Anda di halaman 1dari 19

LEMBAR BAHASA MELAYU

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TAMAN KLUANG BARAT




Salin semula contoh karangan Laporan di bawah.
Karangan Jenis Laporan.


dilihat.

-butir
yang munasabah atau lojik.
aporan, sama ada laporan aktiviti persatuan, perayaan,
sambutan, perasmian, atau lawatan ke sesuatu tempat.

jumlah ahli, dan aktiviti sepanjang tahun. Pelapor mesti berjawatan setiausaha.

lawatan terhadap pembelajaran.

yang ringkas dan padat

Format Laporan

Tajuk Laporan : Ditulis dengan huruf besar pada setiap awal kata dan digaris.
atau ditulis dengan huruf besar semuanya. Tajuk hendaklah ditulis
ditengah-tengah. Boleh ditulis dalam dua baris jika tajuk terlalu panjang.
Isi Laporan : Bermula dengan pendahuluan dan diakhiri dengan penutup.
Pengakuan pelapor : Ditulis di sebelah kiri selepas perenggan terakhir.
Tarikh : Ditulis di sebelah kanan laporan,setentang dengan pengakuan pelapor.
Tandatangan pelapor : Ditulis di sebelah kiri bahagian bawah selepas pengakuan pelapor.
Nama Pelapor : Ditulis dengan huruf besar di dalam kurungan selepas tandatangan.
Jawatan Pelapor : Ditulis di sudut kiri bahagian bawah laporan dan dibubuh tanda koma
di hujungnya .
Seterusnya ditulis nama persatuan yang diwakili






Contoh 2

Tajuk / Soalan : Sekolah anda telah mengadakan Kempen Penggunaan Bahasa Baku. Anda sebagai
setiausaha Badan Pengawas Sekolah diminta membuat laporan tersebut.

Karangan Lengkap

LAPORAN KEMPEN PENGUNAAN BAHASA BAKU

Pada 15 hingga 22 Februari 1997 , Sekolah Kebangsaan Darau telah mengadakan Kempen
Penggunaan Bahasa Baku. Kempen ini telah dilancarkan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Besut , Encik
Ahmad Harif.

Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk meluaskan penggunaan bahasa baku di kalangan murid-
murid. Di samping itu, kempen ini juga bertujuan untuk memupuk minat pelajar mendalami bahasa
kebangsaan.

Sempena kempen ini, pelbagai acara menarik telah dijalankan. Bagi murid-murid Tahun 4, 5 dan 6
pertandingan syarahan, perbahasan, mengarang esei telah dianjurkan. Manakala bagi murid-murid
Tahun 1, 2, dan 3 pula diadakan pertandingan membaca sajak dan bercerita.

Pada hari penutup, Tuan Guru Besar melahirkan rasa kesyukuran kerana kempen ini telah berjalan
dengan lancar. Para pemenang setiap pertandingan telah diberi hadiah berupa wang tunai dan sijil
penghargaan.



Disediakan oleh, 26 Februari 1997.
Osman

( OSMAN BIN JUSOH )
Setiausaha,
Badan Pengawas,
Sekolah Kebangsaan Darau, Jerteh.













Karangan Jenis Surat Kiriman Rasmi

Surat rasmi ditulis untuk tujuan-tujuan seperti yang berikut antaranya :
a. memohon pekerjaan
b. membuat aduan / bantahan / cadangan
c. membuat rayuan
d. membuat jemputan rasmi
e. menempah barangan
f. meminta kebenaran
g. atau apa-apa yang melibatkan urusan rasmi

1. Surat rasmi adalah salah satu karangan yang memerlukan kita sensitif dengan penggunaan tanda
baca seperti penggunaan huruf besar dan huruf kecil. ( Anda boleh dapatkan bantuan daripada guru. )
2. Karangan ini juga merupakan karangan yang penuh dengan format tersendiri yang mesti kamu
ikuti. Ini memudahkan anda melakukan kesalahan serta mudahlah markah anda melayang. Ia juga
memudahkan anda mendapat markah jika anda mahir dengan formatnya.

Format Surat Kiriman Rasmi


Alamat Penulis
______________
______________
______________
________________________________________( garisan panjang )_______________________

Jawatan / penerima
Alamat (pejabat, sekolah, dsb) Tarikh : (selari dengan nama negeri)

Tuan / Puan,

Tajuk /Perkara / Hal (Permulaan Perkataan Huruf Besar Dan Gariskan)
Menyatakan tujuan ( perenggan tiada nombor dan rapat di sebelah kiri)
2. ( Menyatakan isi -isi atau hal-hal lain yang berkaitan dengan tajuk. cuba sampaikan sekurang-
kurangnya tiga isi penting yang berkaitan antara satu sama lain)
3. ( Menyatakan hal-hal lain yang ada hubungannya dengan hal yang kita kemukakan , misalnya
alasan yang boleh memungkinkan permohonan kita dipertimbangkan.)
(Penutup)

Yang benar, ( perhatikan penggunaan huruf yang digunakan)
__________
Nama Penuh ( HURUF BESAR)
Jawatan ( Huruf Kecil )



Contoh 1

Tajuk / Soalan : Tuliskan sepucuk surat kepada Setiausaha Sukan sekolah kamu untuk memberitahunya
bahawa Pasukan Bola Jaring sekolah kamu memerlukan sebiji bola baru bagi menggantikan bola yang
telah rosak.

Rangka Karangan

1. alamat pengirim ( permulaan perkataan dalam huruf besar ) ( jangan lupa tanda koma di hujungnya
) kemudian selang satu baris
2. buat satu baris panjang melintang kemudian selang satu baris
3. nama ( jawatan ) serta alamat penerima ( permulaan perkataan dalam huruf besar )( alamat yang
terakhir digariskan )
4. tarikh ( selari dengan alamat terakhir penerima ) ( bulan ditulis dalam huruf besar )
5. kata ganti diri penerima ( Tuan, )
6. perkara / tajuk ( permulaan perkataan dalam huruf besar dan digariskan )
7. perenggan pertama tujuan menulis surat ini ( tiada jarak perenggan, lihat contoh )
8. perenggan ke-2 - bola lama tidak dapat digunakan lagi memerlukan bola baru
( bagi perenggan kedua dan seterusnya mempunyai nombor serta tanda noktah. Jarakkan
sedikit sebelum menulis )
9. perenggan ke-3 - berharap agar permohonan diluluskan supaya latihan tidak terganggu
10. perenggan ke-4 - mempunyai masa yang singkat sebelum hari perlawanan
11. penutup - terima kasih
12. tandatangan pengirim ( boleh ditulis nama secara bersambung atau tidak )
13. nama penuh ( huruf besar ) dalam kurungan
14. jawatan jika ada ( permulaan perkataan dalam huruf besar )
15. berhati-hati dalam penggunaan tanda baca seperti huruf besar , tanda noktah dan koma.

Tips : Amalkan menulis salam sebelum memulakan karangan jenis ucapan, syarahan, surat tidak rasmi
atau jenis karangan yang sesuai., Ini adalah kerana, diyakini kebanyakan yang memeriksa kertas
penulisan adalah orang terdiri dari kalangan orang Islam.















Karangan Lengkap

Pasukan Bola Jaring,
Sek. Keb. Seri Kenangan Darau,
22000 Jerteh,
Terengganu.


Encik Musa Bin Hassan,
Setiausaha Sukan,
Sek. Keb. Seri Kenangan Darau,
22000 Jerteh,
Terengganu. 24 APRIL 1998.
Tuan,

Memohon Sebiji Bola Baru Bagi Menggantikan Bola Lama

Saya sebagai Ketua Pasukan, Pasukan Bola Jaring Sekolah Kebangsaan Seri Kenangan Darau ingin
memohon sebiji bola yang baru bagi menggantikan yang lama.

2. Bola yang sedia ada itu telah rosak dan tidak dapat digunakan lagi. Kami memohon bola baru itu
melicinkan lagi latihan yang sedang kami jalankan sebagai persediaan untuk menghadapi perlawanan
yang akan datang.

3. Kami berharap permohonan kami ini akan segera diluluskan. Dengan ini latihan yang kami adakan
setiap hari itu tidak tergendala.

4. Untuk pengetahuan tuan, kami hanya mempunyai masa dua minggu lagi untuk berlatih sebelum
turun ke padang untuk menghadapi perlawanan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Widyawati

( WIDYAWATI BINTI HUSAIN )
Ketua Pasukan,
Pasukan Bola Jaring,
Sekolah Kebangsaan Seri Kenangan Darau.







Contoh 2

Tajuk / Soalan : Persatuan Bahasa Melayu sekolah anda akan mengadakan lawatan sambil belajar ke
Unit Akhbar Dalam Darjah, Berita Harian. Tuliskan sepucuk surat permohonan kepada akhbar tersebut.

Karangan Lengkap

Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Darau,
22000 Jerteh,
Terengganu.
______________________________________________________________________________

Ketua Pengarang,
Unit Akhbar Dalam Darjah ( ADD ) ,
Berita Harian Sendirian Berhad,
31, Jalan Riong,
59100 Kuala Lumpur. 10 JANUARI 1997.

Tuan,

Permohonan Mengadakan Lawatan Sambil Belajar

Saya bagi pihak Persatuan Bahasa Melayu sekolah ini ingin memaklumkan bahawa persatuan kami
bercadang untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Unit Akhbar Dalam Darjah
( ADD) pada 27 Januari 1997 jam 9.30 pagi.

2. Rombongan kami terdiri daripada 30 pelajar dan tiga guru pengiring. Tujuan kami mengadakan
lawatan ini adalah untuk mengetahui matlamat unit ADD ditubuhkan dan bagaimana
mengendalikannya.

3. Oleh itu, saya berharap permohonan ini akan diluluskan oleh pihak tuan.

4. Segala kerjasama tuan, saya ucapkan terima kasih.

Sekian.

Yang benar,
Nazimah
..
( NAZIMAH NAZIM )
Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Darau,
22000 Jerteh,
Terengganu.
Contoh 3

Tajuk/ Soalan : Kamu terbaca iklan tentang penerbitan baru beberapa buah buku cerita dalam surat
khabar. Tuliskan sepucuk surat kepada pengurus pemasaran untuk memesan buku-buku tersebut.

Karangan Lengkap

Kampung Tanjung Alir,
22000, Jerteh,
Terengganu.
_____________________________________________________________________________
Pengurus Pemasaran,
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,
64 & 66, Jalan Pingai,
80400, Johor Bahru. 14 OKTOBER 1998 .

Tuan,

Memesan Buku

Merujuk kepada perkara di atas, saya Ummu Atiyah Bt. Abd. Fatah telah terbaca iklan dalam akhbar
tentang beberapa buah buku cerita terbitan syarikat tuan.

2. Sehubungan itu, saya ingin memesan beberapa buah buku cerita tersebut seperti berikut :

Bil. Judul Buku Kuantiti Harga Seunit
1. Misteri Kapal Tenggelam 1 RM 3.60
2. Misteri Patung George 1 RM 3.60
3. Rahsia Rumah Tua 2 RM 4.00
Jumlah RM 11.20

3. Sehubungan dengan itu, saya sertakan kiriman wang pos bernombor 107 yang bernilai RM 11.20.
Saya berharap agar pihak tuan dapat menyegerakan hantaran buku tersebut. Kerjasama daripada pihak
tuan amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

..............................................................
( UMMU ATIYAH BT. ABD. FATAH )




Contoh 4

Tajuk / Soalan : Sebagai Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu, kamu dikehendaki menulis sepucuk surat
kepada Guru Besar untuk memohon kebenaran mengadakan lawatan ke pameran buku.

Karangan Lengkap

Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Darau,
22000, Jerteh,
Terengganu.
________________________________________________________________

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Darau,
22000, Jerteh,
Terengganu. 15 OKTOBER 1998.

Tuan,

Memohon Kebenaran Membuat Lawatan

Dengan segala hormatnya di maklumkan bahawa Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Darau
akan mengadakan lawatan ke pameran buku yang bertempat di Kampung Raja, Besut.

2. Surat kebenaran ibu bapa telah diedarkan dan sudah pun mendapat jawapannya. Sehubungan
dengan itu, kami ingin memohon kebenaran daripada tuan untuk ke pameran tersebut.

Untuk makluman tuan, berikut adalah butir-butir lawatan kami :
Tarikh : 17.10.1998
Masa : 10.00 pagi
Ahli : 21 orang termasuk 2 guru pengiring

Kerjasama daripada tuan amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

..............................................
( NORAINI BT. IBRAHIM )
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu.

Contoh 5

Tajuk / Soalan :Andaikan bahawa anda diserang demam panas. Anda tidak dapat hadir ke sekolah
selama dua hari. Tuliskan sepucuk surat kepada guru kelas anda untuk memberitahunya keadaan anda.

