Anda di halaman 1dari 10

IPGM KAMPUS TEKNIK, KUALA LUMPUR, SEMINAR KAJIAN KURIKULUM KHSR 2009

SEMINAR KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH IPGM KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK, KUALA LUMPUR 8 SEPTEMBER 2009 Cue : Hadirin Mengambil Tempat Ann : Semua hadirin diminta mengambil tempat masing-masing. Perhatian hadirin sekalian, anda diminta memberi kerjasama untuk mematikan telefon bimbit atau menukarnya kedalam mode senyap. Majlis akan dimulakan sebentar saja lagi. Kerjasama anda amatlah dihargai. Terima kasih. Cue : Kata-kata aluan peneraju acara Ann : Yang berbahagia Puan Hajah Zakiah binti Idris, Pengarah IPGM Kampus Pendidikan Teknik KL, Yang Berusaha Cik hajah Rosenah binti Mohd Nor, Timbalan Pengarah IPGM Kampus Teknik, KL Yang dihormati En. Ghazali bin Othman, Pegawai dari Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) Pensyarah-pensyarah, Para pembentang, Seterusnya hadirin yang dikasihi sekalian Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera Alhamdulillah bersyukur kita Ke Hadrat Illahi dengan limpah kurnianya dapat kita sama-sama berkumpul di dalam dewan kuliah yang serba indah ini bagi menjayakan Majlis Seminar kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Peringkat IPGM Kampus Pendidikan Teknik KL. Tema dicatur penuh sepadan Kajian kurikulum merentasi pemikiran global Seiring seminar kita jalankan Martabat KHSR pasti dikenal Selamat datang ke Seminar Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah, Peringkat IPGM Kampus Pendidikan Teknik KL Hadirin sekalian, Objektif seminar ini bertujuan bagi memahami permasalahan tentang sukatan pelajaran atau kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah disamping memupuk semangat berpasukan, bekerjasama
SAFIKKIN BIN SABRAN & SITI KHADIJAH BINTI ALIAS shaf_putrahafik89@yahoo.com

IPGM KAMPUS TEKNIK, KUALA LUMPUR, SEMINAR KAJIAN KURIKULUM KHSR 2009

dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas secara kumpulan. Selain itu juga, seminar ini memastikan kerelevan kurikulum dengan keperluan semasa serta membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih cekap dan berkesan serta mempelajari dan mengetahui aspek perkembangan dan inovasi kurikulum serta pengurusan kurikulum di sekolah.

Que : Bacaan Doa Ann : Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput saudara Ahmad Mahir bin Sallehhudin bagi memimpin bacaan doa. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan. ------------------------------------------------------------------------------------------Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Que : Nyanyian lagu Negaraku dan Wilayah Persekutuan Ann : Hadirin sekalian, anda diminta untuk berdiri bagi sama-sama kita menyanyikan lagu negaraku dan wilayah persekutuan ------------------------------------------------------------------------------------------Hadirin dipersilakan duduk.

Que : Ucapan pensyarah penasihat Ann : Majlis diteruskan lagi dengan menjemput En. Suhaimi b Ahmad / Dr. Tajul Ariffin b. Yang Hussin bagi memberikan sepatah dua kata. Majlis mempersilakan. ------------------------------------------------------------------------------------------Majlis merakamkan ribuan terima kasih di atas ucapan sebentar tadi.
SAFIKKIN BIN SABRAN & SITI KHADIJAH BINTI ALIAS shaf_putrahafik89@yahoo.com

IPGM KAMPUS TEKNIK, KUALA LUMPUR, SEMINAR KAJIAN KURIKULUM KHSR 2009

Que : Ucapan perasmian pengarah Ann :Bagi menyempurnakan majlis kita pada hari ini, dengan segala sukacitanya majlis mempersilakan Yang Berbahagia Pn Hajah Zakiah bt Idris, Pengarah IPGM Kampus Pendidikan Teknik untuk memberikan ucapan sekali gus merasmikan majlis seminar kajian kurikulum kemahiran hidup sekolah rendah. Majlis menjemput. -----------------------------------------------------------------------------------------Jutaan terima kasih kepada pengarah IPGM Kampus Teknik KL di atas kesudiannya merasmikan majlis kita pada hari ini.

