Anda di halaman 1dari 1

ULASAN VIDEO (WEBINAR)

1. Sekolah : SJKC Man Ming, Gopeng


2. Nama Peserta : HO JING YI
3. Kod Penganjur : BPGSPLG
4. Jenis e-Pembelajaran : Webinar
5. Tajuk : SESI 4: PENTAKSIRAN BILIK DARJAH TAHAP 1
OLEH: BAHAGIAN PEMBANGUNAN
KURIKULUM
6. Jumlah Masa Aktiviti (Minit) : 60 minit
7. Tarikh Mula Siaran : 24/04/2019
8. Masa Siaran (Jika Siaran Live) : 2.30 petang
9. Alamat Pautan URL : https://www.youtube.com/c/eduwebtvmoe/live
10. Ulasan :
Saya mendapat penerangan yang jelas tentang matlamat dan objektif
pelaksanaan PBD. Saya juga memahami tentang pelbagai konsep, ciri-ciri dan aspek
yang ditaksir. Contohnya, pentaksiran untuk pembelajaran dan pentaksiran sebagai
pembelajaran (kendiri dan rakan sebaya).

Selain itu, tahap penguasaan, standard prestasi dan pertimbangan professional


juga amat penting. Pelaksanaan PBD merangkumi perancangan, pentaksiran (lisan,
tulis, perhati), rekod, analisis pencapaian, tindakan susulan dan pelaporan.

Terdapat pelbagai kaedah pentaksiran. Contohnya, (A) Pemerhatian: senarai


semak, anekdot, rekod berterusan (running record), gambar aktiviti; (B) Lisan:
respons guru, soalan lisan (murid dengan guru & murid dengan murid), deklamasi
sajak (murid dengan bahan pembelajaran); (C) Penulisan: lembaran kerja (soalan
latihan & bentuk jadual). Pentaksiran Kendiri juga termasuk: (a) lembaran
pentaksiran kendiri atau refleksi, (b) penggunaan rubric, (c) senarai semak dan (d)
skala kadar. Pentaksiran Rakan Sebaya adalah dalam format borang maklum balas.

PBD perlu dilaksanakan secara berterusan dalam PdP untuk mengukuhkan


pembelajaran dan penguasaan murid di samping meningkatkan keberkesanan
pengaran guru. Pembudayaan PBD dapat menghasilkan anjakan pendidikan yang
tidak berorientasikan peperiksaan.
Disediakan oleh,

_________________
(HO JING YI)

Anda mungkin juga menyukai