Islam. Selain itu,
pemulihan semula sistem rumahtangga Islam kerana sistem rumahtangga Islam
yang benar-benar mendahulukan Islam akan melahirkan modal insan yang
berkualiti. Seterusnya akan mempengaruhi pembentukkan masyarakat Islam.
Elemen asas ini akan secara tidak langsung akan memudahkan gerakan
pembentukan negara Islam seperti kerajaan Islam Madinah pada zaman
Rasulullah SAW dahulu. Ikhwanul Muslim juga menjadikan kerajaan Khulafa AlRasyiddin sebagai panduan kerana kerajaan Khulafa Al-Rasyiddin adalah negara
yang menggunakan sistem berkhalifah yang menjadikan Islam sangat disegani
diserantau dunia.47
Perjuangan Ikhwanul Muslim terus diperkasakan dengan meluaskan
pengaruh gerakan ini. Ikhwan Muslimin telah mewujudkan cawangannya di
Kairo serta di wilayah lain di sekitar Mesir. 48 Perkara yang paling menarik adalah
gerakan ini mempunyai organisasi secara Nizam Al-Usar iaitu setiap organisasi
45

Herry Mohammad, Tokoh-Tokoh Islam Yang Berpengaruh Abad 20, Jakarta: Gema Insani,
2006, hlm. 204.

46 Hassan Al-Banna, Majmuat rasail al-Imam al-Shahid Hasan al-Banna, Kaherah: Dar al-Tawzi wa
al-Nashr al-Islamiyah, 1992, hlm. 144.

47

48

Azmul Fahimi Kamaruzaman, Pembinaan Semula Sistem Khalifah Menurut Hassan AlBanna, dalam Farid Mat Zin, Daulah Uthmaniyah Dan Alam Melayu, Shah Alam: Karisma
Publications Sdn.Bhd, 2009, hlm. 118.

Rifki Rosyad, A Quest For True Islam, Australia: ANU E Press, 2006, hlm. 27.

mempunyai seorang pemimpin dengan 10 orang anggota. Strategi ini sangat


mudah dalam menerapan semangat jihad dan secara tidak langsung telah
memberi impak kepada kebangkitan semangat Islam dalam ahli masingmasing.49 Semangat seumpama ini amat penting dalam aspek penentangan
ideologi Sekularisme Barat di Mesir. 50 Tidak melampau jika dikatakan bahawa
penerapan semangat jihad antara kunci kejayaan gerakan Ikhwan Muslimin
dalam menghadapi penjajahan Barat. 51
Akhir sekali adalah Ikhwanul Muslim telah menubuhkan persatuan arab.
Maksud yang disampaikan oleh gerakan ini adalah menyeru kepada semua
orang Islam ataupun negara Islam di Tanah Arab agar bersama-sama dalam
perjuangan Ikhwanul Muslim bagi memperbetulkan semula sistem politik Mesir
yang diubah oleh pihak kolonial. Hal ini kerana perpaduan yang utuh antara
bangsa arab mampu merangka politik Islam. 52 Tambahan pula, Ikhwanul Muslim
ingin menghapuskan budaya rasisme diantara bangsa Arab ataupun Islam itu
sendiri kerana masyarakat Tanah Arab sangat terkenal dengan budaya berpuakpuak pada Rasulullah SAW dahulu. Bahkan sebelum zaman Rasulullah SAW
sudah wujud unsur rasisme ini. Antara usaha yang dilakukan oleh gerakan
Ikhwanul Muslim adalah mengadakan program yang bersifat lebih ilmiah.
5.1.2EKONOMI
Ekonomi Islam mempunyai sistem yang sangat adil jika dibandingkan dengan
sistem ekonomi barat yang hanya bertunjangkan materialisme semata-mata.
Ekonomi Islam tidak menindas pengguna yang lain. Berbeza dengan sistem barat
yang terang-terang menindas. Namun, bukan semua sistem ekonomi barat ini
menindas masyarakat Islam di Mesir amnya. Gerakan Ikhwanul Muslim
49

Fealy G.Bubalo.A., (Terj.) Akh.Muzaki, Jejak Kafilah: Pengaruh Radikalisme Timur Tengah di
Indonesia, Bandung: PT Mizan Pustaka, 2007, hlm. 33.

50

Shamsul Azhar Yahya, Penglibatan Politik dan Penindasan ke atas Ikhwan Al-Muslimin
dalam Sejarah Perkembangan Politik Mesir, 1938-2005, Jurnal Jabatan Sejarah Universiti
Malaya, No.16. 2008, Kuala Lumpur: Universiti Malaya, hlm. 84.

