Anda di halaman 1dari 24

ISI KANDUNGAN

1. Pengenalan Hadis
2. Definisi Hadis Maudhui/Tematik
3. Metodologi-metodologi Hadis Maudhui/Tematik
4. Soalan-soalan
5. Rujukan

BAB 1
Pengenalan Hadis Tematik dan Metodologi Hadis Tematik

Di akhir pembelajaran ini;


1. Pelajar mampu menyenaraikan definisi-definisi berkaitan hadis tematik.
2. Pelajar mampu membezakan metodologi-metodologi yang digariskan dalam
pembelajaran hadis tematik
3. Pelajar mampu membezakan antara hadis tahlili dan hadis tematik.

Pengenalan Hadis

As-Sunnah mempunyai kedudukannya yang istimewa dalam Islam. As-Sunnah menjadi


sumber syariat Islam selepas Al-Quran.

Firman Allah s.w.t.;

‫ُقْل ِإن ُك نُت ْم ُت ِحُّبوَن َهَّللا َف اَّت ِبُعوِنى ُيْح ِبْب ُك ُم ُهَّللا َو َي ْغ ِفْر َلُك ْم ُذ ُن وَب ُك ْم َو ُهَّللا َغ ُفوٌر َّر ِحيٌم‬

“Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah
mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang.” (Surah Ali-Imran: 31)

Kata Al-Hafiz Ibn Kathir (w.774H): “Ayat ini adalah pemutus kepada sesiapa yang
mendakwa mencintai Allah tetapi tidak di atas jalan Muhammad s..a.w. Maka
sesungguhnya dia adalah pendusta atas apa yang didakwa sehinggalah dia mengikuti
syariat Muhammad s.a.w. dan agama nabawi dalam semua perkataan, perbuatan, dan
hal ehwalnya seperti yang pasti diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari (w.256H) daripada
Rasulullah s.a.w.:

‫من عمل عمال ليس عليه أمرنا فهو رد‬

“Sesiapa yang beramal dengan suatu amalan yang tidak di atas petunjuk Kami, maka
amalannya itu ditolak.”

Al-Mubarakfuri (w.751H) dalam ulasannya berkata: “Allah telah memerintahkan dalam


ayat ini setiap orang yang mendakwa mengasihiNya supaya mengikut Muhammad
s.a.w., dan tidak bermakna mengikutNya kecuali dengan mengikut baginda s.a.w.
dalam seluruh perkataan, perbuatan, keadaan dan hidayatnya yang semua ini adalah
hadith nabi. Sudah nyata, bahawa sesiapa yang tidak mengikut hadith nabi dan tidak
berpendapat yang berpegang dengannya adalah wajib, maka dakwaan kecintaannya
pada Allah adalah wajib, maka dakwaan keimanannya kepada Allah juga dusta.
Sesiapa yang dakwaannya dusta, maka dakwaan keimanannya kepada Allah juga
dusta tanpa sebarang keraguan lagi.”

As-Sunnah adalah tafsiran amali bagi Al-Quran dan Rasulullah s.a.w. adalah susuk
tubuh yang menunjukkan perlaksaan amali ini.

Dalam hanya akhlak, seperti yang diriwayatkan oleh Imam Muslim (w.261H) daripada
Aisyah r.a., ketika Aisyah r.a. ditanya mengenai akhlak Rasulullah s.a.w. maka
dijawabnya Aisyah r.a.: ‫كان خلقه القران‬.

As-Sunnah juga adalah penyelamat kehidupan orang-orang yang beriman di dunia dan
akhirat. Orang-orang yang beriman yang menisbahkan dirinya sebagai Ahli Sunnah Wal
Jamaah adalah orang-orang yang beriman yang mengikut petunjuk As-Sunnah
Rasulullah s.a.w. Kata Syeikh Al-Islam Imam Ibn Taimiah (w. 728H);

“Ternyata bahawa manusia yang paling berhak menjadi firqah najiyyah (golongan yang
berjaya) ialah ahl hadith dan sunnah, yang bagi mereka tiada ikutan yang mereka
bertaksub kepadanya melainkan Rasululluh s.a.w. Mereka adalah manusia yang paling
mengetahui perkataan dan hal ehwal Baginda s.a.w. Mereka dapat membezakan antara
hadith yang sahih dan yang cacat.”

Kata Ibn Taimiah lagi;

“Kami tidak maksudkan ahli hadith itu hanya terbatas kepada mereka yang mendengar,
menulis, dan meriwayatkan hadith. Yang kami maksudkan ialah mereka yang benar-
benar menghafal, mengetahui, memahami zahir dan batin, juga mengikuti zahir dan
batin. Demikian juga Al-Quran. Paling kurang sifat mereka itu mencintai Al-Quran dan
Al-Hadith. Mengkajinya dan maknanya. Beramal dengan segala kewajipan yang
mereka ketahui daripadanya. Maka fuqaha ahli hadith lebih mengetahui tentang Rasul
daripada fuqaha lain. Kaum sufi ahli hadith lebih mengetahui Rasul daripada sufi yang
lain. Para pemerintah ahli hadith lebih berpegang kepada siyasah nabawiyah daripada
selain mereka”.

Maka dapatlah disimpulkan bahawa As-Sunnah itu penting dalam Islam yang antaranya
ialah As-Sunnah sebagai sumber syariat Islam selepas Al-Quran, As-Sunnah sebagai
tafsiran amali bagi Al-Quran, As-Sunnah sebagai penyelamat kehidupan orang-orang
yang beriman di dunia dan akhirat dan banyak lagi.

Oleh sebab itu, perlu diterangkan dan dijelaskan akan ‘Bagaimana Berinteraksi Dengan
As-Sunnah’ selepas melihat kepentingan-kepentingannya itu.

