Anda di halaman 1dari 13

TEKS PENGACARA MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SKTMS 2012

Mengumumkan ketibaan pegawai ...................................

Terima kasih kepada semua hadirin dan hadirat sekalian. Hadirin dan hadirat semua dijemput duduk di tempat masing-masing.

Pagi yang indah penuh ceria. hari yang berbahagia penuh bermakna kita raikan, Majlis hari anugerah kecemerlangan SKTMS 2012

BismilLahir Rahmanir Rahim . Assalamu `Alaikum W.B.T Yang Berusaha Tuan .. .

Yang Berusaha EN ISHAK B. ABDULLAH, Guru Besar SK TOK MAT SALLEH Yang Dihormati EN.HASHIM B. MOHD. YUSUB Guru Penolong Kanan 1, EN. JALLALUDDIN B. SALLEH , Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, EN. SHARIFF ZULKARNAIN B. SHARIF AHMAD, Guru Penolong Kanan Kokurukulum

Yang Dihormati En. Jamaluddin b. Jamil, Yang Dipertua PIBG SKTMS. Guru-guru SKTMS, murid-murid, seterusnya hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

Sirih berlipat sirih pinang Sirih dari Pulau Mutiara Pemanis kata selamat datang Awal Bismillah pembuka bicara

Hari ini menanam jagung, Dibawa ke Perlis bersama peria, Hari ini kita berkampung, Meraikan majlis penuh ceria

Selamat datang ke :

Majlis hari anugerah kecemerlangan SKTMS 2012.

Sarung ketupat berisi inti Dibawa budak sambil berlari Kehadiran semua sangat dihargai Moga Majlis bertambah seri

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurniaNya maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi ini untuk meraikan kejayaan anak-anak kita dalam bidang pelajaran.

Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua hadirin sekalian kerana sudi menghadirkan diri ke majlis ini terutamanya kepada Yang Berusaha .

kerana sudi meluangkan masa dan memilih untuk menghadirkan diri ke majlis kami ini walaupun banyak urusan rasmi lain yang lebih memerlukan perhatian dan kehadiran beliau. Ucapan terima kasih juga kepada semua ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk memberi sokongan kepada anak-anak dan pihak sekolah. Semoga usaha kita semua diberkati Allah.

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh: Ustaz Mohd. Azhar b. Sudin Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*********** (Doa)

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Mohd Azhar b. Sudin atas bacaan doa itu tadi.

Bunga mawar cantik tersemat Dipetik gadis di tepi titi Doa dibaca memohon Rahmat Moga Majlis sentiasa diberkati

Tangan ditadah penuh inayah, Majlis dibuka penuh rahmatNya, Mohon keberkatan serta hidayah, Moga tercerna minda kelas pertama.

Majlis diteruskan dengan menjemput yang dihormati En. Jamaluddin b. Jamil YDP PIBG untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan. ************(Ucapan YDP.)

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Dihormati, En. Jamaluddin b. Jamil selaku Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa Dan Guru-guru Sekolah Kebangsaan Tok Mat Salleh atas ucapan tersebut.

Kini, majlis mempersilakan pula Yang Berusaha En. Ishak b. Abdullah Guru Besar SK Tok Mat Salleh untuk menyampaikan ucapan . Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

************(Ucapan GB.)

Ucapan terima kasih kepada En. Ishak b. Abdullah Guru Besar SK Tok Mat Salleh atas ucapan tadi. Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berusaha untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar bagi seisi 2012. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

***********(Ucapan Pegawai )

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan ... ..

atas ucapan dan perasmian majlis ini tadi.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Kita teruskan lagi acara kita pada pagi ini, marilah bersama-sama kita menyaksikan persembahan daripada murid-murid pra sekolah SKTMS yang bertajuk . Dipersilakan.

************(Persembahan).

Terima kasih kepada murid-murid pra sekolah yang telah membuat persembahan sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati, Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih dan berterusan. Usaha yang tidak mengenal erti jemu pasti membuahkan kejayaan dan kecemerlangan. Oleh itu, murid-murid yang berjaya sepatutnya diberi penghargaan. Semoga ini akan menjadi pencetus semangat untuk terus berjaya dalam mengejar ilmu dan cita-cita. Acara yang seterusnya adalah penyampaian hadiah dan sijil penghargaan untuk prestasi pelajar terbaik bagi tahap 1.

Terlebih dahulu, majlis menjemput Yang Berusaha mengiringi Yang Berusaha Tuan . .. untuk menyempurnakan acara. Dipersilakan.

(1)************(Penyampaian hadiah dan sijil penghargaan tahap 1)

Kita mulakan dengan penerima hadiah kedudukan dalam kelas 1. .

Seterusnya bagi penerima anugerah pencapaian mata pelajaran terbaik mengikut tahun: Murid Tahun 1:

(~PENYAMPAIAN CENDERAHATI~) Pihak majlis seterusnya berbesar hati untuk memberikan sedikit tanda kenangan sebagai penghargaan dan tanda ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha, .. kerana telah sudi hadir dan menyerikan acara Majlis Hari Anugerah Cemerlang 2012 pada kali ini. Terlebih dahulu, majlis menjemput Yang Berusaha En.Ishak b. Abdullah, Guru Besar SK Tok Mat Salleh bagi menyempurnakan agenda.

Majlis dengan ini merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan .. .Dengan ini majlis berhenti rehat . Yg Berusaha Tuan . diiringi oleh Tuan Guru Besar, Pen Kanan 1, PK Hem dan semua guru ke kantin untuk menjamu selera. Warga dewan dan majlis rehat selama 20 minit. Warga dewan dikehendaki masuk semula pada ...................................................

**************(rehat)

Untuk meneruskan majlis, marilah kita sama-sama menghayati persembahan .. di bawah bimbingan ... Dengan segala hormatnya dipersilakan.

*********(persembahan nasyid)

Terima kasih kepada kumpulan nasyid yang telah membuat persembahan sebentar tadi. Persembahan yang sungguh menyusuk kalbu.

Pergi sekolah seawal pagi, Melintas jalan berhati-hati, Penyampaian Anugerah diteruskan lagi, Penerima-penerimanya sabarlah menanti

Bersyukur kita pada pagi yang penuh barakah ini, sekali lagi dapat kita berkumpul di dalam dewan yang telah dihias indah, bagi meraikan Majlis Hari Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan TokMat Salleh Tahun 2012. Hari ini, tanggal 31 Oktober 2012, warga dewan bersama-sama menyaksikan catatan kenangan manis buat para penerima anugerah seterusnya. Bagi meneruskan majlis, anak-anak pra sekolah akan tampil ke atas pentas untuk menyempurnakan majlis khas untuk mereka iaitu Mini Konvokesyen. Untuk menyempurnakan majlis, dijemput tampil ke pentas. Murid-murid pra sekolah yang telah berjaya menamatkan pengajian peringkat awal persekolahan ialah :

********(Lampiran) (2)***********(Mini Konvokesyen)

Terima kasih diucapkan kepada .. untuk penyampaian sijil itu tadi.

Dari kedah ke bandar Perlis, Singgah bersantai di tepi jeti, Persembahan menyusul memeriahkan majlis, Semoga hadirin terhibur di hati.

Untuk meneruskan majlis , kita akan diperdengarkan dengan .. oleh murid .. di bawah pimpinan guru ...

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

************(Persembahan)

Terima kasih kepada murid-murid Tahap 2 yang telah membuat persembahan sebentar tadi.

Hadirin warga dewan yang dihormati sekalian, Hari anugerah kecemerlangan yang diraikan saban tahun ini, antara lain mengundang objektif untuk menjadi paksi kepada para pelajar bagi mengukir kecemerlangan dalam segenap bidang pendidikan terutamanya dalam peperiksaan dan dalam kokurikulum.

Seterusnya, penyampaian hadiah dan sijil penghargaan untuk pelajar terbaik

tahap dua bagi tahun 4 &5 dan penyampaian anugerah pelajar terbaik mengikut mata pelajaran. Majlis menjemput Guru Kanan Pentadbiran .. untuk menyempurnakan majlis.

(3)*************(Penyampaian hadiah dan sijil penghargaan tahap dua) Tahun 4&5 Bagi penerima hadiah kedudukan dalam kelas

Kelas 4

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Kanan Pentadbiran En Hashim b. Md Yusub atas kesudian beliau untuk menyampaikan hadiah dan sijil penghargaan kepada para pelajar.

Seterusnya, penyampaian hadiah dan sijil penghargaan untuk pelajar terbaik mengikut kelas dan penyampaian anugerah pelajar terbaik mengikut mata pelajaran bagi murid tahun 6. Majlis menjemput Yang Dihormati untuk menyempurnakan.

(4)*************(Penyampaian hadiah dan sijil penghargaan tahap dua) Tahun 6.

Bagi murid tahun 6 mereka akan meninggalkan SKTMS, Banyak jasa dan sumbangan yang telah dicurahkan. Untuk itu sekolah berbesar hati untuk menghargai pengorbanan yg diberikan dengan pemberian sijil. Bagi penerima sijil penghargaan tersebut ialah:

*************(Lampiran)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada .. atas kesudian beliau untuk menyampaikan hadiah dan sijil penghargaan kepada para pelajar.

Untuk meneruskan majlis, kita akan mendengar Majlis mempersilakan.

**************(Persembahan nasyid)

Terima kasih kepada kumpulan nasyid yang telah membuat persembahan sebentar tadi.

Warga dewan sekalian, Saban tahun sekolah menyediakan pelbagai anugerah khas untuk menjadi galakan sekaligus teladan kepada semua murid. Ini bukan sahaja dapat membantu mereka untuk menjadi lebih berdisiplin malah ini akan menjadi tunggak untuk mereka menjadi lebih berjaya pada masa akan datang. Majlis yang menjadi agenda wajib dalam takwim tahunan sekolah ini turut menganugerahkan penghargaan kepada para pelajar yang memegang jawatan dan mengawal disiplin sekolah, mempraktikkan budaya membaca melalui Penganugerahan Sijil Nilam dan beberapa anugerah khas yang lain. Bagi menyerikan acara penyampaian anugerah khas ini, pihak majlis pada pagi ini berbesar hati mempersilakan En. Ishak b. Abdullah guru besar SKTMS untuk tampil ke pentas bagi acara yang seterusnya iaitu anugerah khas kecemerlangan tokoh murid. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

(5)*************(Penyampaian hadiah dan sijil anugerah Khas kecemerlangan murid). Penyampaian hadiah dan sijil anugerah Khas kecemerlangan murid Ketua Pengawas Pen. Ketua Pengawas Ketua Pengawas Perpustakaan Pen. Ketua Pengawas Perpustakaan Tokoh NILAM Tahap 1 Tahap 2

Hadirin sekalian, Pada tahun 2011, Seorang murid telah berjaya mencatat kecemerlangan dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (U.P.S.R). Oleh yang demikian, pihak majlis dengan sukacitanya mempersilakan murid bertuah ini untuk menerima anugerah atas kejayaan mengharumkan nama sekolah.Dijemput Nurul Rusyda bt. tampil ke atas pentas. Semoga kejayaan yang lebih bermakna akan diperolehi pada masa depan

Kategori pemilihan bagi cemerlang kokurikulum adalah berdasarkan penyertaan dalam bidang sukan dan permainan.

Penerima Hadiah Kedatangan Penuh. Prasekolah

Adalah diharapkan anak-anak ini dapat menjadi role model kepada murid-murid yang lain...insyaAllah Terima kasih diucapkan kepada

atas kesudian beliau menyampaikan hadiah dan sijil kepada pelajar-pelajar sebentar tadi.

Bersyukur kini kami panjatkan, Majlis anugerah telah disempurnakan, Sekalung penghargaan kami hulurkan, Segulung tahniah kami ucapkan....

Dengan berakhirnya acara tadi, maka tibalah masanya untuk kami selaku pengendali majlis untuk mengundurkan diri. Pihak majlis juga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata, terlampau cara sepanjang kami mengendalikan majlis ini.

Majlis berakhir penuh syafaat Menjadi ingatan sepanjang zaman Amalan sepakat membawa berkat Hidup beramal bertunjang iman.

Kalau ada jarum yang patah Banyak kain tidak berjahit Kalau ada silap dan salah Jangan jadikan kenangan pahit

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan kekurangan itu wujudnya daripada kelemahan kami sebagai makhluk Allah bernama insan.

Anda mungkin juga menyukai