Anda di halaman 1dari 6

Page 1 of 6

TEKS EMCEE
SEMPENA MAJLIS PENYERAHAN KERUSI
KLINIK TUDAN

-------------------------------------------------------------------------------------

Mengumumkan, ketibaan Yang Berhormat ..................................................,


Menteri Muda Pelancongan dan Menteri Muda Pengangkutan Darat dan
Udara dan Keselamatan.

--------------------------------------------------------------------------------------

Hadirin dimohon berdiri bagi bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku.

Hadirin dipersilakan duduk.

--------------------------------------------------------------------------------------

Ke Pekan Kuala membeli bingka,


Sayang pesanan terlupa sudah,
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Salam sejahtera dan salam Negaraku Malaysia...

 Yang Berhormat
Datuk .................................................
Menteri Muda Pelancongan dan
Menteri Muda Pengangkutan Darat dan Udara dan Keselamatan
Negeri Sarawak
Page 2 of 6

 Yang Berusaha
Encik .....................................
Ketua Jabatan Mekanikal
Institut Kemahiran Belia Negara Miri

 Yang Berusaha
Doktor ..........................................
Pakar Perubatan Keluarga merangkap
Ketua Klinik Kesihatan Tudan

 Ketua-ketua Jabatan, Semua Ketua Bahagian dan Ketua Unit IKBN


Miri
 Kakitangan Klinik Tudan
 Kakitangan IKBN Miri,
 Wakil-wakil media, serta
 Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian.

Majlis dengan sukacitanya, mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat


Datuk ............................................, Menteri Muda Pelancongan dan Menteri Muda
Pengangkutan Darat dan Udara dan Keselamatan, Negeri Sarawak, serta
para tetamu sekalian ke Majlis Penyerahan Kerusi Klinik yang dibaikpulih
dibawah Program Khidmat Masyarakat IKBN Miri kepada Klinik Kesihatan
Tudan.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
(BACAAN DOA)
Bunga mawar cantik tersemat,
Dipetik gadis di tepi titi,
Doa dibaca memohon rahmat,
Moga majlis sentiasa diberkati.
Page 3 of 6

Bagi memberkati dan memuliakan majlis pada pagi ini, majlis dengan
sukacitanya menjemput Ustaz ......................................................., untuk memimpin
bacaan doa. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz ……………….. diatas pimpinan bacaan


doa sebentar tadi.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Para hadirin yang dihormati,

Seterusnya, kita akan disajikan dengan sedikit tayangan selayang pandang


yang akan memaparkan aktiviti sepanjang membaikpulih kerusi Klinik
Kesihatan Tudan.

Sama-sama kita saksikan.

Terima kasih atas perhatian yang diberikan.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Hadirin dan hadirat sekalian...

Bukan rumput sebarang rumput,


Rumput penghias tepi halaman;
Bukan jemput sebarang jemput,
Jemput memohon kata aluan.

Bagi meneruskan lagi majlis pada pagi ini, majlis dengan sukacitanya
mempersilakan Yang Berusaha ...................................., Ketua Jabatan Mekanikal
Page 4 of 6

bagi menyampaikan ucapan aluan. Majlis dengan segala hormatnya,


mempersilakan.
(Ucapan alu-aluan)

Majlis merakamkan ribuan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha


.............................. diatas ucapan aluan itu sebentar tadi.
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Yang Berusaha .....................................,


Pakar Perubatan Keluarga merangkap Ketua Klinik Kesihatan Tudan untuk
menyampaikan ucapan beliau. Majlis dengan hormatnya, mempersilakan.

Majlis merakamkan ribuan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha


.............................. diatas ucapan beliau sebentar tadi.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Dari Melaka pergi ke Serdang,


Singgah sebentar di Bukit Serindit,
Tuan umpama bintang gemilang,
Titipkan amanat barang sedikit.

Seterusnya, majlis dengan sukacitanya, mempersilakan Yang Berhormat


............................................. untuk menyampaikan perutusan dan seterusnya
menyempurnakan Majlis Penyerahan Kerusi Klinik yang dibaikpulih
kepada Klinik Kesihatan Tudan.

Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan Yang Berhormat Datuk.


Page 5 of 6

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada


Yang Berhormat Datuk, di atas perutusan dan penyempurnaan Majlis
Penyerahan Kerusi Klinik yang dibaikpulih kepada Klinik Kesihatan Tudan.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Majlis kita teruskan lagi dengan penyerahan sijil penghargaan. Dengan ini,
majlis dengan sukacita menjemput Yang Berusaha .......................................,
untuk menyampaikan sijil penghargaan kepada kepada Yang Berusaha
................................................. .

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Seterusnya , dijemput ....................................................., sebagai wakil Pegawai


untuk menerima sijil penghargaan. Dipersilakan.

Bagi penyerahan sijil penghargaan kepada wakil pelajar, dijemput saudara


............................................ untuk naik ke pentas. Dipersilakan.

Seterusnya majlis menjemput Yang Berhormat ....................................... untuk


menerima cendera kenangan daripada Yang Berusaha
......................................................

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha ...................................................


atas penyampaian cendera kenangan itu sebentar tadi.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Dengan ini, tibalah masa yang kita nanti-nantikan iaitu simbolik majlis
penyerahan kerusi klinik yang telah dibaikpulih di bawah Program CSR
IKBN Miri kepada Klinik Kesihatan Tudan.
Page 6 of 6

Untuk makluman hadirin sekalian, majlis penyerahan ini akan dilakukan di


luar dewan ini. Dijemput para tetamu jemputan untuk berada di luar
dewan untuk bersama-sama menyaksikan upacara penyerahan kerusi
tersebut.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya, menjemput Yang Berusaha


........................... untuk menyerahkan kerusi yang telah dibaiki kepada
....................................., disaksikan oleh Yang Berhormat ....................................... .

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Dengan ini, sempurnalah sudah majlis Penyerahan Kerusi klinik yang


dibaiki dibawah program CSR IKBN Miri kepada Klinik Kesihatan Tudan.

Saya, bagi pihak penganjur, merakamkan ucapan penghargaan dan terima


kasih kepada semua tetamu dan jemputan yang hadir menjayakan majlis pada
pagi ini. Kami juga memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan dan
kelemahan disepanjang pengendalian majlis ini.

Sebelum mengakhiri majlis, dijemput para tetamu VIP untuk sesi bergambar sebagai
tanda kenang-kenangan.

Dan dijemput semua tetamu VIP, tetamu-tetamu jemputan ke Restoran VIP


bagi menikmati jamuan.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai