Anda di halaman 1dari 9

SKRIP PENGACARA MAJLIS

PROGRAM KONSOLIDASI
PATRIOTISME EKONOMI BUMIPUTERA
- SIRI II -

DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI
AWAM/SWASTA (IPTA/S),
POLITEKNIK AWAM DAN KOLEJ KOMUNITI



ANJURAN BERSAMA:
















MAJLIS
KEUSAHAWANAN
UNIVERSITI
MALAYSIA
(MAKMUM)




MAJLIS KEPIMPINAN
LATIHAN UNIVERSITI
MALAYSIA
(MAKLUM)

Masa CUE ANN 1

1.45 tgh

Ketibaan tetamu


- UMMU
Bismillahirrohmanirohim,
Assalamualaikum wbh dan Salam Sejahtera...

Hadirin yang dihormati sekalian,

Universiti Kuala Lumpur
mengucapkan Selamat Datang ke :

PROGRAM KONSOLIDASI PATRIOTISME EKONOMI
BUMIPUTERA

Untuk makluman hadirin sekalian, majlis akan bermula
sebentar lagi. Untuk itu, diminta para hadirin memberi
kerjasama untuk mematikan telefon bimbit atau
memastikan ianya berada dalam Silent Mode sepanjang
perjalanan majlis.


Masa CUE ANN 2

2.00 ptg

Ketibaan dif-dif
kehormat
- AQIL
Mengumumkan ketibaan
Yang Berbahagia Prof. Dato Dr. Mazliham Mohd
Suud, Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Universiti
Kuala Lumpur dan Yang Berbahagia Tan Sri Dr.
Rahim Tamby Chik Pengerusi Gagasan Badan
Ekonomi Melayu (GABEM)
diiringi dif-dif kehormat.

Para hadirin diminta berdiri.
(Tetamu Kehormat Mengambil Tempat)







Masa CUE ANN 3

2.15 ptg

Lagu Negaraku,
Amanah Rakyat
dan Nakhoda
Kemajuan
dimainkan


Tetamu
Kehormat, para
tetamu jemputan
dan hadirin
dijemput duduk

Setelah semua
hadirin berada di
tempat duduk
- UMMU
Para hadirin diminta untuk terus berdiri bagi bersama-
sama menyanyikan lagu Negaraku, Amanah Rakyat dan
Nakhoda Kemajuan.

*** nyanyian lagu Negaraku, Amanah Rakyat & Nakhoda
Kemajuan ***

Para hadirin dijemput duduk.

Kuntum melati tumbuh melata
Burung merbah di pohon cemara
Assalamualaikum pembuka bicara
Selamat datang untuk semua

Bismillahirohmanirrahim

****Salutasi****

Majlis mengucapkan Selamat Datang ke:
PROGRAM KONSOLIDASI PATRIOTISME EKONOMI
BUMIPUTERA
ANJURAN BERSAMA

Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM)
Majlis Kepimpinan Latihan Universiti Malaysia
(MAKLUM)
Majlis Keusahawanan Universiti malaysia
(MAKMUM)
Universiti Kuala Lumpur (UniKL)









Masa CUE ANN 4

2.20 ptg

Bacaan doa





Selepas bacaan
doa
- AQIL
Bagi memberkati majlis pada petang ini, dipersilakan
Saudara Muhammad Izham Jidin untuk memimpin
bacaan doa. Majlis mempersilakan.

***Bacaan Doa***

Amin-amin Ya Rabbil Al-Amin

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada
Saudara Muhammad Izham atas bacaan doa itu tadi.


Masa CUE ANN 5

2.30 ptg

Ucapan Aluan
Prof Badri
- UMMU
Hadirin dan hadirat sekalian, majlis seterusnya
menjemput
Yang Berbahagia Prof. Dr. Badri Abu Bakar
Dekan / Ketua Kampus
Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute
Untuk menyampaikan ucapan aluan.
Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

***Ucapan Aluan***

Terima kasih Yang Berbahagia Prof. Badri di atas
ucapan aluan beliau sebentar tadi.


Masa CUE ANN 6

2.40 ptg


Ucapan
Perasmian
Presiden UniKL





- AQIL
Hadirin yang dihormati sekalian

Seterusnya, marilah kita bersama-sama mendengar
ucapan perasmian daripada
Yang Berbahagia Prof. Dato Dr Mazliham Mohd
Suud Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif
Universiti Kuala Lumpur.
Majlis dengan segala hormat nya mempersilakan.




Setelah selesai
ucapan Presiden
UniKL


***ucapan****

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang
Berbahagia Prof. Dato Dr. Mazliham di atas ucapan
perasmian beliau sebentar tadi.


Masa CUE ANN 7

2.50 ptg

Penyampaian
cenderamata

- AQIL
Sebagai simbolik kepada penganjuran program ini, majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan

Yang Berbahagia Prof. Dato Dr Mazliham Mohd
Suud dan Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Rahim Tamby
Chik untuk bertukar tukar cenderahati bagi pihak
Universiti Kuala Lumpur dan Gagasan Badan Ekonomi
Melayu.

Majlis mempersilakan.

***pertukaran cenderamata****
- UMMU
Majlis merakamkan ribuan terima kasih dan tahniah
kepada Universiti Kuala Lumpur dan Gagasan Badan
Ekonomi Melayu di atas kerjasama yang dijalinkan
dalam memastikan program konsolidasi patriotisme
ekonomi bumiputera dapat direalisasikan.


3.20 ptg

Ucapan
Pengerusi
GABEM




Setelah selesai
ucapan
- UMMU
Hadirin dan hadirat sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput
Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Rahim Tamby Chik
Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu
(GABEM) untuk menyampaikan ucaptama beliau.

Majlis mempersilakan.

Pengerusi
GABEM

***ucaptama****

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang
Berbahagia Tan Sri Dr. Rahim Tamby Chik atas
ucaptama yang disampaikan oleh beliau sebentar tadi.



4.00 ptg

Pembentangan
oleh ahli panel.









Pembentangan
oleh ahli panel.
- AQIL
Untuk makluman para hadirin sekalian, majlis pada
petang ini akan diteruskan lagi dengan sesi sidang
media dan pembentangan oleh ahli panel jemputan kita .

Justeru, majlis menjemput Yang Berbahagia Prof.
Dato Dr Mazliham Mohd Suud dan Yang Berbahagia
Tan Sri Dr. Rahim Tamby Chik serta tetamu jemputan
untuk ke Bilik Mesyuarat Utama bagi sidang media.

Majlis mempersilakan.
- UMMU
Bagi meneruskan acara ,majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan :


1. Tuan Haji Sahlan Saruddin
Felo Perundangan GABEM
2. Dato Mohd Shukor Omar
Pengerusi, KMB Educational Services Sdn
Bhd
3. Professor Dr. Sulaiman Sajilan
Dekan, UniKL Business School
4. Prof Madya Dr Cordelia Mason
Timbalan Dekan Akademik Dan Teknologi
UniKL Business School

Untuk tampil ke pentas bagi sesi pembentangan dan sesi
dialog.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.
***Dr. Cordelia mengambil alih majlis bagi sesi
pembentangan dan sesi dialog****

Masa CUE ANN 8

6.15
ptg



Minum petang
dan bersurai
- UMMU
Hadirin sekalian,

Sebagai tanda penghargaan kepada ahli panel dan
moderator, dijemput :

Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Rahim Tamby Chik
Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM) //

Yang Berbahagia Datuk Jasmil Hj. Ghani
Pengurus Besar, Jabatan Jihad Ekonomi/ Anjakan Minda
Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM)

untuk menyampaikan cenderamata.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan :

1. Tuan Haji Sahlan Saruddin
Felo Perundangan GABEM
2. Dato Mohd Shukor Omar
Pengerusi, KMB Educational Services Sdn Bhd
3. Professor Dr. Sulaiman Sajilan
Dekan, UniKL Business School
4. Prof Madya Dr Cordelia Mason
Timbalan Dekan Akademik Dan Teknologi
UniKL Business School

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada Yang Berbahagia Datuk // Tan Sri
atas kesudian menyampaikan cenderamata sebentar
tadi.







- AQIL
Diharapkan dengan berakhirnya sesi dialog sebentar tadi
sedikit sebanyak dapat memberi maklumat serta
kesedaran kepada peserta-peserta mengenai
kepentingan perjuangan ekonomi Bumiputera bagi
meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam semua
sektor perniagaan.

- UMMU
Dengan ini, maka berakhirlah sudah majlis
PROGRAM KONSOLIDASI PATRIOTISME EKONOMI
BUMIPUTERA

Majlis ingin merakamkan ucapan terima kasih di atas
kehadiran tetamu-tetamu kehormat serta para
mahasiswa-mahasiswi yang hadir pada petang ini.

- AQIL
Majlis memohon maaf sekiranya terdapat sebarang
kekurangan sepanjang majlis ini berlangsung.

Sebelum berakhir, majlis ingin menjemput semua tetamu
kehormat dan para jemputan untuk menikmati jamuan
minum petang yang disediakan di cafeteria.

- UMMU AQIL
Saya Syed Mohamad Aqil Syed Mohamad Sazly dan
saya Ummu Atyyah Mohamad Isa mengakhiri majlis pada
petang ini dengan serangkap pantun:

Bunga seroja di atas cemara
Jatuh sekuntum di atas para
Andai kata tersilap bicara
Kemaafan jua yang kami pinta

Sekian terima kasih. Assalamualaikum warahmatullah
w.b.t

Anda mungkin juga menyukai