Anda di halaman 1dari 4

TEKS ACARA SUKANEKA/2023

TEKS PENGACARA MAJLIS


KEJOHANAN SUKANEKA PPKI DAN PRASEKOLAH SK BANDAR TASIK SELATAN
TAHUN 2023

Bil Acara Teks


Kata aluan Bismillahirrahmannirahim
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera
Saya mewakili pihak majlis mengalu – alukan kedatangan tuan – tuan
dan puan – puan serta para hadirin ke Kejohanan Sukaneka PPKI &
Prasekolah bagi sesi persekolahan tahun 2023/24. SELAMAT DATANG
DIUCAPKAN.

Untuk makluman tuan – tuan dan puan -puan serta para hadirin
sekalian, majlis akan bermula sebentar lagi.
Oleh itu, tuan-puan serta para hadirin sekalian diminta mengambil
tempat yang telah disediakan. Terima kasih.

Umumkan ketibaan Mengumumkan ketibaan


VIP
Yang Dihormati
Naib YDP PIBG .........................................................................
diiringi oleh
.........................................................................

.........................................................................

.........................................................................

.........................................................................

.........................................................................

Ucapan alu-aluan Sayang kumbang mencari makan,


Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu Ilahi.

Bismillahirrahmannirahim
Assalamualaikum w.b.t dan selamat datang ke Kejohanan Sukaneka
Pendidikan Khas dan Prasekolah SK Bandar Tasik Selatan bagi sesi
persekolahan 2023/24.
Yang Dihormati
Naib YDP PIBG .........................................................................

Yang Berusaha
Barisan Penolong Kanan, para guru, barisan Ahli Jawatankuasa PIBG
SK Bandar Tasik Selatan , tuan-tuan, puan-puan seterusnya murid-
murid yang dirahmati Allah sekalian.

SELAMAT DATANG KE KEJOHANAN SUKANEKA PENDIDIKAN KHAS


& PRASEKOLAH SK BANDAR TASIK SELATAN BAGI SESI
PERSEKOLAHAN TAHUN 2023/24.

1
TEKS ACARA SUKANEKA/2023

Kami mewakili barisan jawatankuasa pengelola kejohanan


merakamkan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada
seluruh hadirin dan hadirat kerana telah sudi meluangkan masa bagi
bersama – sama menjayakan majlis yang kita rencanakan pada harini
Bersyukur kita ke hadrat illahi kerana dengan izinNYA dapatlah kita
sekali lagi berkumpul di dataran Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik
Selatan untuk bersama – sama meraikan Kejohanan Sukaneka PPKI &
Prasekolah bagi sesi persekolahan tahun 2023/24. Semoga dengan
kehadiran tuan-tuan dan puan-puan akan menyuntik semangat
kesukanan kepada atlet-atlet kecil yang akan beraksi dalam acara pada
hari ini.
Bacaan Doa
Hadirin Hadirat sekalian,

Indah berseri bunga kenanga


Harum baunya menyentuh hati
Mari bersama memanjatkan doa
Ke hadrat illahi mohon diberkati

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita sama-sama
menadah tangan untuk mengaminkan doa yang akan dibacakan
oleh ………………………………….
Dipersilakan. ….
(Bacaan doa)………………..

Amin amin ya rabal al amin.


Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada ……………………………atas
bacaan doa itu tadi.
Semoga dengan bacaan doa itu tadi, majlis kita akan berjalan dengan
lancar serta diberkati oleh Allah s.w.t. Insya-Allah.

Ucapan aluan GPK Daun semulur di pekan sari,


Batang jerami rebah ke bumi,
KOKO
Ucapan tuan dinanti-nanti,
Membuat majlis bertambah seri.

Majlis menjemput Yang Dihormati


Encik ......................................................................... Guru penolong
kanan kokurikulum SK Bandar Tasik Selatan untuk menyampaikan
ucapan aluan.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik


.........................................................................
atas kesudian menyampaikan kata – kata semangat kepada atlit –
atlit muda kita pada hari ini.

Ucapan perasmian Hadirin yang dihormati sekalian,


Majlis seterusnya mempersilakan Yang Dihormati Naib YDP PIBG
.........................................................................

2
TEKS ACARA SUKANEKA/2023

untuk menyampaikan ucapan d merasmikan Kejohanan Sukaneka


Pendidikan Khas & Prasekolah SK Bandar Tasik Selatan bagi sesi
persekolahan tahun 2023/24. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.
……………………
(bunyi / gimik perasmian)

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Naib YDP


PIBG .........................................................................

di atas ucapan perasmian Kejohanan Sukaneka Pendidikan Khas &


Prasekolah SK Bandar Tasik Selatan bagi sesi persekolahan sesi
tahun 2023/24
Gimik Perasmian Seterusnya dipersilakan Naib YDP PIBG
.........................................................................

dengan diringi oleh


Encik .........................................................................gpk koko &

Puan .........................................................................gpk ppki


untuk bersama – sama menyempurnakan gimik perasmian dengan
memulakan acara pertama Kejohanan Sukaneka PPKI & Prasekolah SK
Bandar Tasik Selatan bagi sesi persekolahan tahun 2023/24.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Naib YDP PIBG Encik
.........................................................................

dan Encik .........................................................................gpk koko &

Puan .........................................................................gpk ppki


SK Bandar Tasik Selatan atas penyempurnaan gimik perasmian
kejohanan itu tadi.
Acara Sukan Hadirin dan hadirat sekalian, acara yang akan berlangsung sebentar
lagi ialah

Acara 1 dan Acara 2 Tahap 1


Kategori Lelaki dan Perempuan Pendidikan Khas

Diminta kepada semua peserta untuk mengambil tempat masing-


masing kerana acara akan dimulakan sebentar lagi.

Marilah kita sama – sama memberikan tumpuan ke dataran permainan


untuk memberikan tepukan semangat kepada putera puteri kita.

Selesai sudah acara yang melibatkan murid – murid Pendidikan Khas


sebentar tadi. Begitu bersemangat mereka bersaing untukp menjadi
pemenang. Tahniah diucapkan kepada semua.

Penutup Kejohanan Sukaneka Pendidikan Khas & Prasekolah SK Bandar Tasik


Selatan kini tiba ke penghujungnya.

3
TEKS ACARA SUKANEKA/2023

Kami ingin merakamkan sekalung penghargaan dan jutaan terima


kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung dalam membantu menjayakan dan melicinkan perjalanan
Kejohanan Sukaneka PPKI & Prasekolah SK Bandar Tasik Selatan bagi
sesi persekolahan tahun 2023/24 ini.
.................................................................
Akhir kata dari kami
Majulah sukan untuk negara. Assalamualaikum w.b.t

PENGUMUMAN ACARA SUKANEKA

Hadirin yang dihormati,


Sebentar lagi akan berlangsung acara ………………………. Peserta-peserta yang mengambil bahagian
dalam acara ini ialah
Di gelanggang A /B dapat kita saksikan kelas................................... di bawah pimpinan..................
sedang bersedia untuk acara.............................

Peserta-peserta bagi acara ………………………………… sedia untuk dilepaskan.

PENGUMUMAN ACARA PENYAMPAIAN HADIAH

Tuan-tuan dan puan-puan,


Sebentar lagi akan berlangsung penyampaian hadiah bagi acara ……………………..
Untuk itu, dengan segala hormatnya dipersilakan
Encik/Puan/Cik ………………………………………………………..
untuk menyempurnakan majlis penyampaian hadiah.

(kalau banyak hadiah sebut acara dahulu……)

Tempat ketiga/pingat gangsa dimenangi oleh ………………….. dari rumah …………


Tempat kedua/pingat perak dimenangi oleh ……………………. dari rumah………
Dan johan/pemenang pingat emas acara …………………Ialah …………… dari rumah………………………..

Tahniah kepada para pemenang.


Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Encik/Puan/ Cik
………………………………………. atas kesudian menyampaikan hadiah.

Anda mungkin juga menyukai