Anda di halaman 1dari 4

TEKS UCAPAN EMCEE

PROGRAM CERAMAH DAN DEMONSTRASI KEBAKARAN SK SEDARAT

KUNTUM MELATI TUMBUH MELATA,


BURUNG MERBAH DI POHON CEMARA,
SELAMAT PAGI PEMBUKA BICARA,
SELAMAT DATANG UNTUK SEMUA,

SAYANG SELASIH BERISI MINYAK,


BUNGA CENGKIH DI ATAS JERAMI,
TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK,
SUDI DATANG KE MAJLIS KAMI.

Selamat Pagi, Salam Sejahtera dan salam #SAYANGI MALAYSIAKU… KEPADA….


Yang berusaha,
______________________________________________
Guru besar Sekolah Kebangsan Sedarat

Yang dihormati,
Pegawai Bomba __________________________________________ Jabatan Bomba Dan Penyelamat
Malaysia Balai Bomba Betong.

Yang dihormati,
________________________________________________
Penolong kanan pentadbiran Sekolah Kebangsaan Sedarat

Yang dihormati,
________________________________________________
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Sedarat

Yang dihormati
________________________________________________
Penolong Kanan Ko-Kurikulum Sekolah Kebangsaan Sedarat

Yang dihormati
Barisan-barisan Guru,
Anggota-anggota kumpulan pelaksana,
Dan Murid-murid yang dikasihi sekalian.

Besyukur kita kepada tuhan kerana dengan izinya kita dapat bersama-sama pada pagi ini dalam
sebuah majlis ilmu bagi menjayakan program CERAMAH KESELAMATAN KEBAKARAN DAN
DEMONSTRASI MEMADAM KEBAKARAN Bagi SK Sedarat tahun 2022

Bagi pihak majlis, kami SEKALI LAGI ingin mengalu-alukan kedatangan serta merakamkan
penghargaan dan terima kasih atas kehadiran Pegawai Bomba __________________________
Beserta rombongan selaku penceramah kita untuk pagi ini kerana dapat berkongsi ilmu serta nasihat-
nasihat yang amat berguna dengan warga sekolah SK sedarat seperti pada pagi yang bebahagia ini.
Sesungguhnya, menuntut ilmu itu tiada had dan batas sempadannya. Bak kata pepatah, “Tuntutlah
ilmu sehingga ke Negeri Cina”. Semoga dengan itu, usaha kita semua diberkati oleh tuhan yang maha
esa. Dengan izinNya

\BAIKLAH\
Tuan-tuan dan Puan-puan, sidang hadirin yang di hormati sekalian,
Bagi Meneruskan Lagi Aturcara Kita Pada Pagi Ini, Majlis Dengan Segala Hormatnya Mempersilakan
siding hadirin Untuk Sama-Sama Berdiri Tegak Bagi Menghormati Dan Menyanyikan Lagu:-

 NEGARAKU dan seterusnya diikuti oleh lagu


 IBU PERTIWIKU Dengan Diringi Oleh Muzik.

Dengan Segala Hormatnya Dipersilakan.

-----------------------------------------------------(Nyanyian Lagu)------------------------------------------------------------

-------------------------------------------------------(Lagu Tamat)--------------------------------------------------------------

Tuan-tuan dan Puan-puan, Sidang Hadirin yang dihormati Sekalian,


Bagi melengkapkan lagi majlis kita pada pagi ini,
Majlis dengan Rasa Penuh Takzimnya Ingin Menjemput
___________________________________, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sedarat Untuk
Menyampaikan Kata-Kata Aluan Dan sedikit Amanat daripada Beliau …

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

-----------------------------ucapan GB (mula)-------------------------------------------------------------------------
----------------------------- ucapan GB (tamat) -----------------------------------------------------------------------

Majlis merakamkan terima kasih kepada Guru Besar, ______________________________ diatas


amanat yang disampaikan sebentar tadi.

Baiklah,

****Sidang Hadirin yang dihormati sekalian,

Bagi tidak melengahkan majlis,


Majlis kita diteruskan lagi dengan sesi ceramah Keselamatan kebakaran yang akan disampaikan oleh
Pegawai Bomba, ___________________________ Pegawai Bomba dari Jabatan Bomba dan
Penyelamat Malaysia, Bahagian Betong

Justeru itu, majlis dengan rasa penuh takzim dan sukacitanya ingin menjemput PEGAWAI BOMBA,
___________________________________ untuk menyampaikan ceramah beliau..

