Anda di halaman 1dari 3

Teks pengacara Majlis Khatam Al-Quran & Israk Mikraj SK Kampung Gemuroh

9 Februari 2023

1. Kata aluan

Bismillahhirrahmannirrahim. Diucapkan segala puji-pujian, kepada Allah RABBUL


IZZATI dan diiringkan sanjungan dengan kesyukuran yang amat tinggi, Selawat dan
salam buat junjungan besar, Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda serta sahabat-
sahabat baginda.

Yang dialukan,

1. Yg Berusaha Pn. Hajah Husni Binti Yusof , Guru Besar SK Kampung Gemuroh,

2. Barisan Penolong Kanan, Guru-guru dan seterusnya murid-murid yang dikasihi


sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahhiwabarokatuh.
Alhamdulillah, seiringan kita menzahirkan rasa kesyukuran kehadrat Allah s.w.t kerana
dengan limpah kurnia dan izinnya, kita diberikan kekuatan dan kelapangan masa untuk
kita bersama-sama menjayakan Majlis Khatam Al-quran dan Israk Mikraj Peringkat SK
Kampung Gemuroh pada hari ini.

Oleh itu, tanpa melengahkan masa, dijemput semua murid tahun 6 untuk naik ke pentas
bagi memulakan majlis khatam Al-Quran kita pada pagi ini.

2. Ucapan Guru Besar

Bunga melur bunga kenanga

Cantik disusun penyeri anjung

Al-Quran bagaikan intan permata

Al-Quran dijunjung umat disanjung


Hadirin yang dirahmati Allah sekalian.
Bagi meneruskan majlis khatam kita, dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan
Pn. Hajah Husni Binti Yusof , Guru Besar SK Kampung Gemuroh untuk menyampaikan
ucapan. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

******UCAPAN********

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Puan Guru Besar atas ucapan itu tadi.

3. Penyampaian Cenderahati

Para muslimin dan muslimat sekalian,


Majlis diteruskan lagi, dengan Penyampaian Sumbangan Al-Quran kepada murid-murid
tahun enam SK Kampung Gemuroh untuk Majlis Khatam ini pada tahun ini.
Bagi menyempurnakan majlis, Dengan sukacitanya dijemput Yg Berusaha Guru Besar
SK Kampung Gemuroh untuk naik ke pentas bagi menyampaikan cenderahati tersebut.
Dipersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diatas kejayaan murid-


murid dalam meneruskan tradisi memartabatkan Al-Quran.
Semoga kita semua mendapat keberkatan dan pengajaran daripadanya.

4. Ceramah Isra’ Mikraj

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum WBT.


Majlis Khatam Al-Quran kita pada hari ini akan diteruskan lagi. Terlebih dahulu, Majlis
juga ingin mengalu-alukan kehadiran yang berbahagia, Ustaz Ahmad Hisham bin Usoh
@ Yusoff daripada SK Bukit Tunggal atas kesudian meluangkan masa bersama-sama
warga SK Kampung Gemuroh dalam meraikan majlis penuh bermakna kita pada hari ini.

Sayang melukut ditepi gantang


Himpunan tikar padian huma
Tuan dijemput sudahlah datang
Berbesar hati kami menerima
Oleh itu, tanpa melengahkan masa, majlis diteruskan dengan Cemarah Israk Mikraj.

Jesteru, majlis dengan penuh takzim menjemput dan mempersilakan yang berbahagia,
Ustaz Ahmad Hisham bin Usoh @ Yusoff untuk menyampaikan ceramah. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

****************** Ceramah***********************

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada yang berbahagia,
Ustaz Ahmad Hisham bin Usoh @ Yusoff atas penyampaian ceramah sebentar tadi.

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

Bagi menyempurnakan majlis, Dengan sukacitanya dijemput Yg Berusaha Guru Besar SK


Kampung Gemuroh untuk menyampaikan cenderamata kepada penceramah kita pada hari
ini. Dipersilakan

5. Penutup

Muslimin muslimat, hadirin hadirat,

Semoga Majlis yang diadakan pada pagi ini dapat memupuk ukhuwah dan mengeratkan
silaturrahim sesama kita dan mendapat rahmat dari-Nya.

Bunga mawar cantik berseri

Mekar disirami si embun pagi

Majlis hari ini mengundur diri

Semoga masa hadapan berjumpa lagi.

Dengan ini berakhirlah sudah Majlis Khatam Quran dan Israk Mikraj Peringkat SK Kampung
Gemuroh pada hari ini. Sesungguhnya Yang baik itu dari Allah, dan yang buruk datang dari
kelemahan saya sendiri.

Akhir kata, wabillahitaufik wahidayah,

wassalamualaikum WB..

Anda mungkin juga menyukai