Que : Pleno 1 Ann :Seminar KHSR laksananya gemilang Tempat curahan ilmu berguna Para pembentang insan terbilang Kukuh berpaksi melontar hujahnya Tanpa membuang masa lagi, majlis diteruskan lagi dengan menjemput Pleno pertama iaitu En. Ghazali bin Othman, Pegawai dari Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) dengan tajuknya Reka Bentuk Kandungan Kurikulum KHSR. Majlis mempersilakan. ------------------------------------------------------------------------------------------Majlis membuka ruang untuk sesi soal jawab. kemusykilan bolehlah diaju kepada pembentang. Sebarang

Jutaan terima kasih diucapkan kepada En. Ghazali Othman telah membuat pembentangan yang begitu jelas sekali. Sememangnya kandungan kurikulum KHSR telah dikaji dan dianalisis dengan teliti bagi menjamin pengeluaran produk insan yang berguna.

Que : Rehat Ann : Nampaknya jam telah menunjukkan pada pukul _____ pagi. Majlis berhenti berehat seketika dan akan disambung pada pukul ____
SAFIKKIN BIN SABRAN & SITI KHADIJAH BINTI ALIAS shaf_putrahafik89@yahoo.com

IPGM KAMPUS TEKNIK, KUALA LUMPUR, SEMINAR KAJIAN KURIKULUM KHSR 2009

pagi nanti. Semua hadirin diminta kembali ke dewan kuliah pada masa yang ditetapkan kerana kita akan menyambung majlis dengan pleno kedua iaitu dr.tajul ariffin b. Yang hussin. Majlis berehat seketika.

Que : Pleno 2 Ann : Selamat kembali ke majlis seminar KHSR Peringkat IPGM Kampus Teknik KL 2009. Seterusnya, tanpa melengahkan masa lagi, saya menjemput Dr. Tajul Ariffin untuk membentangkan tajuknya ___________________________________________________ ------------------------------------------------------------------------------------------Kepada sidang hadirin yang ingin mengajukan soalan, majlis mempersilakan. ------------------------------------------------------------------------------------------Majlis mengucapkan terima kasih di atas pembentangan yang telah dilaksanakan sebentar tadi.

Que : Pleno 3 Ann : Sesi Pleno 1 dan 2 telah terlaksana, kini tiba masanya ke pleno yang ke tiga menyusun nada. Seterusnya, dengan tajuk organisasi pendidikan dan pemasaran perkhidmatan yang akan dismpaikan oleh Dr. Faizah bt Md Ghazali. Majlis mempersilakan. ------------------------------------------------------------------------------------------Sesi soal jawab dimulakan. Sidang hadirin yang ingin mengajukan solan, sila tampil dan menanya kepada pembentang. Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada Dr. Faizah di atas pembentangan yang disampaikan sebentar tadi.

SAFIKKIN BIN SABRAN & SITI KHADIJAH BINTI ALIAS shaf_putrahafik89@yahoo.com

IPGM KAMPUS TEKNIK, KUALA LUMPUR, SEMINAR KAJIAN KURIKULUM KHSR 2009

Que : Pembentangan Pelajar 1 (suffian) Ann : Hadirin sekalian, kita sedia maklum bahawa cakupan perlaksanaan m/p KHSR di kawasan luar bandar tidak seiring dengan perlaksanaannya di kawasan bandar. Sekarang, majlis diteruskan dengan menjemput saudara Muhammad Suffian Ezri bin Abdul Malek yang juga merupakan guru pelatih IPGM kampus teknik dengan tajuk pembentangannya perlaksanaan MP di sekolah pinggir bandar daerah kuala Terengganu. Majlis mengingatkan kepada pembentang supaya membuat pembentangan selama 15 minit dan 5 minit untuk sesi soal jawab. Dengan ini majlis mempersilakan. ------------------------------------------------------------------------------------------Majlis membuka peluang kepada pensyarah atau para peserta untuk mengemukakan soalan jika terdapat sebarang kemusykilan. ------------------------------------------------------------------------------------------Terima kasih diucapkan kepada saudara Suffian. Que : Pembentangan Pelajar 2 Ann : seterusnya, saya menjemput pembentang secara berkumpulan yang akan disampaikan oleh saudari Nur Ain bt sulaiman, Nurul Syazwani bt Omar dan Saudara Mohd Shahrul Suibun dengan tajuk mereka Analisa kurikulum Sekolah rendah. Majlis mempersilakan. ----------------------------------------------------------------------------------------Ruang dibuka untuk sesi soal jawab ------------------------------------------------------------------------------------------Terima kasih diucapkan kepada para pembentang. Que : Pembentangan Pelajar 3 Ann : Sesi pengajaran dan pembelajaran haruslah mempunyai ciri-ciri kualiti yang tertentu bagi meningkatkan kemahiran asas pelajar. Seterusnya, bagi membentangkan tajuk ciri-ciri kualiti yang terdapat dalam sesi pengajaran dan pembelajaran KHSR, majlis menjemput
SAFIKKIN BIN SABRAN & SITI KHADIJAH BINTI ALIAS shaf_putrahafik89@yahoo.com