Karangan Lengkap

Kampung Awek,
22000, Jerteh,
Terengganu.
________________________________________________________________
Guru kelas,
Tahun 6 kenanga,
Sekolah Kebangsaan Darau,
22000, Jerteh,
Terengganu. 20 OKTOBER 1998.

Cikgu,

Tidak Dapat Hadir Ke Sekolah

Berhubung dengan perkara di atas, saya Habibah Bt. Ghazali murid Tahun 6 Kenanga ingin
memaklumkan bahawa saya tidak hadir ke sekolah kerana diserang demam panas.

2. Saya telah pun mendapatkan rawatan doktor di salah sebuah klinik. Doktor menasihatkan saya
supaya berehat selama dua hari.

3. Bersama-sama surat ini, saya sertakan surat akuan doktor untuk makluman dan tindakan cikgu.
Saya berharap agar cepat sembuh dan dapat datang semula ke sekolah seperti biasa.

Atas perhatian dan kerjasama cikgu, saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Yang benar,

.
( HABIBAH BT. GHAZALI )







Contoh 6
Tajuk / Soalan : Kelab Sains sekolah anda akan mengadakan lawatan ke Stesen Penyiaran TV3 di Sri
Pentas. Tuliskan sepucuk surat kepada pengarah stesen tersebut untuk memohon kebenaran.

Karangan Lengkap

Kelab Sains,
Sekolah Kebangsaan Darau,
22000, Jerteh,
Terengganu.
________________________________________________________________

Pengarah,
Stesen Penyiaran TV3,
Sri Pentas,
50164 Kuala Lumpur. 18 OKTOBER 1998.

Tuan,

Memohon Kebenaran Melawat Stesen Penyiaran TV3

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Kelab Sains Sekolah Kebangsaan Darau akan
mengadakan lawatan ke Stesen Penyiaran TV3 di Sri Pentas.

2. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan serta pengetahuan kepada murid-murid tentang
cara-cara penerbitan dan penyiaran rancangan-rancangan di TV3.Tambahan pula televisyen merupakan
satu alat komunikasi yang banyak memberi pengetahuan kepada murid-murid.

3. Untuk makluman tuan, berikut adalah butir-butir lawatan kami :
Tarikh : 25.11.1998
Masa : 10.30 pagi
Ahli : 39 orang termasuk 4 guru pengiring

4. Kami amat berbesar hati sekiranya tuan dapat memberikan jawapan dengan segera. Kerjasama
daripada pihak tuan kami dahului dengan ribuan terima kasih.

Sekian.

Yang menjalankan tugas,

..............................................................
(UMMU ATIYAH BT. ABD. FATAH)
Setiausaha,
Kelab Sains.
Contoh 7

Tajuk / Soalan : Sebuah buku yang kamu pinjam dari perpustakaan sekolah telah hilang. Tuliskan
sepucuk surat kepada guru perpustakaan untuk menerangkan sebab-sebab kamu tidak boleh
memulangkan buku tersebut.

Karangan Lengkap

No.76, Kampung Darau,
22000, Jerteh,
Terengganu.
________________________________________________________________

Guru Perpustakaan,
Sekolah Kebangsaan Darau,
22000, Jerteh,
Terengganu. 17 OKTOBER 1998.

Cikgu,

Buku Hilang

Merujuk kepada perkara di atas, saya Khushaima bt. Khairuddin murid Tahun 6 Kenanga ingin
memaklumkan bahawa buku yang saya pinjam pada 14 Oktober 1998 telah hilang.

2. Buku tersebut berjudul Menanti Hari Esok karya Naimah Haji Hassan. Saya meminjam buku
tersebut pada waktu rehat. Selepas itu, saya pergi makan di kantin. Setelah selesai makan, barulah saya
sedar buku yang saya letak di atas bangku telah hilang.

3. Saya akui kehilangan buku itu berpunca daripada kecuaian diri saya sendiri. Saya memohon maaf
dan berjanji akan membayar ganti rugi atas kehilangan buku
tersebut.

Sekian untuk makluman cikgu. Terima kasih.

Yang benar,

......................................................
(KHUSHAIMA BT. KHAIRUDI)
Simple template. Template images by molotovcoketail. Powered by Blogger.

Anda mungkin juga menyukai