Definisi Hadis Maudhu’i/Tematik

As-Sunnah dari sudut bahasa bererti: At-Tariqah dan As-Sirat, samada jalan yang
terpuji mahupun yang yang tercela.
Firman Allah s.w.t.;

As-Sunnah dari sudut istilahnya;

Ulamak fiqh membahaskan mengenai Rasulullah s.a.w. daripada sudut segala


perkataan dan perbuatan baginda s.a.w. yang tidak terkeluar daripada dalil-dalil hukum
syarak yang lima iaitu wajib, sunat, haram, harus, dan haram

Hadis Maudhu’i/Tematik

Menggabungkan hadith-hadith dalam satu pengertian ,hadith-hadith mutasyabih dirujuk


mengikut maksud hadith-hadith muhkam. Hadith-hadith mutlak dihubungkan dengan
hadith-hadith muqayyad. Hadith-hadith umum ditafsirkan dengan hadith-hadith yang
khusus.

Contoh hadith-hadith isbal ( melabuhkan pakaian jatuh melebihi buku lali)

Daripada Abu Dhar r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Ada tiga golongan yang
Allah s.w.t. tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat: orang yang
mengungkit-ungkit pemberiannya, orang yang melariskan barang-barang jualannya
dengan sumpah palsu, dan orang yang melabuhkan pakaiannya (melebihi buku lali).”
(Riwayat Muslim)

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “(Orang yang
melabuhkan) pakaian hingga di bawah dua buku lali adalah di dalam neraka.” (Riwayat
Al-Bukhari)

Daripada Abdullah ibn Umar r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang
mengheret pakaiannya dengan bermegah-megah, Allah tidak akan melihatnya pada
hari kiamat. Abu Bakr bertanya, “Wahai Rasulullah, salah satu daripada tepi kainku
labuh kecuali aku terpaksa menjaganya.” Nabi s.a.w. menjawab: Engkau bukan
daripada orang yang melakukan untuk bermegah-megah.” (Riwayat Al-Bukhari)

Kesimpulannya ialah: Maka tidak haram melabuhkan pakaian tidak kerana bermegah-
megah. Yang dimaksudkan dalam hadith-hadith berkaitan adalah haram melabuhkan
pakaian dengan tujuan bermegah-megah dan balasannya adalah neraka Allah s.w.t.
Metodologi-metodologi Dalam Memahami Hadith/Hadis Maudhu’i

Di bawah adalah disiplin-disiplin yang patut dipatuhi ketika berinteraksi dengan As-
Sunnah;

Pertama: Memahami As-Sunnah Menurut Perspektif Al-Quran

Al-Quran merupakan roh dan asas agama Islam. Ia merupakan ibu dan dustur asli di
mana segala undang-undang dalam Islam adalah merujuk kepadanya. As-Sunnah An-
Nabawiyah menjelaskan dustur ini (Fahmu sunnah fi Dhau'il Qur'an). Ia juga
menerangkan Al-Quran secara teori dan praktiknya secara amali (Bayanu taudhih,
tafsir). Dengan ini peranan Rasulullah s.a.w. adalah untuk menjelaskan kandungan Al-
Quran yang diturunkan kepada manusia. As-Sunnah juga menambah apa yang tidak
ada dalam al-Quran (Bayanu tsabit).

Tidak sesekali As-Sunnah yang menjelaskan dan menerangkan itu bertentangan


dengan Al-Quran. Semacam tidak sesekali yang furu’ itu bertentangan dengan yang
asal. Oleh sebab itu, penjelasan dan penerangan Rasulullah s.a.w. hanya akan berada
di sekitar pengajaran Al-Quran dan tidak akan melebihinya.

Dengan itu, tidak akan didapati As-Sunnah yang sahih bertentangan dengan ayat-ayat
Al-Quran yang muhkamat dan penjelasan-penjelasan Al-Quran yan terang. Andai kata
terjadi pertentangan, maka ketahuilah bahawa ini menunjukkan bahawa kemungkinan
yang tiga;

1. Hadith itu yang tidak sahih, atau

2. Fahaman kita yang tidak betul, atau

3. Tidak ada pertentangan pada hakikatnya.

Contoh 1

Hadith yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Anas r.a.;

‫ان ايب وأابك ىف النار‬

“Sesungguhnya bapaku dan bapamu di dalam neraka.”

Hadith ini diucapkan oleh Rasulullah s.a.w. ketika baginda s.a.w. ditanya oleh seorang
lelaki, di manakah bapaMu?

Di sini Dr. Yusuf Al-Qardawi bertanya: “Apakah dosa Abdullah bin Abd Muttalib yang
menjadikan dia penghuni neraka sedangkan dia adalah daripada golongan fitrah.
Mengikut pendapat yang sahih, ahli fitrah terlepas daripada azab neraka.”

“Terlintas di hati saya bahawa yang dimaksudkan dengan ‘bapaku’ di dalam hadith ini
ialah ‘bapa saudaraku’.”

Kemudian Dr. Yusuf Al-Qardawi berdalilkan ayat 133, Surah Al-Baqarah. Jika difahami
bahawa ‘bapaku’ dalam hadith di atas adalah ‘Abdullah’ maka pemahaman ini
bertentangan dengan;

‫وما كنا معذبين حتى نبعث رسوال‬

“Kami tidak akan mengazab sesuatu kaum sehinggalah Kami utuskan kepada mereka
seorang Rasul.” (Surah Al-Isra’: 15)
Dr. Yusuf Al-Qardawi menyambung: “Para fuqaha apabila memperkatakan ‘fitrah’ yang
mereka maksudkan ialah orang-orang yang hidup di antara zaman Nabi Isa a.s. dengan
zaman Nabi Muhammad s.a.w. Jarak masa di antara kedua-duanya, menurut riwayat
Al-Bukhari daripada Salman ialah selama enam ratus tahun.”

Kesimpulannya ialah: Maka pemahaman sebenar hadith di atas ialah ‘bapaku’ itu
bermaksud ‘bapa saudaraku’ berdalilkan ayat 133, Surah Al-Baqarah. Dan pula zaman
hidup Abdullah adalah pada zaman fitrah iaitu zaman di antara Nabi Isa a.s. dengan
Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak diutuskan pada zaman itu walau seorang Rasul. Dan
Allah s.w.t. hanya akan mengazab umat yang sudah diutuskan pada umat itu Rasul
(Surah Al-Isra’: 15).

Contoh 2

‫ ِإْن ِه َى ِإَّال‬- ‫ ِتْل َك ِإذًا ِقْس َم ٌة ِض يَز ى‬- ‫ َأَلُك ُم الَّذ َك ُر َو َلُه اٍّالنَث ى‬- ‫ َو َم َن وَة الَّث اِلَث َة اٍّالْخ َر ى‬- ‫َأَفَر َء ْي ُتُم الَّلـَت َو اْلُع َّز ى‬
‫َأْس َم آٌء َسَّمْي ُتُم وَهآ َأنُتْم َو َء اَب آُؤ ُك م َّم آ َأنَز َل ُهَّللا ِبَه ا ِمن ُس ْلَط ـٍن ِإن َي َّت ِبُع وَن ِإَّال الَّظ َّن َو َم ا َت ْهَو ى اٌّالنُفُس َو َلَق ْد‬
‫َج آَء ُهم ِّم ن َّر ِّب ِهُم اْلُهَدى‬

“Maka apakah patut kamu (hai orang-orang musyrik) menganggap al-Lata dan al-
Uzza,. Dan Manah yang ketiga, yang paling terkemudian (sebagai anak perempuan
Allah)?. Apakah (patut) untuk kamu (anak) laki-laki dan untuk Allah (anak) perempuan?.
Yang demikian itu tentulah suatu pembagian yang tidak adil. Itu tidak lain hanyalah
nama-nama yang kamu dan bapa-bapa kamu mengadakannya; Allah tidak menurunkan
suatu keteranganpun untuk (menyembah) nya. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti
sangkaan-sangkaan, dan apa yang diingini oleh hawa nafsu mereka dan sesungguhnya
telah datang petunjuk kepada mereka dari Tuhan mereka.” (Surah An-Najm: 19-23)

Al-Quran dengan jelas mengeji berhala-berhala yang bernama al-Lata, al-Uzza, al-
Manna ini. Tidak dapat diterima akal apabila terdapat hadith yang memuji berhala-
berhala ini pula. Contohnya;

‫تلك الغرانيق العال وان شفاعتهن لترتجى‬


“Itu adalah Al-Gharaniq yang tinggi dan syafaat daripadanya adalah diharapkan.”

Kesimpulannya ialah: Maka dengan jelas diyakini bahawa hadith ini tidaklah tsabit di
sisi ahli hadith oleh kerana hakikat hadith ini tidak selari dengan Al-Quran.

Contoh 3

Al-Quran mengharamkan bangkai, tetapi hukum tersebut dihapuskan oleh As-Sunnah


untuk bangkai ikan dan belalang dalam hadits berbunyi:

‫ السمك والجراد الكبد والطحال‬:‫أحلت لنا ميتتان ودمان‬

Kesimpulannya ialah: Maka diharamkan segala jenis bangkai seperti yang dinyatakan
Al-Quran melainkan bangkai ikan dan bangkai belalang seperti yang dinyatakan oleh
As-Sunnah.

Kedua: Menghimpunkan Hadith-Hadith Yang Berkaitan Dalam Satu Tajuk

Menggabungkan hadith-hadith dalam satu pengertian (Jam'ul ahadits fi maudhu'in


wahid). Jika melihat hadith-hadith bertentangan maka digabungkan sehingga dapat
satu pengertian yang benar.

Hadith-hadith yang mutasyabih hendaklah dirujuk mengikut maksud hadith-hadith yang


muhkam. Hadith-hadith yang mutlak hendaklah dihubungkan dengan hadith-hadith
yang muqayyad. Hadith-hadith yang umum hendaklah ditafsirkan dengan hadith-hadith
yang khusus. Dengan demikian, akan jelaslah maksud hadith-hadith tersebut dan tidak
bercanggah sesamanya.

Contoh 1

Hadith berkenaan dengan isbal iaitu melabuhkan pakaian jatuh melebihi buku lali.
Antara contoh-contoh hadith tersebut adalah;

Daripada Abu Dhar r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Ada tiga golongan yang
Allah s.w.t. tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat: orang yang
mengungkit-ungkit pemberiannya, orang yang melariskan barang-barang jualannya
dengan sumpah palsu, dan orang yang melabuhkan pakaiannya (melebihi buku lali).”
(Riwayat Muslim)

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “(Orang yang
melabuhkan) pakaian hingga di bawah dua buku lali adalah di dalam neraka.” (Riwayat
Al-Bukhari)

Rasulullah s.a.w. bersabda: “(Orang yang melabuhkan) pakaian hingga di bawah dua
buku lali adalah di dalam neraka.” (Riwayat An-Nasai)

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Allah tidak melihat
kepada orang yang mengheret pakaiannya dengan bermegah-megah.” (Riwayat Al-
Bukhari)

Daripada Abdullah ibn Umar r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang
mengheret pakaiannya dengan bermegah-megah, Allah tidak akan melihatnya pada
hari kiamat. Abu Bakr bertanya, “Wahai Rasulullah, salah satu daripada tepi kainku
labuh kecuali aku terpaksa menjaganya.” Nabi s.a.w. menjawab: Engkau bukan
daripada orang yang melakukan untuk bermegah-megah.” (Riwayat Al-Bukhari)

Dan banyak lagi contoh-contoh hadith yang berkaitan dengan isbal ini. Dalam
menjelaskan hadith-hadith ini, saya membawakan;

Menurut Imam An-Nawawi: “Hadith-hadith yang umum tentang masalah ini hendaklah
dikhususkan dengan hadith-hadith yang ada kaitannya dengan bermegah-megah. Oleh
itu, maksud tegahan di dalam hadith ini ialah bagi orang yang mengheret-heret
pakaiannya dengan bermegah-megah. Oleh itu Rasulullah s.a.w. mengharuskan Abu
Bakr r.a. kerana Abu Bakr r.a. mengheret pakaian tidak kerana bermegah-megah.”
Kata Dr. Yusuf Al-Qardawi: “Orang yang hendak memendekkan pakaiannya bertujuan
kerana menikut sunnah, menjauhi sikap bermegah-megah, menjauhi khilaf ulamak, dan
hendak berpegang dengan yang lebih utama, insyaAllah, akan mendapat pahala
dengan syarat dia tidak memaksa orang lain beruat demikian.”

Kesimpulannya ialah: Maka tidak haram melabuhkan pakaian tidak kerana bermegah-
megah. Yang dimaksudkan dalam hadith-hadith berkaitan adalah haram melabuhkan
pakaian DENGAN TUJUAN BERMEGAH-MEGAH dan balasannya adalah neraka
Allah s.w.t.

Contoh 2

Hadith yang menyatakan batalnya orang puasa yang berbekam, sementara hadith
lainnya menyatakan tidak batal, ternyata setelah digabungkan ditemukan bahawa
dalam hadith pertama orang tersebut berbekam sambil mengghibbah dan berdusta
sehingga batalnya kerana hal tersebut dan bukan kerana berbekamnya.

Contoh 3

Imam Al-Bukhari meriwayatkan daripada Abu Umamah Al-Bahili, bahawa ketika beliau
melihat alat pertanian (bajak), katanya, “Aku mendengar Rasullulah s.a.w. bersabda:

‫ال يدخل هذا البيت قوم اال أدخله هللا الذل‬

“Tidak masuk alat ini ke dalam rumah sesuatu kaum kecuali Allah akan memasukkan ke
dalam rumah itu kehinaan.”

Zahir hadith ini menunjukkan bahawa Rasullulah s.a.w. membenci kerja membajak
tanah dan menanam tanaman yang membawa kepada hinanya orang-orang yang
bekerja dalam bidang ini.

Apabila dikumpulkan hadith-hadith berkaitan (dan banyak lagi yang tidak dibawakan
disini);

Rasullulah s.a.w. bersabda: “Seseorang Muslim yang menanam, atu mencucuknya


kemudian tanaman itu dimakan burung, manusia, atau binatang, itu merupakan
sedekah daripada itu.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Rasullulah s.a.w. bersabda: “Sekiranya berlaku kiamat sedangkan di tangan seseorang


daripada kamu ada benih pokok tanaman, jika dia sanggup menanamnya sebelum
berlakunya kiamat, hendaklah dia menamnya.” (Riwayat Al-Bukhari dan Ahmad)

Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani (w.852H) berkomentar: “Hadith yang mencela alat
pertanian iaitu apabila alat pertanian itu digunakan oleh penggunanya, maka dia akan
menjadi lalai dan meninggalkan perkara yang sepatutnya ditunaikan seperti
meninggalkan kewajipan berjihad…”

Kesimpulannya ialah: Maka dapatlah difahami bahawa kejian Rasullulah s.a.w. pada
alat pertanian itu hanyalah jika alat pertanian itu melalaikan seseorang daripada agama.

Ketiga: Penyelarasan Atau Tarjih Diantara Hadith-Hadith Yang Bertentangan

Asasnya, nas-nas syarak yang sahih tidak akan bertentangan diantara satu dengan
yang lain. Jika diandaikan ada pertentangan, sebenarnya pertentangan itu hanya pada
zahir sahaja tidak pada hakikatnya.

Kata Ibn Qudamah (w.620H): “Ketah uilah bahawa percanggahan itu bererti saling
berlawanan. Hal ini tidak boleh terjadi kepada dua dalil syarak kerana firman Allah dan
sabda Nabi tidak saling mendustai antara satu dengan yang lain.”

Kata Abu Bakar bin Huzaimah (w.311H): “Saya tidak mengetahui adanya hadith-hadith
Nabi yang sahih yang bercanggah. Sesiapa yang menemukan hal tersebut, sampailah
kepada saya, saya akan menyelaraskan.”

Pertentangan diantara nas-nas yang sahih itu dapat di hilangkan dengan penyelarasan
(tawfiq) – menerima semua nas-nas itu - ataupun tarjih – menerima satu nas dan
menolak yang lainnya.

Dilihat sejarahnya (ta'arikh), jika tidak bisa digabungkan pengertiannya (tetap


bertentangan), maka dilihat mana yang lebih dulu dan mana yang datang kemudian,
sehingga yang datang kemudian itu adalah menghapus hukum yang lebih dahulu itu.

Tarjih itu menerima satu nas dan menolak yang lainnya. Kaedah ini adalah dengan
mencari mana yang lebih sahih (di antara hadith-hadith) dan dibuang yang kurang
sahih.

Contoh 1

Seperti dalam suatu hadith disebutkan Rasulullah s.a.w. meminta dijadikan orang
miskin, sementara banyak hadith-hadith lain Rasulullah s.a.w. meminta kekayaan. Maka
digabungkan bahawa yang dimaksud miskin dalam hadith pertama adalah sikap orang
miskin yang rendah hati dan tidak sombong.

Contoh 2

Seperti hadith nikah Mut’ah yang banyak dipakai kaum Syi'ah, memang benar
Rasulullah s.a.w. pernah membolehkannya dalam satu peperangan tetapi kemudian
dihapus selama-lamanya oleh Rasulullah s.a.w. setelah nampak bahaya dan
kecelaruannya.

Contoh 3

Hadith-hadith berkenaan dengan tajuk ‘perempuan menziarahi kubur’. Terdapat banyak


hadith-hadith yang membenarkan perempuan menziarahi kubur dan banyak pula
hadith-hadith yang melarang perempuan menziarahi kubur. Yang membenarkan lebih
banyak daripada yang melarang.

Untuk menyelaraskan, “Caranya ialah larangan yang tersebut di dalam hadith itu
sebagaimana yang dinyatakan oleh Al-Qurtubi adalah kepada wanita-wanita yang
terlampau kerap menziarahi kubur. Kata Al-Qurtubi lagi: Sebabnya mungkin perbuatan
itu (menziarahi kubur dengan terlalu kerap) akan membawa kepada berkurangnya dia
memberi hak dan perhatian kepada suami, (ataupun) berlakunya pendedahan aurat,
(ataupun) meraung-raung di atas kubur dan yang seumpamanya. Jika tidak berlaku
demikian itu maka diizinkan bagi wanita menziarahi kubur, kerana mengingati mati
adalah perlu bagi kaum lelaki dan wanita.”

Contoh 4

Hadith-hadith berkenaan dengan tajuk ‘Al-‘Azal’;

Daripada Jabir r.a. katanya: “Kami melakukan ‘azal pada zaman Rasulullah s.a.w.
sedangkan pada masa itu Al-Quran sedang diturunkan.” (Riwayat Al-Bukhari dan
Muslim)

Daripada Jabir r.a. katanya: “Kami melakukan ‘azal pada zaman Rasulullah s.a.w.
Perkara itu sampai kepada Rasulullah s.a.w. tetapi baginda s.a.w. tidak menegahnya.”
(Riwayat Muslim)

Daripada Jabir r.a. bahawa seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w. dan berkata:
“Aku mempunyai seorang hamba perempuan. Dia adalah khadam kami. Aku
‘mendatanginya’ tetapi aku tidak suka dia hamil.” Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Kalau engkau mahu, engkau boleh melakukan ‘azal. Apa yang ditakdirkan kepadanya
akan berlaku juga ke atasnya.” (Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud)

Daripada Abu Said katanya: “Orang-orang Yahudi berkata ‘azal itu merupakan
penanaman anak secara tidak langsung. Rasulullah s.a.w. menjawab: “Orang Yahudi
berdusta, bahawasanya Allah s.w.t. jika hendak menjadikan sesuatu tidak seorang pun
yang boleh menghalangNya.” (Riwayat Ahmad)

Dan terdapat banyak lagi hadith-hadith yang membenarkan ‘azal.

Daripada Judamah binti Wahab Al-Usdiyyah katanya: “Aku datang bersama orang
ramai menemui Rasulullah s.a.w. Sabda Rasulullah s.a.w.: “Aku bercita-cita hendak
melarang daripada melakukan ghilah tetapi aku melihat orang Parsi dan Rom
melakukan ghilah tetapi tidak membahayakan pun anak mereka.” Kemudia orang ramai
bertanya tentang ‘azal. Rasulullah s.a.w. menjawab: “Itu adalah penanaman anak
secara tidak langsung. Perbuatan itu termasuk di dalam firman Allah s.w.t.: “Apabila
kanak-kanak yang ditanam itu ditanya…” (Riwayat Ahmad dan Muslim)

Dan banyak lagi hadith-hadith yang zahirnya melarang ‘azal.

Al-Hafiz Ibn Qayyim (w.751H) telah membuat penyelarasan di antara hadith-hadith ini
dengan katanya: “Yang didustakan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap orang Yahudi itu
ialah pendapatnya yang menyatakan bahawa ‘azal itu tidak sesekali dapat
menyebabkan kehamilan. Mereka menyamakan diantara memutuskan keturunan
dengan membunuh anak. Rasulullah s.a.w. memberitahu apabila Allah s.w.t. hendak
menjadikan makhlukNya, maka tidak seorang pun yang dapat menghalangNya. Pada
hakikatnya, jika Allah s.w.t. tidak mahu menjadikan, ia tidak dinamakan membunuh
anak. Jadi ungkapan ‘penanaman secara tidak langsung’ seperti yang terdapat pada
hadith Judamah itu adalah kerana orang itu melakukan ‘azal untuk mengelakkan
kehamilan. Tujuannya itu disamakan dengan membunuh anak. Cuma perbezaan
diantara kedua-duanya itu ialah penanaman secara langsung adalah merangkumi dua
iaitu tujuan dan perbuatan. Adapun ‘azal hanyalah tujuan sahaja tidak perbuatan
menanam. Oleh itu perbuatan itu disifatkan sebagai tidak langsung.”

Dr. Yusuf al-Qardawi menyifatkan penyelarasan yang dibuat oelh Al-Hafiz Ibn Qayyim
adalah ‘cukup kuat’ dan berkomentar: “Daripada zahir hadith-hadith yang telah
disebutkan di atas, jelaslah bahawa tidak dilarang melakukan ‘azal, kecuali daripada
perempuan merdeka, hendaklah dengan izin dan keredhaaan perempuan itu terlebih
dahulu kerana dia mempunyai hak untuk berseronok.”

Kesimpulannya ialah: Perbuatan ‘azal diizinkan dengan kebenaran isteri dan ia


termasuk dalam perbuatan membunuh secara tidak langsung tetapi tidaklah ia berdosa.

Keempat: Memahami Hadith Melalui Sebab Berlakunya Perkara Yang Berkaitan


Dan Tujuan Hadith
Untuk memahami As-Sunnah An-Nabawiyah dengan sebaik-baiknya hendaklah dilihat
sebab-sebab khusus mengapa hadith itu berlaku atau juga dikenali sebagai Asbabul
Wurud Al-Hadith.

Para ulama telah menjelaskan bahawa mengetahui Asbabul Wurud Al-Hadith semacam
mengetahui Asbabul Nuzul Ayatul Quran. Ini penting supaya tidak berlaku sebagaimana
yang berlaku kepada pelampau-pelampau Khawarij dan yang lain-lainnya yang
mengambil ayat-ayat Al-Quran yang diturunkan kepada orang-orang Musyrikin
kemudian menggunakan ayat-ayat ini ke atas orang-orang Muslimin. Ibn Umar r.a.
menganggap mereka adalah seburuk-buruk makhluk Allah s.w.t. kerana perbuatan
mereka yang menyeleweng daripada kitab Allah s.w.t.