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan…


-------------------------------------------CERAMAH OLEH PEGAWAI BOMBA)-------------------------------------------
-------------------------------------------CERAMAH OLEH PEGAWAI BOMBA(tamat)-----------------------------------

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang berusaha, PEGAWAI BOMBA,
________________________________________________ di atas ceramah yang telah disampaikan
sebentar tadi. Semoga segala apa yang telah disampaikan oleh beliau sebentar tadi akan menjadi
pedoman buat kita semua.

p/s…. Hadirin yang dihormati sekalian, sekarang majlis akan membuka ruang untuk sesi soal jawab
sekiranya tuan atau puan beserta murid-murid ada apa-apa soalan atau kemusykilan yang hendak
diajukan…

majlis mempersilakan…. (5 Minit)

Baiklah,

Siding hadirin yang dihormati sekalian,

Sudah menjadi adat dan budaya orang timur, Orang berbudi, kita berbahasa, orang memberi kita
menerima. Justeru itu,Majlis kita diteruskan lagi dengan aturcara penyampaian cenderahati sebagai
tanda kenang-kenangan dan terima kasih daripada seluruh warga SK Sedarat.

Dengan itu, saya sekali lagi dengan rasa penuh sukacitanya menjemput
________________________________ iaitu penyelaras program CERAMAH KESELAMATAN
KEBAKARAN peringkat sekolah bagi mengiringi _________________________________, GURU
BESAR SK SEDARAT bagi menyampaikan cenderahati kepada PEGAWAI BOMBA,
_____________________________ BESERTA ROMBONGAN selaku KETUA ROMBONGAN dari
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT, BALAI BETONG.

MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN..

Ribuan terima kasih diucapkan kepada yang berusaha _____________________________________


di atas penyempurnaan penyampaian cenderahati itu sebentar tadi…

Siding hadirin yang dihormati sekalian,

Maka dengan itu, selesai sudah PROGRAM CERAMAH KESELAMATAN KEBAKARAN PERINGKAT
SEKOLAH KEBANGSAAN SEDARAT TAHUN 2022.

Hadirin dan hadirat sekalian,


Seterusnya, kita akan bersama-sama menyaksikan pula demonstrasi memadamkan kebakaran yang
akan dilakukan oleh para pegawai bomba dan penyelamat. Di harap semua hadirin dapat
memberikan kerjasama semasa sesi demonstrasi itu nanti agi kebaikan bersama. Justeru itu, para
hadirin dipersilakan bergerak ke __________________________ dalam keadaan teratur.

Dipersilakan;----
----------------------------DEMONSTRASI KEBAKARAN------------------------------------------------------

Terima Kasih diucapkan kepada PB __________________________________ PEGAWAI Bomba dan


penyelamat bahagian betong di atas kesudian untuk meluangkan masa bersama warga SK Sedarat
pada pagi ini. Oleh itu, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih sekali lagi kami ucapkan

Para hadirin, masih diminta untuk terus berada di dewan ini untuk sesi bergambar dan MERARAU,
MANAKALA MURID-MURID SK SEDARAT SEBENTAR LAGI DIBENARKAN UNTUK BEREDAR SECARA
SENYAP DALAM BARISAN DAN BERADA DI KELAS MASING-MASING.

AKHIR KATA…
semoga kita semua dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi di dalam ceramah ini.

POHON BERANGAN TEMPAT BERTEMU,


GIRANGNYA RASA SI ANAK DARA,
BALIKLAH TUAN MEMBAWA ILMU,
BINALAH BANGSA BANGUNKAN NEGARA.

BUNGA DEDAP DI ATAS PARA,


ANAK DUSUN PASANG PELITA,
KALAU TERSILAP TUTUR BICARA,
JEMARI DISUSUN, MAAF DIPINTA.

Sekian saja untuk kali ini, mohon maaf dari saya sekiranya ada terkasar bahasa, terlanjur bicara
sepanjang mengendalikan majlis sebentar tadi. Sesungguhnya, yang terbaik itu datang daripada yang
maha esa dan yang kekurangan itu adalah kelemahan daripada saya.

Sekian, salam hormat. Terima kasih!

-Tamat-

Anda mungkin juga menyukai