Anda di halaman 1dari 3

SKRIP PENGACARA MAJLIS –

PELANCARAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN SK TANGOK


19 OGOS 2020

Yang Berusaha:-
 Drs Amran bin Hj Mustapha (Timb.PPD Sektor Perancangan)
Pn Siti Rabieyah bt Ali –Guru Besar Sk Tangok

Yang Berbahgia ,Dato’Hj Ismail bin Ghani-YDP PIBG SK Tangok

Yang berusaha Barisan Kepimpinan Pentadbir Sekolah


En.Amir bin Seman  - Guru Penolong Kanan  Pentadbiran.
Pn. Nurjulizah bt Abd Rashid – Guru Penolong Kanan  HEM
Pn.Armuni bt Majid- Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Rakan-rakan guru,guru-guru KAFA,semua kakitangan ,dan semua kakitangan


kebersihan
-`
Di Atas Runtuhan Kota Melaka Kita Dirikan Putrajaya

Demikian gema gempita semangat merdeka


Kuasa sudah pada kita
Ayuh kita hiasi wajah bangsa
Dengan jurai-jurai kilauan permata

Mengutip sisipan dari puisi Tun Dr Mahathir Mohammad, Perdana Menteri


Malaysia yang tercipta tanggal  29 Ogos 2001 saya jadikan mukadimah sebagai
pembuka bicara.

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita memanjatkan syukur ke hadrat


Ilahi,  kerana dengan limpah kurniaNya serta kehendakNya jua maka kita
diberikan luangan waktu dan kesempatan, dianugerahkan kesihatan,
disempurnakan kewarasan akal, didorong dan digerakkan minda dan deria rasa
untuk kita sama-sama berkumpul di dewan ini bagi Pelancaran Sambutan Bulan
Kebangsaan 2020. Syukur juga kerana dengan izinNya kita berkampung dalam
suasana damai rasa, ceria suasana walaupun masih dalam pematuhan SOP,
PKPP Covid 19.

Hadirin Sekalian,
Lebat kemiri pohonnya rendah
Dahan terikat tali perkasa
Sepuluh jari kami menadah
Mohon berkat yang Maha Esa

Untuk itu majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

AlFadzi l Ustaz Khairul Anuar b in Rosli


Untuk melafazkan bacaan doa. Tuan dipersilakan.

Selesai habis bacaan doa

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi. Semoga
majlis yang kita rencanakan ini  berlangsung dengan jayanya sehingga usai
segala-galanya.

Ucapan Guru Besar

Majlis dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha Pn


Sti rabieyah bt Ali ,
Guru Besar, SK Tangok   untuk menyampaikan bingkisan kata, sebagai
pembuka bicara.

Ucapan Drs Amran bin Haji Mustapha (Timb PPD)

Bak kata orang tua-tua,tidak lengkap suatu majlis jika yang dijemput tidak
berbicara.
Untuk itu majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan Ybrs Drs
Amran bin Hj Mustafa (Timb.PPD-Sektor Perancangan PPD Bachok) untuk
meneruskan ucapan. Dengan penuh takzim,tuan dipersilakan.

Gimik Pelancaran

Meneruskan kelangsungan acara, sama-sama kita saksikan dan berikan tumpuan


terhadap gimik pelancaran Bulan Kebangsaan SK tangok 2020 MALAYSIA
PRIHATIN.  Sama-sama kita saksikan.

Hadirin yang dimuliakan, gimik pelancaran sebentar tadi secara keseluruhannya


telah diberi sentuhan oleh ………………………….. dan diserikan lagi dengan
nyanyian Lagu Malaysia Prihatin
Habis Gimik

Sambutan Bulan Kebangsaan SKT 2020 akan berlangsung mulai hari ini 16
Julai 2020 hinggalah majlis penutupnya pada 16 September 2019 .   Pihak
jawatankuasa telah menyediakan pelbagai aktiviti untuk semua murid dan staf
sepanjang bulan kebangsaan ini berlangsung.

Gunung dan lembah sudah ku redah


Membawa joran mengail ikan
Gimik sudah, ikrar pun sudah
Ucapan pelancaran kita sajikan.
 
Rakan-rakan guru yang dikasihi sekalian,

Dengan berakhirnya Gimik itu tadi, maka Sambutan bulan Kebangsaan SK


Tangok Tahun 2020 telahpun dilancarkan dengan rasminya.

Majlis merakamkan sekalungan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada


Yang Brs Drs Amran bin Hj Mustafa (Timb PPD).

Bersama-samalah kita memastikan penyertaan dalam pertandingan


-pertandingan yang dianjurkan  bersempena Bulan  Kebangsaan sepanjang
tempoh ini berjalan lancar.

Sekian, Wassalamualakum wbt

Anda mungkin juga menyukai