Anda di halaman 1dari 34

UNIVERSITI SULTAN AZLAN

SHAH(SAS)

Minggu Kedua:

Huraian Metodologi
Hadis Tematik
Pertama: Memahami As-Sunnah Menurut
Perspektif Al-Quran
• Al-Quran merupakan dustur asli merujuk
segala undang-undang dalam Islam. As-
Sunnah An-Nabawiyah berperanan
menjelaskan dustur ini.

• Ia juga menerangkan Al-Quran secara teori


dan praktiknya(Bayanu taudhih, tafsir)

• As-Sunnah juga menambah apa yang tidak


ada dalam al-Quran (Bayanu tsabit)
• Tidak sesekali As-Sunnah yang
menjelaskan dan menerangkan itu
bertentangan dengan Al-Quran
• tidak akan didapati As-Sunnah yang sahih
bertentangan dengan ayat-ayat Al-Quran
yang muhkamat dan penjelasan-
penjelasan Al-Quran yan terang
• Andai kata terjadi pertentangan, maka
ketahuilah bahawa ini kemungkinan
menunjukkan kepada tiga perkara;
• 1. Hadith itu yang tidak sahih, atau
• 2. Fahaman kita yang tidak betul, atau
• 3. Tidak ada pertentangan pada
hakikatnya.
Contoh Hadis Gharaniq

• “Maka apakah patut kamu (hai orang-orang musyrik)


menganggap al-Lata dan al- Uzza,. Dan Manah yang
ketiga, yang paling terkemudian (sebagai anak
perempuan Allah)?. Apakah (patut) untuk kamu (anak)
laki-laki dan untuk Allah (anak) perempuan?. Yang
demikian itu tentulah suatu pembagian yang tidak adil.
Itu tidak lain hanyalah nama-nama yang kamu dan bapa-
bapa kamu mengadakannya; Allah tidak menurunkan
suatu keteranganpun untuk (menyembah) nya. Mereka
tidak lain hanyalah mengikuti sangkaan-sangkaan, dan
apa yang diingini oleh hawa nafsu mereka dan
sesungguhnya telah datang petunjuk kepada mereka
dari Tuhan mereka.” (Surah An-Najm: 19-23)
• Al-Quran dengan jelas mengeji berhala-berhala
yang bernama al-Lata, al-Uzza, al-Manna ini.
Tidak dapat diterima akal apabila terdapat hadith
yang memuji berhala-berhala ini pula.
Contohnya;

