Anda di halaman 1dari 18

Bimbingan dan Kaunseling

KANDUNGAN
PERKARA

HALAM
AN

Biodata
Penghargaan
Pengenalan
Tugasan 2
Rumusan
Refleksi
Bibliograf
Lampiran

2
3
4
5
16
17
19
20

BIODATA PELATIH

EDU3073

Bimbingan dan Kaunseling

Nama
Alamat surat menyurat

MAKLUMAT HUBUNGAN
Siti Zulaiha Binti Kasby
PPM Kampung Paris 3, Locked bag no.20 (A12),

Alamat sementara

91110 Lahad Datu, Sabah


Institut Pendidikan Guru Kampus kent, peti surat 2,

E-mel
Nombor telefon

89207 Tuaran, Sabah


zlayhar@yahoo.com
010-9404073

Nombor kad pengenalan


Tarikh lahir
Tempat lahir
Umur
Suku kaum
Agama
Bilangan adik-beradik
Tinggi
Berat

MAKLUMAT PERIBADI
920124-12-5844
24 Januari 1992
Kampung Tanjung Batu Tengah, Tawau
22 tahun
Bugis
Islam
3 orang (anak bongsu)
153 cm
42 kg

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t

Bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnia-Nya dapatlah saya
menyiapkan kerja kursus EDU3073, Bimbingan dan Kaunseling. Pada kesempatan
EDU3073

Bimbingan dan Kaunseling

ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah, Encik Kundayes
Labeh atas bimbingan dan tunjuk ajar beliau sepanjang saya menyiapkan kerja
kursus ini.
Tidak dilupakan kepada kedua ibu bapa saya yang memberikan galakan dan
sokongan moral agar menyiapkan tugasan ini tepat pada masanya. Selain itu,
ucapan terima kasih juga ditujukan buat semua rakan yang membantu dan
memberikan maklumat mengenai kerja kursus ini.
Akhir sekali, terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung
mahupun tidak langsung dalam menyiapkan tugasan ini. Saya berharap agar
tugasan ini berguna dan dapat dimanfaatkan pada masa akan datang.

Sekian.

PENGENALAN

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sangat penting pada hari ini kerana negara
mengalami pertumbuhan yang pesat dan ini akan menyebabkan pelbagai dugaan
dan cabaran hidup terpaksa dilalui oleh setiap anggota masyarakat. Kaunseling dan
bimbingan ini adalah supaya manusia boleh mencari jalan keluar dalam
menyelesaikan masalah agar setiap individu dapat mencapai kesejahteraan hidup
dan menangani pelbagai masalah.

EDU3073

Bimbingan dan Kaunseling

Bimbingan dan kaunseling mempunyai definisi yang berbeza. Bimbingan


sebenarnya bukan proses memberikan arahan kerana pembimbing tidak membuat
keputusan untuk murid atau klien tanpa mengambil kira langkah-langkah yang
diambil ketika membimbing. Matlamat atau hasil yang ingin dicapai merupakan
usaha individu itu sendiri.
Manakala, kaunseling pula bermaksud suatu perhubungan bersemuka yang
disifatkan sebagai hormat-menghormati, komunikasi yang berkesan dan penerimaan
klien secara tulen oleh kaunselor. Kaunseling ini bukannya memberikan maklumat
semata-mata kerana pemberian maklumat itu merupakan satu aspek yang kecil
sahaja. Namun, kaunseling merupakan perkhidmatan yang profesional berdasarkan
kefahaman mendalam tentang manusia, tingkah laku manusia dan masyarakat
sekelilingnya.

TUGASAN 2
Kajian ini telah dijalankan di salah sebuah sekolah di daerah Tuaran. Klien bernama
Hery (bukan nama sebenar). Hery berasal dari daerah Tuaran dan berumur 9 tahun.
Hery merupakan anak bongsu daripada 7 orang adik-beradik. Hery mempunyai 2
orang kakak dan 4 orang abang. Selain itu, Hery hanya tinggal bertiga dengan ibu
bapa, sementara adik-beradik yang lain bekerja di tempat lain dan ada juga yang
tinggal bersama suami. Hery menjelaskan bahawa ibu bapanya tidak bekerja dan
segala perbelanjaan ditanggung oleh kakak yang telah bekerja dan bersuami.

EDU3073

Bimbingan dan Kaunseling

Hery telah dikenal pasti mempunyai masalah tingkah laku. Selain itu, Hery
sering bertemu dengan guru disiplin kerana melanggar peraturan sekolah. Antara
masalah yang dilakukan oleh Hery adalah seperti terlibat dalam pergaduhan,
merosakkan harta benda, mengganggu rakan-rakan dan lain-lain. Hery juga pernah
berjumpa dengan guru bimbingan dan kaunseling sekolah bagi membincangkan
masalah tingkah laku yang dihadapi.
Justeru, guru bimbingan dan kaunseling telah mengesyorkan Hery untuk
diberikan bimbingan dan kaunseling bagi mengubah tingkah laku. Saya telah
menjalankan beberapa intervensi untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi dan
langkah bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi. Intervensi ini dilaksanakan
selama tiga minggu bermula daripada 6 April 2015 hingga 27 April 2014. Jadual
pelaksanaan intervensi adalah seperti yang berikut:
Perkara
Berbincang

dengan

guru

bimbingan

dan

kaunseling
Perjumpaan pertama dengan klien
Membina hubungan dengan klien
Bertanya

dengan

guru-guru

tentang

latar

belakang klien
Melaksanakan intervensi seni
Melihat perubahan sikap klien
Memberikan bimbingan dan nasihat kepada
klien
Melaksanakan intervensi main
Klien menunjukkan sikap positif
EDU3073

Minggu

Minggu

Minggu 3

Bimbingan dan Kaunseling

Intervensi selesai
Jadual 2.1 : Pelaksanaan intervensi bimbingan dan kaunseling
Saya telah menjalankan kaunseling individu ke atas Hery. Gibson dan Mitchell
(2003) dalam Lee Kook Cheong (2014) mendefinisikan kaunseling individu sebagai
satu perhubungan satu dengan satu iaitu antara kaunselor terlatih dan berfokus
kepada beberapa aspek penyesuaian klien, perkembangan dan keperluan membuat
keputusan. Proses ini melibatkan satu perhubungan dan ciri komunikasi di mana
klien boleh membentuk pemahaman menerokai kemungkinan-kemungkinan dan
memulakan perubahan. Kecekapan kaunselor memungkinkan perubahan positif
berlaku. Kemahiran kaunselor dan pengetahuan menyediakan satu rangka kerja dan
arah yang memaksimakan potensi klien ke arah hasil yang positif.
Zuraidah Abdul Rahman (2002) pula mentakrifkan kaunseling individu
sebagai satu perhubungan yang bersemuka di mana seorang klien mendapatkan
bantuan daripada seorang kaunselor. Perhubungan tersebut disifatkan oleh ciri-ciri
seperti penerimaan klien secara tulen, saling hormat-menghormati dan penekanan
terhadap keperluan-keperluan serta perasaan klien. Manakala, Shertzer dan Stone
(1986) menegaskan kaunseling individu sebagai proses interaksi yang memudahkan
pemahaman bermakna mengenai diri dan alam sekitarnya lalu menyebabkan
penentuan matlamat-matlamat dan nilai-nilai tingkah laku masa hadapan klien.
Sementara itu, Muhd Mansur Abdullah (1993) mendapati bahawa kaunseling
individu merupakan suatu pemusatan hal peribadi, hubungan bersemuka antara dua
manusia apabila seorang kaunselor dengan kemampuan yang ada padanya
menyediakan satu situasi pembelajaran yang membolehkan klien mengenali diri,
membuat perubahan, menukar sikap, membuat keputusan dan pemilihan bagi
memenuhi keperluan diri mereka sendiri.
Secara umumnya, kaunseling individu merupakan satu pertemuan antara
seorang kaunselor dengan seorang klien untuk mengadakan satu proses
perhubungan atau interaksi profesional dan memusatkan tumpuan kepada aspekEDU3073

Bimbingan dan Kaunseling

aspek dan perkembangan diri klien dan diikuti dengan pembuat keputusan dari
alternatif-alternatif yang diperlukan. Kaunseling individu mewujudkan interaksi dan
komunikasi di mana klien akan berpeluang membina kesedaran dan pemahaman
melalui penerokaan kendiri serta penjelasan ke atas beberapa matlamat dan
alternatif penyelesaian. Tujuan akhir kaunseling individu ialah klien diharapkan dapat
memenuhi keperluan diri dan persekitarannya dan pada masa yang sama melalui
perubahan yang dilakukan.
Sebelum memulakan sesi kaunseling, saya telah menyatakan beberapa
syarat yang perlu dipatuhi antara saya dan Hery. Saya telah menetapkan elemen
kerahsiaan, iaitu semua perbincangan semasa kaunseling adalah sulit dan tidak
boleh diceritakan kepada orang luar. Disebabkan itulah saya telah memilih bilik
bimbingan dan kaunseling untuk mengadakan perjumpaan ini di mana bilik tersebut
jauh daripada gangguan bising dan orang. Dengan ini, Hery tidak berasa terganggu
dan mudah untuk berkongsi cerita serta meluahkan perasaan.
Selain itu, susunan tempat duduk antara saya dan Hery juga diambil kira.
Saya telah menetapkan susunan kerusi berbentuk L bagi memudahkan Hery
berinteraksi dengan saya dan begitu juga sebaliknya. Keadaan ini juga dapat
mewujudkan perhubungan antara saya dan Hery, selain memudahkan eye-contact
semasa sesi bimbingan dan kaunseling. Klien akan berasa diri dihargai jika
perhatian diberi semasa dia bercakap. Saya juga telah memanggil dan
membahasakan klien dengan nama panggilannya sepanjang sesi kaunseling dan
tidak

menggunakan

kamu.

Keadaan

ini

perhubungan yang mesra dengan klien.

EDU3073

kerana

saya

ingin

mewujudkan

Bimbingan dan Kaunseling

Gambar 2.2: Susunan tempat duduk L


Seterusnya, saya telah bertanyakan nama dan latar belakang Hery seperti
tempat tinggal, bilangan adik-beradik, kegemaran, hobi dan cita-cita. Hery telah
menceritakan serba sedikit tentang latar belakangnya. Saya mendapati Hery berasal
daripada keluarga yang kurang berkemampuan kerana ibu bapa Hery tidak bekerja
dan hanya mengharapkan kakak untuk memberi perbelanjaan setiap bulan. Saya
berpendapat bahawa Hery kurang menerima kasih sayang dan perhatian daripada
keluarga hingga menyebabkan Hery ingin mencari perhatian di sekolah dengan
melanggar peraturan sekolah. Konklusi ini dibuat apabila Hery menceritakan bahawa
dia tidak mengetahui susunan adik-beradik dalam keluarganya dan ibu bapanya
langsung tidak pernah bercerita tentang perkara ini. Sebelum berakhirnya
perjumpaan yang pertama, saya telah menetapkan tarikh perjumpaan yang
seterusnya antara saya dan Hery.
Selepas itu, saya telah berjumpa dengan beberapa orang guru untuk
bertanya serba sedikit latar belakang Hery dan keluarganya. Maklumat ini saya
perlukan untuk memudahkan saya memilih dan melaksanakan intervensi yang
sesuai terhadap Hery. Berdasarkan apa yang diceritakan oleh guru-guru, Hery
sering dipukul oleh bapanya sehingga menyebabkan Hery sudah lali apabila dipukul

