Anda di halaman 1dari 2

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO JAAFAR


Jalan Yahya Aldatar
80300 Johor Bahru,
Johor Darul Tazim.
e-mail : pibgsdjjeb1002@gmail.com
Telefon : 07-2221071 (Pejabat am SMK Dato Jaafar)

Ruj Kami : JEB1002/100-9/2/3 (71)


Tarikh : 18 Januari 2016
Kepada,
Ibu / bapa / penjaga
Pelajar SMK Dato Jaafar
Tuan/Puan ,
JEMPUTAN KE MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 43
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.
Majlis Mesyuarat Agung PIBG SMK Dato' Jaafar ke-43 bagi tahun 2016 seperti ketetapan
berikut :
Tarikh : 20 Februari 2016 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Jaya SMK Dato' Jaafar
Perasmi : Yang Berhormat Tan Sri Shahrir Bin Abdul Samad (Ahli Parlimen Johor Bahru)
3.
Kehadiran tuan/puan amat kami hargai dalam menentukan masa hadapan anak-anak kita di
sekolah ini. Hadirlah beramai-ramai memeriahkan mesyuarat dan memberi sokongan tidak berbelah
bahagi kepada pihak sekolah. Kehadiran tuan / puan sangat-sangat diharapkan dan dihargai.
4.
Sehubungan itu kerjasama tuan / puan dipohon untuk mengemukakan usul-usul yang akan
dibawa ke mesyuarat tersebut. Sekian.
Saya yang menjalankan tugas
,
........................................................
(ABDUL RAZAK BIN MUHAMMAD YUSUF)
Yang Dipertua PIBG
SMK Dato Jaafar
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------BORANG USUL MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG SMK DATO' JAAFAR KALI KE 43
Saya.................................................................ibu/ bapa /penjaga kepada.......................................................dari
kelas.................akan hadir/tidak hadir ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke 43. Saya ingin mengemukakan usul
saya seperti dibawah:
a)..............................................................................................................................................................................
.................................................................................................................................................................................
b).............................................................................................................................................................................
.................................................................................................................................................................................
*catatan:
i) Semua usul hendaklah dikemukakan melalui borang ini.
ii) Usul hendaklah berkaitan dengan:
*Peranan PIBG membantu sekolah dalam hal-hal kebajikan dan kemajuan murid-murid.
*Sumbangan PIBG dalam memenuhi keperluan bagi kecemerlangan murid-murid dalam akademik dan ko-kurikulum
serta perkembangan dari segi jasmani,emosi,rohani dan intelek.

*Usul hendaklah sampai kepada GURU KELAS selewat-lewatnya pada 28 Januari 2016.
*Usul-usul yang diterima oleh Jawatankuasa Penapis Usul akan dibincangkan dan sekiranya penulis usul tidak hadir
dalam Mesyuarat Agung maka usul tersebut gugur dengan sendirinya tanpa dibahaskan .

Sekian untuk tindakan tuan.

Saya yang menjalankan tugas,

....................................................................
(ABDUL RAZAK BIN MOHD YUSOF)
Yang Di-Pertua PIBG
SMK Dato Jaafar

Anda mungkin juga menyukai