“Itu adalah Al-Gharaniq yang tinggi dan syafaat


daripadanya adalah diharapkan.”
• Kesimpulannya ialah: Maka dengan jelas
diyakini bahawa hadith ini tidaklah tsabit di
sisi ahli hadith oleh kerana hakikat hadith
ini tidak selari dengan Al-Quran.
Kedua: Menghimpunkan Hadith-Hadith
Yang Berkaitan Dalam Satu Tajuk
• Menggabungkan hadith-hadith dalam satu pengertian
(Jam'ul ahadits fi maudhu'in wahid). Jika melihat hadith-
hadith bertentangan maka digabungkan sehingga dapat
satu pengertian yang benar.
• Hadith-hadith yang mutasyabih hendaklah dirujuk
mengikut maksud hadith-hadith yang muhkam. Hadith-
hadith yang mutlak hendaklah dihubungkan dengan
hadith-hadith yang muqayyad. Hadith-hadith yang umum
hendaklah ditafsirkan dengan hadith-hadith yang
khusus. Dengan demikian, akan jelaslah maksud hadith-
hadith tersebut dan tidak bercanggah sesamanya.
• Contoh 1
• Hadith berkenaan dengan isbal iaitu melabuhkan pakaian jatuh melebihi buku lali.
Antara contoh-contoh hadith tersebut adalah;
• Daripada Abu Dhar r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Ada tiga golongan yang
Allah s.w.t. tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat: orang yang
mengungkit-ungkit pemberiannya, orang yang melariskan barang-barang jualannya
dengan sumpah palsu, dan orang yang melabuhkan pakaiannya (melebihi buku lali).”
(Riwayat Muslim)
• Daripada Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “(Orang yang
melabuhkan) pakaian hingga di bawah dua buku lali adalah di dalam neraka.”
(Riwayat Al-Bukhari)
• Rasulullah s.a.w. bersabda: “(Orang yang melabuhkan) pakaian hingga di bawah
dua buku lali adalah di dalam neraka.” (Riwayat An-Nasai)
• Daripada Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Allah tidak melihat
kepada orang yang mengheret pakaiannya dengan bermegah-megah.” (Riwayat Al-
Bukhari)
• Daripada Abdullah ibn Umar r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang
mengheret pakaiannya dengan bermegah-megah, Allah tidak akan melihatnya pada
hari kiamat. Abu Bakr bertanya, “Wahai Rasulullah, salah satu daripada tepi kainku
labuh kecuali aku terpaksa menjaganya.” Nabi s.a.w. menjawab: Engkau bukan
daripada orang yang melakukan untuk bermegah-megah.” (Riwayat Al-Bukhari)
• Menurut Imam An-Nawawi: “Hadith-hadith yang umum tentang
masalah ini hendaklah dikhususkan dengan hadith-hadith yang ada
kaitannya dengan bermegah-megah. Oleh itu, maksud tegahan di
dalam hadith ini ialah bagi orang yang mengheret-heret pakaiannya
dengan bermegah-megah. Oleh itu Rasulullah s.a.w. mengharuskan
Abu Bakr r.a. kerana Abu Bakr r.a. mengheret pakaian tidak kerana
bermegah-megah.”
• Kata Dr. Yusuf Al-Qardawi: “Orang yang hendak memendekkan
pakaiannya bertujuan kerana menikut sunnah, menjauhi sikap
bermegah-megah, menjauhi khilaf ulamak, dan hendak berpegang
dengan yang lebih utama, insyaAllah, akan mendapat pahala
dengan syarat dia tidak memaksa orang lain beruat demikian.”
• Kesimpulannya ialah: Maka tidak haram melabuhkan pakaian
tidak kerana bermegah-megah. Yang dimaksudkan dalam hadith-
hadith berkaitan adalah haram melabuhkan pakaian DENGAN
TUJUAN BERMEGAH-MEGAH dan balasannya adalah neraka
Allah s.w.t.
Ketiga: Pengelarasan Atau Tarjih
Diantara Hadith-Hadith Yang
Bertentangan

• Asasnya, nas-nas syarak yang sahih tidak akan


bertentangan diantara satu dengan yang lain.
Jika diandaikan ada pertentangan, sebenarnya
pertentangan itu hanya pada zahir sahaja tidak
pada hakikatnya.
• Kata Ibn Qudamah (w.620H): “Ketahuilah
bahawa percanggahan itu bererti saling
berlawanan. Hal ini tidak boleh terjadi kepada
dua dalil syarak kerana firman Allah dan sabda
Nabi tidak saling mendustai antara satu dengan
yang lain.”

• Kaedah Tarjih itu menerima satu nas dan


menolak yang lainnya. Kaedah ini adalah
dengan mencari mana yang lebih sahih (di
antara hadith-hadith) dan dibuang yang kurang
sahih.
• Kata Abu Bakar bin Huzaimah (w.311H): “Saya
tidak mengetahui adanya hadith-hadith Nabi
yang sahih yang bercanggah. Sesiapa yang
menemukan hal tersebut, sampailah kepada
saya, saya akan menyelaraskan.”

