Anda di halaman 1dari 5

SKRIP PENGACARA MAJLIS

KARNIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI


SEKOLAH KEBANGSAAN ULU RANAN

AGENDA

TEKS PENGACARA

CATATAN

Mengumumkan ketibaan....
Yang Berbahagia

Ketibaan Ybhg.
(Wakil PPD)
Serta Nyanyian
Lagu Negaraku dan
Ibu Pertiwiku

En. Berita Ak. Sabang


Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kanowit
@
En. Willy Ak. Johnson
Ketua Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan (UPPK)
Semua hadirin diminta berdiri.

.........Nyanyian Lagu Negaraku..........


.........Nyanyian Lagu Ibu Pertiwiku..........
Hadirin dipersilakan duduk.
Alu-aluan
Pengacara Majlis

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Adat kita menyambut tetamu
Salam dihulur mesra bertamu
Hamparkan tikar lebarkan pintu
Pemanis bicara aluan didahulu
Yang Berbahagia,
En. Berita Ak. Sabang
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kanowit
@
En. Willy Ak. Johnson
Ketua Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan (UPPK)
Pegawai-pegawai PPD,
Yang Berusaha Pn. Priska Ganging Ak Jegai

VIP tidak akan


duduk
Dan diteruskan
Nyanyian lagu
Negaraku / Ibu
Pertiwiku

Penolong Kanan 1 Sekolah Kebangsaan Ulu Ranan,


Sekolah-sekolah Daerah Cameron Highlands,
Ahli-ahli Jawatankuasa Pengelola,
Para guru pengiring pasukan persembahan,
Peserta-peserta
dan hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian.
Kami selaku wakil pihak majlis pada petang ini, turut sama
merakamkan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga
kepada seluruh hadirin warga dewan khususnya Yang
Berbahagia En Azhar Omar kerana telah sudi meluangkan masa
bagi bersama-sama menjayakan majlis yang kita rencanakan
pada hari ini.h

Alu-aluan
Pengacara Majlis

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, Menteri Muda


Terima kasih pemimpin-pemimpin terbilang
Terima kasih hadirin budiman
Terima kasih kepada semua kerana memenuhi Dewan Terbuka
Sekolah Kebangsaan Ulu Ranan untuk sama-sama mewarnai
Majlis Perasmian Program Mesra Pelanggan .

Yang Berhormat Menteri, Menteri Muda, Dato-Dato, Datin-Datin,


Tuan-tuan, Puan-Puan dan hadirin sekalian.
Tangan ditadah penuh inayah
Majlis dibuka penuh rahmat
Mohon keberkatan serta hidayah
Moga majlis mendapat berkat
Bacaan Doa

Majlis mempersilakan _______________________________


untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan
***********(Bacaan Doa)**********
*Amin-amin ya robbal alamin. Majlis merakamkan ucapan terima
kasih kepada ______________________________________
atas pimpinan doa sebentar tadi.

Ucapan Yang

Yang Berhormat Menteri, Menteri Muda, Dato-Dato, Datin-Datin,


Tuan-tuan, Puan-Puan dan hadirin sekalian.
Adat berbahasa menyampaikan pesan
Adat majlis menyampaikan ucapan

Berbahagia
Pengerusi
Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam

Sebagai pembuka tirai ucapan, majlis dengan sukacitanya


mempersilakan Yang Berbahagia Datuk Dr. Haili Bin Dolhan,
Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia untuk
menyampaikan ucapan alu aluan.
Majlis dengan hormatnya mempersilakan.
***********( Ucapan Yang Berbahagia Datuk Dr. Haili Bin
Dolhan, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Malaysia)**********
*Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada
Yang Berbahagia Datuk Dr. Haili Bin Dolhan atas ucapan alu
aluan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Seterusnya, marilah sama-sama kita mendengar ucapan yang


akan disampaikan oleh Yang Berhormat Datuk Gramong Juna
Menteri Muda Pelancongan (Acara dan Produk) dan Menteri
Muda Kemajuan Tanah sarawak serta merangkap Ahli Dewan
Undangan Negeri Sarawak Kawasan N44 Machan.
Ucapan Yang
Berhormat Datuk
Gramong Juna

Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.


******( Ucapan Yang Berhormat Datuk Gramong Juna)******
*Demikianlah kata, demikianlah ucapan,
Daripada Yang Berhormat Datuk insan budiman,
Sekalung penghargaan kami hadiahkan,
Kata nasihat tidak dilupakan.

Ucapan Yang
Berhormat Menteri
Di Jabatan Perdana
Menteri

Yang Amat Berhormat Dato Seri Utama Menteri Besar Negeri


Sembilan,
Tuan ibarat pohon yang rendang
Tempat kami tumpang berteduh
Ibarat sekaki payung

Tempat kami berlindung


Ibarat rumah Gadang
Tempat kami bermalam
Ibarat lampu pelita
Tempat kami mencari cahaya
Ibarat bahtera di tengah samudera
Tempat kami berpadu tenaga
Mendokong wawasan 1 Malaysia
Mengangkat martabat negara tercinta
Meneruskan agenda kita pada pagi yang mulia ini,
Majlis dengan takzimnya mempersilakan
Yang Berhormat Datuk Joseph Entulu Belaun, Menteri Di Jabatan
Perdana Menteri untuk menyampaikan ucapan seterusnya
merasmikan Program Bersama Pelanggan pada pagi ini.
Dengan penuh takzim dipersilakan.
***********( Yang Berhormat Datuk Joseph Entulu
Belaun)**********
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang
Yang Berhormat Datuk Joseph Entulu Belaun atas kesudian
menyempurnakan Majlis Perasmian Program Mesra Pelanggan
sebentar tadi.
Penyampaian Surat
Tawaran
Pelantikan / Sijil
EKSA /
Cenderamata

Majlis diteruskan lagi dengan Upacara Penyampaian Surat


Tawaran Pelantikan, Sijil EKSA dan Cenderamata.
Dengan penuh takzim, majlis mempersilakan Yang Berhormat
Datuk Gramong Juna dan Yang Berbahagia Datuk Dr. Haili Bin
Dolhan mengiringi Yang Berhormat Datuk Joseph Entulu Belaun
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ke pentas utama bagi
menyempurnakan majlis Penyampaian Surat Tawaran Pelantikan,
Sijil EKSA dan Cenderamata.
Untuk makluman Hadirin yang dimuliakan,
____________________________________________________
____________________________________________________
____________________________________________________

____________________________________________________

Penyampaian
Cenderamata
kepada YB Menteri

Sebagai tanda penghargaan , sekalung budi seuntai kasih, majlis


mempersilakan _______________________________________
_____________________________________ untuk
menyampaikan cenderamata kepada Yang Berhormat Datuk
Joseph Entulu Belaun, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

Hadirin yang dimuliakan,


Terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Berhormat Datuk
Joseph Entulu Belaun, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri atas
kesudian berkunjung ke Sekolah Kebangsaan Ulu Ranan untuk
bersua pandang, beramah mesra dan mengungkap bicara
melancarkan Majlis Perasmian Program Mesra Pelanggan
Kata-kata Penutup
dan

Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada semua warga


kerja yang terlibat dalam menjayakan Majlis Perasmian Program
Mesra Pelanggan.
Tersilap tersalah harap diampun
Terkasar bahasa maaf dipohon
Akhir kata
Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia
Sekian

YB Menteri melawat
ke tapak pameran,
sidang akhbar dan
Jamuan

Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berhormat Datuk Joseph


Entulu Belaun, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ke ruang
pameran, sidang akhbar dan seterusnya ke majlis jamuan tengah
hari yang telah disediakan.

Jamuan makan
tengah hari

Semua tetamu jemputan dan hadirin juga dipersilakan untuk


menikmati hidangan tengah hari di ruangan yang telah
disediakan....
Selamat menjamu selera..

Anda mungkin juga menyukai