Anda di halaman 1dari 4

~Mohamad Roslan SKI

TEKS PENGACARA MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH


PELANTIKAN PENGAWAS PERPUSTAKAAN SK IBOI BAGI
TAHUN 2020

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahi rabbil alamin, wassolatu wassalamuala


asyrafil anbiya iwal mursalin, wa ala alihi wasahbihi ajma’in.
 
Dari Iboi hendak ke Pekan,
Singgah di pasar membeli haruan,
Semanis senyuman kami hamparkan,
Buat bingkisan salam pertemuan.
 
Assalamualaikum warahmatullahiwabaraktu dan Salam Sejahtera

Yang Berusaha, Pn. Hajah Siti Maayah Binti Nayan@Ahmad , Guru Besar
Sek. Keb. Iboi,
Pn. Rozita Binti Azmi, Guru Penolong Kanan Pentadbiran,
En. Mohd Nazri Bin Haji Rozali, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Pn. Hjh Mooddiana Binti Mohamad, Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Guru-guru,
serta murid-murid yang dikasihi sekalian.
Alhamdulillah, marilah sama-sama kita melafazkan setinggi ucapan kesyukuran
ke hadrat Ilahi kerana dengan Izin Kasih-Nya pada pagi yang barakah ini kita
dapat sama-sama berkumpul bagi melangsungkan Majlis Pelantikan Pengawas
Sekolah dan Pengawas Perpustakaan, Sekolah Kebangsaan Iboi bagi tahun
2020.
Guru-guru dan murid sekalian,
Tujuan majlis seumpama ini diadakan adalah untuk mengiktiraf peranan
pemimpin pelajar dalam menyumbang kepada kejayaan sekolah disamping
menyemai sikap bertanggungjawab terhadap tugasan yang diamanahkan oleh
pihak sekolah. Semoga dengan penyerahan tugas ini nanti akan menjadikan
mereka pemimpin pelajar yang berdedikasi dan amanah dalam menjalankan
tugas.
-----------------------------------------Bacaan Doa-------------------------------------------
Para hadirin sekalian,
Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, dipersilakan Al Fadhil Ustaz Ahmad
Hafiz Bin Mohammad untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan…
~Mohamad Roslan SKI

Amin...amin ya rabbal a’lamin


Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Al Fadhil Ustaz Ahmad Hafiz
Bin Mohammad  atas bacaan doa itu tadi.

------------------------------------Nyanyian--------------------------------------------------

Seterusnya, kita akan menyanyikan tiga buah lagu iaitu :


Lagu Negaraku, Lagu Negeri Kedah dan Lagu Sekolah….
Semua hadirin diminta berdiri dan bersedia.
                                                         (lagu)
Hadirin dipersilakan duduk.

-----------------------------------------Ucapan Guru
Besar----------------------------------
Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan menjemput
__________________________________untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.
.
.
.
Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada __________________
atas ucapan alu-aluan itu tadi.

--------------------------------------Ucapan Perasmian-------------------------

Kini, tibalah masa yang ditunggu-tunggu, majlis mempersilakan En. Mohd Aker
Adam Khajeri Bin Abdul Latif untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan Majlis Watikan Pelantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat
Sumber bagi Tahun 2020.

Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan …

-------------------------------------

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada En. Mohd Aker Adam Khajeri
Bin Abdul Latif    atas ucapan dan perasmian Majlis Watikah Pelantikan
~Mohamad Roslan SKI

Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber Sek. Keb. Iboi bagi Tahun 2020
itu tadi.

Tanpa membuang masa, dengan ini mengumumkan perarakan masuk barisan


badan pengawas Sekolah Kebangsaan Iboi dengan diketuai oleh Muhammad
Faris Fahmi Bin Ahmad Fauzi. Dipersilakan.
---------------------------------Pengawas Bergerak Masuk--------------------------------
Pengawas sekolah dilantik berdasarkan peribadi mereka yang baik, dapat
memikul tanggungjawab dengan jujur, berani, dedikasi dan bijak membuat
keputusan. Dengan adanya barisan badan pengawas ini, segala masalah disiplin
sekolah akan dapat diatasi dengan lebih baik, InsyaAllah.
Bagi menyempurnakan majlis watikah pelantikan ini, majlis menjemput
___________________untuk mengiringi _____________________, guru Besar
SK Iboi untuk tampil ke hadapan. Dipersilakan.
Dipersilakan, adik Muhammad Faris Fahmi Bin Ahmad Fauzi, Ketua Pengawas
Sek. Keb Iboi untuk menerima watikah pelantikan dari Guru Besar. Seterusnya,
dijemput adik ___________________, Ketua Pengawas Pusat Sumber Sek.Keb.
Iboi untuk naik ke pentas.
Terima kasih diucapkan kpd ______________________ atas kesudian
menyampaikan watikah sebentar tadi. Majlis diteruskan dengan lafaz ikrar dari
badan pengawas dan pusat sumber Sek.Keb. Iboi. Dipersilakan adik
_____________________dan _______________________untuk naik ke pentas
bagi mengetuai bacaan lafaz ikrar.
----------------------------------------------IKRAR-------------------------------------------
Demikian tadi bacaan lafaz ikrar oleh badan pengawas sekolah dan perpustakaan
Sek. Keb. Tanjung Puteri. Mudah-mudahan dengan lafaz ikrar itu tadi akan
menjadikan badan pengawas sekolah dan perpustakaan ini lebih komited dalam
menjalankan tugas.
------------------------------(Pengawas dibenarkan duduk)--------------------------------
Dengan berakhirnya penyampaian watikah itu tadi maka berakhirlah Majlis Pentauliahan
Warkah Pelantikan Pengawas Sekolah dan Pusat Sumber bagi Tahun 2020. Semoga
dengan pelantikan ini akan dapat memotivasikan para pengawas pusat sumber dalam
melaksana dan menjalankan tugas yang diamanahkan.
En. Nazri pergi ke Rasah
Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Di lain acara bersua lagi

Gunung Pantai tinggi mengawan,


Nampak dari Padang Temu,
~Mohamad Roslan SKI

Sampai di sini tinggallah tuan,


Ada hayat kita bertemu.

Sekian, terima kasih. Semua murid boleh berdiri sekarang.

Anda mungkin juga menyukai