• Pertentangan diantara nas-nas yang sahih itu


dapat di hilangkan dengan penyelarasan (tawfiq)
– menerima semua nas-nas itu - ataupun tarjih –
menerima satu nas dan menolak yang lainnya.
Contoh

• Hadith-hadith berkenaan dengan tajuk


‘perempuan menziarahi kubur’. Terdapat banyak
hadith-hadith yang membenarkan perempuan
menziarahi kubur dan banyak pula hadith-hadith
yang melarang perempuan menziarahi kubur.
Yang membenarkan lebih banyak daripada yang
melarang.
• .Larangan,kata Al-Qurtubi: Sebabnya mungkin
perbuatan itu (menziarahi kubur dengan terlalu
kerap) akan membawa kepada berkurangnya
dia memberi hak dan perhatian kepada suami,
(ataupun) berlakunya pendedahan aurat,
(ataupun) meraung-raung di atas kubur dan
yang seumpamanya. Jika tidak berlaku demikian
itu maka diizinkan bagi wanita menziarahi kubur,
kerana mengingati mati adalah perlu bagi kaum
lelaki dan wanita.”
Keempat: Memahami Hadith Melalui
Sebab Berlakunya Perkara Yang
Berkaitan Dan Tujuan Hadith

• Untuk memahami As-Sunnah An-


Nabawiyah dengan sebaik-baiknya
hendaklah dilihat sebab-sebab khusus
mengapa hadith itu berlaku atau juga
dikenali sebagai Asbabul Wurud Al-Hadith.
Contoh

• Seperti hadith ‘antum a'lamu bi umuri


dunyakum’ (kalian lebih mengetahui
tentang urusan dunia kalian) hadith ini
harus difahami berdasarkan sebabnya,
Asbabul wurud hadith

 Rasulullah s.a.w. melewati sekelompok kaum di


Madinah yang sedang mengahwinkan pucuk
kurma lalu Rasulullah s.a.w. mengucapkan kata-
kata yang salah difahami oleh orang-orang
tersebut sehingga tahun berikutnya mereka
tidak lagi mengahwinkan pucuk-pucuk tersebut
yang mengakibatkan gagal subur. Sehingga
keluarlah sabda Rasulullah s.a.w. : Kalian lebih
mengetahui urusan dunia kalian.
Contoh

• Ibn Khaldun telah menafsirkan hadith;


• “Pimpinan itu daripada orang Quraisy.”
(Riwayat Ahmad)

• Rasulullah s.a.w. melihat orang Quraisy


pada masa itu memiliki kekuatan dan
kekeluargaan yang melayakkan mereka
memegang jawatan khalifah.
• Oleh itu, Rasulullah s.a.w. mensyaratkan orang
Quraisy hanya semata-mata untuk mengelakkan
pergaduhan kerana mereka mempunyai
keluarga yang banyak dan kuat supaya orang
lain mengikutnya dan bersatu dengannya, maka
pemerintahan akan menjadi stabil.
Kelima: Membezakan Diantara Wasilah
Yang Dapat Berubah Dengan Tujuan
Yang Tetap Bagi Sesebuah Hadith

• Kaedah untuk memahami As-Sunnah


adalah membezakan di antara wasilah
dan juga matlamat sesebuah As-Sunnah.
• Wasilah itu tidak boleh dianggap sebagai
matlamat juga sebaliknya. Bagi orang
yang benar-benar faham As-Sunnah dan
hikmah-hikmahnya, apa yang penting
adalah matlamat yang tetap dan tidak
berubah sedangkan wasilah itu boleh
berubah mengikut tempat, masa, adat,
dan lain-lain.
Contoh

• Hadith bahawa Rasulullah s.a.w.


memerintahkan belajar memanah, yang asalnya
adalah berlatih menggunakan senjata dan
bukan pada panahnya. Demikian pula berkuda,
yang asalnya mengendali kenderaannya dan
bukan kudanya.
Keenam: Membezakan Diantara Hakikat
Dengan Majaz Bagi Memahami Hadith
• Bahasa Arab mengandungi banyak majaz.
Rasulullah s.a.w. adalah orang Arab yang
paling tinggi bahasa kiasannya. Oleh itu,
tidak hairanlah banyak daripada hadith-
hadith baginda s.a.w. menerangkan
secara kiasan.
Apa yang dimaksudkan dengan majaz?

• Majaz daripada segi bahasa: isti’arah, kinayah,


dan isti’arah tamsiliyah seterusnya lafaz atau
ayat yang tidak menunjukkan makna yang asal.

• Amat penting memahami ‘apa itu majaz’ supaya


tidak salah untuk memahami As-Sunnah.
Contoh: hadith “Yang paling cepat
bertemu denganku (Rasulullah s.a.w.)
adalah yang paling panjang tangannya”

• Menurut Aisyah r.a., mereka (isteri dan anak


Rasulullah s.a.w.) mengukur siapakah diantara
mereka yang paling panjang tangannya.
Sebenarnya, panjang tangan di sini diertikan
sebagai paling banyak melakukan kebaikan. Ini
dibuktikan apabila Zainab binti Jahsy adalah
yang pertama mengikut Rasulullah s.a.w. ke
alam baqa’ kerana beliau adalah yang paling
kuat bekerja dan yang paling kuat bersedekah.
Ketujuh: Membezakan Diantara Yang
Ghaib Dengan Yang Nyata
• As-Sunnah memperkatakan akan perkara ghaib
yang akal manusia tidak mampu untuk
memikirkannya. Ini adalah seperti malaikat, jin,
Al-Arasy, Al-Kursi, Al-Lawh, Al-Qalam, Al-Mizan,
As-Sirat, melihat Allah s.w.t. di dalam syurga,
dan lain-lain lagi.
• Kaedah apabila berhadapan dengan hal-
hal ghaib amatlah mudah iaitu ‘Kami
beriman dengan segala hal-hal ghaib yang
sabit daripada Al-Quran dan As-Sunnah
Contoh hadith di riwayatkan oleh Imam
Al-Bukhari dan Imam Muslim;

• “Di dalam syurga terdapat sebatang pohon


yang besar, jika seseorang penunggang
unta berjalan di bawah naungannya
selama seratus tahun (dunia), nescaya dia
tidak akan dapat menghabiskannya.”
• Persoalannya, apakah dapat difikirkan besarnya
pohon itu? Zahirnya, satu hari akhirat itu
tempohnya adalah seribu tahun dunia (Surah Al-
Hajj: 47). Mustahil akal untuk memikirkan pohon
yang besar itu walau sebijak manapun akalnya.

• Yang betulnya adalah: ‘Kami beriman dengan


segala hal-hal ghaib yang tsabit daripada Al-
Quran dan As-Sunnah.’
Kelapan: Penelitian Kepada Makna Lafaz
Hadith

• Imam Al-Ghazali berkomentar: “Ketahuilah


bahawa punca berlaku kesamaran diantara ilmu
yang dikeji dengan ilmu yang terpuji ialah
mengubah perkataan-perkataan yang dipuji
kepada makna-makna yang tidak dikehendaki
oleh golongan salafus soleh, kemudiannya
menyebarkan dengan tujuan buruk.
• Lafaz-lafaz itu ialah al-fiqh, al-ilm, at-tauhid, at-
tadhkir, dan al-hikmah. Ini merupakan
perkataan-perkataan yang tinggi dan terpuji.
Orang yang memilikinya mempunyai kedudukan
tinggi dalam agama. Tetapi sekarang ini telah
ditukar kepada makna yang keji yang menjadi
tawar hati kerana keburukan orang yang
menyandangnya.”
Contoh perkataan ‘Al-Musawwirin’.

• Perkataan ini difahami sekarang sebagai


‘orang yang menggunakan kamera
mengambil gambar’.

• Perkataan ini patut difahami sebagai


‘orang yang membuat patung-patung’.
Inilah pemahaman salafus soleh dan inilah
yang sebenar
• Sekian terima kasih..

Anda mungkin juga menyukai