Anda di halaman 1dari 7

HARI GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 6

KE 30 BAGI SESI 2021 SK AGAMA (MIS) SIBU

KETIBAAN BARISAN PENTADBIR, GURU KELAS DAN PERARAKAN MASUK


MURID TAHUN 6

Mengumumkan perarakan masuk barisan pentadbir, guru-guru kelas dan murid-


murid Tahun 6 diiringi dengan selawat junjungan ke atas Nabi Muhammad SAW.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hadirin dipersilakan duduk.

KATA-KATA ALUAN

Bismillahirrahmanirrahim…

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara,
Assalamualaikum mulanya kata,
Kami sembah pembuka bicara.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.


Selamat datang ke:

Hari Graduasi dan Apresiasi Tahun 6 kali ke 30 SK Agama Sibu bagi tahun
2021.

Terlebih dahulu, majlis merakamkan ucapan jutaan penghargaan atas kehadiran:

Yang Berusaha,

Ustaz Saidal Bin Mat,


Guru Besar SK Agama (MIS) Sibu,

Yang Dihormati,

Puan Anisah Binti Pungut,


Penolong Kanan Kurikulum, SK Agama (MIS) Sibu
Yang Dihormati,
Puan Rokiah Binti Julaihi,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, SK Agama (MIS) Sibu,

Yang Dihormati,

Encik Abdul Taib Bin Muhammad,


Penolong Kanan Kokurikulum, SK Agama (MIS) Sibu,

Yang Dihormati,
Barisan Pendidik dan anak-anak didik tahun 6 yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat ilahi dengan nikmat kecerahan yang diberi,
sekali lagi kita dapat berkumpul di dalam dewan yang serba indah ini, bagi meraikan
HARI GRADUASI DAN APRESIASI MURID TAHUN 6 KALI KE 30 SK AGAMA SIBU
BAGI TAHUN 2021. Hari ini tanggal 15 Februari 2022 bersamaan 15 Rejab 1443
Hijrah, marilah kita sama-sama saksikan satu lagi catatan kenangan manis dan
bersejarah buat kesemua penerima anugerah kecemerlangan pada tahun ini.

BACAAN DOA

Tetak buluh kajang sepuluh,


Laksana dititing kias ibarat,
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa dipohon biar selamat.

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis dengan sukacitanya menjemput
Saudara Muhammad Arif Akmal Bin Sulaili untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.

------------------------------------------------------------------------------------------------

Amin Amin Ya Rabbal Alamin. Terima kasih diucapkan kepada Saudara


Muhammad Arif Akmal Bin Sulaili atas bacaan doa itu tadi.

Mudah-mudahan segala yang dirancangkan pada pagi ini dapat dilaksanakan


dengan lancar, sempurna serta mendapat keberkatan dari Allah SWT. Insya-Allah.
PENYAMPAIAN SIJIL, ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK DAN
ANUGERAH KHAS KECEMERLANGAN

Warga dewan yang budiman,

Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan penyampaian sijil dan hadiah kepada
murid-murid tahun 6, penyampaian anugerah kecemerlangan akademik dan
anugerah khas kecemerlangan. Untuk makluman warga dewan, bakal penerima
anugerah kecemerlangan ini adalah mereka yang mendapat markah tertinggi
sepanjang tahun bagi setiap mata pelajaran yang terdiri daripada:

 Bahasa Melayu Pemahaman


 Bahasa Melayu Penulisan
 Bahasa Inggeris Pemahaman
 Bahasa Inggeris Penulisan
 Matematik
 Sains
 Pendidikan Agama Islam
 Bahasa Arab

Saban tahun, pihak sekolah juga telah menyediakan enam anugerah istimewa bagi
murid-murid yang layak menerima dalam kalangan murid-murid tahun 6. Anugerah
tersebut adalah:

 ANUGERAH TOKOH J-QAF LELAKI


 ANUGERAH TOKOH J-QAF PEREMPUAN
 ANUGERAH TOKOH NILAM
 ANUGERAH TOKOH SAHSIAH
 ANUGERAH TOKOH KOKURIKULUM
 ANUGERAH TOKOH AKADEMIK
 ANUGERAH TOKOH MURID 2021

Pemilihan ini adalah berdasarkan pemerhatian dan penilaian atas kelayakan serta
kecenderungan murid tersebut dari segi akademik, ko-kurikulum dan
keseluruhannya sepanjang menuntut di sekolah ini.

6 AL-KHAWARIZMI

Hadirin sekalian,

Majlis penyampaian sijil dan hadiah dimulakan dengan kelas 6 Al-Khawarizmi. Untuk
itu, majlis menjemput Yang Berusaha, Ustaz Saidal Bin Mat, Guru Besar SK
Agama (MIS) Sibu diiringi Guru Kelas 6 Al-Khawarizmi, Puan Suzieyana Binti
Mohamad untuk naik ke pentas bagi menyampaikan sijil dan hadiah. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dipersilakan, (Rujuk lampiran)


Buat makluman hadirin sekalian, pencapaian markah tertinggi dalam mata pelajaran
telah melayakkan Saudari Alya Aina Shakira Binti Ahmad Jaafar untuk merangkul
Anugerah Cemerlang bagi subjek Bahasa Melayu Penulisan. Tahniah dan
syabas diucapkan. Berdasarkan pemerhatian dan penilaian atas kelayakan serta
kecenderungan beliau dari segi akademik, ko-kurikulum dan keseluruhannya
sepanjang menuntut di sekolah ini, Jawatankuasa Imtiyaz 2021 telah sebulat suara
menobatkan beliau sebagai penerima bagi dua anugerah khas kecemerlangan
iaitu:

I. Anugerah Tokoh Kokurikulum


II. Anugerah Tokoh Sahsiah bagi sesi 2021

Tahniah dan syabas diucapkan.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Buat makluman hadirin sekalian, pencapaian markah tertinggi dalam mata pelajaran
telah melayakkan Saudari Nurin Hadaina Binti Zainal Abidin untuk merangkul
Anugerah Cemerlang bagi subjek Bahasa Melayu Pemahaman. Tahniah dan
syabas diucapkan.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hadirin sekalian, berdasarkan pemerhatian dan penilaian atas kelayakan serta


kecenderungan Saudari Wan Syafiya Huda Illyanie Binti Wan Ahmad Faisal dari
segi akademik, ko-kurikulum dan keseluruhannya sepanjang menuntut di sekolah ini,
Jawatankuasa Imtiyaz 2021 telah sebulat suara menobatkan beliau sebagai
penerima bagi Anugerah Tokoh JQAF Perempuan bagi sesi 2021. Tahniah dan
syabas diucapkan.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Buat makluman hadirin sekalian, pencapaian markah tertinggi dalam mata pelajaran
telah melayakkan Saudari Wan Syafiya Nuha Illyanie Binti Wan Ahmad Faisal
untuk merangkul Anugerah Cemerlang bagi subjek Pendidikan Islam. Tahniah
dan syabas diucapkan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Suzieyana Binti Mohamad
atas penyampaian sijil dan hadiah itu tadi.
6 AL-JAZARI

Meneruskan majlis dengan penyampaian sijil dan hadiah bagi kelas 6 Al-Jazari.
Untuk itu, majlis menjemput Guru Kelas 6 Al-Jazari, Encik Mohd Shafik Bin Said
untuk naik ke pentas bagi mengiringi Guru Besar untuk menyampaikan sijil dan
hadiah. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dipersilakan, (Rujuk lampiran)

Buat makluman hadirin sekalian, pencapaian markah tertinggi dalam mata pelajaran
telah melayakkan Saudara Muhammad Arif Akmal Bin Sulaili untuk merangkul
Anugerah Cemerlang bagi empat subjek iaitu

I. Bahasa Inggeris Penulisan


II. Sains
III. Matematik
IV. Bahasa Arab

Tahniah dan syabas diucapkan. Pencapaian beliau yang cemerlang dalam bidang
akademik, kokurikulum dan keseluruhannya sepanjang menuntut di sekolah ini telah
melayakkan beliau untuk dinobatkan sebagai penerima bagi empat anugerah khas
kecemerlangan iaitu:

I. Anugerah Tokoh Akademik


II. Anugerah Tokoh UPKK
III. Anugerah Tokoh JQAF Lelaki
IV. Anugerah Tokoh Pelajar Bagi Sesi 2021

Tahniah dan syabas diucapkan.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Buat makluman hadirin sekalian, pencapaian markah tertinggi dalam mata pelajaran
telah melayakkan Saudari Nur Farzana Binti Ahmad untuk merangkul Anugerah
Cemerlang bagi subjek Bahasa Inggeris Pemahaman. Tahniah dan syabas
diucapkan. Berdasarkan pemerhatian dan penilaian atas kelayakan serta
kecenderungan beliau dari segi akademik, ko-kurikulum dan keseluruhannya
sepanjang menuntut di sekolah ini, Jawatankuasa Imtiyaz 2021 telah sebulat suara
menobatkan beliau sebagai salah seorang penerima bagi Anugerah Tokoh
Sahsiah bagi sesi 2021. Tahniah dan syabas diucapkan.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada dan Encik Mohd Shafik Bin Said
atas penyampaian sijil dan hadiah itu tadi.
6 AL-FARABI

Warga dewan yang dimuliakan,

bagi penyampaian sijil dan hadiah kelas 6 Al-Farabi, majlis dengan sukacitanya
mempersilakan Guru Kelas 6 Al-Farabi, Puan Siti Minah Binti Suhili untuk naik ke
pentas dan mengiringi Guru Besar bagi menyempurnakan upacara tersebut. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dipersilakan, (Rujuk lampiran)


Hadirin sekalian, berdasarkan pemerhatian dan penilaian atas kelayakan serta
kecenderungan Saudari Nur Hanisah Binti Abu Bakar dari segi akademik, ko-
kurikulum dan keseluruhannya sepanjang menuntut di sekolah ini, Jawatankuasa
Imtiyaz 2021 telah sebulat suara menobatkan beliau sebagai salah seorang
penerima bagi Anugerah Tokoh Sahsiah bagi sesi 2021. Tahniah dan syabas
diucapkan.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Siti Minah Binti Suhili atas
penyampaian sijil dan hadiah itu tadi.

6 AL-BIRUNI
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil dan hadiah bagi kelas 6 Al-Biruni.
Untuk itu, majlis dengan berbesar hati mempersilakan Guru Kelas 6 Al-Biruni,
Puan Zuriati Binti Sulaihi untuk naik ke pentas dan mengiringi Guru Besar bagi
menyempurnakan upacara tersebut. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dipersilakan, (Rujuk lampiran)

Hadirin sekalian, berdasarkan pemerhatian dan penilaian atas kelayakan serta


kecenderungan Saudari Nurnadhira Aissya Binti Ramdi dari segi akademik, ko-
kurikulum dan keseluruhannya sepanjang menuntut di sekolah ini, Jawatankuasa
Imtiyaz 2021 telah sebulat suara menobatkan beliau sebagai salah seorang
penerima bagi Anugerah Tokoh Sahsiah bagi sesi 2021. Tahniah dan syabas
diucapkan.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hadirin sekalian, berdasarkan pemerhatian dan penilaian atas jumlah kutipan
bacaan tertinggi iaitu sebanyak 763 bacaan bagi Program Nadi Ilmu Amalan
Membaca (NILAM) telah melayakkan Saudara Abdul Razif Afiq Bin Abdul Ghani
untuk dinobatkan sebagai penerima bagi Anugerah Tokoh NILAM bagi sesi 2021.
Tahniah dan syabas diucapkan.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Zuriati Binti Sulaihi atas
penyampaian sijil dan hadiah itu tadi.

PENUTUP

Hadirin sekalian,

Kita telah pun berada di penghujung acara, maka tibalah masanya untuk saya
selaku pengendali majlis untuk mengundurkan diri. Mewakili jawatankuasa Imtiyaz
2021, saya ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada
terlanjur kata, terlampau cara sepanjang majlis ini berjalan. Jutaan terima kasih
diucapkan kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dalam menjayakan
majlis pada hari ini samada secara langsung atau tidak langsung.

Kalau ada jarum yang patah,


Banyak kain tidak berjahit,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan jadikan kenangan pahit.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan kekurangan itu
wujudnya daripada kelemahan kami sendiri sebagai makhluk Allah yang bergelar
insan. Sekian Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum WBT.

*Majlis mempersilakan Yang Berusaha, Ustaz Saidal Bin Mat, Guru Besar SK
Agama (MIS) Sibu diiringi barisan guru penolong kanan dan guru kelas untuk
meninggalkan dewan.

Anda mungkin juga menyukai