Anda di halaman 1dari 5

ALIAH

MENGUMUMKAN PERARAKAN MASUK MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU 2017

DIF-DIF JEMPUTAN DAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUKIT DAHLIA.

HADIRIN DIPERSILAKAN BERDIRI.

----------------------------------------- LAGU BANGSA JOHOR & NEGARAKU-------------------------------------

HADIRIN DIPERSILAKAN DUDUK.

YANG BERUSAHA ENCIK MOHD KHIR BIN YUSOF,

GURU BESAR, SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUKIT DAHLIA.

YANG DIHORMATI ENCIK NAZREE BIN NGADI,

NAIB YDP PIBG, SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUKIT DAHLIA.

YANG DIHORMATI PUAN RUSIDAH BINTI MOHAMED,

GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN, SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUKIT DAHLIA.

YANG DIHORMATI BARISAN GURU PENOLONG KANAN, GURU-GURU,

AHLI JAWATAN KUASA PERSATUAN IBUBAPA & GURU,

TUAN-TUAN, PUAN-PUAN, MURID-MURID SERTA HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN.

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM MUAFAKAT JOHOR.

DANIAL

Selamat datang ke Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Kebangsaan


Taman Bukit Dahlia Tahun 2017.
Bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan keizinan Nya
dapat sama-sama kita berkumpul untuk meraikan Sambutan Hari Guru bagi Tahun
2017 dengan bertemakan Guru Pembina Negara Bangsa.

Awal Bismillah pembuka bicara


Kata disusun untuk keberkatan,
Semoga kebaikan datang jua,
Doa tulus pinta dilafazkan.

Untuk itu, marilah kita bersama-sama mengaminkan doa yang akan dilafazkan
oleh Faiz Mifzal bin Nur Shahril Azman. Dijemput dengan hormatnya.

--------------------------------------------------------BACAAN DOA----------------------------------------------------

ALIAH

Amin...Amin..Amin.. Ya Rabbal Alamin.


Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas pembacaan doa itu tadi. Semoga
yang baik kita mulai, yang baik jua kita akhiri nanti, Insya-Allah.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Seterusnya Bacaan Perutusan Hari Guru oleh Menteri Pendidikan Malaysia yang
akan disampaikan oleh Encik Mohd Khir bin Yusof, Guru Besar SK Taman Bukit
Dahlia. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

--------------------------------------------------PERUTUSAN MENTERI-----------------------------------------------

Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan perutusan itu tadi.

Seterusnya Bacaan Perutusan Hari Guru oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
yang akan disampaikan oleh Puan Rusidah binti Mohamed, Guru Penolong Kanan
Pentadbiran SK Taman Bukit Dahlia. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

--------------------------------------------------PERUTUSAN KPPM-----------------------------------------------
DANIAL

Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan perutusan itu tadi.

Sidang hadirin sekalian,

Majlis pada pagi ini diteruskan dengan Ucapan Wakil Murid. Untuk itu,
dipersilakan Muhammad Fath Khuzyairy Al-Alz bin Khairul Azli selaku Ketua
Pengawas Sekolah untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.

------------------------------------------------UCAPAN WAKIL MURID------------------------------------------------

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Seterusnya majlis mempersilakan Encik Nazree bin Ngadi, Naib Yang Di Pertua
PIBG SK Taman Bukit Dahlia untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

------------------------------------------------------UCAPAN PIBG------------------------------------------------------

ALIAH

Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan itu tadi.

Hadirin yang dimuliakan,

Paluan gendang pembuka majlis,


Moden tradisional bersatu senada;
Seterusnya, bacaan ikrar jadi perintis,
Barisan guru tersenyum bangga.

Untuk itu, dijemput semua guru untuk berdiri di atas pentas bagi acara
melafazkan ikrar guru yang akan diketuai oleh Cikgu Wan Abdullah Syafiq bin Wan
Zakaria. Dipersilakan.

------------------------------------------------------- IKRAR GURU------------------------------------------------------

Majlis merakamkan jutaan terima kasih.


