Anda di halaman 1dari 7

TEKS PENGACARA KEJOHANAN BALAPAN SKKM 2020

PERKARA/PEMBACA PENGUMUMAN CATATAN


PENGUMUMAN KETIBAAN Mengumumkan ketibaan,

Yang…………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………diiringi Encik Mohd Sabri bin Mustapha, Guru Besar SK Bukit Ibam, ……………………..
……………………………………, Yang Dipertua PIBG Sk Bukit Ibam, barisan pentadbir dan ahli jawatankuasa
PIBG.

PERARAKAN MASUK Hadirin,


PERBARISAN RUMAH SUKAN
Marilah sama-sama kita berikan tumpuan kepada perarakan lintas hormat perbarisan rumah sukan.
Sebelum itu, pihak majlis menjemput dan mempersilakan Yang ………………………………………………….
…………………………………………………………………………..diiringi Cikgu Mohd Sabri bin Mustapha, Guru Besar
SK Bukit Ibam untuk menyempurnakan perarakan lintas hormat. Dipersilakan.

Perarakan lintas hormat ini diketuai dengan pembawa bendera kejohanan yang dipimpin oleh
…………………………………………………..dari kelas 6 …………………………...

Hadirin di hormati ,
Kontinjen pertama yang berarak masuk merupakan kontinjen dari pra sekolah SKBI.
"____________________________________________________________________________"
Pasukan Pra sekolah.

*********
Menyusul di belakang ialah kontinjen dari rumah sukan kuning. Dengan motto
"_________________________________________________________________________"
pasukan rumah kuning .

***********
TEKS PENGACARA KEJOHANAN BALAPAN SKKM 2020

Tampil seterusnya, adalah kontinjen dari rumah Hijau berteraskan motto pasukan
“_________________________________________________________________________”
Pasukan rumah Hijau .

************
Kontijen seterusnya yang memeriahkan acara perbarisan pada pagi ini adalah dari rumah
Merah. Berpegang kepada motto pasukan
"_________________________________________________________________________"
Pasukan rumah Merah .

************
Dan kontijen terakhir ialah kontinjen dari rumah biru. Bersama motto
" ___________________________________________________________________________"
pasukan rumah Biru .

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada ………………………………………………………………………


……………………………………………………………………….dan Encik Mohd Sabri bin Mustapha, Guru Besar SK
Bukit Ibam atas kesudian menyempurnakan perarakan lintas hormat sebentar tadi.

KATA SALUTASI
Melati tumbuh kuntum sekata,
Sayang merbah di pohon cemara,
Assalamualaikum mulanya kata,
Salam sembah pembuka bicara.
Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring di tepi kali,
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu illahi

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.


TEKS PENGACARA KEJOHANAN BALAPAN SKKM 2020

Yang Dihormati,

…………………………………………………..
…………………………………………………….

Yang Berusaha,
Encik Mohd Sabri bin Mustapha,
Guru Besar SK Bukit Ibam

Yang dihormati,
………………………………………………………………..,
Yang dipertua PIBG SK Bukit Ibam;

Barisan guru penolong kanan, para guru, dif-dif jemputan, tuan - tuan, puan - puan serta
hadirin yang dimuliakan.

Sesungguhnya kami, amat berbesar hati serta menghulurkan salam menyambut mesra
kehadiran tuan puan serta dif-dif jemputan ke Hari Kemuncak Kejohanan Sukan Tahunan SK
Bukit Ibam bagi Tahun 2022.

NYANYIAN LAGU Hadirin yang dihormati,

Seterusnya adalah nyanyian " LAGU NEGARAKU"


Hadirin dipersilakan berdiri.

*Hadirin dipersilakan duduk.


TEKS PENGACARA KEJOHANAN BALAPAN SKKM 2020

MENAIKKAN BENDERA Hadirin yang dihormati,


KEJOHANAN DAN IKRAR Majlis diteruskan lagi dengan upacara menaikkan bendera kejohanan.
KEJOHANAN
( MURID AKAN MENAIKKAN BENDERA)

Seterusnya, dipersilakan SAUDARA ________________________________ untuk memimpin


bacaan ikrar kejohanan. Dipersilakan.

