Anda di halaman 1dari 3

SKRIP MEET AND GREET AGRO WEEK

Mohon Perhatian

Bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar, hadirin diingatkan agar sentiasa tutup
mikrofon sepanjang majlis ini berlangsung. Kerjasama daripada para hadirin amatlah
dihargai.

Assalamualaikum wbt.. salam ceria & salam sejahtera.


Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat ilahi, kerana dengan izinNya, dapat kita berkumpul pada
malam ini.

Pihak majlis mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran para hadirin ke
program Meet and Greet MyAgrosis Uitm kampus segamat Johor secara atas talian.

- Ketibaan Tetamu Jemputan(?) - 

Majlis mengumumkan ketibaan,

Encik Ashaari Bin Sukar selaku penasihat kelab MyAgrosis.


Dan kepada semua presiden kelab-kelab di UiTM kampus segamat Johor

- Nyanyian lagu Bangsa Johor, Negaraku, UiTM DiHatiku(tak sure turutan camne)

Para hadirin diminta bersedia bagi nyanyian lagu Bangsa Johor, Negaraku dan Wawasan
Setia Warga UiTM.

*nyanyi

- Bacaan doa

Petik Kenanga indah disemat,


Gubahan di olah bawa berangkat,
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Bagi memberkati program kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah kita bersama-
sama menadah tangan mengaminkan bacaan doa memohon keberkatan. Oleh itu, majlis
dengan ini mempersilakan Saudara (Muhammad Hasif Irfan Bin Norizam) untuk memimpin
bacaan doa.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.

*Bacaan doa

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Saudara


(Muhammad Hasif Irfan Bin Norizam) atas bacaan doa itu tadi.
Semoga program kita pada hari ini, berjalan dengan lancar dan dilimpahi berkat.

-Talk bermula

Para Hadirin dan hadirat sekalian,

Majlis akan diteruskan lagi dengan ucapan dari wakil kelab Myagrosis iaitu saudari Noor Ain
binti Mohd Asri selaku naib presiden kelab Myagrosis sesi oktober 2021/februari 2022.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan...

Terima kasih diucapkan kepada naib presiden atas ucapan itu tadi.

Program Meet & Greet ini tidak akan sempurna sekiranya tiada ucapan dari penasihat kelab
Myagrosis. Oleh itu, majlis menjemput Encik Ashaari bin Sukar untuk memberikan sepatah
dua kata dan sekaligus merasmikan program kita pada malam ini.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan...

Sir berucap

Terima kasih atas ucapkan yang penuh bermakna daripada Encik Ashaari Bin Sukar
sebentar tadi.

- Penyerahan pengendalian acara kepada pengacara majlis informal

Seterusnya,

Tanpa melengahkan masa lagi, saya menyerahkan majlis ini kepada Saudari Zulaikha dan
Saudara Danial untuk mengendalikan sesi tayangan video dan sesi cabutan bertuah kita pada
hari ini.

Dengan ini, dipersilakan.

- tayangan video
- Selesai lucky draw

#tamat sesi fotografi

Terima kasih diucapkan kepada Saudari Zulaikha dan saudara Danial atas sesi yang amat
seronok sebentar tadi. Semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua.

Seterusnya,
Diminta kepada semua pelajar membuka kamera untuk sesi fotografi
#tamat sesi fotografi
Para hadirin diminta bersedia untuk menyanyikan lagu UiTM dihatiku
Mohon semua pelajar meletakkan tangan kanan di dada kiri sepanjang nyanyian lagu UiTM
di hatiku

-Sesi isi kehadiran

Para pelajar diminta untuk mengisi google form yang diberi pada ruangan ‘chat box’ untuk
kehadiran. Pelajar diberi masa 10 minit sebelum google form ditutup.

Dengan berakhirnya sesi fotografi itu tadi, maka berakhirlah sudah program kita pada hari
ini. Segala kekurangan yang berlaku sepanjang majlis ini berlangsung, kami memohon beribu
kemaafan.

Saya mewakili kelab Myagrosis merakamkan ucapan terima kasih kepada tetamu jemputan
kita Encik Ashaari Bin Sukar, semua presiden kelab di UiTM kampus segamat Johor dan
semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penganjuran program
pada malam ini. Akhir kata, saya ini memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan
dalam perbuatan dan tutur kata saya sepanjang saya mengendalikan program ini.

Sekian, kita jumpa lagi pada program anjuran kelab Usahawan Siswazah Tani atau Myagrosis
yang akan datang.

wassalammualaikum waarahmatullahi wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai