Anda di halaman 1dari 4

SKRIP PENGACARA MAJLIS

MAJLIS PENTAULIAHAN KOR SISPA UTHM


TARIKH : 13 JUN 2010

MASA : 3.30 PTG

TEMPAT : DEWAN PEPERIKSAAN F2

MASA

PERKARA

3.00 ptg

- Penyambut tetamu bersedia di foyer dewan untuk menyambut tetamu yg hadir dan membawa ke
meja makan yg tlh ditetapkan
- J/Kuasa jamuan pastikan semua meja telah siap dihidang dgn minum ptg.

CATATAN/TINDAKAN
-

J/Kuasa Sambutan
J/Kuasa Pengurusan Majlis
J/Kuasa Jamuan

J/Kuasa Sambutan
J/Kuasa Teknikal

*** Sekiranya Y.B Dato Hishammuddin tiba lewat, penyambut tetamu perlu iringi VVIP ke ruang
menunggu.

3.30 ptg

Y.B Dato Hishammuddin tiba dgn disambut oleh KP JPAM dan terus masuk ke Dewan F2 dgn diiringi
Y.Bhg. Datuk NC, KP JPAM & Pegawai-Pegawai Kanan Universiti.

CONTOH

*** MC akn menggumumkan ketibaan Y.B Dato Hishammuddin & muzik iringan dimainkan

3.30 ptg

Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Dato Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam
Negeri merangkap Menteri Mentor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dengan diiringi oleh Yang
Berbahagia Prof. Dato Dr. Mohd. Noh Dalimin, Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,
dif-dif jemputan dan Pegawai-Pegawai Kanan Universiti.
Semua hadirin diminta berdiri

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera


Yang Berhormat Dato Seri Hishammuddin bin Tun Hussein,
Menteri Dalam Negeri
Merangkap Menteri Mentor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Yang Berbahagia Prof. Dato Dr. Mohd. Noh Dalimin


Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Yang Berbahagia Dato Abdul Halim Abdul Hamid,
Ketua Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
Pegawai- Pegawai Kanan Universiti, Pegawai-Pegawai Universiti, Dif-dif jemputan
dan para hadirin sekalian.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpahan rahmatNya, dapat kita bersama-sama berhimpun pada petang ini dalam Majlis Pentauliahan SISPA. Hari ini
merupakan hari yang bersejarah kerana buat pertama kalinya Yang Berhormat Dato Seri hadir ke
UTHM sebagai Menteri Mentor.
Penganjuran majlis ini yang telah dijayakan oleh Pusat Ko-Kurikulum, Jabatan Pertahanan Awam
Negeri Johor dan Jabatan Pertahanan Awam Daerah Batu Pahat adalah bertujuan bagi
merealisasikan hasrat untuk menjadikan SISPA sebagai satu badan beruniform yang ketiga di UTHM.

CONTOH

Hadirin dan hadirat sekalian,

Bagi memberkati majlis kita pada petang ini, majlis dengan ini menjemput Yang Berusaha Profesor
Madya Dr Syed Dawilah Al Edrus, Pengarah Pusat Islam UTHM untuk memimpin bacaan doa,
dipersilakan

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Profesor Madya Dr. Syed Dawilah di atas bacaan doa itu
tadi.

Yang Berbahagia Dato, Tuan-Tuan, Puan-puan, Para hadirin sekalian,


Izinkan saya menyingkap sedikit sejarah penubuhan SISPA di UTHM ini. Sejarah awal penubuhan
SISPA UTHM bermula pada tahun 2003 dengan penawaran Kursus Kokurikulum Pertahanan Awam
berkredit dengan jumlah awal pelajar yang mendaftar seramai 50 orang. Semenjak daripada itu
sehingga 2010, jumlah tersebut telah mencecah kepada 1151 orang.

Pada petang ini, dengan hasrat melahirkan barisan pelajar yang bertauliah dalam memberikan
bantuan di saat-saat kecemasan dan menjadi harapan dalam menghulurkan bantuan kepada
golongan yang memerlukan, SISPA UTHM akan dilancarkan.

Pada hadirin sekalian,


Tanpa melengahkan masa lagi, majlis dengan penuh rasa hormat ingin menjemput dan
mempersilakan Yang Berhormat Dato Seri Hishammuddin Tun Hussein dengan diiringi oleh Yang
Berbahagia Dato Dr. Mohd Noh Dalimin, Naib Canselor UTHM dan Yang Berbahagia Dato Abdul Halim
Abdul Hamid, Ketua Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia untuk ke pentas utama bagi
menyempurnakan majlis pentauliahan SISPA UTHM. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

J/K Teknikal
J/K Protokol
J/K Publisiti

J/K Teknikal
J/K Protokol
J/K Hadiah & Cenderamata

*** Lagu iringan gimik perasmian dimainkan sehingga MC memulakan upacara seterusnya.
*** MC memainkan peranan dengan memulakan acara seterusnya setelah Dato Seri selesai melihat
gimik.

CONTOH

Seterusnya majlis ingin menjemput Yang Berhormat Dato Seri untuk menyampaikan watikah
pelantikan kepada pegawai-pegawai bersekutu Siswa Siswi Pertahanan Awam, UTHM.
Dijemput :1) Leftenan Kolonel Bersekutu (PA) ...
2) Mejar Bersekutu (PA) ...
dan...
3) Kapten Bersekutu (PA) ...
Terima kasih Dato Seri dan tahniah diucapkan kepada semua penerima watikah di atas pelantikan
ini.
*** Lagu iringan penyampaian watikah dimainkan sehingga pegawai terakhir menerima watikah.
*** Penerima watikah akan berada di atas pentas setelah menerima watikah untuk sesi bergambar

Seterusnya sesi bergambar bersama pegawai-pegawai bersekutu

Para hadirin yang dihormati sekalian,


Sebagai tanda kenang-kenangan daripada pihak universiti, majlis ingin menjemput Yang Berbahagia
Prof. Dato Dr. Mohd Noh Dalimin untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang Berhormat Dato
Seri Hishammuddin Tun Hussein.

J/K Teknikal
J/K Protokol
J/K Hadiah & Cenderamata

J/K Teknikal

J/K Teknikal
J/K Jamuan

Seterusnya penyampaian cenderahati daripada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia kepada Yang
Berhormat Dato Seri.

Para hadirin sekalian,

CONTOH

Dengan berakhirnya majlis perasmian itu tadi, maka rasmilah sudah Siswa Siswi Pertahanan Awam
UTHM. Sekali lagi, majlis mengucapkan sekalung tahniah kepada semua penerima watikah pelantikan
dan semoga dengan pelantikan ini pegawai-pegawai SISPA akan dapat menjalankan tanggungjawab
yang diberikan untuk menjadikan SISPA UTHM antara yang terbaik di antara IPTA-IPTA di Malaysia.
Ucapan perhargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Dato Seri
Hishammuddin Tun Hussein, Prof. Dato. Dr. Mohd Noh Dalimin, Yang Berbahagia Dato Abdul Halim
Abdul Hamid, Timbalan- Timbalan Naib Canselor, Pegawai-pegawai Kanan Universiti dan semua
jemputan kerana sudi hadir pada majlis petang ini.
Bagi mengakhiri majlis pada petang ini, marilah kita sama-sama berdiri untuk menyanyikan lagu
rasmi Jabatan Pertahanan Awam Sentiasa Siap Sedia. Hadirin diminta berdiri.
*** Lagu dimainkan

4.00 ptg

Majlis dengan ini menjemput para hadirin sekalian untuk menikmati jamuan yang telah disediakan
Sekian. Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
TAMAT

Anda mungkin juga menyukai