Anda di halaman 1dari 4

SKRIP PENGACARA

MAJLIS ANUGERAH JAUHARI DAN HARI KONSULTASI PUSAT TINGKATAN ENAM


SMK DATO HAJI HASSAN YUNOS
Tarikh : 6 SEPTEMBER 2018 (KHAMIS) : 10.30 Pagi

PENGACARA
Pn. Siti Zaharah binti Misrom
ATURCARA TEKS KONTIGENSI
1. HADIRIN Perhatian… Diminta semua ibu bapa, guru-guru dan para
MENGAMBIL
hadirin sekalian mengambil tempat masing-masing kerana
TEMPAT
majlis akan dimulakan sebentar lagi.

2. KETIBAAN Mengumumkan ketibaan


TETAMU
JEMPUTAN Yang Berusaha
Pn Hjh Zainuriah Bt Hj Aman
Pengetua SMK Dato Hj Hassan Yunos
Ke Dewan Tun Abdul Razak

3. NYANYIAN Hadirin dipersilakan berdiri bagi menghormati


LAGU BANGSA
JOHOR
LAGU Nyanyian Lagu Bangsa Johor & ,Lagu Sekolah
SEKOLAH ………………………………………………

Hadirin sekalian dipersilakan duduk.


4.KATA-KATA Mencari timba si anak dara,
ALUAN
PENGACARA Di bawah sarang burung tempua,
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Yang Berusaha
Pn.Hjh Zainuriah bt Hj Aman
Pengetua SMK Dato Hj Hassan Yunos,

Yang di hormati,
En Ahmad Kusaini Bin Safri
Penolong Kanan Pentadbiran

1
Tn. Hj. Ahamad bin Hussin
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Pn Rusita Binti Rahmat


Penolong Kanan Ko-Kurikulum

Tuan Hj Razali Bin Samad


Penolong Kanan Tingkatan 6

Barisan Ketua-ketua Unit, rakan-rakan guru, para ibu bapa


serta anak-anak pelajar yang dikasihi sekalian.
Assalamualaikum w.b.t, dan salam sejahtera .

Alhamdulillah, setinggi kesyukuran kita panjatkan kehadrat


Ilahi kerana dengan izinNya, pada pagi nan permai ini kita
dapat berkumpul dalam satu majlis iaitu Majlis Hari
Anugerah Jauhari & Hari Konsultasi Pusat Tingkatan 6 SMK
Dato Hj Hassan Yunos bagi tahun 2018.

5.BACAAN DOA Hadirinsekalian,


Agar majlis pada petang ini dapat berjalan dengan lancar
dan mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t,
Majlis mempersilakan,

Saudara Mohd Amirul Bin Khamis


untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan
**********************************************.
Amin amin ya rabbal alaminn
6.Ucapan PKT6 Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan dengan mempersilakan

Yang di hormati
Tuan Hj Razali Bin Samad
Penolong Kanan Tingkatan 6

Untuk menyampaikan ucapan.


Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan

***********************************************

2
Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan itu tadi.
7. UCAPAN Hadirin sekalian,
ALU-ALUAN
Emas tempawan buatmu puteri
TUAN
PENGETUA Busana indah buat rupawan,
SMKDHHY Sudilah tuan tampilkan diri,
Bersama madah kata aluan

Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya,


mempersilakan

Yang Berusaha
Pn.Hjh.Zainuriah Bt Hj Aman
Pengetua SMKDHHY
untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan tuan.
********************************************
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih
8. Hadirin yang dihormati sekalian,
PENYAMPAIAN
ANUGERAH Majlis diteruskan dengan acara penyampaian Anugerah
JAUHARI Jauhari Penggal 2 STPM 2018. Anugerah ini terbahagi
kepada 2 kategori, iaitu :
1.Anugerah Pengetua dengan GP 3.5 KEATAS
dan
2.Anugerah Penolong Kanan Tingkatan 6 dengan GP 3.0 KE
ATAS dan BAWAH 3.50

Dengan ini, sekali lagi majlis menjemput dan


mempersilakan

Yang Berusaha
Pn Hjh Zainuriah Bt Hj Aman
Pengetua SMK Dato Hj Hassan Yunos

Untuk menyampaikan sijil kepada penerima .


Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan tuan.

****RUJUK SENARAI NAMA *************

Tahniah di ucapkan kepada semua para penerima


anugerah. Dan terima kasih diucapkan kepada Pn Hjh
Zainuriah bt Hj Aman di atas kesudian menyampaikan
anugerah kepada para penerima.

3
9. Majlis bakal melabuhkan tirainya. Saya mewakili warga
PENUTUP SMK DHHY mengucapkan jutaan terima kasih di atas
& kerjasama yang diberikan sepanjang majlis berlangsung.
NYANYIAN
LAGU Sebelum bersurai, hadirin di minta bersedia untuk
NEGARAKU nyanyian lagu NEGARAKU.

****************NYANYIAN NEGARAKU********

Dengan berakhirnya nyanyian itu tadi, maka berakhirlah


majlis kita pada hari ini.

Dengan ini, saya sudahi


Wabillahitaufikwalhidayah…
Assalamualaikum w.b.t
Sekian. Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai