Anda di halaman 1dari 5

TEKS UCAPAN KARNIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI PERINGKAT SEKOLAH RENDAH

BAHAGIAN SIBU 2015


Aturcara
Mengumumkan
ketibaan tetamu
kehormat &
para jemputan
(Mdm Ling)

Majlis bermula

Skrip
Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha______________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_____________________________________________________________
Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua,
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

(ainun)
Assalammualaikum wbt, selamat petang salam sejahtera dan salam 1
Malaysia diucapkan kepada :
1. Yang berusaha
2. Yang berusaha guru besar sekolah jenis kebangsaan cina Guong Ann, En.
Chong Yiew Meng
3.Yang berusaha semua guru besar
4. Hakim-hakim pertandingan
5. Ahli Jawatankuasa Pengelola Karnival Sains & Teknologi peringkat sekolah
rendah bahagian sibu 2015

6.Guru-guru pengiring dan para peserta yang dikasihi sekalian.


7.
8. .
Kata aluan
(Mdm Ling)

Terlebih dahulu kami bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran


Yang Berusaha ________________________________________
_______________________________ untuk menjayakan Majlis Penangguhan
Karnival Sains & Teknologi Sekolah Rendah Bahagian Sibu 2015.

Catatan

Pucuk Pauh delima batu,


Anak Sembilang di tapak tangan;
Terima kasih tuan sudi bertamu,
Penangguhan karnival yang dijalankan.

Dipanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana kita bersama-sama berkumpul,


di dewan ini bagi mengikuti Majlis Penangguhan Karnival Sains & Teknologi
Sekolah Rendah Daerah Sibu bagi Tahun 2015.

Lagu Negaraku
(ainun)

Sebagai pembuka acara,majlis menjemput para hadirin sekalian berdiri untuk


bersama-sama menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu Ibu pertiwiku dan Lagu Fly
Kenyalang Fly,Fly High.
----nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Ibu pertiwiku dan Lagu Fly Kenyalang
Fly,Fly High.
---Terima kasih diucapkan kepada hadirin sekalian.

Persembahan
Montaj
(Mdm Ling)

Hadirin sekalian,
1) Seterusnya kita akan disajikan dengan persembahan montaj dari pihak
pengelola karnival sains & teknologi sekolah rendah bahagian sibu 2015
______________________________________________________________
____________________________________________________________.
Marilah kita sama-sama saksikan.

------persembahan montaj---------

Untuk makluman hadirin sekalian,tayangan montaj sebentar tadi telah


disediakan oleh___________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________

Ucapan alualuan
(ainun)

Sudilah tuan jalan berlapan,


Jalan berlapan di malam kelam,
Sudilah tuan beri ucapan,
Kata aluan pemanis kalam.
UCAPAN GURU BESAR

Majlis pada petang ini dimulakan dengan mempersilakan Yang Berusaha guru
besar sekolah jenis kebangsaan cina Guong Ann, En. Chong Yiew Meng untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya, majlis
mempersilakan.
------------beri ucapan--------------

Demikian tadi ucapan aluan oleh Yang Berusaha guru besar sekolah jenis
kebangsaan cina Guong Ann, En. Chong Yiew Meng.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.
Pergi ke kedai membeli gula
Gula di bawa berhati-hati
Yang Berusaha tuan kami mempersila
Ucapan diberi kita hayati.
UCAPAN PEGAWAI PENDIDIKAN
Seterusnya, majlis dengan penuh takzim menjemput _____________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
untuk menyampaian ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
-----------------beri ucapan------------------------

Majlis merakamkan penghargaan terima kasih__________________________


_______________________________________________________________
atas ucapan sebentar tadi.
Penyampaian
Cenderahati
kepada hakim
(Mdm Ling)

Para hadirin yang dihormati,


Tanpa para hakim yang bijaksana, sesuatu pertandingan tidak akan dapat
dijalankan. Sebagai menghargai kesudian mereka meluangkan masa, pihak
penganjur menyediakan oleh-oleh yang tidak sepertinya. Majlis dengan
hormatnya mempersilakan Yang Berusaha guru besar sekolah jenis kebangsaan
cina guong ann, En Choong Yiew Mei mengiringi ______________________
____________________________________________ untuk menyampaikan
cenderahati
---penyampaian cenderahati--Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas penyampaian cenderahati itu
tadi.

Kepada para hakim,

Terima kasih daun keladi. Jika diundang, harap datang lagi.


Penyampaian
Cenderahati
Tetamu
jemputan

Hadirin yang dihormati sekalian,


Sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan, majlis seterusnya ingin
menyampaikan cenderahati kepada __________________________________
_______________________________________________________________

(Mdm Ling)
Dipersilakan.
-----------Penyampaian cenderahati----------------------Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas penyampaian cenderahati itu
tadi.
Penyampaian
Sijil penyertaan
guru pengiring
& para peserta

Hadirin yang dihormati,

(ainun)

Diminta wakil bagi setiap sekolah menerima sijil penyertaan.


Dipersilakan.

Acara yag seterusnya adalah penyampaian sijil penyertaan kepada guru


pengiring dan para peserta..

-------Penyampaian sijil penyertaan---------------Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang


Berusaha________________________________________________________
________________________ di atas penyampaian sijil penyertaan itu tadi.

Pengumuman
keputusan
pertandingan &
penyampaian
hadiah
(Mdm Ling &
Ainun)

Pohon meranti sekah sedahan


Berapit pulasan bersama kuini
Debaran hati tidak tertahan
Menanti keputusan sehingga kini
Untuk makluman,
Naib johan, tempat ke-3 dan tempat ke-4 bagi setiap kategori
diminta menghantar seorang wakil untuk menerima piala
kemenangan manakala johan bagi setiap kategori diminta
guru pengiring beserta para peserta menerima piala
kemenangan dan juga sijil penyertaan.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Kini, tibalah masa yang dinanti-nantikan, untuk sama-sama
kita mengetahui keputusan pertandingan yang telah
dilaksanakan

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya ingin


mempersilakan guru besar sekolah jenis kebangsaan cina
guong ann En. Chong Yiew meng mengiringi
_______________________________________________________
.. untuk menyampaikan
piala kemenangan kepada pemenang bagi setiap kategori. .
..penyampaian hadiah..
Terima kasih diucapkan kepada
..
diatas penyampaian hadiah.

Penutup
(ainun)

Terima kasih sekalung budi kepada semua yang terlibat secara


langsung mahupun tidak langsung dalam majlis yang penuh
bermakna ini. Sesungguhnya, aktiviti seperti ini merupakan wadah yang
efektif bagi membina keyakinan diri murid-murid di samping mampu
menyuntik, menyemai dan memperkukuh semangat perpaduan, memupuk
semangat setia kawan antara para peserta tanpa mengira kaum dan rasa
tanggungjawab terhadap perpaduan negara. Pihak majlis juga
menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya
ada terlanjur kata, terlampau cara sepanjang kami
mengendalikan majlis ini.
Majlis ini diakhiri dengan serangkap pantun.
Di atas dahan burung tempua,
Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua,
Dilain masa bersua lagi.

Ditamatkan Majlis yang indah berseri menjunjung kasih


menjunjung budi dengan
mempersilakan..
.. mengiringi Yang
Berusaha.
..............................................................................................ke
makmal sains untuk menikmati hidangan yang disediakan.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai