Anda di halaman 1dari 5

Bismillahirrahmaanirrohiim,

Terima kasih dan syukur ke atas kehadiran dan kebersamaan tuan


pengetua, barisan penolong kanan , barisan guru kanan mata pelajaran
, guru-guru dan rakan-rakan Yang dirahmati Allah sekalian untuk
Majlis Solat Hajat dan Restu Ilmu calon SPM 2023 pada pagi ini

Hajat ke hutan menebang buluh,


Singgah di sungai memasang lukah;
Tangan menyusun jemari sepuluh,
Majlis berlangsung penuh barakah.

Mohon saya memulakan majlis.

Assalamualaikum w.b.t.

Bagi meneruskan lagi majlis kita pada pagi ini ,dengan ini saya
menjemput

untuk mengetuai bacaan yasin. Dipersilakan

Sarung ketupat berisi inti,


Dibawa budak sambil berlari,
Kehadiran semua sangat dihargai,
Moga Majlis bertambah seri.

Doa dibaca memohon Rahmat,


Moga Majlis mendapat berkat.

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh


bermakna ini, majlis menjemput
untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Doa

Aamiin, ya robbal ‘aalamin...

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada


____________________________________

atas pimpinan bacaan doa.

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI MAJLIS

Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Ilahi atas limpah kurnia Allah


s.w.t. Pada pagi ini dapat kita berhimpun bagi tujuan Program Majlis
SOlat Hajat dan Restu Ilmu calon SPM 2023 SMK Agama Saratok.

Hadirin yang dirahmati Allah,

Tujuan dan matlamat majlis hari ini adalah:

Semoga usaha kita ini mendapat kebaikan dan keberkatan daripada


Allah s.w.t. InsyaAllah.

AMANAT ( GURU KANAN MATA PELAJARAN BAHASA –


ENCIK AHMAD BIN RAMBLI)
Majlis diteruskan dengan ucapan amanat dan kata-kata peransang
daripada GURU KANAN MATA PELAJARAN BAHASA iaitu
ENCIK AHMAD BIN RAMBLI) Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Guru Kanan Matya


Pelajaran Bahasa atas amanat itu tadi. Semoga amanat ini terus
meningkatkan lagi semangat dan momentum kita semua terutama
calon SPM 2023 yang akan menghadapi peperiksaan dalam beberapa
hari lagi.

***

UCAPAN PENGETUA

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada tuan pengetua (Ustaz


Abdul Rahman bin Abing ) Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada tuan pengetua atas


ucapan.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati dan


salam restu buat murid-murid tingkatan 5.Dengan ini dijemput
semua barisan penolong kanan untuk mengiringi tuan
pengetua bagi menyampaikan cenderamata kepada wakil
setiap tingkatan.
Dimulakan dengan kelas 5 Amanah..Dijemput ketua wakil
dari kelas 5 Amanah. Seterusnya 5 Barakah, 5 Cemerlang dan
5 Dedikasi.
Terima kasih atas penyampaian cenderamata itu tadi.
Dikesempatan ini juga saya mewakili rakan-rakan dari
Tingkatan 5 dan clon SPM 2023 ingin menyusun 10 jari
memohon kemaafan atas segala kesilapan ,kekhilafan dan
kealpaan kami sepanjang menuntut ilmu. Mohon dihalalkan
segala ilmu yang telah guru-guru curahkan kepada kami dan
dengan harapa semoga kami dapat menjawab peperiksaan
SPM pada minggu hadapan dengan tenang dan segala ilmu
yang dicurahkan oleh para guru, apa yang dibaca dan dihafal
akan mengiringi kami sekalian ke dalam bilik peperiksaan
tanpa ada yang tercicir.

Dalam kesempatan ini, dalam pertemuan bermakna ini


marilah kita sama-sama melapangkan dada saling memaafkan
dan merelakan antara guru dan murid-murid pada pagi ini
semoga keberkatannya untuk manfaat bersama bagi mencari
landasan hidup yang berjaya. Beroleh kecemerlangan di
dunia dan di akhirat.

Akhir kata,
Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita ;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.
Hinggap cemara di pagar batu,
Mencari makan di awal pagi ;
Selesai sudah majlis restu ilmu,
Dilain masa bersua lagi.
Sekian,
WabillahiTaufik Walhidayah Wassalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai