Anda di halaman 1dari 1

Teks Ceramah Anti Dadah:

Selamat pagi salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang


Berbahagia Encik Salleh Bin Sulaiman penceramah untuk Ceramah
Antidadah tahun 2023, Sarjen Siti Zulbaidah Binti Suot selaku Pengawai
Perhubungan Sekolah, Yang Berusaha Puan Kho Hui Ling selaku Guru
Besar SJK (C) Chung Hua Jemukan, Yang Dihormati Puan Fam Hui
Choo selaku Penolong Kanan 1, Yang Dihormati Cik Tang Ngan Ting
selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Yang Dihormati Cik Khong
See Ling selaku Penolong Kanan Kokurikulum, guru-guru dan murid-
murid sekalian.

Bagi memulakan Ceramah Antidadah ini, sama-sama kita berdiri


untuk menyanyikan lagu Negaraku dan lagu Ibu Pertiwiku. Mohon
semua tetamu jemputan dan hadirin yang hadir untuk berdiri.

Para Hadirin dipersilakan duduk. Majlis dengan seterusnya


menjemput Yang Berbahagia Encik Salleh Bin Sulaiman untuk
menyampaikan ceramah beliau. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia


Encik Salleh Bin Sulaiman atas ceramah yang telah disampaikan tadi.
Majlis diteruskan dengan penyampaian cederamata. Untuk itu, majlis
menjemput Yang Berusaha Puan Kho Hui Ling, Guru Besar SJK (C)
Chung Hua Jemukan untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang
Berbahagia Encik Salleh Bin Sulaiman. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Ribuan terima kasih di ucapkan kepada Yang Berusaha Puan Kho


Hui Ling atas penyampaian cenderamata sebentar tadi.

Majlis akan diteruskan dengan sesi bergambar. Majlis dengan


seterusnya menjemput semua tetamu, penolong-penolong kanan dan
guru-guru untuk menjamu selera di Bilik Mesyuarat.

Hadirin yang dihormati....Selesai sudah Program Ceramah


Antidadah tahun 2023. Semoga kita semua dapat memanfaatkan ilmu
yang diperolehi di dalam ceramah ini. Sekian sahaja untuk kali ini.

Anda mungkin juga menyukai