Anda di halaman 1dari 7

Teks Pengacara Majlis Khatam dan Penutupan Program

Ihya Ramadhan.

Daun Selasih usah dipilis


Izinkan saya mulakan Majlis

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillahi rabbil’alamin. Wassala tu wassalamu ‘ala
asyrafil anbiai wal mursalin Wa’ala alihi wasahbihi
ajma’in.

1. Yang Berusaha, Cikgu Basri Bin Hj Yusof.Guru


Besar SK Tengku Zainun
2. Yang Dihormati, Cikgu Ahmad Nizam Bin
Dzulkefli.Guru Pen. Kanan Kurikulum
3. Cikgu Hjh Noor Paridah Binti Abdul Hamid, PK Hal
Ehwal Murid
4. Cikgu Shaharin Bin Sarip. PK Ko-Kurikulum
5. Cikgu Hjh Sharliza Bin Abu Nawas, Guru Pen. Kanan
Pendidikan Khas
6. Rakan-rakan guru
7. Seterusnya anak-anak murid yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.…


Alhamdulilah, setinggi-tinggi lafaz kesyukuran ke hadrat Allah
S.W.T kerana dengan izin dan limpah hidayahnya jua, kita
diberikan kesihatan yang baik dapat kita sama-sama
berhimpun di Dewan SK Tengku Zainun pada pagi Jumaat
yang barakah ini bagi menjayakan ”Majlis Khatam Al-Quran
Ramadhan dan Penutupan Program Ihya Ramadhan SK
Tengku Zainun bagi Tahun 2023 Masihi bersamaan 1444H
Selamat datang... .Ahlan wa Sahlan wa marhaban bikum...

Rakan- rakan guru, AKP dan anak2 murid yang dimuliakan,

Program Khatam Al-Quran Ramadhan merupakan salah


satu agenda tahunan pihak sekolah bagi mengimarahkan
Bulan Ramadhan setelah murid-murid dan guru selesai
bertadarus.
Majlis ini juga merupakan satu kesinambungan bagi
menjadikan amalan membaca Al-Quran sebagai satu budaya
dan menyemai rasa kecintaan yang mendalam terhadap
kalamullah seterusnya memartabatkaan Al-Quran ke
tahap tertinggi. Semoga AlQuran yang dibaca menjadi
amalan berterusan bukan sahaja pada bulan
Ramadhan, bahkan diteruskan pada bulan-bulan lain
juga.

Mudah-mudahan segala amalan yang kita laksanakan


dengan penuh keikhlasan pada bulan pengampunan ini akan
membuahkan hasil dan diberkati Allah jua. InsyaAllah.
BACAAN DOA PEMBUKA MAJLIS

Indah Busana Pakaian Menantu


Serasi dipadan kain pelikat
Mohon Doa pada yang Satu
Agar Majlis mendapat berkat

Bagi memberkati Majlis kita pada hari ini, di persilakan


__________________ dari kelas ____________ untuk
mengetuai bacaan doa.
Majlis dengan segala hormatnya memepersilakan.

***************************Doa *******************************
Terima kasih kepada ______________________ atas bacaan
doa sebentar tadi. Semoga segala amalan kita diterima dan
doa-doa kita dimakbulkan serta mendapat keberkatan Ilahi.

1. Majlis Khatam Al-Quran (Tak Perlu Baca)

Rakan-rakan guru dan anak didik yang dimuliakan Allah,

Majlis kita pada pagi ini akan diteruskan dengan upacara


Khatam Al-Quran yang akan disempurnakan oleh guru-guru
SKTZ bersama murid-murid daripada Kelas 5 dan 6 Seroja di
bawah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Mohamad Fadhli Bin
Abdullah. Dengan segala hormatnya, saya menyerahkan
Majlis kepada Ustaz Mohd Fadhli Bin Abdullah selaku Naqib
pada pagi ini.

-MAJLIS KHATAM BERMULA –

Alhamdulilah, demikian tadi selesai sudah Majlis Khatam


Al-Quran oleh guru-guru dan murid -murid SK Tengku
Zainun .

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan


terima kasih kepada Ustaz Muhammad Fadhli atas
penyempurnaan majlis khatam Al-quran secara beramai-
ramai sebentar tadi.

Rasulullah SAW bersabda, “ Barang siapa membaca


satu huruf dari Al-Quran, maka ia mendapat satu
kebaikkan dan satu kebaikkan sama dengan sepuluh
kali ganda. Amatlah rugi jika kita tidak merebut peluang
yang datang pada bulan ramadhan ini, insya Allah.

2. Majlis Penutup Program Ihya Ramadhan (Tak :Perlu


Baca)

Warga SK Tengku Zainun yang dikasihi

Duduk sekawan si burung unta,


Tepi keramat di waktu malam;
Pada mu tuan kami meminta,
Kata azimat penutup kalam.

Jesteru, majlis dengan penuh takzim menjemput dan


mempersilakan yang berbahagia Tuan Guru Besar SK
Tengku Zainun, Cikgu Basri Bin Hj Yusof untuk
menyampaikan ucapan seterusnya menyempurnakan
upacara penutupan program Ihya’ ramadhan 2023.

Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.


*********************************Ucapan
Perasmi***********************************************

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan


terima kasih kepada Tuan Guru Besar atas ucapan dan
penyempurnaan perasmian penutup program ihya’
Ramadhan 2023 sebentar tadi.

3. Penyampaian Sumbangan Kepada Anak Yatim dan


Asnaf.(Tak Perlu Baca)

Warga SK Tengku Zainun yang di rahmati Allah.


Acara seterusnya merupakan penyampaian sumbangan
………………………. kepada anak-anak SK Tengku Zainun
Tampin. Dengan ini, majlis berbesar hati mempersilakan Yang
Berusaha Tuan Guru Besar Pdengan diiringi oleh Cikgu
Ahmad Nizam B Dzulkefli, Guru Penolong Kanan Kurikulum
bagi menyampaikan sumbangan. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

Dipersilakan . (Nama-nama murid Penerima Sumbangan


(..........................................................
……………………………….)

Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Yang


Berusaha Cikgu Basri atas kesudian menyempurnakan
penyampaian sumbangan sebentar tadi.

2. Penutup

Hadirin yang dihormati,


Dengan berakhirnya penyampaian sumbangan itu tadi, maka
Majlis Khatam Al-Quran Sempena Ramadhan Peringkat
Sekolah Kebangsaan Tengku Zainun bersamaan 1444 Hijrah
melabuhkan tirai. Majlis ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada
semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini
terutama para guru selaku AJK yang melancarkan
perjalanan Program sepanjang Ramadhan ini.

Akhirul kalam, sesungguhnya segala yang baik adalah


datangnya dari Allah dan segala kekurangan adalah dari
kelemahan kami jua. Moga diizinkan Allah bertemu lagi
dengan Ramadhan tahun hadapan.

Marilah sama-sama kita akhiri majlis kita pada hari ini dengan
Tasbih Kaffarah dan Surah Al-Asr.
Sekian…
Wabillahi taufiq wal hidayah wassalamu ‘alaikum
warahmatullahi wabarakatuh. Majlis bersurai.

Anda mungkin juga menyukai