Anda di halaman 1dari 3

PELBAGAI MAJLIS UNIVERSITI

MAJLIS MALAM ALUMNI UTM 2003


Ann. 1 : Mengumumkan ketibaan Y. Bhg. Tan Sri Abdul Halim Ali dengan diiringi oleh Yang Berbahagia Datuk Prof. Ir Dr. Mohd Zulkifli bin Tan Sri Mohd Ghazali, Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia. Ann. 2 : Assalamualaikum w.b.h dan Salam Sejahtera. Y. Bhg. Tan Sri Abdul Halim Ali Pengerusi Lembaga Pengarah UTM Yang Berbahagia Datuk Prof. Ir. Mohd Zulkifli bin Tan Sri Mohd Ghazali, Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia dan Yang Berbahagia Datin Zanita bte Ramli Y. Bhg. Prof. Ir. Dr. Azraai bin Kasim, TNC Y. Bhg. Prof. If. Dr. Alias, TNC Yang Berusaha Ir. Dr. Wan Ali Wan Mat Pengarah Unit Perhubungan Alumni Pegawai Kanan UTM serta hadirin-hadirat yang dihormati sekalian. Malam indah di Aidilfitri Bulan mulia kemaafan dipinta Malam Alumni menjelma lagi Mengembali nostalgia menerus aspirasi negara Pihak majlis mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada hadirian sekalian memandangkan kehangatan Syawal masih lagi terasa. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana masih diberi peluang sekali lagi untuk bersama-sama meraikan Malam Alumni UTM 2003 pada

malam ini. Bagi memberkati majlis. Dijemput Y. Bhg. Ustaz Shahrizal Shahidan untuk membacakan doa. Ann 3 : Terima kasih Y. Bhg. Ustaz Shahrizal di atad bacaan doa itu tadi, Hadirian-hadirat yang dihormati sekalian, Malam Alumni indah berseri Dengan iringan irama merdu Terhidang sudah jamuan dinanti Dipersilakan sekalian hadirin menjamu Ann. 4 : Dengan itu, dipersilakan Y. Bhg. Tan Sri, Puan Sri, Datuk, Datin serta hadirin sekalian untuk menikmati Jamuan Malam Alumni 2003 ini. Sudi-sudikanlah. Kembang harum si bunga kemboja Buat jambangan hiasan serumah Hidangan malam sudah di meja Tinggal menanti dicecah dijamah Ann. 5 : Hadirin-hadirat yang dihoramati sekalian Bagi meneruskan Malam Alumni 2003 ini majlis diteruskan dengan mempersilakan Yang Berbahagia Datuk Prof. Ir Dr. Mohd Zulkifli bin Tan Sri Mohd Ghazali, Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia unutk menyampaikan ucapan alu-aluan. Denga hormatnya dipersilakan. Ann. 6 : Majlis merakamkan ribuan terima kasih di atas ucapan Y. Bhg. Datuk Naib Canselor sebentar tadi. : Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian Seterusnya, majlis segala hormatnya menjemput Pengerusi Lembga Pengarah UTM untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan Tan Sri. Ann. 7 : Majlis merakamkan ribuan terima kasih di ats ucapan sebentar tadi. Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian

Majlis Malam Alumni 2003 ini diteruskan dengan mempersilakan hadirin untuk menyaksikan persembahan detik-detik nostalgia dan video korporat UTM. Dipersilakan. Ann. 8 : Begitulah persembahan yang menambahkan seri dan erti Malam Alumni UTM 2003. Hadirin dan hadirat sekalian Seterusnya ialah penganugerahan Tokoh Alumni 2003. Sebelum penganugerahan ini, izinkan saya untuk membacakan biodata Tokoh Alumni tahun ini. ;.. Ann. 9 : Bagi mengaugerahkan Tokoh Alumni 2003, dipersilakan Y. Bhg. Datuk Naib Canselor bagi menjemput dan mengiringi Y. Bhg. Tan Sri Abdul Halim bin Ali untuk menyempurnakan Dipersilakan. majlis. Dengan itu, dipersilakan Tokoh Alumni 2003.. tampil untuk menerima anugerah.

Anda mungkin juga menyukai