Anda di halaman 1dari 10

SKRIP PENGACARA MAJLIS

PROGRAM PENSYARAH INDUSTRI (PPI)


SEMIANR AKTA DAN KOD KANDUNGAN KOMUNIKASI &
PENYIARAN
PADA 30 SEPTEMBER 2016
DEWAN JUBLI PERAK POLITEKNIK KUCHING SARAWAK
Selamat sejahtera dan salam Satu Malaysia,
Diminta kerjasama para pelajar agar dapat mengisi ruang kosong
kerusi di bahagian hadapan terlebih dahulu. Mohon kerjasama
juga kepada Jawatankuasa Program agar dapat mengiringi
pelajar ke bahagian kerusi kosong dihadapan.
~~~~~~~~~~~
Mengumumkan ketibaan
KETUA JABATAN PENGAJIAN AM,
USTAZ MAHATHIR BIN MOHD KAMIN
------TETAMU KEHORMAT BERJALAN KE BAHAGIAN
DEPAN DEWAN-----Diminta semua tetamu untuk terus berdiri untuk kita sama-sama
menyanyikan lagu Negaraku.
---NYANYIAN LAGU NEGARAKU--MukaSurat8

Hadirin dipersilakan duduk.


Bagi memulakan majlis kita pada hari ini, bacaan doa akan
dibacakan. Untuk itu, dipersilakan Saudara MUHAMMAD ANIQ
BIN MOHD NAJIB untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.
---Bacaan Doa--Majlis mengucapkan terima kasih kepada MUHAMAMD ANIQ
atas bacaan doa itu tadi.

YANG DIHORMATI,
KETUA JABATAN PENGAJIAN AM
USTAZ MAHATHIR BIN MOHD KAMIN
YANG DIHORMATI
ENCIK AHMAD BAKHTIAR BIN HAMDAN
Ketua Unit Kawal Selia & Pematuhan
Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM)
Cawangan Sarawak.

MukaSurat8

KETUA-KETUA JABATAN,
PARA PENSYARAH SERTA RAKAN PELAJAR YANG
DIKASIHI SEKALIAN.
SELAMAT DATANG KE PROGRAM PENSYARAH INDUSTRI
SEMINAR AKTA DAN KOD KANDUNGAN KOMUNIKASI DAN
PENYIARAN

MukaSurat8

Hadirin yang dihormati sekalian,


Pihak Jabatan Pengajian Am (JPA) mengambil inisiatif untuk
mengadakan Seminar Akta dan Kod Kandungan Komunikasi
dan Penyiaran di bawah program pensyarah industri supaya
pelajar dapat mempelajari dan menambah ilmu mereka tentang
fungsi dan peranan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (SKMM) dan secara tidak langsung membuka ruang
dan peluang pekerjaan kepada graduan politeknik. Di samping
itu, program ini juga diadakan bagi meningkatkan kefahaman
pelajar tentang Konsep Penyairan dan Komunikasi yang
terdapat dalam Bab 2 Kursus Komunikasi dan Penyiaran dalam
Islam.
Hadirin sekalian,
Tanpa melengahkan masa, majlis dengan penuh takzimnya
mempersilakan Encik Ahmad Bakhtiar Bin Hamdan selaku
Ketua Unit Kawal

Selia &

Pematuhan

di

Suruhanjaya

Komunikasi & Multimedia Malaysia, Cawangan Sarawak untuk


menyampaikan ceramah Akta dan Kod kandungan Komunikasi
dan Penyiaran di Malaysia. Majlis mempersilakan.

MukaSurat8

****** CERAMAH******
Terima kasih diucapkan kepada Encik Ahmad Bakhtiar di atas
ceramah yang disampaikan sebentar tadi. Majlis diteruskan
dengan sesi soal jawab daripada pelajar. Sekiranya ada apaapa soalan bolehlah diutarakan sekarang.
*****SOAL JAWAB*****
Demikianlah tadi sesi soal jawab kita. Bagi meneruskan majlis,
kita menjemput Encik Mohd Shah bin Yunus (Timbalan
Pengarah Akademik) dengan diiringi oleh Ustaz Mahathir bin
Mohamad Kamin dan Ustazah Dzatiah binti Mohamad untuk
naik ke pentas.
Baiklah, majlis mempersilakan Encik Mohd Shah untuk
menyampaikan cenderamata kepada penceramah jemputan
Encik Ahmad Bakhtiar bin Hamdan. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Encik Mohd Shah.
Bagi mengakhiri majlis, mari sama-sama kita menyanyikan lagu
Ibu Pertiwiku.
Maka dengan ini, berakhirlah majlis kita pada hari ini.

MukaSurat8

Terima kasih diucapkan kepada


YANG BERBAHAGIA,
MukaSurat8

TUAN PENGARAH
Atas ucapan alu-aluan yang telah disampaikan sebentar tadi.
---PENGARAH BERJALAN DAN DUDUK DI KERUSi--Untuk makluman, Tuan Pengarah kita tidak dapat kekal
bersama kita pada petang ini. Begitu juga dengan Timbalan
Pengarah

Akademik

dan

Timbalan

Pengarah

Sokongan

Akademik. Sebelum itu, pihak majlis mengucapkan terima kasih


kepada Tuan Pengarah, Timbalan Pengarah Akademik dan
Timbalan Pengarah Sokongan Akademik diatas kesudian
menghadiri majlis ini.
Tuan Pengarah, Timbalan-timbalan Pengarah dipersilakan.
---KJPA MENGIRINGI PENGARAH, TIMBALAN-TIMBALAN
PENGARAH KELUAR---

Tuan-tuan dan Puan-puan,


Sebelum kita menjemput Penceramah untuk meneruskan

MukaSurat8

seminar ini, ingin saya terlebih dahulu membacakan sedikit


latarbelakang beliau. Nama penuh beliau ialah Hisyamudin bin
Roslan. Beliau mempunyai Ijazah Sarjana Muda UndangUndang (Kepujian) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
(UIAM) dan juga Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang
(Syariah) (Kepujian) dari university yang sama. Beliau pernah
berkhidmat sebagai Peguam Syarie negeri Sarawak pada tahun
2014 dan Peguambela di Mahkamah Tinggi Sabah dan
Sarawak pada tahun 2015. Terkini, beliau bertugas sebagai
Pegawai Undang-Undang di Jabatan Peguam Besar Negeri
Sarawak.
Tanpa membuang masa lagi, majlis dengan penuh takzimnya
menjemput dan mempersilakan
YANG DIHORMATI,
PENCERAMAH KITA PADA HARI INI,
En. Hisyamudin Bin Roslan
untuk meneruskan program ini dengan slot pertama yang
bertajuk Pengenalan Sistem Kehakiman. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada
Encik Hisyamudin bin Roslan atas perkongsian yang sangat
bermanfaat itu tadi. Saya sangat berharap agar semua pelajar
dapat mengambil segala ilmu yang telah dikongsikan oleh
MukaSurat8

beliau.
Seterusnya kita beralih kepada sesi soal jawab. Mana-mana
pelajar yang mempunyai soalan, dipersilakan untuk bertanya.
---SESI SOAL JAWAB--Dengan terjawabnya soalan kita yang terakhir itu tadi, maka
tamatlah sesi soal jawab kita pada petang ini. Jutaan terima
kasih diucapkan kepada Tuan Penceramah kita atas kesudian
beliau berkongsi ilmu dalam seminar ini. Diharapkan hubungan
perkongsian ini dapat diteruskan pada masa akan datang lagi.
Akhir sekali, sebagai tanda penghargaan, dijemput TIMBALAN
PENGARAH SOKONGAN AKADEMIK, Encik Jemain bin Ental,
untuk menyampaikan sedikit cenderamata bagi pihak Politeknik
kepada penceramah atas kesudian beliau untuk menghadiri
program kita pada petang ini. Dipersilakan.
Dengan berakhirnya sesi penyampaian cenderamata itu, maka
berakhirlah sudah program kita pada petang ini. Saya mewakili
pihak penganjur ingin memohon maaf sekiranya terdapat
sebarang kekurangan sepanjang majlis ini berlangsung. Sekian,
terima kasih.
Kita akhiri majlis ini dengan nyanyian lagu Ibu Pertiwiku.
MukaSurat8

Hadirin sekalian diminta untuk berdiri.


---NYANYIAN LAGU IBU PERTIWIKU--Dijemput para tetamu kehormat untuk menikmati sedikit jamuan
ringan yang telah disediakan.

MukaSurat8

Anda mungkin juga menyukai