Anda di halaman 1dari 7

TEKS PENGACARA MAJLIS JAMUAN MAKAN MALAM PPKI SKBTS (19 FEBRUARI 2023)

PERINGATAN ➢ Para hadirin sekalian, majlis akan bermula sebentar sahaja lagi. Sukacita sekiranya hadirin
8:20mlm mengambil tempat duduk di meja masing-masing mengikut kedudukan nombor yang disedia.
➢ Mengumumkan perarakan masuk tetamu jemputan diiringi oleh murid-murid graduasi yang akan
ke sekolah menengah.

PERARAKAN MASUK TETAMU ➢ Yang Dihormati Puan Rohaya Binti Ramli GPK Pentadbiran SK Bandar Tasik Selatan, Encik Romzi Bin
JEMPUTAN DAN MURID Che Din GPK Kokurikulum, Encik Hasree Adha Bin Mohd Hassan GPK Hal Ehwal Murid dan Yang
GRADUASI Berusaha Puan Zaiton Binti Yahaya GPK Pendidikan Khas SK Bandar Tasik Selatan,barisan wakil
Jawatankuasa BIRO Pendidikan Khas, Encik Abdul Harris Rahmadi Bin Muhammad, Naib Pengerusi
8:30mlm BIRO Pendidikan Khas, Mejar Othman Bin Nawi dan Kapten Mohd Fahmi Bin Saarani, serta ibu
bapa dan seluruh warga PPKI SK Bandar Tasik Selatan yang diraikan sekalian.

➢ Hadirin dan para tetamu jemputan sekalian dipersilakan duduk.


➢ Selamat datang ke Majlis Makan Malam Akhir Tahun PPKI SK Bandar Tasik Selatan bagi sesi
persekolahan 2022/2023.

➢ Sirih berlipat sirih pinang,


Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.
ِ‫الرحيْم‬َّ ِ‫الرحْ مٰ ن‬َّ ِ‫بِسْمِ للا‬
ِ‫سلِّ ْم‬
َ ‫صحْ بهِ َو‬
َ ‫صل على سيِّدنا محمد وعلى آلهِ َو‬ ِِّ ‫الل ُه َِّم‬.
ُ‫علَ ْي ُك ِْم َو َرحْ َم ِةُ للاِ َوبَ َركَاتُه‬
َ ‫سالَ ُِم‬
َّ ‫ال‬
➢ Syukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, kita dapat bersama-
KATA ALU-ALUAN
sama pada malam ini bagi meraikan Majlis Jamuan Makan Malam Akhir Tahun Keluarga PPKI SK
Bandar Tasik Selatan bagi tahun berakhir 2022/2023 ini.

➢ Ucapan terima kasih juga kepada semua ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk memberi
hadir meraikan majlis kita pada malam ini. Semoga usaha kita semua diberkati Allah. In Shaa
Allah.

➢ Sarung ketupat berisi inti,


Dibawa budak sambal berlari,
Kehadiran semua amat dihargai,
Moga majlis bertambah seri.

1
➢ Sayang kumbang di Tasik Keramat,
Terbang seiring di tepi kali,
Doa dibaca mohon rahmat,
Moga majlis sentiasa diberkati.

Bacaan Doa ➢ Hadirin yang dimuliakan sekalian, bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari yang penuh
bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan
8:40mlm dibacakan oleh al-fadhil Ustaz Tuan Mohd Khairi Bin Tuan Soh. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

➢ Amin…Amin… Ya Rabb Al-Alamin…


➢ Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada al-fadhil ustaz di atas
bacaan doa sebentar tadi.
➢ Hadirin sekalian,sebagai pembuka tirai majlis pada malam yang berbahagia ini, pihak majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan Encik Abdul Harris Rahmadi Bin Muhammad, Naib
Ucapan Naib Pengerusi BIRO
Pengerusi BIRO PPKI Bandar Tasik Selatan untuk menyampaikan kata alu-aluan. Dengan segala
PPKI
hormatnya dipersilakan.
8:45mlm
➢ Terima kasih kepada Encik Abdul Harris Rahmadi Bin Muhammad, Naib Pengerusi BIRO PPKI Bandar
Tasik Selatan di atas ucapan alu-aluan sebentar tadi.
➢ Emas tempahan buat mu puteri,
Busana indah buat kekasih,
Sudilah puan tampilkan diri,
Berilah kata simpulan kasih.
Ucapan Puan Zaiton
GPK PPKI
➢ Hadirin yang dihormati sekalian,Kini, majlis mempersilakan Puan Zaiton Binti Yahaya GPK
Pendidikan Khas SK Bandar Tasik Selatan untuk memberikan ucapan. Dengan segala hormatnya
8:55mlm
dipersilakan.

➢ Terima kasih diucapkan kepada Puan Zaiton Binti Yahaya GPK PPKI SK Bandar Tasik Selatan di atas
ucapan beliau itu tadi.
➢ Mengumumkan perarakan masuk Yang Berbahagian Tuan Guru Besar SK Bandar Tasik
Selatan Encik Ahmad Muzir Bin Abdul Halim ke dalam dewan. Majlis merakamkan setinggi-tinggi
SEKIRANYA GB HADIR
penghargaan di atas ke hadiran Yang Berbahagia Tuan Guru Besar kerana sudi Bersama-sama
meraikan Majlis Jamuan Makan Malam Akhir Tahun Keluarga PPKI SK Bandar Tasik Selatan.
➢ Hadirin yang dimuliakan, majlis seterusnya adalah penyempurnaan penyampaian sijil murid
graduasi PPKI SK Bandar Tasik Selatan bagi sesi persekolahan tahun 2022/2023 ke sekolah
Penyampaian Sijil Murid ke menengah .
Sek. Men
➢ Untuk makluman hadirin sekalian, seramai 11 murid PPKI kita yang akan menamatkan sesi
9:05mlm persekolahan dan 9 orang yang hadir pada malam ini bagi menerima sijil ke sekolah menengah
mereka.
TEKS PENGACARA MAJLIS JAMUAN MAKAN MALAM PPKI SKBTS (19 FEBRUARI 2023)

➢ Bagi menyempurnakan majlis, dengan penuh takzimnya majlis mempersilakan Puan Rohaya Binti
Ramli GPK Pentadbiran SK Bandar Tasik Selatan dengan diiringi oleh Puan Zaiton Binti Yahaya GPK
Pendidikan Khas SK Bandar Tasik Selatan untuk menyampaikan sijil kepada murid-murid graduasi
yang akan ke sekolah menengah. Memulakan senarai :

➢ Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Rohaya Binti Ramli GPK Pentadbiran SK
Bandar Tasik Selatan dan Puan Zaiton Binti Yahaya GPK Pendidikan Khas SK Bandar Tasik Selatan
di atas penyampaian sijil sebentar tadi.
➢ Kalau tuan pikat cemara,
Buatlah bara bakar selasih,
Sudilah tuan jamu selera,
Hidangan mesra pengikat kasih.
JAMUAN MAKAN
➢ Hadirin sekalian, majlis mempersilakan semua ahli dewan untuk menjamu selera.
9:05mlm
➢ Dengan ini, majlis menjemput adik Ahmad Umar Iddeen Bin Mohd Zaikhushri untuk membacakan
doa makan.

➢ Amin…Amin… Ya Rabb Al-Alamin…


➢ Terima kasih diucapkan kepada adik Umar di atas bacaan doa sebentar tadi.
➢ Hadirin yang dikasihi,

➢ Tinggi-tinggi si burung tempua,


Tinggilah lagi harapan di hati,
PERSEMBAHAN 1 Selamat menonton buat semua,
Tentang Bulan Hiburan dipersembah kita hayati.

➢ Sambil menikmati hidangan, sama-samalah kita mendengarkan halwa indah ke telinga dengan
menyaksikan persembahan nyanyian lagu “Tentang Bulan” yang dipersembahkan oleh murid-
murid Tahun 6 Mercury. Dipersilakan.

➢ Terima kasih diucapkan atas persembahan nyanyian yang begitu menyentuh hati sebentar tadi.
➢ Hadirin sekalian. Saat yang kita tunggu-tunggu telah tiba. Tuah ayam tampak di kaki, tuah kita
CABUTAN BERTUAH 1 siapa yang kena. Sebentar lagi kita akan lihat siapa yang bertuah dalam kalangan kita. Pada
9:20mlm anda semua sila teliti nombor yang berada pada buku program anda .

