Anda di halaman 1dari 10

APA ITU KRAF TANGAN?

Kraf tangan ialah hasil kerja tangan yang memerlukan daya kreativiti dan kemahiran menggunakan tangan oleh

pembuatnya. Ada yang menggunakan istilah seni hias atau seni rupa untuk maksud yang sama. Dikaitkan dengan industri desa kerana telah diusahakan oleh penduduk kampung secara kecil-kecilan bagi memperoleh pendapatan. Namun, pada hari ini, industri ini telah berkembang dan sudah mula dieksport ke luar negara.

CONTOH KRAF TANGAN


Seni tembikar

Tenunan kain songket

Anyaman kelerai

SENI TEMBIKAR
Diwarisi sejak turun temurun daripada nenek moyang. Tanah liat digunakan untuk membuat labu atau buyung .

Tanah liat busut yang diambil itu dijemur hingga kering,


kemudian ditumbuk halus menggunakan lesung kaki. Tanah itu dianyak untuk mengasingkan sampah dengan pasir

kasar kemudian tanah debu itu dicampur dengan air dan diuli
seperti adunan tepung. Setelah diuli, baharulah tanah liat dibentuk untuk menjadi seperti labu atau buyung. Labu yang telah siap kemudiannya dibakar dan setelah dikeluarkan dimasukkan ke dalam sekam padi yang bertujuan untuk menghitamkan labu-labu tersebut.

Tembikar sayung atau lebih dikenali dengan panggilan labu tanah merupakan satu hasil perusahaan tangan yang unik. Fungsi : - bekas untuk menyimpan air minum dan digunakan dalam upacara-upacara perbomohan Perusahaan ini terdapat di negeri Perak, iaitu di Kuala Kangsar, Sayong, Parit dan Pulau Tiga.

TENUNAN KAIN SONGKET


Terkenal di negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan. Di Kelantan, menenun kain songket dilakukan semenjak pemerintahan Cik Siti Wan Kembang (1610 1677).

Dahulunya, kemahiran menenun diajar kepada anak-anak gadis.


Perkataan songket berasal daripada sungkit yang bermaksud satu teknik menyungkit dengan menggunakan lidi buluh atau bilah nibung melalui benang lesung di permukaan alat tenun yang dinamakan kek. Benamg karat butang disediakan untuk membuat reka corak atau sulaman benang emas. Kain songket dihasilkan melalui proses yang rumit dan mengambil masa yang lama.

ANYAMAN KELARAI
Kelarai merupakan seni anyaman yang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat Melayu. Salah satu kebolehan yang dimiliki oleh anak-anak gadis zaman dahulu. Namun, orang lelaki juga mahir menghasilkan kelarai. Anyaman ini digunakan bagi menghasilkan alat-alat seperti bakul, tikar, dinding atau skrin, beg, tudung saji dan sebagainya. Bahan : daun mengkuang, daun pandan atau bilah buluh yang diraut nipis. Jenis kelerai : kelarai jari kedidi, kelarai mata ketitir, kelarai bunga berembang, kelarai kepala lalat, kelarai pecah lapan, kelarai tompok jantung dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai