Anda di halaman 1dari 3

MAJLIS SAMBUTAN HARI LAHIR BULAN JUN HINGGA OGOS

SMK SIMPANG BELURU


TEKS PENGACARA MAJLIS

TARIKH: 9 OGOS 2023 (RABU)


MASA: 7:30 PAGI HINGGA 8:15 PAGI
TEMPAT: DEWAN ARENA, SMK SIMPANG BELURU

TENTATIF:
1. KATA ALU-ALUAN PENGACARA MAJLIS
2. BACAAN DOA
3. UCAPAN PENGETUA EN. MOHD ROSLEE BIN ABDUL WAHAB
4. UPACARA PEMOTONGAN KEK OLEH GURU
5. PENYAMPAIAN HADIAH HARI LAHIR KEPADA WAKIL MURID
6. MAJLIS BERSURAI

MASA PERKARA CATATAN


1. KATA ALU-ALUAN PENGACARA MAJLIS
7:30 PAGI Bismillahirahmanirahim.

Yang Berusaha En. Roslee bin Abdul Wahab,


Pengetua SMK Simpang Beluru

Yang Berusaha,
En. Roslan bin Hassan,
PK Pentadbiran

En. Hairolzaman bin Mat Noor


PK Hal Ehwal Murid

En. Muhammad Hafidz bin Anuar


PK Kokurikulum

Pn . Naamah binti Shaharudin


PK Pendidikan Khas

Guru-guru kanan, barisan guru, seterusnya yang diraikan


anak-anak SMK Simpang Beluru.

Assalamualaikum wbth dan salam sejahtera.

Alhamdulilah bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan


limpah kurnia-Nya kita dapat sama-sama berkumpul pada
hari ini bagi meraikan Majlis Sambutan Hari Lahir untuk
guru dan anak-anak SMK Simpang Beluru.
Untuk pengetahuan semua, majlis pada hari ini diadakan
bagi meraikan hari kelahiran guru dan murid yang lahir
pada bulan Jun hingga Ogos.

2. BACAAN DOA
7:35 PAGI
Bagi memohon keberkatan majlis kita pada hari ini,
marilah kita bersama-sama menadah tangan
mengaminkan doa yang akan dilafazkan oleh Adam
Danish Bin Mohamad Azli /Mohamad Danish Bin
Mohamad Syafiq dari kelas 3 Sejahtera.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

---------------------- BACAAN DOA ----------------------------

Amin Amin Ya Rabbal Alamin

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan doa


itu tadi.

3. UCAPAN PENGETUA/PENTADBIR
7:40 PAGI
Hadirin yang dihormati sekalian,

Seterusnya, majlis dengan sukacitanya mempersilakan &


menjemput ____________________________________
untuk menyampaikan sepatah dua kata.

Dengan hormatnya majlis mempersilakan.

------------- UCAPAN PENGETUA/ PENTADBIR ----------------

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih


atas ucapan oleh ________________________ itu tadi.

4. UPACARA PEMOTONGAN KEK OLEH GURU & PENYAMPAIAN HADIAH HARI LAHIR
KEPADA WAKIL MURID
7:50 PAGI
Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan upacara pemotongan kek


oleh guru-guru yang menyambut ulang tahun kelahiran
pada bulan dan Jun hingga Ogos.

Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan guru-


guru yang menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan
Jun hingga Ogos ke hadapan untuk memotong kek
bersama-sama.

----------------- UPACARA PEMOTONGAN KEK


------------------

Sempena meraikan guru serta murid yang lahir pada


bulan Jun hingga Ogos, kita akan bersama-sama
menyanyikan lagu “Happy Birthday”.

------------- NYANYIAN LAGU HAPPY BIRTHDAY


---------------

Baiklah. Kita teruskan dengan penyampaian hadiah hari


lahir kepada wakil murid.

Untuk itu, saya menjemput _______________________


untuk menyampaikan hadiah hari lahir.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

-------------------- PENYAMPAI BERSEDIA


----------------------

Dipersilakan murid yang menyambut ulang tahun


kelahirannya pada hari ini, 9 Ogos iaitu MUHAMMAD
NURALIF SYAKIR BIN SHAMSU BAHRIN dari kelas 5A1.

Seterusnya, NOR ASHIKIN BINTI ABU BAKAR dari kelas


2 Madani yang menyambut ulang tahun kelahiran pada
hari esok iaitu 10 Ogos

Seterusnya, ADAM DANISH BIN MOHAMAD AZLI dari


kelas 3 Sejahtera.

Seterusnya, NUR AIMI SYAKIRAH BINTI MOHD KHAIRI


dari kelas 3 Sejahtera.

Dan akhir sekali, MOHAMAD SYARIN SHAH BIN SHAFIE


dari kelas 2 Sejahtera.

Begitulah tadi upacara penyampaian hadiah kepada wakil


murid yang menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan
Jun hingga Ogos.

Terima kasih diucapkan kepada tuan pengetua atas


kesudian untuk menyampaikannya.

5. MAJLIS BERSURAI
8:15 PAGI
Hadirin sekalian, kita telah pun sampai ke penghujung
acara.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan
penghargaan kepada semua yang terlibat dalam
menyempurnakan majlis kita pada hari ini.

Sekian, wabilahitaufik wal hidayah wassasalmualaikum


wbt.

Pengumuman:
Murid yang menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan
Jun hingga Ogos boleh mengambil hadiah hari lahir anda
di hadapan.

Dengan ini, saya serahkan kembali majlis kepada


pengawas yang bertugas.
ATAU
Semua murid boleh masuk ke kelas maing-masing dalam
keadaan yang teratur.

Anda mungkin juga menyukai