3
➢ Bagi sesi cabutan yang pertama, majlis dengan segala hormatnya menjemput
dan mempersilakan Yang Berusaha Puan Zaiton Binti Yahaya GPK Pendidikan Khas SK Bandar
Tasik Selatan untuk membuat cabutan dan menyampaikan hadiah untuk 15 cabutan yang
pertama. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

➢ Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Puan Zaiton Binti Yahaya GPK Pendidikan Khas SK
Bandar Tasik Selatan di atas kesempurnaan acara tadi dan tahniah kepada semua 15 nama yang
bertuah tadi.
➢ Seterusnya acara cabutan bertuah diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang Dihormati, Encik
Romzi Bin Che Din GPK Kokurikulum SK Bandar Tasik Selatan untuk membuat 11 cabutan dan
seterusnya menyampaikan hadiah kepada yang bertuah. Dipersilakan.
CABUTAN BERTUAH 2
9:45mlm
➢ Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Encik Romzi Bin Che Din GPK Kokurikulum SK
Bandar Tasik Selatan di atas kesudian menyempurnakan acara 11 cabutan bertuah sebentar tadi.
Tahniah diucapkan kepada mereka yang bertuah.
➢ Seterusnya, sambil menikmati hidangan yang masih ada, kita akan dihangatkan lagi dengan
persembahan nyanyian oleh anak-anak kita dengan lagu yang bertajuk “Kenangan Terindah”.
PERSEMBAHAN 2
Dengan ini majlis mempersilakan.
Kenangan Terindah
10:00mlm
➢ Terima kasih diucapkan atas persembahan nyanyian yang begitu menghiburkan hati sebentar
tadi.
➢ Pergi ke sekolah di awal pagi
Melintas jalan berhati-hati
Cabutan bertuah diteruskan lagi
Penerima bertuah sabarlah menanti.

➢ Acara diteruskan lagi dengan cabutan bertuah sesi ke-3. Majlis dengan segala
CABUTAN BERTUAH 3
hormatnya menjemput dan mempersilakan Encik Hasree Adha Bin Mohd Hassan GPK Hal Ehwal
10:15mlm
Murid SK Bandar Tasik Selatan untuk membuat 11 cabutan dan menyempurnakan penyampaian
hadiah. Dipersilakan.

➢ Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Encik Hasree Adha Bin Mohd Hassan GPK Hal
Ehwal Murid SK Bandar Tasik Selatan di atas kesudian menyempurnakan acara 11 cabutan
bertuah sebentar tadi. Tahniah diucapkan kepada mereka yang bertuah.
➢ Majlis dimeriahkan lagi dengan sesi ke-4 acara cabutan bertuah pada malam ini. Untuk itu, majlis
berbesar hati menjemput yang dihormati Kapten Mohd Fahmi Bin Saarani, wakil jawatankuasa
BIRO PPKI SK Bandar Tasik Selatan bagi membuat 11 cabutan dan seterusnya menyempurnakan
CABUTAN BERTUAH 4 penyampaian hadiah. Dipersilakan.
10:25mlm
➢ Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Kapten Mohd Fahmi Bin Saarani di atas kesudian
menyempurnakan acara 11 cabutan bertuah sebentar tadi. Tahniah diucapkan kepada mereka
yang bertuah.
TEKS PENGACARA MAJLIS JAMUAN MAKAN MALAM PPKI SKBTS (19 FEBRUARI 2023)

➢ Hadiri sekalian, majlis diserikan lagi dengan acara penyampaian hadiah pakaian tercantik
kategori kanak-kanak. Pihak jawatankuasa majlis dengan berbesar hati menyediakan 4 hadiah
bagi kategori ini. Dua bagi kategori kanak-kanak lelaki dan dua lagi hadiah bagi pakaian
tercantik kanak-kanak perempuan dengan tema majlis pada malam ini iaitu “TOPI”.

➢ Majlis dengan segala hormatnya menjemput yang berusaha Puan Zaiton Binti Yahaya GPK
Pendidikan Khas SK Bandar Tasik Selatan untuk menyempurnakan acara penyampaian hadiah.
PENYAMPAIAN HADIAH
Dengan hormat tak zim, dipersilakan.
PAKAIAN CANTIK KATEGORI
KANAK-KANAK
➢ Pemenang bagi kategori kanak-kanak lelaki tempat 1 ___________ ke-2 __________
10:35mlm
➢ Pemenang bagi kategori kanak-kanak perempuan tempat 1 ___________ ke-2 __________

➢ Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Puan Zaiton Binti Yahaya GPK Pendidikan Khas SK
Bandar Tasik Selatan di atas kesempurnaan acara tadi juga tahniah diucapkan kepada ke
semua pemenang hadiah dan terima kasih ditujukan kepada semua ibu bapa kerana
kesungguhan menyiap rias pakaian anak-anak pada malam ini.
➢ Hadirin yang dikasihi sekalian. Majlis diteruskan lagi dengan acara cabutan bertuah sesi ke-5.
Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Mejar Othman Bin Nawi wakil
jawatankuasa BIRO PPKI SK Bandar Tasik Selatan untuk membuat 10 cabutan dan
CABUTAN BERTUAH 5 menyempurnakan penyampaian hadiah. Dipersilakan.
10:45mlm
➢ Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Mejar Othman Bin Nawi wakil jawatankuasa BIRO
PPKI SK Bandar Tasik Selatan di atas kesudian menyempurnakan acara 10 cabutan bertuah
sebentar tadi. Tahniah diucapkan kepada mereka yang bertuah.
➢ Kalau dilipat sebesar kuku
Kalau dibentang seluas alam
Yang jauh diimbau
Yang dekat digamit
PENYAMPAIAN HADIAH Seuntai salam sejambak kata
PAKAIAN CANTIK KATEGORI Degup bicara, merisik rasa.
DEWASA
11:00mlm ➢ Sekarang tibalah masa bagi mengumumkan pemenang bagi kategori pakaian tercantik dewasa.

