Anda di halaman 1dari 10

7.

0 SUSUR GALUR PERKEMBANGAN PENULISAN TATABAHASA BAHASA MELAYU

7.1 Peringkat Perkembangan Tatabahasa Melayu

Perkembangan nahu telah lahir sejak abad ke-16. Pada peringkat awal, karya tatabahasa
Melayu kebanyakannya dipelopori oleh sarjana barat. Hal ini berkait rapat dengan sejarah
kedatangan pihak penjajah ke Nusantara. Daftar kata yang dihasilkan oleh Pigafetta, Elbink
dan C. Houtman telah menunjukkan pentingnya nahu Melayu. Berdasarkan sejarah, buku
Tatabahasa Melayu yang pertama ditulis oleh putera Melayu ialah Bustanul al-Katibin Li
Sibyan al-Mutaallimin susunan Raja Ali Haji dari Pulau Penyengat di Kepulauan Riau. Buku
tersebut dianggarkan selesai disusun pada tahun 1857. William Marsden merupakan orang
pertama yang menulis buku tatabahasa Melayu yang berjudul A Grammar of The Malayan
Language With an Introduction.

Tatabahasa Melayu susunan Raja Ali jelas membayangkan pengaruh tatabahasa


bahasa Arab. Hal ini dibuktikan oleh penyelidikan yang dijalankan oleh Harimurti
Kridalaksana tentang tatabahasa susunan Raja Ali Haji khususnya dari segi kelas kata yang
menunjukkan pengaruh Arab dalam kerangka kelas kata bahasa Melayu. Contohnya, Raja
Ali Haji membahagikan kata bahasa Melayu kepada tiga kelas, iaitu nama, perbuatan dan
harf (partikel). Pembahagian kata seumpama ini dalam bahasa arab menjadi isim, fiil dan
harf. Buku tatabahasa ini tidak menjadi sebutan berkemungkinan kerana bahasa Melayu
belum lagi dipelajari secara formal.

Pengaruh tatabahasa tradisional yang berasal daripada tradisi Yunani-Romawi amat


mempengaruhi corak penyusunan tatabahasa Melayu pada peringkat awal. Pengaruh ini
dapat dilihat dalam buku pelita bahasa Melayu (PBM) susunan Zainal Abidin Ahmad (Zaba).
Buku yang diterbitkan oleh pejabat karang

mengarang, jabatan pelajaran, persekutuan

tanah Melayu ini menggabungkan tiga jilid Pelita Bahasa Melayu, iaitu PBM II diterbitkan
pada tahun 1940, PBM penggal II pada tahun 1946 dan PBM penggal III pada tahun 1947.
Naskhah tersebut dikarang sebelum Zaba menerima pendidikan formal pengajian tinggi di
University Of London pada tahun 1953.

Sebagai tokoh intelektual ulung Melayu dalam pembinaan kemajuan pemikiran


bangsa dan pembangunan, Zaba diiktiraf sebagai pengasas paling dinamik dalam
perkembangan pengajian dan persuratan Melayu dan peningkatan keintelektualan Melayu.
Buah tangan beliau yang berkaitan buku tatabahasa menjadi dasar kepada pembentukan
buku tatabahasa di Malaysia. Beliau menggubal sistem ejaan dalam tahun 1933 dan
menggantikan sistem ejaan oleh R.J. Wilkinson yang telah digunakan dalam tahun 1914
sehingga mengukir nama sebagai pencipta sistem ejaan baru bahasa Melayu yang disebut
sebagai sistem ejaan Zaba. Oleh sebab sistem ejaan Zaba digunakan di sekolah-sekolah
semenjak tarikh penggubalannya sehinggalah tahun 1972 dengan dilaksanakan sistem
ejaan baharu, maka sistem berkenaan juga dikenal sebagai sistem ejaan sekolah. Oleh
sebab itulah beliau digelar bapa bahasa Melayu moden selepas Abdullah Munsyi.

Beberapa nama besar seperti C.O Blagden, O.T. Dussek, R.O. Winstedt dan Mohd
Hashim Bin Haji Talib telah mempengaruhi pembinaan buku tatabahasa ini sewaktu beliau
bertugas di School of Oriental and African Studies, London.