51

Abdul Rahman Haji Abdullah, op.cit, hlm. 232.

52

Ali Abdul Halim Mahmud, op.cit, hlm. 204.

menentang sistem kapitalisme yang bercanggah dengan syariat Islam.


Sebagaimana yang telah ditegaskan, bukan semua sistem ekonomi barat ini
menindas masyarakat Islam Mesir. Oleh itu, gerakan Ikhwanul Muslim tidak
menentang secara keseluruhannya akan sistem ekonomi barat ini. Walau
bagaimanapun, gerakan Ikhwanul Muslim tetap menyeru kepada sistem barat ini
agar tidak mengetepikan agama secara mutlak.53

Antara sistem ekonomi barat yang melanggar nilai-nilai Islam adalah


amalan rasuah yang semakin berleluasa. Sistem ekonomi ini sangat ditegah
dalam Islam kerana amalan ini menindas orang lain tanpa persaingan secara
sihat. Selain itu, amalan riba turut mendasari sistem ekonomi kolonial ini.
Amalan riba adalah sistem ekonomi yang tidak adil kepada si pembeli kerana si
pembeli terpaksa membayar harga yang lebih tinggi berbanding dengan harga
asal sesuatu barangan tersebut. Kolonial juga memonopoli ekonomi Islam di
Mesir. Ikhwanul Muslim sedar bahawa hanya dengan penerapan unsur Islam
dalam ekonomi ini mampu menyelamatkan masyarakat Islam di Mesir. 54
Alternatif yang di ambil oleh gerakan pembaharuan oleh Ikhwanul Muslim adalah
menerapkan ekonomi tanpa penyelewangan.55 Salah satu pemimpin Ikhwanul
Muslim mengatakan bahawa ekonomi yang dijalankan harus bebas daripada
korupsi agar dapat mengelakkan keruntuhan nilai kehidupan manusia. 56 Hal ini
kerana, bidang ekonomi tidak akan dapat lari daripada kehidupan manusia
kerana manusia memerlukan pendapatan bagi menjana kelangsungan hidup.
53

Wan Jaffree bin Wan Sulaiman, op.cit, hlm. 25.

54

Rusdi Alias, Nor Saleha Mohd. Salleh, 2010, Pemikiran al-Banna dan Ideologi Barat:
Pertembungan Dua Agenda, Kertas Kerja, Konvensyen Pemikiran Hasan al-Banna dala
Melakar Agenda Bangsa di UNITEN, Bandar Baru Bangi, pada 30 Jan 2010, anjuran Ikatan
Muslimin Malaysia.

55

Mohd. Radzi Othman, O. K. Rahmat, Gerakan Pembaharuan Islam: Satu Kajian di Negeri
Perlis dan Hubung Kaitnya dengan Malaysia, Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia, 1996,
hlm. 25.

56 Ibid., hlm. 26.

Islam adalah agama yang mementingkan akhlak. Oleh itu, gerakan reformasi
Ikhwanul Muslim sangat menggalakan amalan bermurah hati dalam
perniagaan amnya. Tambahan pula, sikap seumpama ini adalah salah satu
medium untuk menyampaikan dakwah. Pengasas pergerakan ini iaitu Hassan AlBanna seorang yang amat bermurah hati dan menyeru agar masyarakat sentiasa
bersedekah.57 Tidak hairanlah beliau telah menjadi contoh kepada ahli Ikhwanul
Muslim sendiri. Sehinggakan ahli pertubuhan ini memuji akan sifat bersedekah
Hassan Al-Banna;
Suatu hari beliau membawa saya menemui seorang tukang
jahit. Beliau telah menyerahkan jubahnya kepada tukang
jahit tersebut untuk dijahit. Kami berjalan melalui sebuah
lorong yang sempit dan gelap di kawasan Al Maghrabeen.
Tukang jahit itu bangun dan menyerahkan jubah Hasan alBanna tanpa mengalu-alukan kedatangan kami. Dia terus
meminta upah sebanyak tiga paun. Imam Hasan al-Banna
memberinya lima paun, mengambil jubah tadi dan bersedia
untuk beredar dari situ. Terfikir saya hendak mengambil
baki wang dua paun itu, tetapi Hasan al-Banna menahan
saya. Sedarlah saya bahawa Hasan al-Banna tidak mahu
saya mengambil baki wang dua paun itu. Dalam perjalanan
pulang, kami bertemu seorang pengemis, Imam Hasan alBanna menyuruh saya memberi satu riyal kepada pengemis
tersebut. Baru saya tahu bahawa Imam Hasan al-Banna ada
wang sebanyak lima paun saja dan kesemua wang itu telah
diberikan kepada tukang jahit tadi. Kini dia tidak berwang
lagi. Imam Hassan al-Banna bersifat pemurah ke akhir
hayatnya.58
Bagi merealisasikan ekonomi secara Islam di Mesir, gerakan Ikhwanul Muslim
turut mewujudkan syarikat perdagangan. Ikhwanul Muslim harus bersaing
57

58

Mohd Hazizi Bin Ab.Rahman, Pandangan Hassan Al-Banna Terhadap Agenda Pembangunan
Ummah dan Pelaksanaannya di Malaysia, dalam http://www.ismaweb.net/v4/wpcontent/uploads/2010/03/Kertas-Kerja-KOBANNA-Ustaz-Hazizi-Abd-Rahman.pdf, Diakses
pada 21 Mac 2013.

Wan Jaffree bin Wan Sulaiman, op.cit, hlm. 58.

dengan syarikat perdagangan daripada barat. Oleh, pengwujudan syarikat


perdagangan ini salah satu strategi perjuangan untuk mengislahkan ekonomi
masyarakat Islam di Mesir. Ikhwanul Muslim juga yakin bahawa unsur-unsur
dakwah dapat disalurkan melalui aspek ekonomi. Hal ini kerana, syarikat
perdagangan bukan sahaja merujuk kepada perniagaan secara besar-besaran.
Namun, pengwujudan syarikat perdagangan akan secara tidak langsung
membangunkan kilang seperti kilang tekstil, syarikat pengiklanan dan pertanian.
Sebagai contoh, Syarikat Pengiklanan Al-Syuaa dan At-Taaruf yang mana telah
mengiklankan majalah mingguan gerakan Ikhwanul Muslim. Selain itu syarikat
pelaburan

yang

telah

diwujudkan

telah

mendatagkan

keuntungan

yang

memberangsangkan iaitu pendapatan sebanyak AS$5 sehingga AS$15 pada


tahun 1980. Antara syarikat perdagangan yang telah dibangunkan oleh
pertubuhan Ikhwanul Muslim adalah Syarikat Al-Muamalat Al-Islamiyah di Mayit
Ghamar.59 Hampir kesemua syarikat perniagaan ini diketuai oleh pengasas
Ikhwanul Muslim sendiri iaitu Hassan Al-Banna. Beliau telah menerapkan sifatsifat yang mengandungi nilai Islam dalam diri ahli Ikhwanul Muslim agar
perjuangan dalam membangunkan ekonomi Islam terlaksana. Hassan Al-Banna
pernah ditawarkan gaji ataupun imbuhan kepada beliau. Namun beliau menolak
secara baik dan mengatakan saya tidak akan menerima sebarang ganjaran
daripada manusia. Saya hanya akan menerima ganjaran daripada Allah SWT
sahaja .60
Di samping itu, Ikhwanul Muslim juga telah bertindak menubuhkan
bank. Penubuhan bank adalah startegi ataupun perancangan utama pertubuhan
ini. Hal ini kerana segala urusan jual-beli mampu memudahkan urusan melalui
bank. Tambahan pula, Ikhawanul Muslim ingin memperkasakan penentangan riba
yang diamalkan oleh bank-bank kolonial yang kebanyakkannya mempunyai
faedah ataupun bunga. Bukan itu sahaja, Ikhawanul Muslim juga ingin
melaksanakan Allah SWT di dalam Kitab Al-Quran yang mewajibkan umat Islam
membayar zakat. Pembayaran zakat bukan sahaja memenuhi sebagai seorang
Islam. Namun, pembayaran zakat akan memberi beribu manfaat kepada umat
Islam yang lain. Hal ini kerana wang zakat yang dibayar tersebut akan disalurkan
59

Abdul Rahman Hji Abdullah, op.cit, hlm. 227.

60

Wan Jaffree bin Wan Sulaiman, op.cit, hlm. 59.

kepada masyarakat Islam yang kurang bekemampuan. Tambahan pula, barat


telah meminggirkan sistem zakat ini kerana pihak barat lebih berunsurkan
keuntungan secara individu. Ternyata sistem barat ini bertentangan dengan
Islam.
Pembaharuan dan pembangunan ekonomi berasaskan ekonomi Islam
adalah untuk membangunkan ekonomi masyarakat Islam dengan mendedahkan
unsur halal dan haramnya dalam perniagaan. 61 Secara tidak langsung, sistem
ekonomi Islam ini akan membuka ruang pekerjaan yang secara halal. 62 Walau
bagaimanapun, revolusi gerakan ini tidak dilakukan secara mendadak. Namun
dilakukan secara berperingkat kerana pada ketika itu kerajaan Mesir sendiri
banyak menghalang dan menindas Ikhwanul Muslim. Tidak hairanlah jika sistem
ekonomi Islam ini mampu menjadikan Mesir antara negara yang terkaya di
dunia.
5.1.3SOSIAL
Perjuangan daripada aspek sosial Ikhwanul Muslim pula sebenarnya lebih
kepada pemulihan sifat Islam dalam diri masyarakat Islam Mesir yang
lebih cenderung kepada budaya barat. Ikhwanul Muslim juga bertindak
membangunkan semula institusi kekeluaragaan Islam Mesir. Hal ini kerana
masalah

sosial

yang

melampau

seperti

pergaulan

bebas

sangat

membimbangkan Ikhwanul Muslim. Ditambah pula masalah sosial seperti


masalah migrasi luar bandar ke bandar. Fenomena ini disebabkan oleh masalah
pembangunan yang tidak seimbang. Secara tidak langsung telah mewujudkan
masalah gelaja sosial di kalangan generasi muda. Tidak hairanlah jika gerakan ini
amat menentang agar kelab-kelab malam yang kebanyakannya wujud di
kawasan bandar agar di tutup serta merta. Gerakan Ikhwanul Muslim juga
memulihkan semula instuitusi kekeluargaan secara Islam disebabkan oleh
masalah kesempitan hidup yang dihadapi oleh golongan wanita yang kematian
suami dan masalah penceraian yang semakin meruncing. 63 Hal yang paling
membimbangkan Ikhwanul Muslim seterusnya semangat perjuangan Ikhwanul
61

Salah satu straregi dakwah Ikhwanul Muslimim dan pendedahan yang lebih teliti kepada
umat Islam. Lihat, Abbas As-Sisiy, Ikhwanul Muslimin dalam Kenangan, Jakarta: Gema
Insani Press, 2001, hlm. 15.

62

Muhammad Sayyid Al-Wakil, Pergerakan Islam Terbesar Abad Ke-14H: Studi Analisis
Terhadap Manhaj Gerakan Ikhwanul Muslimin, hlm. 89.

Muslim semakin membara adalah disebabkan oleh pengeksplotasian kaum


wanita dengan amalan seks bebas. Oleh itu, Ikhwanul Muslimin ingin
mengawal semula media massa. Hal ini kerana media massa seperti stesten
radio, akhbar, televesyin dan buku sering sahaja mengeksploitasi wanita dengan
merendah-rendahkan martabat kaum wanita Mesir.
Di samping itu, gerakan pembebasan wanita Mesir menjadi bertambah
kuat apabila wanita kelas atasan Mesir memberontak kerana enggan memakai
purdah. Mereka memakai fesyen barat serta menghadiri temasya sosial yang
bercampur bebas antara lelaki dan perempuan, samaada secara tertutup
mahupunterbuka. Mereka juga mendesak supaya wanita mempunyai hak yang
setaraf dengan lelaki di dalam soal kemasukan ke Universiti.Tambahan pula
Presiden Gamal Abdul Nasser pernah berkata saya telah bertemu dengan Ketua
Penasihat Ikhwanul Muslimin yang telah membuat beberapa tuntutan kepada
saya. Perkara pertama yang dia mahu ialah semua wanita diwajibkan menutup
aurat. Dia juga mendesak supaya ditutup semua panggung wayang dan tempat
pementasan. Dengan lain perkataan dia mahu supaya hidup kita gelap dan
mendung.

Sudah

tentulah

menjadi

perkara

mustahil

untuk

kita

melaksanakannya.
Bagi merealisasikan perjuangan ini, Ikhwanul Muslim telah mengambil
jalan

untuk mempertingkatkan

tahap

pendidikan

kepada

golongan

wanita di Mesir. Selain itu, gerakan ini juga mengangkat semula martabat
wanita yang tinggi sebagai watak utama dalam membentuk akhlak-akhlak anak
dalam institusi kekeluargaan. Kesedaran perjuangan Ikhwanul Muslim ini telah
membuka mata banyak pihak. Sebagai contoh, gerakan pakatan Mahasiwa
Universiti Al-Azhar dan golongan profesional yang kebanyakkannya bekerja di
badan kerajaan Mesir telah menyokong penuh aktiviti perjuangan gerakan
Ikhwanul Muslim.64 Sokongan ini juga bersangkut paut dengan penubuhan
Jamaah Ikhwanul Muslimin. Hassan Al-Banna melihat bahawa masjid dan kutbah
sahaja tidak akan mampu adalah ekoran dari pemerhatian beliau terhadap
kejahilan Ummat Islam terhadap Agama mereka. Beliau menganggap bahawa
masjid dan khatib khutbah sahaja tidak cukup untuk menyelesaikan masalah ini.
63 Zulkifli Mohamad Al- Bakri & Mohd Faisal Fadzil, op.cit, hlm. 92.

64 Zulkifli Mohamad Al- Bakri & Mohd Faisal Fadzil, op.cit, hlm.93.

Ulama-ulama yang sedia ada tidak terdaya untuk menahan serangan dari Puak
Modernist selain dari melabelkan mereka murtad.
6.1ANALISIS
Pertubuhan gerakan revolusi Islam iaitu Ikhwanul Muslim adalah gerakan yang
bertujuan untuk mengembalikan semula Islam di negara Mesir amnya. Tidak
dinafikan kemantapan sistem pentadbiran Ikhwanul Muslim amat mantap.
Buktinya apabila ahli-ahli Ikhwanul Muslim di bahagikan kepada banyak
peringkat tertentu. Sebagai contoh, jawatankuasa pusat terdiri dari 100 orang
Jawatankuasa Pengasas dan 12 orang penasihat. Pembahagian ini menyebabkan
objektif gerakan ini mudah untuk dilancarkan. Namun, yang lebih menarik lagi
adalah Hassan Al-Banna mewajibkan ahlinya agar mempelajari Al-Quran, Hadis
dan Syariah. Secara tidak langsung semangat jihad di dalam diri ahli Ikhwanul
Muslim dapat dipupuk dengan mudah. Hassan Al-Banna juga menghendaki agar
mereka merekodkan aktivit harian mereka seperti penghafalan bacaan Al-Quran
serta kehadiran mereka pada sembayang berjemaah.
Secara analisisnya, objektif gerakan Ikhwanul Muslim dilancarkan adalah
untuk menegakkan Islam yang sebenar khususnya di Mesir. Ikhwanul Muslim
ingin menentang ideologi sekularisme yang dibawa oleh pihak kolonial daripada
negara barat. Sebenarnya idea sekularisme Mesir ini dipengaruhi oleh idea
pembaharuan Kamal Attartuk di Turki. Ternyata ideologi sekular barat telah
banyak meruntuhkan prinsip dan nilai Islam dalam kalangan masyarakat Islam di
Mesir dari aspek politik, ekonomi, sosial dan keseluruhannya. Tambahan pula
Ikhwanul Muslimin tidak berpuas hati dengan undang-undang negara yang
hanya meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara Mesri. Pertubuhan ini
mendesak agar undang-undang Islam dijalankan sepenuhnya di mana kerajaan
dan rakyat tunduk kepada undang-undang Allah SWT. Ini kerana sistem
demokrasi tulen tidak wujud di Mesir.
Tidak hairanlah jika Hassan Al-Banna telah menyeru agar parti politik yang
pelbagai di Mesir agar dibubarkan termasuklah sistem parlimen. Parti politik
yang pelbagai ini hanya menyebabkan keruntuhan moral dan perebutan kuasa.
Contohnya, Hassan al Banna dan pengikutnya berkeyakinan bahawa tidak ada
satu pun parti politik Mesir yang wujud di zaman Raja Farouk benar-benar ingin
melaksanakan undang-undang Islam atau cinta kepada Islam. Tambahan pula
Hassan Al-Banna sendiri pernah dipanggil oleh Raja Farouk untuk membantu
dalam penyelasaian pertikaian parti-parti politik di Mesir. Ikhwanul Muslimin
bercita-cita untuk menubuhkan sebuah negara Islam Mesir yang kuat dan