Contoh 1

Seperti hadith ‘antum a'lamu bi umuri dunyakum’ (kalian lebih mengetahui tentang
urusan dunia kalian) hadith ini harus difahami berdasarkan sebabnya, iaitu Rasulullah
s.a.w. melewati sekelompok kaum di Madinah yang sedang mengahwinkan pucuk
kurma lalu Rasulullah s.a.w. mengucapkan kata-kata yang salah difahami oleh orang-
orang tersebut sehingga tahun berikutnya mereka tidak lagi mengahwinkan pucuk-
pucuk tersebut yang mengakibatkan gagal subur. Sehingga keluarlah sabda Rasulullah
s.a.w. : Kalian lebih mengetahui urusan dunia kalian.

Contoh 2

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Seseorang perempuan tidak boleh musafir melainkan


beserta dengan mahramnya.” (Riwayat Al-Bukhari)

Illah tegahan ini ialah kerana bimbang keselamatan wanita yang bermusafir sendirian
tanpa ditemani oleh mahramnya lantaran ketika itu musafirnya dengan menaiki unta
atau keldai dan merentasi padang pasir yang luas.

Ini berbeza pada zaman sekarang apabila musafirnya itu menaiki bas atau kapal
terbang yang penumpangnya itu berpuluh-puluh malahan berates-ratus orang. Maka
wanita tidak lagi dikatakan sebagai bermusafir seorang diri. Sebagai mana dijelaskan
oleh hadith Rasulullah s.a.w.: “Akan berlaku seorang wanita yang bersuami keluar dari
Al-Hirah menuju Kaabah dan suaminya tidak bersamanya.” (Riwayat Al-Bukhari)

Contoh 3

Ibn Khaldun telah menafsirkan hadith;

‫األئمة من قريش‬

“Pimpinan itu daripada orang Quraisy.” (Riwayat Ahmad)

Bahawa Rasulullah s.a.w. melihat orang Quraisy pada masa itu memiliki kekuatan dan
kekeluargaan yang melayakkan mereka memegang jawatan khalifah. Oleh itu,
Rasulullah s.a.w. mensyaratkan orang Quraisy hanya semata-mata untuk mengelakkan
pergaduhan kerana mereka mempunyai keluarga yang banyak dan kuat. Kita
menganggap ini sebagai illah mengapa kepimpinan itu untuk orang Quraisy.

Dengan itu kita mensyaratkan orang yang hendak menjadi pemimpin kepada orang
Islam hendaklah terdiri daripada mereka yang mempunyai keluarga yang kuat supaya
orang lain mengikutnya dan bersatu dengannya, maka pemerintahan akan menjadi
stabil.

Kelima: Membezakan Diantara Wasilah Yang Dapat Berubah Dengan Tujuan Yang
Tetap Bagi Sesebuah Hadith

Menjadi kaedah untuk memahami As-Sunnah adalah membezakan di antara wasilah


dan juga matlamat sesebuah As-Sunnah. Wasilah itu tidak boleh dianggap sebagai
matlamat juga sebaliknya. Bagi orang yang benar-benar faham As-Sunnah dan hikmah-
hikmahnya, apa yang penting adalah matlamat yang tetap dan tidak berubah
sedangkan wasilah itu boleh berubah mengikut tempat, masa, adat, dan lain-lain.
Contoh 1

Hadits bahawa Rasulullah s.a.w. memakai gamis, ternyata banyak hadith yang
menyebutkan bahawa Rasulullah s.a.w. juga memakai kain Yamani, baju
Kisrawaniyyah, dan lain-lain. Ternyata asal daripada hadith-hadith itu adalah tentang
pakaian tersebut adalah menutup auratnya dan bukan pada jenis pakaiannya.

Contoh 2

Hadith bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan belajar memanah, yang asalnya


adalah berlatih menggunakan senjata dan bukan pada panahnya. Demikian pula
berkuda, yang asalnya mengendarai kendaraannya dan bukan kudanya.

Contoh 3

Sebagai contoh hadith-hadith Rasulullah s.a.w. yang memberi isyarat akan perubatan
Rasulullah s.a.w. seperti berbekam, penggunaan lada hitam, penggunaan habatus
saudak, dan bercelak. Sebenarnya, isyarat-isyarat Rasulullah s.a.w. tentang perubatan
ini bukanlah tujuan tetapi hanyalah sebagai wasilah. Apa sahaja wasilah yang
berlunaskan syarak yang menyampaikan kepada tujuan maka ia termasuk dalam
perubatan Islam.

Dr. Yusuf Al-Qardawi berkomentar: “Setiap cara berubah dari satu masa ke satu masa,
dari satu keadaan kepada satu keadaan, oleh itu apabila terdapat nas mengenai salah
satu daripada cara-cara tersebut, itu adalah untuk menjelaskan cara yang sesuai pada
masa itu dan tidak sesekali kita hanya terikat kepadanya. Bahkan sekiranya kita
mendapati satu nas Al-Quran yang menjelaskan satu cara yang sesuai bagi satu tempat
atau masa, ini tidak sesekali beerti kita hanya menggunakan cara itu sahaja dan tidak
boleh memikirkan cara yang lebih canggih sesuai dengan zaman dan tempat.”

Contoh 4

Berkenaan dengan hadith-hadith untuk bersiwak dan penggunaannya hanyalah kayu


siwak. Persoalannya, adakah siwak itu yang dimaksudkan oleh hadith atau kerana kayu
itu boleh didapati dengan mudah di negeri Arab pada masa itu?

Syeikh Abdullah Al-Bassam telah memetik pendapat Imam Nawawi: “Seseorang yang
bersiwak dengan apa jenis alat pun yang dapat menghilangkan bau mulut dapat
dinamakan bersiwak seperti menggunakan perca kain dan jari tangan, sepertimana
yang dinyatakan dalam Mazhab Abu Hanifah.”

Kesimpulannya ialah: Inilah bahayanya jika hanya memahami As-Sunnah dengan


literal semata-mata tanpa mengetahui matlamatnya. Maka akan dijadikan wasilah
Rasulullah s.a.w. sebagai As-Sunnah yang apabila ditanya matlamatnya, langsung kelu
lidahnya. Hal ini diberi amaran akan bahayanya pemahaman As-Sunnah secara literal
oleh Dr. Taha Jabir Al-Ulwani pada mukaddimah buku ‘Bagaimana Berinteraksi Dengan
As-Sunnah’ ini. maka yang perlunya sekarang adalah pemahaman As-Sunnah yang
tidak hanya literal tetapi yang lebih utama adalah membezakan antara wasilah
Rasulullah s.a.w. dengan matlamat baginda s.a.w.

Keenam: Membezakan Diantara Hakikat Dengan Majaz Bagi Memahami Hadith

Membezakan di antara hakikat dan majaz (kiasan). Bahasa Arab mengandungi banyak
majaz. Rasulullah s.a.w. adalah orang Arab yang paling tinggi bahasa kiasannya. Oleh
itu, tidak hairanlah banyak daripada hadith-hadith baginda s.a.w. menerangkan secara
kiasan.

Apa yang dimaksudkan dengan majaz di sini merangkumi majaz daripada segi bahasa,
akal, isti’arah, kinayah, dan isti’arah tamsiliyah seterusnya lafaz atau ayat yang tidak
menunjukkan makna yang asal. Majaz dalam perkataan diketahui melalui sanad-sanad
yang menunjukkan tanda-tandanya seperti tanda-tanda binatang atau tumbuh-
tumbuhan.

Amatlah penting untuk memahami ‘apa itu majaz’ supaya tidak salah untuk memahami
As-Sunnah.

Contoh 1
Sebagai contoh, hadith “Yang paling cepat bertemu denganku (Rasulullah s.a.w.)
adalah yang paling panjang tangannya”. Menurut Aisyah r.a., mereka (isteri dan anak
Rasulullah s.a.w.) mengukur siapakah diantara mereka yang paling panjang tangannya.
Sebenarnya, panjang tangan di sini diertikan sebagai paling banyak melakukan
kebaikan. Ini dibuktikan apabila Zainab binti Jahsy adalah yang pertama mengikut
Rasulullah s.a.w. ke alam baqa’ kerana beliau adalah yang paling kuat bekerja dan
yang paling kuat bersedekah.

Contoh 2

Di riwayatkan dalam Kitab Al-Lu’lu Wal Marjan:

‫اعلموا أن الجنة تحت ظالل السيوف‬

“Ketahuilah bahawa syurga itu di bawah bayang-bayang pedang.”

Jika difahami secara literalnya, maka tidak akan sesiapa temui syurga itu di bawah
baying-bayang pedang.

Hadith ini sebenarnya menggambarkan bahawa syurga itu di bawah pedang yang
berjihad di jalan Allah s.w.t.

Contoh 3

Hadith yang menyebut bahawa ‘syurga itu di bawah telapak kaki ibu’. Literalnya tidak
akan dijumpai syurga itu di bawah telapak kaki ibu, lagi jika ibu itu bukanlah ahli tauhid.

Maka pemahaman yang sebenar adalah, ‘syurga itu di bawah telapak kaki ibu’
mengisyaratkan kepada anak-anak yang ibunya masih hidup supaya berbakti kepada
ibunya dan tidak menyakiti ibunya. Dan inilah jalan yang lurus yang akan membawa
seseorang anak itu kepada syurga.

Contoh 4

Imam Al-Bukhari meriwayatkan;


‫النيل والفرات وسيحون وجيحون من أنهار الجنة‬

“Sungai Nil, Sungai Furat, Sungai Saihun, dan Sungai Jaihun adalah daripada syurga.”

‫بين بيتى ومنبرى روضة من رياض الجنة‬

“Diantara rumahku dan mimbarku ada sebuah taman (rawdah) daripada taman-taman
syurga.”

Andai difahami kedua-dua hadith di atas secara literal, maka akan berlakulah
kecelaruan yang besar. Kata Ibn Hazm (w.456H): “Kedua-dua hadith ini tidaklah
sebagaimana anggapan orang-orang yang jahil yang menyangka bahawa rawdah itu
sebahagian daripada syurga dan sungai-sungai itu dari syurga. Pendapat ini keliru dan
dusta.”

Beliau menyambung bahawa makna rawdah itu sebahagian daripada syurga


menunjukkan kelebihannya dan sesiapa yang menunaikan solat di situ dapat
membawanya ke syurga. Manakala, sungai-sungai itu yang membawa banyak
keberkatan. Oleh itu, di kiasnya berpunca daripada syurga.

Kesimpulannya ialah: Inilah bahasa Arab, yang terangkum di dalamnya hakikat dan
majaz. Pemahaman bahasa Arab yang baik menjadikan pemahaman As-Sunnah yang
baik. Sedangkan bahasa Melayu pun ada kiasannya.

Metode Ketujuh: Membezakan Diantara Yang Ghaib Dengan Yang Nyata

As-Sunnah memperkatakan akan perkara ghaib yang akal manusia tidak mampu untuk
memikirkannya. Ini adalah seperti malaikat, jin, Al-Arasy, Al-Kursi, Al-Lawh, Al-Qalam,
Al-Mizan, As-Sirat, melihat Allah s.w.t. di dalam syurga, dan lain-lain lagi.

Apabila manusia mencuba menggunakan akal yang terbatas ini memikirkan akan
perkara ghaib, maka jadilah mereka lebih teruk daripada orang buta yang cuba
menghuraikan gajah. Gajah yang dapat di sentuh pancaindera pun di huraikan salah
dan menyimpang, apa lagi hal-hal ghaib, maka huraiannya menggunakan akal akan
lebih jauh salah dan menyimpang.

Kaedah apabila berhadapan dengan hal-hal ghaib amatlah mudah iaitu ‘Kami beriman
dengan segala hal-hal ghaib yang tsabit daripada Al-Quran dan As-Sunnah.’

Andai difikirkan juga akan hal ghaib itu, akan jadilah manusia berfikiran seperti
golongan Muktazilah yang menolak akan hal nikmat dan azab kubur hanya kerana logic
akal.

Para ulamak menggariskan bahawa Islam ini mungkin akan membawa hal-hal yang
menghairankan akal, tetapi Islam tidak akan membawa hal-hal yang mustahil pada
akal.

Sebagai contoh akan hadith yang di riwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Imam
Muslim;

‫ان فى الجنة لشجرة يسير الراكب فى ظلها مائة عام ال يقطهعا‬

“Di dalam syurga terdapat sebatang pohon yang besar, jika seseorang penunggang
unta berjalan di bawah naungannya selama seratus tahun (dunia), nescaya dia tidak
akan dapat menghabiskannya.”

Persoalannya, apakah dapat difikirkan besarnya pohon itu? Zahirnya, satu hari akhirat
itu tempohnya adalah seribu tahun dunia (Surah Al-Hajj: 47). Maka mustahillah akal
untuk memikirkan pohon yang besar itu walau sebijak manapun akalnya.

Yang betulnya adalah: ‘Kami beriman dengan segala hal-hal ghaib yang tsabit daripada
Al-Quran dan As-Sunnah.’

Kesimpulannya ialah: Menjadi perkara di luar kemampuan manusia untuk berfikir akan
perkara ghaib walau sekuat manapun akal yang diberikan. Maka dalam hal ini,
cukuplah dengan penjelasan Al-Quran dan As-Sunnah yang tsabit dan tidak melangkah
melebihi penjelasan itu.

Metode Kelapan: Penelitian Kepada Makna Lafaz Hadith

Untuk memahami As-Sunnah dengan baik, mestilah dibuat penelitian terhadap makna
lafaz yang terdapat dalam As-Sunnah kerana makna sesuatu lafaz itu berbeza diantara
satu masa dengan masa yang lain.

Sebenarnya memahami makna lafaz perlulah dengan pemahaman salafus soleh. Imam
Al-Ghazali berkomentar: “Ketahuilah bahawa punca berlaku kesamaran diantara ilmu
yang dikeji dengan ilmu yang terpuji ialah mengubah perkataan-perkataan yang dipuji
kepada makna-makna yang tidak dikehendaki oleh golongan salafus soleh,
kemudiannya menyebarkan dengan tujuan buruk. Lafaz-lafaz itu ialah al-fiqh, al-ilm, at-
tauhid, at-tadhkir, dan al-hikmah. Ini merupakan perkataan-perkataan yang tinggi dan
terpuji. Orang yang memilikinya mempunyai kedudukan tinggi dalam agama. Tetapi
sekarang ini telah ditukar kepada makna yang keji yang menjadi tawar hati kerana
keburukan orang yang menyandangnya.”

Sebagai contoh ialah perkataan ‘Al-Musawwirin’. Perkataan ini difahami sekarang


sebagai ‘orang yang menggunakan kamera mengambil gambar’.

Sebenarnya, perkataan ini patut difahami sebagai ‘orang yang membuat patung-
patung’. Inilah pemahaman salafus soleh dan inilah yang sebenar. ‘Orang yang
menggunakan kamera mengambil gambar’ pula perlulah dipakai perkataan ‘Al-‘Akkas’
ketika merujuk kepada mereka.

Jika menyalahi pemahaman makna lafaz, akan berlakulah kecelaruan ketika


memahami As-Sunnah.

Kesimpulannya ialah: Memahami makna lafaz itu perlulah dengan pemahaman


salafus soleh agar tidak terjadi pemahaman yang menyeleweng mengenai dengan As-
Sunnah.
Kesimpulan

As-Sunnah An-Nabawiyyah itu menjadi sumber kedua selepas Al-Quran yang


pandangan kepadanya tidaklah boleh dipandang enteng dan sebelah mata. Menjadi
tidak sempurna apabila memperkatakan akan perihal akhidah Islam, tetapi As-Sunnah
ditinggalkan dibelakang. Dan menjadi cacat apabila membincangkan akan tajuk fiqh
tetapi As-Sunnah diletakkan dibelakang. Juga menjadi tidak lengkap apabila bercakap
akan perihal Islam, tetapi As-Sunnah dipinggirkan.

Menjadi kekesalan yang besar apabila terdapat pihak-pihak yang menempel pada
penguasa-penguasa agama menggelar dan melebel pihak-pihak yang bercakap akan
perihal As-Sunnah dengan gelaran dan lebelan karut dan tiada asas. Mereka ini
sebenarnya mengaku memperjuangkan Allah dan Rasul, tetapi Allah dan Rasul
langsung tidak pernah mengaku mereka sebagai pejuang. Seperti kata syair: “Semua
jejaka mengaku mereka mempunyai hubungan dengan Laila, tetapi Laila tidak pernah
mengaku mempunyai hubungan dengan mereka.” Moga Allah s.w.t. memalingkan hati
mereka kepada jalanNya.

Usaha–usaha untuk menjadikan As-Sunnah sebagai sumber agama, sebagai sumber


ilmu dan pendidikan, sebagai sumber ekonomi, dan sebagai sumber politik, juga yang
lainnya perlulah dipergiatkan dan diperkasakan. Kita berterima kasih kepada ulamak-
ulamak Islam yang mendahului kita dalam usaha itu, dan kita perlu berusaha untuk
menyusul.

Soalan-soalan
1. Berikan definisi as-sunnah dari sudut bahasa dan istilah.
2. Nyatakan definisi hadis maudhu’i/ tematik beserta contoh.
3. Terangkan bagaimana memahami hadis berdasarkan perpsektif al-quran?

Rujukan
1. Al-Quran al-Kareem ( 2012 ) Cetakan al-Malik Fahd,Madinah
2. Dr.Yusof Qaradawi(2014) Bagaimana Berinteraksi dengan As-Sunnah
3. An-Nawawi Imam Mahyuddin Yahya bin Syaraf( ) Syarah Arbain An-Nawawiah

Anda mungkin juga menyukai