BACAAN DOA Hadirin yang dihormati,

Doa dipohon restu dipinta, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan


__________________________________________untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada ______________________________________atas


pimpinan bacaan doa itu tadi.

UCAPAN ALUAN GURU BESAR


Hadirin yang dimuliakan,
Mudik di sungai mendayung sampan
Sampan didayung ke laut dalam
Sudilah lah tuan memberi ucapan
Kata aluan pemanis kalam
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Encik Mohd Sabri bin Mustapha,
Guru Besar SK Bukit Ibam untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dipersilakan.

- Majlis merakamkan ribuan terima kasih


UCAPAN PERASMIAN Tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin yang dikasihi,

Daun semulur di pekan sari


Batang jerami rebah ke bumi
Madah dihulur sembah diberi
TEKS PENGACARA KEJOHANAN BALAPAN SKKM 2020

Kata perasmi hajatnya kami


Seterusnya majlis dengan segala hormat dan ta’zimnya mempersilakan ……………………………
………………………………………………………….untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan Majlis Kejohanan Sukan Tahunan SK Bukit Ibam bagi Tahun 2022.
Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada …………………………………………………


…………………………………………………..atas kesudian merasmikan majlis pada hari ini.

PENYAMPAIAN CENDERAMATA Tuan-tuan dan puan-puan,


KEPADA PERASMI
Burung Nuri dipandang dara,
Hingga di beranda di tengah laman,
Cenderamata diberi seikhlas jiwa,
Sebagai tanda buat kenangan.

Seterusnya, sebagai tanda penghargaan dan terima kasih, dipersilakan, Encik Mohd Sabri bin
Mustapha, Guru Besar SK Bukit Ibam untuk menyampaikan cenderamata kepada
……………………………………………………………………………………………………………………. Dipersilakan

Majlis mengucapkan terima kasih kepada ………………………………………………………………………..


atas kesudian menerima cenderamata sebentar tadi.

Majlis juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha, E ncik Mohd Sabri bin
Mustapha, Guru Besar SK Bukit Ibam atas penyempurnaan penyampaian cenderamata itu tadi.

PERARAKAN KELUAR Demikian tadi selesainya upacara perasmian kejohanan.


PERBARISAN
TEKS PENGACARA KEJOHANAN BALAPAN SKKM 2020

Sekarang dipersilakan semua kontingen yang mengambil bahagian untuk bergerak keluar ke
khemah masing-masing bagi kita meneruskan acara sukan pada pagi ini.

Perhatian- Diminta semua pegawai kejohanan yang bertugas di padang untuk bersedia
kerana acara olahraga akan dimulakan sebentar saja lagi.
ACARA 100 M L12 & P12 Hadirin,

Seterusnya, apa kata kita tumpukan perhatian kepada acara yang akan berlangsung sebentar
sahaja lagi iaitu acara
MAJLIS PENUTUP DAN
PENYAMPAIAN HADIAH Hadirin yang dihormati,
Sebentar lagi tibalah acara penutup dan penyampaian hadiah bagi acara yang telah
dipertandingkan. Untuk itu semua murid diminta berhimpun ke tengah padang untuk
meneruskan acara. Dipersilakan.

Sekarang adalah acara penyampaian hadiah bagi acara yang baru dipertandingkan sebentar
tadi. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput

PENUTUP Hadirin yang dihormati,


TEKS PENGACARA KEJOHANAN BALAPAN SKKM 2020

Seterusnya, adalah upacara menurunkan bendera kejohanan. Untuk itu, dipersilakan semua
pentadbir dan tetamu jemputan ke podium untuk acara penurunan dan penyerahan bendera
kejohanan. Dipersilakan.

Upacara menurunkan bendera kejohanan.

Tuan-tuan dan puan-puan,


Majlis kita pada hari ini telah sampai ke penghujungnya.
Kami mewakili pihak majlis dengan rendah hati memohon ampun dan maaf atas segala
keterlanjuran bicara, tutur dan tingkah.

Sekian, terima kasih

Majlis bersurai.......

Anda mungkin juga menyukai