memansuhkan semua parti-parti yang ada. Begitulah tegasnya sikap al Ikhwanul


Muslimin sehinggakan menjadi syarat bagi sesiapa yang ingin menjadi ahli
harakahnya berhenti dari menjadi ahli sebarang parti politik yang ada di Mesir
pada zaman Raja Farouk.
Walaupun pengulingan Raja Farouk semasa Revolusi 23 Julai 1952 telah
sedikit sebanyak membebaskan Mesir daripada sekular barat dan menubuhkan
negara Islam. Akan tetapi pemerintah yang seterusnya lebih agresif untuk
menentang Ikhwanul Muslimin iaitu diktator tentera Presiden Gamal Abdul
Nasser yang tetap ingin meneruskan sistem sekular barat. Presiden Gamal
berpendapat bahawa pejuangan Ikhwanul Muslim hanya menggelapkan dan
memendungkan kehidupan masyarakat Mesir. Dari tahun 1954 sehingga 1970,
Ikhwanul

Muslimin

dituduh

sebagai

sebuah

gerakan

radikalisme

yang

mengakibatkan kekacauan dalam masyarakat sehingga membawa kepada


penahanan ramai ahli dalam penjara tanpa sebarang perbicaraan dijalankan
selain beberapa pemimpin agung telah dihukum gantung. Gerakan ini juga
dituduh sebagai cuba menjatuhkan kekuasaan Gamal Abdul Nasser sendiri.
Sewaktu pemerintahan Anwar Sadat pula Ikhwanul Muslimin lebih dilihat sebagai
sebuah gerakan fundamentalisme Islam yang merbahaya selain perspektif yang
membawa kepada Ikhwanul Muslimin sebagai sebuah gerakan Islam yang radikal
dan berbahaya.
Percubaan untuk menbunuh Presiden Gamal Abdul Nasser pada December
1954 telah menjadi alasan yang baik yang ditunggu-tunggu oleh kerajaan untuk
menghancurkan
penembakan

itu

Ikhwanul
walaupun

Muslimin.

Ikhwan

Ikhwan

berkali-kali

telah

dituduh

melakukan

menafikannya.

Beribu-ribu

anggota Ikhwan telah ditangkap, dipenjara dan 6 orang telah digantung hingga
mati. Antara anggota utama Ikhwanul Muslimin yang dihukum bunuh pada 29
Ogos 1966 adalah Ash-Shaheed Sayyid Qutb. Walaupun Ikhwanul Muslimin
ditindas di negaranya sendiri. Namun, perjuangan Ikhwan di Syria, Jordan,
Lebanon dan Sudan terus bergiat dengan aktivitinya. Secara tidak langsung
gerakan Ikhwanul Muslimin ini telah menjadi aspirasi gerakan islah yang lain di
dunia.

Sebagai

contoh

gerakan

Kaum

Muda

di

Malaysia

dan

gerakan

Muhamdiyyah di Indonesia. Secara keseluruhanya, gerakan Ikhwanul Muslimin


adalah untuk mengembalikan semua negara Islam Mesir yang telah dikotori oleh
kolonial (pluralisme, sekularisme, liberalisme) dan seterusnya memartabatkan
prinsip dan nilai Islam yang sebenar.

7.1

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, Ikhwanul Muslimin telah diasaskan oleh Hassan Al-Banna


yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan penubuhan gerakan tersebut
spesifiknya

dalam

menongkah

arus

sekularisme

yang

jelas

menjadi

permasalahan besar dalam kalangan masyarakat masyarakat Islam di Mesir.


Gerakan ini telah ditubuhkan di Ismailiya bersama-sama dengan enam orang
yang lain sehingga mewujudkan maksud perkataan Persaudaraan Islam bagi
merujuk kepada nama Ikhwanul Muslimin hasil daripada gabungan tersebut.
Dalam konteks idea penubuhan, gerakan Ikhwanul Muslimin telah menjalankan
objektif untuk mengembalikan praktik Islam yang sebenar berlandaskan AlQuran dan As-sunnah selain motif untuk meningkatkan taraf kehidupan
masyarakat. Dari segi yang lain, Ikhwanul Muslimin menginginkan implementasi
terhadap syariah berlandaskan Al-quran dan As-Sunnah dijalankan. Selain
Hassan Al-Banna, Ikhwanul Muslimin juga banyak dicorakkan oleh pemikiran
Sayyid

Qutb.

Gerakan

Ikhwanul

Muslimin

ini

adalah

perjuangan

untuk

membebaskan Mesir daripada cengkaman kolonial barat dan pemerintah Mesir


yang tidak mengangkat nilai Islam. Pelbagai dugaan dan cabaran gerakan ini
sepanjang ianya ditubuhkan kepada ditentang oleh barat dan pemerintahan
Mesir itu sendiri. Penentangan terhadap Ikhwanul Muslim telah membawa
kepada kezaliman terhadap pengikut Ikhwanul kerana ramai pengikut Ikhwanul
Muslimin yang di hukum penjara dan tidak kurang juga yang di hukum gantung
hingga mati. Walaupun ramai pengasas dan pemimpin Ikhwanul Muslimin yang
dibunuh. Namun, semangat perjuangan dikalangan ahlinya tidak pernah pudar.
Malah perjuangan Ikhwanul Muslimin ini telah menjadi aspirasi dan panduan
kepada pejuang Islam di seluruh rantau dunia Islam. Secara tuntasnya, Ikhwanul
Muslimin telah menjadi fenomena dan lebaran dalam sejarah dunia Islam.

RUJUKAN
Abbas As-Sisiy. 2001. Ikhwanul Muslimin dalam Kenangan. Jakarta: Gema Insani
Press.
Abdul Rahman Haji Abdullah. 1987. Pemikiran Islam Masa Kini: Sejarah dan
Aliran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abd al-Monein Said Aly & Manfred W. Wenner. 1932. Modern Islamic Reform
Movements: The Muslim Brotherhood In Contemporary Egypt. Middle East.
Journal. Vol. 36. No. 3
Ali Abdul Halim Mahmud. 1997. Ikhwanul Muslimin: Konsep Gerakan Terpadu Jilid
2. Jakarta: Penerbit Buku Andalan.
Amir Hamzawy & Nathan J. Brown. 2010. The Egyptian Muslim Brotherhood:
Islamist Participation in a Closing Political Environment. Carnegie Papers.
No. 19. Carnegie Middle East Center.
Asep Syamsul M.Romli. 2000. Demonologi Islam: Upaya Barat Membasmi
Kekuatan Islam. Jakarta: Gema Insani Press.
Azmul Fahimi Kamaruzaman. 2009. Pembinaan Semula Sistem Khalifah Menurut
Hassan Al-Banna, dalam Farid Mat Zin, Daulah Uthmaniyah Dan Alam
Melayu, Shah Alam: Karisma Publications Sdn.Bhd.
Badri Yatim, M.A. 2011. Sejarah Peradaban Islam Dirasah Islamiyah II, Jakarta:
PTRAJAGRAFINDO PERSADA.
Bannerman P. 1988. Islam In Perspektive A Guide To Islamic Society, Politics and
Law. New York: Routledge.

Eric Trager. 2011. The Unbreakable Muslim Brotherhood: Grim Prospects for a Liberal
Egypt. Foreign Affairs. Vol. 90. No. 5

Fealy G.Bubalo.A.,(Terj.) Akh.Muzaki. 2007. Jejak Kafilah: Pengaruh Radikalisme


Timur Tengah di Indonesia, Bandung: PT Mizan Pustaka.
Herry Mohammad. 2006. Tokoh-Tokoh Islam Yang Berpengaruh Abad 20. Jakarta:
Gema Insani.
Hassan Al-Banna. 1992. Majmuat rasail al-Imam al-Shahid Hasan al-Banna.
Kaherah: Dar al-Tawzi wa al-Nashr al-Islamiyah.
Kamus Dewan Edisi Empat. 2007. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Khaled Elgindy. 2012. Egypt, Israel and Palestine: Prospect for Peace After the
Arab Spring. Cairo Review.
Magdi Khalil. 2006. Egypts Muslim Brotherhood and Political Power: Would
Democracy Survive?. Middle East Review of International Affairs. Vol. 10.
No. 1.
Mitchell Richard P. 1969. The Society of the Muslim Brothers. London: Oxford
University Press.
M.Imdadun Rahmat. 2005. Arus Baru Islam Radikal: Transmisi Revivalisme Islam
Timur Tengah ke Indonesia. Jakarta: Penerbit Erlangga.
Mohd Hazizi Bin Ab.Rahman. Pandangan Hassan Al-Banna Terhadap Agenda
Pembangunan

Ummah

dan

Pelaksanaannya

di

Malaysia,

dalam

http://www.ismaweb.net/v4/wp-content/uploads/2010/03/Kertas-KerjaKOBANNA-Ustaz-Hazizi-Abd-Rahman.pdf, Diakses pada 16 Mei 2016.


Mohd. Radzi Othman, O. K. Rahmat. 1996. Gerakan Pembaharuan Islam: Satu
Kajian di Nege Perlis dan Hubung Kaitnya dengan Malaysia. Pulau Pinang:
Universiti Sains Malaysia.

Mohd Hazizi bin Ab. Rahman. 2010. Pandangan Hasan al-Banna Terhadap
Agenda Pembangunan Ummah dan Pelaksanaannya di Malaysia, Kertas
Kerja, Konvensyen Pemikiran Hasan Al-Banna Dalam Melakar Agenda
Bangsa di UNITEN, Bandar Baru Bangi, pada 30 Januari 2010, anjuran
Ikatan Muslimin Malaysia.
Mona El Ghobasy. 2005. The Metamhorphosis of the Egyptian Muslim Brothers.
International Journal Middle East Studies. Vol. 37. Cambridge University
Press.
Muhammad Sayyid Al-Wakil. 2000. Pergerakan Islam Terbesar Abad Ke-14H:
Studi Analisis Terhadap Manhaj Gerakan Ikhwanul Muslimin.
Nadianah Binti Lapiaman. 2012. Gerakan Al-Ikhwan Muslimin Dan Peranannya
Dalam Kebangkitan Islam Di Mesir (1928-1952), Kota Kinabalu: Universiti
Malaysia Sabah.
Nasiruddin Bin Hassan.2015. Perspektif dan Penentangan Terhadapan Ikwanul
Muslimin

di

Mesir.

Kota

Kinabalu:

Fakulti

Kemanusian

Seni

dan

Warisan.Universiti Malaysia Sabah.


Oliver Guita. 2010. Muslim Brotherhood Parties in The Middle East and North
Africa (MENA) Region: Centre For European Studies (CES).
Ray Takeyh & Nikolas K. Gvosdev. 2004. The Rise and Fall of Radical Political
Islam. Westport. CT: Praaeger Publishers.
Richard P.Mitchel. 1969. The Society of Muslim Brothers. New York City: Oxford
University Press.
Rifki Rosyad. 2006. A Quest For True Islam, Australia: ANU E Press.
Rusdi Alias & Nor Saleha Mohd. Salleh. 2010. Pemikiran al-Banna dan Ideologi
Barat: Pertembungan Dua Agenda, Kertas Kerja,

Konvensyen Pemikiran

Hasan al-Banna dala Melakar Agenda Bangsa di UNITEN, Bandar Baru


Bangi, pada 30 Jan 2010, anjuran Ikatan Muslimin Malaysia.

Sami Zubaida. 1993. Islam, the People and the State: Essays on Political Ideas
and Movements in the Middle

East. New York: I.B Tauris.

Sana Abed-Kotob. 1992.The Accomodationists Speak: Goals and Strategies of the


Muslim Brotherhood of Egypt, International Journal Middle East Studies.
Vol. 27. No. 23. Cambridge University Press.
S. Ganloo. 2004. Glimpes of Islamic World. New Delhi: Anmol Publications Ltd.
Shamsul Azhar Yahya. 2008. Penglibatan Politik dan Penindasan ke atas Ikhwan
Al-Muslimin dalam Sejarah Perkembangan Politik Mesir, 1938-2005, Jurnal
Jabatan Sejarah Universiti Malaya, No.16. 2008, Kuala Lumpur: Universiti
Malaya.
Taufik Abdullah. Ensiklopedi Tematis Dunia Islam, Jakarta: Ikhtiar Bary Van Houve.
Youssef H. Aboul-Enein. 2003. Al-Ikhwan Al-Muslimeen: The Muslim Brotherhood.
Military Review.
Wan Jaffree bin Wan Sulaiman. 1989. Detik-Detik Hidupku...Hasan Al-Banna.
Kuala Lumpur:Pustaka Salam.
Yusuf Qardhawi. 1986. Sistem Pendidikan Ikhwanul Muslimin. Ter, Mohd Nabhan
Husein. Kuala Lumpur: Thinkers Library Sdn. Bhd.
Ziad Munson. 2001. Islamic Mobilization: Social Movement Theory and the
Egyptian

Muslim Brotherhood. Vol. 42, No. 4

Zulkifli Mohammad Al-Bakri dan Mohd Faisal Fadzil. 2010. Al- Syahid Hasan AlBanna Pengasas Ikhwan Muslimin. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan
Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai