Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH

PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PUSAT


SUMBER KETUA KELAS DAN PENOLONG KETUA KELAS
SK BALAT 2021
Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahi rabbil alamin, wassolatu wassalamuala
asyrafil anbiya iwal mursalin, wa ala alihi wasahbihi ajma’in.
 
Dari Balat hendak ke Sandakan,
Singgah di Batu Puteh membeli haruan,
Semanis senyuman kami hamparkan,
Buat bingkisan salam pertemuan.
 
Assalamualaikum warahmatullahiwabaraktuh, Salam sejahtera.

Yang Berusaha, Encik Jaffar Bin Suar , Guru Besar SK Balat


En Jikri Bin Ibrahim, Guru Penolong Kanan Pentadbiran,
En Hastei Doimi, Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Guru-guru,
serta para pelajar yang dikasihi sekalian.
Alhamdulillah, marilah sama-sama kita melafazkan setinggi ucapan kesyukuran
ke hadrat Ilahi kerana dengan Izin Kasih-Nya pada pagi yang barakah ini kita
dapat sama-sama berkumpul bagi melangsungkan Majlis Pelantikan Pengawas
Sekolah dan Pengawas Perpustakaan Serta KK dan PK , SK Balat Bagi
Tahun 2021.
Guru-guru dan pelajar sekalian, Tujuan majlis seumpama ini diadakan adalah
untuk mengiktiraf peranan pemimpin pelajar dalam menyumbang kepada
kejayaan sekolah disamping menyemai sikap bertanggungjawab terhadap tugasan
yang diamanahkan oleh pihak sekolah. Semoga dengan penyerahan tugas ini
nanti akan menjadikan mereka pemimpin pelajar yang berdedikasi dan amanah
dalam menjalankan tugas.
Tanpa membuang masa, dengan ini mengumumkan perarakan masuk barisan
badan pengawas, pengawas pusat sumber serta ketua kelas dan penolong ketua
kelas Sk. Balat.
Dipersilakan.
---------------------------------Pengawas Bergerak Masuk--------------------------------
Pengawas sekolah dilantik berdasarkan peribadi mereka yang baik, dapat
memikul tanggungjawab dengan jujur, berani, dedikasi dan bijak membuat
keputusan. Dengan adanya barisan badan pengawas ini, segala masalah disiplin
sekolah akan dapat diatasi dengan lebih baik, InsyaAllah.
Diminta para hadirin untuk berdiri untuk menyanyi lagu Negaraku dan Lagu
Sabah Maju Jaya
Sebelum kita meneruskan majlis, dijemput Cikgu Muazzam untuk memimpin
bacaan doa.
Dipersilakan.
Guru-guru dan para pelajar sekalian, majlis diteruskan lagi dengan menjemput
En. Jaffar untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.
Bagi menyempurnakan majlis watikah pelantikan ini, majlis menjemput En Jikri
untuk mengiringi En. Jaffar, guru Besar SK Balat untuk tampil ke hadapan.
Dipersilakan.
Dipersilakan, adik ___________________, Ketua Pengawas SK Balat untuk
menerima watikah pelantikan dan menandatangani aku Janji Tugas dari Guru
Besar.
Terima kasih diucapkan kpd En. Jaffar atas kesudian menyampaikan watikah
sebentar tadi.
Majlis diteruskan dengan lafaz ikrar dari badan pengawas Sk Balat
Dipersilakan
adik _____________________dan _______________________untuk naik ke
pentas bagi mengetuai bacaan lafaz ikrar.
----------------------------------------------IKRAR-------------------------------------------
Demikian tadi bacaan lafaz ikrar oleh badan pengawas sekolah dan perpustakaan
Balat. Mudah-mudahan dengan lafaz ikrar itu tadi akan menjadikan badan
pengawas sekolah dan perpustakaan ini lebih komited dalam menjalankan tugas.
------------------------------(Pengawas dibenarkan duduk)--------------------------------
Dengan berakhirnya penyampaian watikah itu tadi maka berakhirlah Majlis
Pentauliahan Warkah Pelantikan Pengawas Sekolah dan Perpustakaan
Serta KK dan PKK bagi Tahun 2021. Semoga dengan pelantikan ini akan
dapat memotivasikan para pengawas dalam melaksana dan menjalankan tugas
yang diamanahkan.
Cikgu Lee pergi ke Madrasah,
Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah

Di lain acara bersua lagi

Sekian, terima kasih. Diminta Badan pengawas, pengawas pusat sumber dan
KK/PKK untuk kekal di tapak perhimpunan bagi sesi fotografi.
Semua murid yang tidak berkenaan diminta balik ke kelas masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai