Anda di halaman 1dari 2

Pengenalan

Ateisme adalah sebuah pandangan falsafah yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan
dan dewa-dewi.Kepercayaan Ateisme bertentangan dengan teisme, yang merujuk kepada
kewujudan sekurang-kurangnya satu Tuhan. Terma "Ateisme" berasal daripada bahasa Yunani
ἄθεος (atheos), yang bermaksud, "tanpa Tuhan". Terma ini digunakan oleh golongan yang
menafikan kewujudan Tuhan yang disembah oleh golongan majoriti dalam sesebuah
masyarakat. Dengan perkembangan "kebebasan minda" (freethought) dan kritikan terhadap
agama, penggunaan terma "ateisme" kemudiannya menjadi lebih spesifik dan terurus. Abad
ke-18, Zaman Kesedaran, menyaksikan antara individu pertama yang menggelarkan diri
mereka sebagai "ateis', manakala Revolusi Perancis merupakan antara peristiwa pertama yang
menyaksikan pergerakan politik yang menyokong idea pemikiran manusia. Antara tokoh-tokoh
ateisme yang terkenal ialah Friedrich Nietzsche (1844–1900), dan juga Karl Marx (1818–
1883). Hujah-hujah menyokong ateisme mengambil pendekatan sejarah, falsafah dan sosial.
Antara rasional untuk menafikan kewujudan Tuhan adalah kekurangan bukti empirikal,
permasalahan kesengsaraan dan permasalahan logikal.

Pluralisme agama ditakrifkan sebagai keadaan hidup bersama antara agama yang
berbeza-beza dalam satu masyarakat dengan tetap mempertahankan ciri-ciri khusus atau ajaran
masing-masing. John Hick, tokoh yang banyak mencanang fahaman ini menjelaskan maknanya
sebagai satu kefahaman bahawa agama-agama besar dunia mempunyai pandangan dan
gambaran yang berbeza tentang Yang Benar dan Yang Agung dalam tataran budaya manusiawi
yang berbeza-beza. Antara intipati umum kepada fahaman pluralisme agama ini adalah semua
agama secara asasnya adalah sama kerana terbit dari sumber yang sama iaitu dari Yang
Mutlak.Seterusnya, setiap agama bersifat relatif, terbatas dan tidak sempurna dan merupakan
satu proses pencarian terhadap kebenaran yang berterusan. Islam menghargai toleransi agama
lain tetapi tidak menganggap semua agama adalah sama. Dengan erti kata lain Islam tidak
menganggap bahawa Tuhan yang disembah oleh orang Islam adalah Tuhan yang disembah
oleh agama lain. Penyelesaian Islam terhadap pluralisme agama adalah dengan mengakui
perbezaan dan identiti agama masing-masing (lakum diinukum wa liya diin atau untuk kamu
agama kamu dan untuk aku agamaku) [Al Kaafiruun:6].
Rujukan

1. https://muafakatmalaysia.wordpress.com/2010/05/04/akidah-islam-dan-faham-
pluralisme-agama/

2. https://ms.wikipedia.org/wiki/Ateisme

Anda mungkin juga menyukai