Anda di halaman 1dari 8

TEKS PENGERUSI MAJLIS JASAMU DIKENANG, BUDIMU DISANJUNG

Tarikh                    : 3 Februari 2020


Masa                     : 11.00 pagi
Tempat                  : Dewan Lipat, SK Bukit Puteri

PERKARA/ BUTIRAN CATATAN


PEMBACA
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Ketibaan
Tetamu Dijemput semua tetamu mengambil tempat kerana majlis
kita akan bermula sebentar lagi.

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Yang Mulia Cg Raja


Zaiton bt Raja Ibrahim dengan diiringi oleh dayang-dayang
SK Bukit Puteri masuk ke dalam dewan.

**Bila kak ton hampir ke tempat duduk**


Dipersilakan Yang Mulia Cg Raja Zaiton mengambil tempat
duduk.

Demikian tadi persembahan tarian selamat dating dari


murid Tahun 5 dibawah bimbingan Cg Noraini bt Abdul
Rahman.

Biji selasih enak dimakan


Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri

Pagi yang indah penuh ceria


Hari yang berbahagia penuh bermakna
Kami bawakan kepada anda Majlis “Jasamu Dikenang,
Budimu Disanjung” sempena persaraan Yang Mulia Raja
Zaiton bt Raja Ibrahim . Majlis dimulakan dengan nyanyian
Lagu Negaraku. Para hadirin diminta berdiri.

-Lagu Negaraku-

Terima kasih. Semua hadirin dipersilakan duduk.

Bacaan Doa Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t dan salam


sejahtera.

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi memberkati majlis kita pada hari yang penuh bermakna


ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan
bacaan doa yang akan dibacakan oleh Al Fadil Ustaz Hafizul
Hakimee bin Mohd. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
*********Doa***

Ucapan
Alu-aluan Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada Al Fadil Ustaz Hafizul Hakimee atas bacaan
doa itu tadi.

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon rahmat
Moga majlis sentiasa diberkati

Melayang serindit di atas permatang,


Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Yang Dihormati
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Besut
Cg Tuan Hj Abdullah Zawawi bin Yahya

Yang Dihormati
Pegawai SISC+ merangkap Pegawai Perhubungan SK Bukit
Puteri Cg Hj Suhaimin bin Mat Yasin

Yang Diraikan
Yang Mulia Cg Raja Zaiton bt Raja Ibrahim

Yang Berusaha Cg Zulikipli bin Che Mamat


GB SK Bukit Puteri

Yang Berusaha Cg Roshidah bt Sedek


Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Bukit Puteri

Yang Berusaha Cg Abdul Aziz bin Abd. Ghani


Guru Penolong Kanan Hal-ehwal Murid SK Bukit Puteri

Yang Berusaha Cg Norlida bt Mohd Damim


Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Bukit Puteri

Yang Dihormati En Mohd Ghazali bin Umar


Yang Dipertua PIBG, SK Bukit Puteri

Yang Dihormati Sarjan Rosalinda Hanif bt Mat Hussin


Polis Perhubungan SK Bukit Puteri
Para tetamu jemputan, seterusnya
Barisan guru, kakitangan dan pekerja sekolah serta murid-
murid yang dirahmati Allah sekalian.

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur


Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurniaNya maka
kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi ini untuk
meraikan majlis persaraan Yang Mulia Cg Raja Zaiton bt
Raja Ibrahim yang kita sayangi. Selamat datang diucapkan
kepada semua hadirin ke majlis “Jasamu Dikenang, Budimu
Disanjung” sempena persaraan Cg Raja Zaiton bt Raja
Ibrahim.

Gurau sendamu sentiasa terbayang


Jasamu tetap dikenang
Budimu terus disanjung
Semangatmu kan sentiasa dijulang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan


jasa yang telah dicurahkan oleh Yang Diraikan Cg Raja
Zaiton bt Raja Ibrahim sepanjang perkhidmatan beliau
dalam dunia pendidikan yang berakhir di SK Bukit Puteri.

Ucapan Ketua Tak molek jika ada alu tiada lesungnya


Murid Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tidak ada yang berbicara

Hadirin dan hadirat sekalian,

Majlis menjemput adik Hazmi Arif bin Lokman dari 6


Kreatif selaku wakil murid SK Bukit Puteri untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

**ucapan wakil murid**

Ucapan GB Terima kasih diucapkan kepada adik Hazmi Arif atas


ucapan sebentar tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Yang


Berusaha Cg Zulikipli bin Che Mamat, Guru Besar, SK Bukit
Puteri. Dipersilakan.

