Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS UNTUK SEMINAR PEMBANGUNAN KERJAYA STAF 6 NOVEMBER 2013

KATA ALU-ALUAN PENGACARA MAJLIS - Yang Dihormati Penceramah Jemputan Ir Choo Kok Beng, Penasihat Technological Association of Malaysia - Yang Berbahagia En. A.Azman bin Arshad, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Politeknik Banting Selangor - Yang berusaha Pn Chuah Bee Leng, Ketua Unit CISEC PBS - Ketua-ketua Jabatan, dan peserta-peserta seminar yang dialu-alukan. -Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Hadirin yang dihormati, Saya bagi pihak Jawatankuasa Majlis mengalu-alukan kehadiran para hadirin semua ke seminar pembangunan kerjaya staf ini. Jutaan terima kasih juga kami ucapkan kepada peserta seminar jemputan daripada Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Politeknik Nilai, Politeknik Metro Kuala Lumpur, Politeknik Port Dickson, ILP Kuala Langat, Kolej Komuniti Kuala Langat dan IKBN Kuala Langat yang sudi hadir ke seminar ini. BACAAN DOA Para hadirin yang dihormati, Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, eloklah kiranya kita mulakan pagi yang berbahagia ini dengan bacaan doa. Majlis mempersilakan Ustaz Muhammad Safwan bin Abdullah, untuk tampil memimpin pembacaan doa. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada .Ustaz Muhammad Safwan di atas bacaan doa sebentar tadi.

5.

UCAPAN ALU-ALUAN Timbalan Pengarah Sokongan Akademik

Hadirin sekalian, Majlis pada pagi ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh Yang Berusaha En.A.Azman bin Arshad selaku Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PBS. Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada En.A Azman bin Arshad di atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi. Tuan2 & puan2, Dengan harapan semua telah bersedia untuk sama-sama menerima ilmu yang akan disampaikan oleh penceramah kita pada pagi ini, tanpa melengahkan masa lagi, saya menjemput Ir Choo Kok Beng untuk meneruskan majlis ini Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan..

SESI Q&A Terima kasih diucapkan kepada Tuan penceramah yang telah memberi penerangan berkenaan topik kita hari ini. Namun demikian, mungkin masih ada persoalan yang belum terjawab. Oleh itu, majlis membuka sesi soal jawab Selesai sudah sesi soal jawab itu tadi. Terima kasih. 9. PENYAMPAIAN CENDERAMATA Hadirin, hadirat yang dihormati sekalian, Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kami , pihak majlis menjemput En.A.Azman untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berusaha Ir Choo Kok Beng diiringi oleh Pn Chuah Bee Leng .Dipersilakan..

Hadirin yang dihormati, Sebelum mengakhiri majlis, ada beberapa makluman yang ingin saya sampaikan: 1)Untuk makluman, bagi peserta jemputan daripada Politeknik jemputan dan Institusi-institusi berhampiran..sijil telah disediakan oleh pihak kami dan bolehlah diambil di kaunter pendaftaran sebentar lagi. 2) Bagi semua staf Politeknik banting Selangor pula, Seminar akan diteruskan lagi pada pukul 2.30 petang ini di sini. Diharap semua akan berada di sini pada petang ini.

Baiklah, sampai di sini pertemuan kita, Sekali lagi saya bagi pihak penganjur majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua tetamu di atas kesudian hadir bersama-sama memeriahkan majlis kita pada hari ini. Dengan itu, Majlis mempersilakan semua jemputan untuk ke ruang jamuan di untuk menjamu selera seadanya. Saya akhiri dengan serangkap pantun; Akar keladi melilit selasih, Selasih tumbuh di hujung taman; Kalungan budi junjungan kasih, Mesra kenangan sepanjang zaman Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ?????

salam kemaafan di setiap kesilapan dari tuturkata mahupun lakucara,

Banyak kelok ke penarik, Kelok tumbuh pohon kuini; Nan elok bawalah balik, Nan buruk tinggalkan di sini.

Anda mungkin juga menyukai