DANIAL

Hadirin sekalian,

Sebagai hiburan dan tatapan hadirin sekalian, marilah sama-sama kita saksikan
persembahan nyanyian oleh barisan guru SKTBD.

Saksikanlah persembahan nyanyian Lagu Guru Malaysia dan nyanyian Lagu Tema
Hari Guru oleh barisan pentadbir dan guru-guru SK Taman Bukit Dahlia.
Dipersilakan.

--------------------------------------------------NYANYIAN GURU-----------------------------------------------

Berikan tepukan gemuruh buat guru-guru atas nyanyian yang cukup bersemangat
itu tadi.

ALIAH

Sidang hadirin,

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah kepada beberapa orang


guru yang telah berjaya menambat hati murid-murid SK Taman Bukit Dahlia.
Untuk makluman, pencalonan telah dibuka bermula awal bulan Mei yang lalu.
Semua guru telah dicalonkan dan pemilihan telah dilakukan oleh semua murid
melalui sistem VLE yang dikelolakan oleh Unit ICT SKTBD.

Oleh itu, bagi menyampaikan anugerah tersebut, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan Encik Nazree bin Ngadi, Naib YDP PIBG SK Taman Bukit Dahlia
untuk menyempurnakan majlis. Dipersilakan.

-----------------------------------PENYAMPAIAN ANUGERAH (RUJUK LAMPIRAN)-----------------------------

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Encik Nazree bin Ngadi atas kesudian
menyempurnakan penyampaian anugerah itu tadi.

Seterusnya, dipersilakan Puan Rusidah binti Mohamed untuk mengumumkan dan


seterusnya menyampaikan Anugerah Khas Imej SKTBD. Dengan segala hormatnya,
dipersilakan.
-----------------------------------------PENYAMPAIAN ANUGERAH KHAS IMEJ-----------------------------------
DANIAL

Terima kasih kepada Puan Rusidah binti Mohamed atas kesudian


menyempurnakan penyampaian anugerah itu tadi.

Untuk makluman semua, penyampaian anugerah Hari Guru 2017 tidak berakhir
begitu sahaja kerana terdapat beberapa lagi anugerah khas yang akan
disampaikan sebentar sahaja lagi. Dengan itu, majlis menjemput dan
mempersilakan Encik Mohd Khir bin Yusof, Guru Besar SK Taman Bukit Dahlia
untuk menyempurnakannya. Dipersilakan.
----------------------------------PENYAMPAIAN ANUGERAH KHAS PENTADBIR---------------------------------

Seterusnya, penyampaian hadiah pertandingan boling bersempena Hari Guru


2017 yang telah diadakan di PG Bowl pada 12 Mei yang lalu dan juga hadiah
kepada guru-guru yang dikurniakan cahaya mata pertama sepanjang
perkhidmatannya di SKTBD.
-------------------------------------------------PENYAMPAIAN HADIAH----------------------------------------------

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Encik Mohd Khir bin Yusof atas kesudian
menyempurnakan penyampaian hadiah itu tadi.

Hadirin dan hadirat, berikan tepukan yang paling gemuruh buat guru-guru yang
telah memenagi hadiah dan anugerah sempena Hari Guru 2017.

ALIAH

Setiap yang bermula pasti akan berakhir, Begitu juga dengan majlis kita pada hari
ini. Segala yang baik, yang indah dan yang sempurna itu datangnya daripada Allah
SWT jua dan sama-samalah kita mensyukurinya dan segala kekurangan dan
kepincangan majlis ini adalah kelemahan daripada pihak kami dan kemaafan jua
yang kami pinta.

Sebelum menangguhkan majlis, hadirin dan hadirat diminta berdiri untuk


menyanyikan Lagu Muafakat Johor.

------------------------------------------------ LAGU MUAFAKAT JOHOR --------------------------------------------

Wabillahhitaufik walhidayah, wassalamualaikum warrahmatullah


hiwabarakatuhdan terima kasih. SELAMAT HARI GURU !!!

Anda mungkin juga menyukai