**ucapan GB****

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha  Cg Zulikipli


Ucapan bin Che Mamat, atas ucapan yang telah disampaikan
YDP PIBG sebentar tadi.

Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan  Yang


Dihormati En Mohd Ghazali bin Umar, Yang Dipertua PIBG,
SK Bukit Puteri untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

***ucapan YDP PIBG***

Ucapan KPPD Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati En Mohd


Ghazali atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Bersarang merbah di pokok getah


Manisnya madu pabila dimakan
Majlis hari ini bertambah meriah
KPPD Besut kami persilakan.

Majlis seterus menjemput dan mempersilakan pula Yang


Dihormati Cg Hj Abdullah Zawawi bin Yahya
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Besut untuk
menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.

*** ucapan KPPD ****

Terima kasih diucapkan kepada  Yang Dihormati Cg Hj


Persembahan Abdullah Zawawi bin Yahya atas ucapan yang telah
murid dan disampaikan sebentar tadi.
Multimedia
Para hadirin sekalian,
Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada hari ini, marilah
sama-sama kita saksikan persembahan khas daripada
murid-murid tahun 6 yang berjudul “Ibu”. Dipersilakan.

**** persembahan***

Demikianlah tadi persembahan nyanyian daripada murid


Tahun 6 dibawah bimbingan Cg Nora bt Ahmad Albadwi.

Para hadirin yang kami muliakan,

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan


Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan

Seterusnya, pula marilah sama-sama kita saksikan


persembahan multimedia dan mendengar bacaan biodata
tentang Yang Diraikan Cg Raja Zaiton bt Raja Ibrahim yang
akan dibacakan oleh Cg Azmi bin Sulaiman. Sama-sama kita
hayati.

Sebelum itu, majlis mempersilakan Yang Mulia Cg Raja


Zaiton bt Raja Ibrahim ke singgahsana yang berhias indah
di atas pentas. Dipersilakan.

*** Persembahan multimedia dan bacaan biodata***

Ucapan
Yang Dirai Demikianlah tadi dapat kita saksikan persembahan
multimedia sempena persaraan Yang Diraikan Cg Raja
Zaiton bt Raja Ibrahim . Terima kasih kepada AJK Video
dan Montaj SK Bukit Puteri yang telah menjayakan bacaan
biodata dan persembahan multimedia tersebut. 
Mudah-mudahan ianya dapat memberi sumber inspirasi buat
kita semua.

Hadirin yang dimuliakan,

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu


ucapan daripada Yang Diraikan Yang Mulia Cg Raja Zaiton
bt Raja Ibrahim. Majlis dengan segala
hormatnya  menjemput dan mempersilakan.

****Ucapan Cg Raja Zaiton***

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima


kasih kepada Cg Raja Zaiton bt Raja Ibrahim atas ucapan
itu tadi.

Malam hari berlagu unggas


Memecah kesunyian di dalam hutan
Walau terpisah tempat bertugas
Budimu puan dalam ingatan

Majlis diteruskan pula dengan acara penyampaian


cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan buat insan
yang kita raikan pada hari ini.

Penyampaian Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan


Hadiah & mempersilakan Cg Norlida bt Mohd Damin, GPK Kokurikulum
cenderamata SK Bukit Puteri untuk mengiringi Yang Diraikan  Cg Raja
Zaiton bt Raja Ibrahim untuk menerima cenderahati
kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata


daripada :

1. Sekolah – GB Cg Zulikipli bin Che Mamat


2. Kelab Warga SKitteri – Cg Ahri Kumar bin Yusof
3. PIBG – YDP PIBG, En Mohd Ghazali bin Umar
4. Kedai Sekolah - Cg Abdul Aziz bin Abd Ghani
5. Jawatankuasa UPSR – Cg Roshidah bt Sedek
6. Panitia BM - Cg Wan Maimon bt Yasin
7. Murid Tahap 2 – Cg Nora bt Ahmad Albadwi
8. Murid Tahap 1 - Cg Wan Siti Afifah bt Wan Ishak
9. Kantin Sekolah - Puan Suraya @ Che Su
10. Fardhu Ain – Cg Noraini bt Jusoh
11. Pekerja swasta – Puan Rosnani bt Ismail

****penyampaian hadiah***

(Dipersilakan____________________ mewakili
__________ untuk menyampaikan cenderahati kepada
Yang diraikan Cg Raja Zaiton bt Raja Ibrahim.)

