Anda di halaman 1dari 3

SKRIP JURUACARA MAJLIS PERJUMPAAN WARIS DAN BACAAN YASIN (TINGKATAN 3 2018)

QUE SKRIP CATATAN

ALU-ALUAN Assalamualaikum,
PENGERUSI (Lafaz pembuka ucapan dan selawat shifa)
MAJLIS
Yang Berusaha,
Tn. Haji Zubairi Bin Ismail (Pengetua SMK Pendang)
Datin Hajah Siti Hajar Binti Said (PK Pentadbiran)
Pn. S. Mariam Binti Omar (PK HEM)
En. Azman Bin Ahmad (PK Koku)
Guru-guru Kanan mata pelajaran,
Guru-guru cemerlang,
Guru-guru,
Para Ibubapa dan waris yang dihormati,
Seterusnya para pelajar yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, Kita merafakkan kesyukuran atas limpah kurnia dari Allah SWT, dapat
sama-sama kita berkumpul di dataran perhimpunan, SMK Pendang hari ini, dengan
selamat dan sejahtera pada pagi yang redup nan permai diberkati bersempena dengan
Majlis Restu Ilmu Pelajar-Pelajar Tingkatan 3 2018 dan diikuti Majlis bacaan yasin pada
waktu tengahari nanti yang diadakan khas untuk para pelajar yang bakal menghadapi
peperiksaan PT3 bermula hari Isnin minggu hadapan.

Majlis Restu Ilmu dan Bacaan Yassin yang diadakan pada setiap tahun sebagai
persediaan terakhir dan sebagai tanda pengharapan manusia kepada Khalik (Pencipta)
untuk bertawakal kepada-Nya setelah segala usaha dilakukan oleh para pelajar, barisan
guru SMKP serta ibu bapa khususnya dalam memastikan anda semua akan mencapai
kejayaan cemerlang dalam peperiksaan PT3 kelak.
Bacaan Doa Sebelum tirai dibuka, sebelum majlis bermula, moleklah kiranya kita bersama-sama
menadah tangan memohon limpah rahmat dan barakah daripada Yang Maha Esa.
Jesteru,  majlis dengan segala hormatnya mempersilakan 
______________________________________________________________________
untuk memimpin bacaan doa . Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan.

****************************BACAAN DOA***********************************

 Amin ya rabbal alamin..Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada


_________________________________________________atas bacaan doa itu
tadi. Semoga dengan kalimah doa ini, diberkati hendaknya, segala hasrat yang
direncana...insyaAllah.

Amanat & Para guru dan pelajar sekalian,


Ucapan Tuan Aturcara majlis kita pada pagi ini diteruskan dengan dan ucapan dan amanat yang akan
Pengetua disampaikan oleh Tuan Pengetua SMK Pendang. Tanpa membuang masa, majlis dengan
sukacita mempersilakan Yang Berusaha, Tn. Haji Zubairi Bin Ismail untuk menyampaikan
untaian kata. Dipersilakan..

Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Tn. Haji. Zubairi
Bin Ismail atas ucapan dan taklimat yang telah disampaikan sebentar tadi.

Kita juga berdoa dan amat mengharap, sisa-sisa waktu yang ada dapat dimanfaatkan
sepenuhnya oleh para pelajar yang dikasihi Allah Sekalian. Semoga apa yang diajarkan
oleh para guru, apa yang dibaca dan dihafal oleh para pelajar semua sampai ke dalam
dewan peperksaan PT3 kelak.

Majlis Bacaan
Yasin dan
Solat Hajat
Saya sudahi majlis dengan lafaz yang mulia, Wabillahitaufik Walhidayah
Wassalamualaikum W.BT

MSIS.SEPT.2018

Anda mungkin juga menyukai