IPGM KAMPUS TEKNIK, KUALA LUMPUR, SEMINAR KAJIAN KURIKULUM KHSR 2009

saudari Siti Zaleha binti Abdul rahman. Majlis mempersilakan. ------------------------------------------------------------------------------------------Majlis membuka ruang untuk sesi soal jawab ------------------------------------------------------------------------------------------Terima kasih kepada pembentang. Cue : Pelajar 4 Ann : majlis beralih dengan tajuk yang ke-4 yang akan disampaikan oleh saudara heriansyah bin hamsyah, saudara hafiz bin zainal abidin dan saudari liyana binti basri dengan tajuk mereka sejauh mana proses penilaian dalam KHSR dapat menyumbang keperluan modal insan di peringkat sekolah rendah. ------------------------------------------------------------------------------------------Dipersilakan kepada para peserta untuk mengajukan soalan ----------------------------------------------------------------------------------------Jutaan terima kasih kepada semua pembentang. Cue : pelajar 5 Ann : kurikulum KHSR telah mengalami inovasi yang cukup besar sepanjang permulaan perlaksanaan pada tahun 1992. Bagi menghuraikan tajuk inovasi di dalam kurikulum kemahiran Hidup Sekolah rendah yang akan disampaikan oleh saudara Saifuddin bin Razali. Majlis mempersilakan. ------------------------------------------------------------------------------------------Sesi soal jawab dibuka kepada para peserta ------------------------------------------------------------------------------------------Terima kasih diucapkan pembentangan itu tadi. Cue : pelajar 6 Ann : Penambahbaikkan kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam
SAFIKKIN BIN SABRAN & SITI KHADIJAH BINTI ALIAS shaf_putrahafik89@yahoo.com

kepada

saudara

Saifuddin

diatas

IPGM KAMPUS TEKNIK, KUALA LUMPUR, SEMINAR KAJIAN KURIKULUM KHSR 2009

pelaksanaan kemahiran hidup sekolah rendah merupakan tajuk ke-5 yang dibentangkan oleh guru pelatih yang terdiri daripada saudara Naqiuddin bin Ismail, saudara Ahmad hazazi bin Mohd wasian dan saudara Nur Khairiah Binti Ayub. Diharap para pembentang dapat menghuraikan tajuk dengan jelas. Majlis mempersilakan. ------------------------------------------------------------------------------------------Majlis membuka ruang untuk sesi soal jawab ------------------------------------------------------------------------------------------Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pembentang. Cue : Rehat Ann : Setelah lebih kurang selama 3 jam kita telah dimasukkan pelbagai input berkaitan dengan Kajian kurikulum KHSR, majlis berhenti rehat sekali lagi selama satu jam untuk menunaikan solat zohor. Semua hadirin diminta kembali ke dewan kuliah pada jam 2.30 minit petang. Majlis berhenti rehat. Cue : pelajar 7 Ann : Selamat kembali ke seminar KHSR 2009. Tanpa melengahkan masa, saya menjemput pembentang secara berkumpulan yang akan disampaikan oleh saudara Salahudin bin Abd Rahman, saudari Assyamiah binti aziz roslan dan dg mashaini bt Awg Abd. Rahman dengan tajuknya isu-isu semasa perkembangan kurikulum di Malaysia. Majlis mempersilakan. ------------------------------------------------------------------------------------------Ruang dibuka untuk sesi soal jawab ------------------------------------------------------------------------------------------Terima kasih diucapkan kepada para pembentang. Cue : pelajar 8 Ann : seterusnya, kita telah sampai kepada pembentang yang terakhir. Majlis menjemput saudari nurul ain binti ahmad, nor zalikha binti md. Zaidon dan nur adibah zahidah binti abu bakar untuk
SAFIKKIN BIN SABRAN & SITI KHADIJAH BINTI ALIAS shaf_putrahafik89@yahoo.com

IPGM KAMPUS TEKNIK, KUALA LUMPUR, SEMINAR KAJIAN KURIKULUM KHSR 2009

membentangkan tajuk sejauh manakah keberkesanan KHSR di sekolah ------------------------------------------------------------------------------------------Sesi soal jawab dibuka kepada para peserta sekiranya terdapat sebarang kemsyukilan. -------------------------------------------------------------------------------------------

Jutaan terima kasih diucapkan kepada para pembentang. Majlis berhenti rehat seketika sebelum kita menyambung kepada majlis penutupan yang akan dijalankan pada pukul 3.20 minit petang. Semua peserta diwajibkan menghadirkan diri. Perhatian kepada semua ketua kumpulan, sila beri kerjasama untuk mengambil rekod kedatangan peserta. Majlis berhenti rehat.

Cue : majlis penutupan Ann : bismmilah hirrahman nirrahim, selamat datang ke majlis penutupan seminar Kajian Kurikulum KHSR 2009. Seminar ini telah dijalankan sepanjang hari ini dengan pengisian sebanyak 11 pembentangan dan baru sahaja selesai pada jam ________________ petang tadi. Seminar ini telah dikelola oleh semua peserta 2 PISMP RBT ambilan Januari 2009 yang dipengerusikan oleh saudara Mohamad Syafiq bin Roslan. Hadirin sekalian, Seterusnya, majlis mempersilakan cik hajah Rosenah bt haji mohd nor, timbalan pengarah IPGM kampus pendidikan teknik untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan timbalan Pengarah sebentar tadi. Semoga setiap apa yang diperkatakan sebentar tadi, Dapat kita menokok barang yang kurang, Dapat kita menghubung mana yang pendek. Yang usang-usang diperbaharui, Yang lapuk-lapuk dikajangi.

SAFIKKIN BIN SABRAN & SITI KHADIJAH BINTI ALIAS shaf_putrahafik89@yahoo.com

IPGM KAMPUS TEKNIK, KUALA LUMPUR, SEMINAR KAJIAN KURIKULUM KHSR 2009

Hadirin sekalian, Ada jejak, ada bekasnya, Ada luka, ada parutnya, Ada sinar, ada bayangnya, Ada pahat, ada kerawangnya. Majlis dengan ini mempersilakan Yang berbahagia cik hajah rosenah binti haji mohd nor diiringi oleh __________________________________________________________ untuk menyampaikan cenderamata kepada pegawai dan pensyarah. Dengan ini, majlis mempersilakan En. Ghazali bin Othman dari bahagian pembangunan kurikulum untuk menerima cenderamata daripada Timbalan pengarah IPGM kampus pendidikan teknik. Seterusnya, majlis mempersilakan Dr. Tajul Ariffin bin Yang hussin dan Dr. Faizah Bt. Md. Ghazali untk menerima cenderamata. Terima kasih diucapkan kepada cik hajah rosenah diatas kesudian menyampaikan cenderamata itu tadi. Hadirin sekalian, Kalau memanjat sudah sampai ke puncak, Kalau menurun sudah sampai ke lembah. Ada pangkal ada hujungnya, Ada hulu ada hilirnya. Dengan berakhirnya majlis penyampaian cenderamata itu tadi, maka berakhirlah majlis kita pada hari ini. Dikesempatan ini, kami ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada cik hajah rosenah atas kesudian menghadirkan diri dan memeriahkan majlis kita pada hari ini. Juga ucapan terima kasih kepada Jawatankuasa pengelola, para peserta dan mereka yang menjayakan seminar kajian kurikulum kemahiran hidup sekolah rendah 2009.

SAFIKKIN BIN SABRAN & SITI KHADIJAH BINTI ALIAS shaf_putrahafik89@yahoo.com

IPGM KAMPUS TEKNIK, KUALA LUMPUR, SEMINAR KAJIAN KURIKULUM KHSR 2009

Diharapkan majlis ini dapat membuka ruang-ruang baru buat diri kita untuk meneruskan usaha bagi mencapai kejayaan dimasa hadapan. Kami sudahi dengan lafaz wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum w.b.t Selamat maju jaya.

SAFIKKIN BIN SABRAN & SITI KHADIJAH BINTI ALIAS shaf_putrahafik89@yahoo.com

Anda mungkin juga menyukai