Demikianlah tadi acara penyampaian cenderahati kenang


kenangan khusus kepada Yang Diraikan Cg Raja Zaiton bt
Raja Ibrahim. Terima kasih diucapkan kepada semua
penyampai cenderahati sebentar tadi.

Hadirin yang dimuliakan,


Acara
Seperti yang kita sedia maklum bahawa esok adalah hari
memotong kek
ulang tahun kelahiran Cg Raja Zaiton.
Untuk itu,pihak sekolah telah menyediakan acara istimewa
untuk Cg Raja Zaiton.

Sebelum itu, terlebih dahulu  majlis menjemput Tuan KPPD,


Pegawai SISC+,Tuan Guru Besar dan barisan pentadbir
bersama dengan YDP PIBG dan Polis Perhubungan Sekolah
tampil ketengah pentas untuk acara memotong kek sebagai
simbolik menyambut ulang tahun kelahiran  dan persaraan.
Dipersilakan.

Sebelum kita mulakan acara memotong kek, dipersilakan


Tuan GB, Cg Zulikipli bin Che Mamat untuk menyampaikan
surprise album kenang-kenangan dari SK Bukit Puteri.
Dipersilakan.

**penyampaian album***

Hadirin yang dimuliakan,


Seterusnya majlis diteruskan dengan acara pemotongan
kek. Marilah kita sama-sama menyanyikan lagu selamat hari
jadi buat guru kesayangan kita Cg Raja Zaiton bt Raja
Ibrahim.

****Nyanyian lagu hari jadi dan potong kek****

Terima kasih diucapkan kepada Tuan KKPD, Pegawai SISC+,


Tuan GB, barisan pentadbir, YDP PIBG dan Polis
Perhubungan Sekolah atas kesudian menyempurnakan
upacara tadi.
Majlis memohon Tuan KKPD, Pegawai SISC+, Tuan GB,
barisan pentadbir, YDP PIBG dan Polis Perhubungan
Sekolah untuk kekal dipentas. Juga dijemput semua guru ke
pentas untuk sesi fotografi Lambaian Kasih bersama Yang
Mulia Cg Raja Zaiton bt Raja Ibrahim.

***sesi bergambar***

Terima kasih diucapkan kepada semua yang cukup sporting


menjayakan sesi fotografi tadi.

Punch card Seterusnya, majlis menjemput Yang diraikan Cg Raja Zaiton


bt Raja Ibrahim dengan diiringi oleh barisan pentadbir
untuk ke pejabat sekolah bagi menyempurnakan ‘punch card’
terakhir. Dipersilakan.

****punch card****

Umpama memanjat dah sampai ke puncak


Yang ruas dah sampai ke buku
Yang kitab sudah berkhatam
Yang terniat sudah terkabul
Yang menerima sudah menerima

Sedar tak sedar kita telah pun berada hampir di hujung


acara. Selesainya punch card terakhir Cg Raja Zaiton,
acara bersalaman pula menyusul. Acara bersalam-salaman
ini adalah antara semua guru dan murid dengan Cg Raja
Zaiton.

Semua murid akan beratur mengikut kelas untuk bersalaman


dengan Cg Raja Zaiton.

**** acara bersalaman****

Tuai padi antara masak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Penutup Majlis  mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang


Diraikan Cg Raja Zaiton bt Raja Ibrahim kerana sudi untuk
bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami
semua mendoakan agar Cg Raja Zaiton bertambah ceria dan
bahagia di dalam kehidupan seharian.

Setiap yang berhati berani akan tiba di daerah cabaran


Setiap yang bermula akan berakhir jua akhirnya
Setiap pertemuan akan diiringi perpisahan
Begitulah lumrah kehidupan
Walaupun pahit untuk ditelan, namun perpisahan ini
terpaksa kami relakan
Semoga memori di Skitteri akan terus terpahat di sanubari

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua


tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-
sama memeriahkan Majlis “Jasamu dikenang, Budimu
Disanjung” ini. Terima kasih juga kepada semua warga
Skitteri yang telah bertungkus lumus memastikan majlis
pada hari ini berjalan lancar.

Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan


kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami
mengacarakan majlis ini.

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq


walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa
Barakatuh

Anda mungkin juga menyukai