Anda di halaman 1dari 4

TEKS UCAPAN PENUTUPAN KEJOHANAN SUKAN TAHUN 2015 SK

SUNGAI TUNOH.

ACARA

Alu-aluan

SKRIP

Dijemput semua peserta dan pelajar bagi semua kontijen


masuk ke padang, dan berada di hadapan pentas utama untuk
acara penyampaian hadiah dan majlis penutupan kejohanan.
Hadirin dijemput berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu
Negaraku.
Assalamualaikum wrt wbkth, Salam Sejahtera dan salam 1
Malaysia
Yang Berusaha Encik Daniel Anding, Guru Besar Sk
Sungai Tunoh
Yang Dihormati, guru-guru penolong kanan
Rakan-rakan guru, staf, para ibu bapa serta muridmurid yang dikasihi sekalian.
Alhamdulillah dan bersyukur kita kepada Tuhan kerana dengan
izinNya selesailah sudah kesemua acara sukan pada
kejohanan sukan sekolah kita pada tahun ini. Pihak sekolah
mengucapkan jutaan tahniah kepada atlet yang berjaya dan
yang tidak berjaya diharapkan dapat cuba pada tahun hadapan.
Buat pengetahuan semua hadirin, kejohanan sukan ini telah
berlangsung selama lima hari bermula dengan sukantara,
saringan dan kemuncaknya pada hari ini iaitu acara akhir bagi
beberapa pertandingan.

UCAPAN
PERASMIAN
PENUTUPAN

Hadirin dan hadirat sekalian,


Untuk menyempurnakan penutupan kejohanan Sukan antara
rumah pada kali ini, majlis berbesar hati menjemput dan
mempersilakan En Daniel Anding, Guru Besar Sk Sungai Tunoh
untuk memberikan sepatah dua kata.
Majlis dengan ini mempersilakan.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan
terima kasih atas ucapan sebentar tadi.

PENYAMPAIAN
HADIAH

Para pelajar dan hadirin sekalian,


Kini tibalah masa yang dinanti-nanti iaitu penyampaian hadiah

CATATAN

bagi mengiktiraf kejayaan para atlet dan rumah sukan yang


telah berjaya
Pihak majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
___________________________________________ dengan
diiringi oleh
___________________________________________ untuk
menyampaikan hadiah.
Majlis dengan ini mempersilakan.
(JIKA BANYAK KATEGORI BAHAGI KEPADA BEBERAPA
ORANG PENYAMPAI)
Kini diumukan pemenang bagi pertandingan sukantara yang
telah dijalankan.
Pemenang bagi acara Sukantara antara rumah jatuh kepada
Rumah __________ dengan pungutan mata __________.
Tahniah diucapkan kepada rumah ________.
Hadirin yang dihormati, kejohanan sukan tahunan sekolah pada
tahun ini bukan hanya disertai oleh murid-murid SK Sg Tunoh,
tetapi juga dimeriahkan oleh peserta-peserta KEDAP. Oleh itu,
tanpa membuang masa saya menjemput wakil peserta KEDAP
untuk menerima hadiah saguhati. Dipersilakan.
Seterusnya ialah :
Perarakan Perbarisan Rumah Sukan dimenangi oleh
______________________________. Dipersilakan wakil dari
rumah _________ untuk menerima hadiah.
Tahniah diucapkan.
Diumumkan pula pemenang bagi pondok Rumah sukan
tercantik jatuh kepada
______________________________. Dipersilakan wakil dari
rumah _________ untuk menerima hadiah.
Hadirin sekalian,
Seterusnya penyampaian hadiah kepada pemenang
Olahragawati dan Olahragawan Sekolah pada tahun ini.
Peserta yang telah berjaya merangkul gelaran Olahragawati
Sekolah ialah ____________________________ dari rumah
_________________
Untuk makluman semua, beliau telah memenangi acara

__________________________________________________
Kini diumumkan pula Olahragawan Sekolah pada tahun ini.
Olahragawan Sekolah pada tahun ini
ialah ____________________ dari rumah _________________
Beliau telah meraih pingat
__________________________________________________
Kini tibalah saat-saat yang dinantikan, kita akan umumkan
secara rasmi kedudukan bagi Rumah-Rumah Sukan yang telah
bertanding.

Tempat keempat jatuh kepada pasukan Rumah____________


dengan __________ pingat emas, ______ pingat perak dan
___________ pingat gangsa.
Seterusnya tempat ketiga jatuh kepada pasukan Rumah
_______________________ dengan
__________________________________________________
_
Naib Johan, berjaya dirangkul oleh pasukan
Rumah________________dengan __________ pingat emas,
______ pingat perak dan ___________ pingat gangsa.
Dan johan keseluruhan Rumah Sukan bagi Kejohanan Sukan
Tahunan SK Sungai Tunoh 2015 jatuh kepada:
Rumah __________________________ dengan __________
pingat emas, ______ pingat perak dan ___________ pingat
gangsa. Dipersilakan Ketua Rumah
Sukan________________________ untuk menerima hadiah.
.
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha,
Encik Daniel Anding atas kesudian menyempurnakan majlis
sebentar tadi.
NYANYIAN
LAGU IBU
PERTIWIKU

Hadirin dijemput berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu


ibu pertiwiku.

SESI

Hadirin sekalian, dengan berakhirnya nyanyian sebentar tadi,

BERGAMBAR

maka berakhirlah majlis Kejohanan Sukan Tahunan Sk Sg


Tunoh bagi tahun ini. Pihak majlis mengucapkan tahniah
kepada para pemenang dan merakamkan ribuan terima kasih
kepada semua yang terlibat dalam menjayakan aktiviti
sepanjang satu minggu ini.
Sebelum kita bersurai, pelajar-pelajar dan para guru diminta
untuk tunggu sebentar bagi sesi fotografi.

Anda mungkin juga menyukai