Blagden banyak memberi

ulasan berkaitan naskhah asal yang ditulis oleh Zaba. Naskhah bertulis tangan pula dibaca
dan diulas oleh Winstedt. Bahagian pertama buku ini menguraikan tentang bunyi, ejaan dan
imbuhan dan ayat dalam bahasa Melayu. Bahagian kedua mengandungi hal mengarang
dan latihan. Walaupun aturan rangka buku ini banyak diambil berpandukan kepada aturan
nahu Inggeris, namun isi kandungan buku itu dipadankan dengan pembawaan tabiat sejati
bahasa Melayu dengan kaedah-kaedah yang khas daripada bahasa-bahasa lain. Oleh itu,
buku tatabahasa Zaba ini mudah difahami dan digunakan.

7.1.1 Pelita Bahasa Melayu Penggal I


Zaba memfokuskan PBM I yang berkaitan dengan aspek fonologi dan morfologi. Buku ini
merupakan panduan untuk kegunaan pembelajaran darjah rendah dan tinggi sekolah
Melayu. Pada era penjajahan dan perang dunia, universiti tertinggi bagi pengajian bahasa
Melayu ialah Sultan Idris Training College (SITC), Tanjong Malim, iaitu tempat di mana
Zaba ditugaskan sebagai pensyarah. Sehubungan itu, setiap huraian ditulis secara
sederhana supaya pembaca, iaitu murid sekolah Melayu, dengan bimbingan guru mampu
menguasai asas tatabahasa sebagai suatu ilmu yang teratur.

Sejarah penggunaan tulisan Sanskrit, Jawi dan Rumi dalam penulisan bahasa
Melayu telah diperkenalkan dalam PBM. Menurut Zaba, sewaktu zaman istana dikuasai
oleh raja beragama Hindu, dokumen rasmi yang ditulis pada batu bersurat menggunakan
tulisan Sanskrit, iaitu sejenis sistem tulisan Hindu Purbakala. Apabila Islam mula bertapak di
tanah Melayu pada abad ke-14 Masihi, sistem tulisan jawi diperkenalkan. Tulisan jawi ini
masih bertahan sehingga kin.

Kedatangan Islam ke Nusantara yang disebarkan oleh ulama dan pedagang Arab,
khususnya kerajaan Uthmaniah Turki dan pelancaran perang salib telah mengakibatkan
alam Melayu dipaksa menerima pengaruh barat, termasuk tulisan rumi. Bangsa Eropah
sanggup bertutur bahasa Melayu pasar tetapi enggan menggunakan tulisan jawi. Semenjak
itu pengaruh tulisan jawi semakin merosot. Sejumlah 74 halaman diperuntukkan bagi
menjelaskan sistem tulisan jawi dan rumi. Aksara cha, nga, ga dan nya dicipta khusus bagi
menyesuaikan lidah penutur jati bahasa Melayu yang tidak terdapat dalam tulisan arab.
Zaba turut memperincikan golongan kata, imbuhan dan asas sintksis bahasa Melayu. Istilah
yang digunakan memang berbeza dengan kajian linguistik moden, namun asas tatabahasa
Zaba inilah yang telah mengangkat martabat bahasa Melayu sebagai jiwa bangsa atau
lambang jati diri di alam Melayu.

7.1.2 Pelita Bahasa Melayu Penggal II


Buku ini lebih memfokuskan kepada asas karang-mengarang. Zaba menegaskan bahawa
karangan terbentuk daripada sekumpulan ayat. ini dimulakan dengan asas subjek dan
predikat, huraian dikembangkan kepada jenis dan ragam ayat, tanda baca dan penggunaan
rangkai kata (frasa) penerangan. Zaba memberikan petua mengarang daripada karangan
biasa hinggalah kepada genre tradisional, cereka dan surat kiriman.

7.1.3 Pelita Bahasa Melayu Penggal III

PBM Penggal III ditujukan kepada murid-murid yang berada di darjah tinggi sekolah Melayu
dan penuntut tahun pertama maktab perguruan. Walaupun telah ditulis 10 tahun sebelum
tanah Melayu bebas daripada cengkaman penjajah Inggeris, Zaba berharap agar bahasa
Melayu terus ke hadapan sebagai bahasa rasmi pemerintahan yang dihormati dan
dipelihara martabatnya. Sama seperti saranan sosiolinguistik, Zaba berpendapat bahawa
perubahan tatabahasa tidak dapat ditahan. Misalnya, lambat-laun penggunaan di untuk
masa akhirnya terpaksa diterima sebagai betul.

Sebanyak tiga bab khusus telah ditulis untuk menerangkan kesalahan dan kecacatan
dalam karangan. Beliau memberi teguran tentang pemilihan kata (diksi), kecenderungan
menulis ayat yang panjang-panjang dan penggunaan perkataan yang pelik-pelik. Pada
Zaba sebuah karangan yang baik ialah karangan yang mudah difahami dan fokus
(dihadkan). Beliau turut membuat analisis beberapa prosa klasik dan contoh karangan yang
ditulis oelh murid beliau sendiri. Selain itu, beberapa contoh karangan yang lengkap turut
dimuatkan. Sebagai panduan kepada guru, Zaba menyediakan sejumlah 76 rangka
karangan rencana dan sembilan kumpulan tajuk karangan yang lain. Kebijaksanaan Zaba
mengarang buku Pbm dalam tiga jilid ini telah meninggalkan kesan yang besar dalam
perkembangan tatabahasa Melayu di Malaysia kerana PBM menjadi pegangan dan
panduan untuk mengajar bahasa Melayu di sekolah-sekolah selama hampir tiga dekad.

Dewan bahasa dan pustaka telah menerbitkan semula edisi baharu pada tahun 2000
dengan hasil usaha Prof. Dr. Asmah Haji Omar. Pembaca perlu menilai naskhah ini
berdasarkan kerangka zaman berkenaan yang disejajarkan dengan disiplin linguistik moden.
Banyak tokoh tatabahasa bahasa Melayu yang memberi sumbangan besar kepada
perkembangan dan pembinaan tatabahasa bahasa Melayu seperti Shellabear (1899)
menulis A Practical Malay Grammar, adam & butler (1948) menulis Grammar Of The Malay
Language, tandeloo (1901) menulis Malaisch Grammatical dan R.O. Winstedt (1913)
menulis buku tatabahasa Malay Grammar.

7.2 Pengaruh Tatabahasa Transformasi Generatif

Tatabahasa transformasi generatif mula diperkenalkan dalam bidang linguistik pada tahun
1957 oleh Avram Noam Chomsky. Beliau ialah seorang ahli linguistik, pendidik, aktivis politik
dan penulis Amerika Syarikat yang prolifik. Beliau dilahirkan dan dibesarkan di Philadelphia,
Pennsylvania dan seterusnya berjaya menamatkan ijazah pertamanya pada tahun 1945 dan
pengajian sarjananya pada tahun 1955 di universiti Pennsylvania. Chomsky telah mencipta
dan memperkenalkan bidang linguistik baharu yang diberi nama tatabahasa generatif
berdasarkan teori yang beliau usahakan sepanjang tahun 1950-an. Beliau telah menerbitkan
teori yang dipanggil tatabahasa transformasi generatif dalam buku yang bertajuk Syntactic
Structures (1975) dan Aspects Of The Theory Of Syntax (1965).

Antara tokoh-tokoh bahasa Melayu yang sealiran dan seangkatan dengan


tatabahasa ini ialah Lutfi Abas melalui bukunya, iaitu linguistik deskriptif dan nahu bahasa
Melayu yang ditulisnya pada tahun 1971, Abdullah Hassan melalui bukunya, linguistik am
pada tahun 1980, Nik Safiah Karim melalui buku Tatabahasa Dewan (1991) dan Bahasa
Malaysia Syntax (1978) dan beberapa orang lagi ahli bahasa transformasi genaratif Melayu.

Tatabahasa transformasi generatif merupakan satu aliran mazhab pengkajian


bahasa yang memberi tumpuan terhadap bidang sintaksis serta mengutamakan bidang
semantik. Dasar utama teori ni menganggap bahawa setiap ayat yang dihasilkan
sebenarnya mengandungi dua peringkat. Peringkat-peringkat tersebut ialah struktur
dalaman dan struktur permukaan. Struktur dalaman ialah struktur yang mengandungi bentuk
ayat dasar atau ayat inti yang diperlukan untuk membentuk asas makna ayat atau semantik
ayat. struktur permukaan ialah struktur ayat yang biasanya telah mengalami perubahan
daripada struktur dalamannya. Ia juga merupakan bentuk ayat yang akan sebenarnya
diucapkan oelh si penutur untuk ditafsirkan oleh bahagian bunyi bahasa atau komponen
fonologi.

Hal ini disetujui oleh Nik Safiah Karim (1993), iaitu teori TG mengandaikan adanya
dua peringkat struktur ayat, iaitu peringkat struktur dalaman dan peringkat struktur
permukaan. Kedua-dua peringkat struktur ini diterbitkan oleh dua jenis hukum atau rumus
tatabahasa. Rumus-rumus tersebut ialah rumus struktur frasa dan rumus transformasi. RSF
akan membentuk ayat pada struktur dalaman, manakala rumus transformasi menerbitkan
ayat pada peringkat permukaan. Ayat yang terhasil daripada struktur dalaman akan menjadi
input kepada pembentukan ayat pada peringkat permukaan. Teori ini juga mengandaikan
bahawa kedua-dua jenis rumus tatabahasa ini menjadi sebahagian daripada unsur
kecekapan berbahasa seseorang individu.

Chomsky mengatakan bahawa nahu terdiri daripada set rumus untuk menghasilkan
ayat yang tidak terhad jumlahnya. Beliau berpendapat nahu ini menganalisis bahasa
berdasarkan himpunan-himpunan tulisan dan bertujuan untuk memudahkan seseorang yang
mempelajari sesuatu bahasa itu dapat membentuk ayat-ayat baharu dan memahami
pertuturan orang lain yang tidak pernah didengarnya. TG membahagikan nahu kepada tiga
komponen, iaitu sintaksis, semantik dan fonologi.

Hashim Musa (1993) menjelaskan bahawa komponen nahu mengikut aliran TG


mengandungi lima komponen, iaitu leksikon, kategori atau struktur frasa, transformasi,
fonologi dan semantik. Komponen leksikon dan struktur frasa sekali gus membentuk
komponen dasar dan bergabung dengan komponen transformasi untuk membentuk
komponen sintaksis. Pendekatan tatabahasa transformasi generatif telah diterapkan ke
dalam pengajaran bahasa Melayu di Malaysia. Penerapan ini dilakukan dengan beberapa
pengubahsuaian dengan kehendak dan kriteria bahasa Melayu.

7.3 Tatabahasa Formal

Tatabahasa formal merupakan satu peraturan untuk menghasilkan hukum-hukum nahu


yang betul. Antara ciri-ciri tatabahasa formal adalah seperti yang berikut:

Pemerian bahasa berdasarkan bentuk linguistik

Pemerian bahasa berdasarkan struktur dan ciri lakuan


bahasa

Setiap rumus dapat ditentukan tempatnya dalam sistem

Berdasarkan fungsi tidak berdasarkan faktor ekstralinguistik

Berdasarkan tatabahasa huraian dan deskriptif

7.4 TATABAHASA DESKRIPTIF

Tatabahasa ini turut dikenali sebagai tatabahasa huraian. Tatabahasa ini merupakan nahu
yang memerikan sesuatu bahasa dari segala segi pada suatu jangka masa yang tertentu
berdasarkan bahan-bahan yang terdapat pada waktu itu. Bahan-bahan yang digunakan
mungkin terdiri daripada bahan-bahan pertuturan atau lisan oleh penutur jati bahasa itu atau
boleh menggunakan dokumen-dokumen bertulis seperti yang telah dibuat oleh Polmer atau
menggunakan kedua-dua bahan sekali. Perkara yang paling penting dalam nahu ini ialah
mengkaji dan memerikan struktur sesuatu bahasa, iaitu memerikan bahasa sebagaimana
kewujudannya. Bidang yang dikaji dalam linguistik deskriptif ialah fonologi, morfologi dan
sintaksis.

