Anda di halaman 1dari 4

15.

0 TEKNIK TERJEMAHAN DAN PENTERJEMAHAN

15.1 Teknik Terjemahan

Terdapat tiga jenis terjemahan, iaitu:

Secara terus
Secara
struktural

Secara global

Teknik terjemahan

15.1.1 Teknik Secara Terus

Terjemahan secara terus dikenali sebagai terjemahan harfiah atau literal

Teknik ini menterjemahkan perkataan-perkataan dalam teks bahasa


sumber satu persatu dengan perkataan yang sepadan dalam bahasa
penerima

Perkataan bahasa penerima yang sepadan dengan bahasa


sumber tidak semestinya mengandungi makna asal perkataan
atau teks bahasa sumber

Sumber tanda bacaan dalam bahasa sumber dikekalkan

Terjemahan ini banyak berlaku dalam terjemahan buku-buku agama pada


zaman dahulu

15.1.2 Teknik Secara Struktural

Teks asal dalam bahasa sumber dipisahkan atau dipecahkan kepada ayatayat atau frasa-frasa

Terjemahan dilakukan ke atas pecahan-pecahan itu

Bentuk ayat, struktur ayat, golongan kata, kelas kata, tanda baca
dan makna bahasa sumber mestilah dikekalkan

Terjemahan perkataan-perkataan bahasa sumber mestilah sama dengan


perkataan-perkataan dalam bahasa penerima, iaitu tidak boleh
diterjemahkan secara sepadan

15.1.3 Teknik Secara Global

Terjemahan secara keseluruhan

Memerlukan dan mengutamakan pemahaman pembaca

Penterjemah menyesuaikan unsur-unsur bahasa dan budaya dalam


bahasa sumber termasuk tanda baca dengan unsur-unsur dan tanda
bahasa sasaran

Makna atau maksud asal petikan atau teks masih kekal dan terpelihara

Anda mungkin juga menyukai