Anda di halaman 1dari 1

Kesimpulan

Kesimpulannya, agama dan sains merupakan dua aspek penting untuk mendokong dan
membawa kepada kehidupan berperadaban. Agama mengajar penganutnya untuk hidup
beretika, berperaturan, dan bersistem untuk menjaga kerukunan serta menjamin kebahagiaan
hidup di dunia dan seterusnya. Kerukunan dan kesejahteraan inilah yang melestarikan
kehidupan berperadaban. Manakala, sains adalah satu bidang ilmu pengetahuan yang dirangka
dan digunakan untuk meneroka kesemua penemuan dan ilmu baru di dunia. Penemuan dan
ilmu baru inilah yang meningkatkan kemajuan hidup manusia demi menjamin kelangsungan
kehidupan berperadaban. Hakikatnya tidak terdapat pertentangan antara kedua-dua aspek
penting dalam kehidupan manusia ini. Tetapi, terdapat beberapa sarjana dan pemikir yang
berpandangan adanya konflik antara keduanya yang berpunca daripada worldview yang
mereka anuti dan hayati. Terdapat beberapa pertentangan antara agama dan sains yang berlaku
dalam sejarah dunia. Antaranya adalah pertentangan yang dapat dilihat di Barat seperti dalam
pandangan Bertrand Russell, Stephen Hawking, Richard Dawkins, Sigmund Freud, August
Comte, dan ramai lagi. Akhir kata, agama dan sains tidak dapat disingkirkan atau disisihkan
salah satunya kerana kedua-duanya merupakan kandungan utama dalam mendepani peradaban
manusia. Agama dan sains bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
menekankan keseimbangan dan harmonis dari aspek rohani, jasmani, emosi dan intelek.

Anda mungkin juga menyukai