7.5 Tatabahasa Notional

Tatabahasa notional merujuk kepada sesuatu bahasa yang ditakrifkan berdasarkan makan
dan rasa. Tatabahasa ini berdasarkan kesejagatan bahasa dan mempunyai struktur yang
ideal. Hanya struktur yang menjadi norma sahaja dianggap gramatis. Ayat ditakrifkan
sebagai deretan ujaran yang bermakna.

7.6 Tatabahasa Preskriptif

Tatabahasa ini juga dikenal dengan nama tatabahasa normatif. Tatabahasa ini menekankan
beberapa ciri yang dianggap betul sahaja. Penggunaan acuan pencarian yang sedia ada
digunakan. Penentuan kaedah baku dijadikan sebagai rujukan atau pedoman.

7.7 Tatabahasa Bebas Konteks

Tatabahasa bebas konteks merupakan jenis tatabahasa struktur frasa. Dinamakan bebas
konteks kerana rumus tulis semula digunakan dengan tidak mengira konteks. Hal ini
berbeza dengan tatabahasa fungsional yang berpegang kepada pandangan pragmatik.
Fungsi bahasa sebagai alat perhubungan sosial serta berasaskan rumus yang mengawal
hubungan manusia.

7.8 Tatabahasa Fungsional

Tatabahasa fungsional merupakan salah satu linguistik moden yang merupakan instrumen
simbolik digunakan untuk tujuan berkomunikasi. Pandangan tatabahasa fungsional
mendasarkan bahawa struktur bahasa tidak akan difahami secara tidak baik apabila prinsip
pragmatik diabaikan. Kajian sintaksis dan semantik dilihat sebagai satu dasar konvensyen
pragmatik yang menentukan penggunaan bahasa sebagai interaksi verbal, iaitu sintaksis
membentuk kemampuan gramatikal untuk mengekpresi bahasa, sedangkan pragmatik
berkemampuan menggunakan ekspresi bahasa secara sesuai demi mewujudkan kejayaan
sesebuah komunikasi.

Teori ini memusatkan perhatiannya kepada tiga perkara yang saling berkaitan, iaitu:

Fungsi bahasa semula jadi

Fungsi hubungan yang

terjadi

pada pelbagai peringkat susunan


tatabahasa

Sasaran yang ingin dicapai

Untuk merealisasikan perkara di atas, pembangunan teori-teori tatabahasa fungsional ini


harus memenuhi tiga standard, iaitu:

Peraturan dan prinsip-prinsip teori ini harus dpaat diterapkan dalam manaTipologis

mana bahasa semula jadi

Rumusan yang dikemukakan harus memberi pemahaman tentang ungkapanPragmatik

ungkapan yang dapat digunakan secara efektif dalam interaksi komunikatif

Apa-apa yang dikemukakan oelh tatabahasa fungsional harus bersesuaian


Psikologi

dengan perkara-perkara yang telah diketahui

Terdapat tiga tingkat yang menjadi perhatian dalam tatabahasa fungsional, iaitu:

Pelaku (agent), pesakit


(recipient) dan sebagainya
Fungsi semantik

(patient),

penerima

Fungsi ini mendefiniskan peranan yang dimainkan


oleh peserta dalam suatu peristiwa sebagaimana
yang ditunjukkan oleh predikat

Subjek dan objek


Fungsi sintaksis

Fungsi ini mendefinisikan sudut pandngan suatu


peristiwa diwujudkan dalam bahasa-bahasa yang
diungkapkan

Tema dan ekor (tail), topik dan fokus


Fungsi pragmatik

Fungsi ini mendefinisikan status maklumat yang


diungkapkan dan menyambung ungkapan-ungkapan
yang ada dalam perbincangan atau wacana yang
sedang berlangsung itu

Anda mungkin juga menyukai