➢ Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Puan Rohaya Binti Ramli GPK
Pentadbiran SK Bandar Tasik Selatan untuk menyempurnakan penyampaian hadiah. Dipersilakan.

5
➢ Pakaian tercantik kategori dewasa bagi pemenang lelaki dimenangi oleh
:_________________________________________

➢ Pakaian tercantik kategori dewasa bagi pemenang wanita dimenangi oleh


:_________________________________________

➢ Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Puan Rohaya Binti Ramli GPK Pentadbiran SK
Bandar Tasik Selatan di atas kesudian menyempurnakan penyampaian hadiah itu tadi. Tahniah
diucapkan kepada pemenang.
➢ Hadirin hadirat sekalian, untuk pengetahuan warga dewan yang Budiman, dalam menjayakan
setiap program di Pendidikan khas Selatan ini, sumber atau dana kewangan diperoleh daripada
beberapa punca pendapatan. Antaranya melalui sumbangan BIRO Pendidikan Khas , kutipan
sumbangan ibu bapa, guru dan staf serta tidak ketinggalan adalah sumbangan pihak luar. Untuk
itu, sebagai penghargaan dan terima kasih, majlis mempersilakan Yang Dihormati Encik Abdul
Harris Rahmadi Bin Muhammad, Naib Pengerusi BIRO Pendidikan Khas, bagi menyampaikan
cenderahati kepada penyumbang terbanyak dalam menjayakan Majlis Jamuan Makan Malam
PENYAMPAIAN CENDERAHATI
Akhir Tahun Keluarga PPKI SK Bandar Tasik Selatan bagi tahun berakhir 2022/2023 ini. Dipersilakan.
PENYUMBANG TERBANYAK
➢ Penyumbang dana terbanyak pada majlis malam ini adalah Cik Wan Marfuza Binti Wan Mohd
11:10mlm
Fuat dan Puan Herlin anak Aman. Majlis dengan hemah tak zimnya menjemput dan
mempersilakan

➢ Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa dan seluruh warga SK Bandar Tasik
Selatan yang telah bersama-sama memberikan komitmen serta kerjasama secara langsung atau
tidak dalam menjayakan setiap program yang dijalankan oleh PPKI SK Bandar Tasik Selatan
sepanjang tahun.
➢ Para tetamu dan semua warga dewan dijemput untuk sesi fotografi ke tengah pentas bagi
merakam detik indah dalam lensa kamera sebagai kenangan.

➢ Dengan berakhirnya acara tadi, maka tibalah masanya untuk kami selaku pengendali majlis untuk
mengundurkan diri. Pihak majlis juga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya
ada terlanjur kata, terlampau cara sepanjang kami mengendalikan majlis pada malam ini.

➢ Majlis berakhir penuh syafaat


PENUTUP/ FOTOGRAFI
Menjadi ingatan sepanjang zaman
11:20
Amalan sepakat membawa berkat
Hidup beramal bertunjang iman.

➢ Kalau ada jarum yang patah


Banyak kain tidak berjahit
Kalau ada silap dan salah
Jangan jadikan kenangan pahit
TEKS PENGACARA MAJLIS JAMUAN MAKAN MALAM PPKI SKBTS (19 FEBRUARI 2023)

➢ Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan kekurangan itu wujudnya daripada
kelemahan kami sebagai makhluk Allah bernama insan. Dengan ini tamatlah sudah Majlis Jamuan
Makan Malam Akhir Tahun PPKI SK Bandar Tasik Selatan.

➢ Pengkalan raja desa mahkota,


➢ Tanjung piai tempat seloka;
➢ Ampun dipohon maaf dipinta,
➢ Berjumpa lagi di lain ketika.

➢ Saya akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia, Wabillahi Taufik Walhidayah. Assalamualaikum
Warahmatullah Hiwabarakatuh.

SELESAI
11:30mlm

Anda mungkin juga menyukai