EDU3073

Bimbingan dan Kaunseling

dan dimarahi oleh guru disiplin. Hery juga berkemungkinan bertindak ganas dan
memukul rakan kerana sering menjadi mangsa pukulan dan amarah bapa.
Pada perjumpaan yang seterusnya, saya telah bertanyakan sendiri dengan
Hery tentang hal ibu bapanya. Saya bertanya sama ada dia selalu dipukul dan
dimarahi oleh ibu bapanya. Namun, Hery mengatakan bahawa dia tidak pernah
dipukul dan dimarahi semasa di rumah. Hery mengatakan bahawa dia suka bermain
dan tidak suka mengulang kaji pelajaran tetapi ibu bapanya hanya membiarkan dan
tidak menunjukkan sikap ambil berat terhadap pelajarannya. Saya mula berasa
keliru tetapi seperti yang diperkatakan oleh guru bahawa Hery sering menggunakan
helah bela diri untuk melepaskan diri daripada kesalahan yang dilakukannya. Helah
bela diri ini digunakan agar seseorang tidak mengesyaki kesalahan yang telah kita
lakukan. Saya menyedari bahawa Hery tidak bercakap benar kerana dia hanya
mengangguk dan menggeleng sahaja apabila saya bertanyakan soalan. Saya
mengambil langkah menamatkan sesi kaunseling pada hari tersebut kerana Hery
tidak menunjukkan minat untuk berkongsi masalah dan meluahkan perasaannya.
Justeru, saya telah menjalankan intervensi yang pertama, iaitu terapi seni.
Terapi seni ialah perkhidmatan kemanusiaan yang menggunakan media seni, imej,
proses kreativiti seni dan tindak balas klien untuk menghasilkan produk sebagai
mencerminkan perkembangan individu, kebolehan, personaliti, minat, kerisauan dan
pertelingkahan. Lee Kook Chong et. all (2014) berpendapat bahawa terapi seni
merupakan bantuan rawatan tanpa ubatan dan pembedahan dalam menyelesaikan
masalah berkaitan cabang ilmu Pendidikan Seni Visual. Seni visual pula sebagai
instrumen yang membantu pelajar mengatasi kekeliruan dan kekalutan emosi dan
tekanan bertindan, bukan sahaja dalam menghadapi proses pengajaran dan
pembelajaran tetapi kehidupan seharian.
Terapi seni sebenarnya satu bentuk terapi emosi dan tingkah laku. Terapi ini
juga merupakan proses seni yang membantu untuk membaiki perkembangan fizikal,
mental dan emosi seseorang. Saya memilih terapi ini agar Hery dapat meluahkan
perasaan melalui lukisan yang dihasilkan. Saya mendapat tahu bahawa Hery
meminati subjek Pendidikan Seni Visual. Justeru, saya telah mengambil kesempatan
ini untuk mendalami dan memahami perasaan Hery. Melalui hasil lukisan, tingkah
EDU3073

Bimbingan dan Kaunseling

laku yang mempunyai masalah psikologi emosi dapat dikesan. Hasil lukisan dapat
dinilai secara tersurat dan tersirat.
Kita sedia maklum bahawa tidak semua dapat diluahkan melalui kata-kata.
Oleh itu, terapi seni merupakan inisiatif yang terbaik untuk menzahirkan perasaan
seperti kerisauan, kegembiraan, kesedihan dan sebagainya. Saya telah memberikan
sekeping kertas lukisan kepada Hery. Saya telah meminta Hery melukis
pemandangan berdasarkan apa yang saya sebutkan. Pada mulanya saya
mengarahkan Hery melukis gunung, kemudian matahari dan burung. Selepas itu,
saya meminta Hery melukis rumah, pokok kelapa, sungai, perahu dan ayam.
Berdasarkan psikologi, kita dapat mentafsir sifat seseorang melalui lukisan. Oleh itu,
saya telah mencuba teknik tersebut terhadap Hery. Saya ingin mengenali Hery
dengan lebih dekat lagi dan menggali personaliti Hery yang sebenarnya. Setiap item
yang dilukis ini mempunyai maksud yang tersendiri, iaitu:
Item
Gunung

Maksud
Cita-cita dan impian. Jika gunung yang dilukis tinggi, maka
tinggilah impian dan cita-cita tersebut

Matahari

Jika matahari berselindung di sebalik gunung bermaksud


seorang yang pemalu dan jika sebaliknya, orang itu berani
menyuarakan pendapat

Burung

Jika lebih daripada 4 ekor bermaksud seorang yang


mementingkan persahabatan

Rumah

Melambangkan

keperibadian

seseorang

sama

ada

materialistik atau tidak berdasarkan rumah yang dilukis sama


ada mewah atau sebaliknya
Sungai

Jika berliku bererti perjalanan hidup yang sukar terpaksa


ditempuhi

Pokok kelapa

Jika pokok dilukis lebih tinggi daripada rumah bermaksud


seorang yang pentingkan keluarga

EDU3073

10

Bimbingan dan Kaunseling

Anak ayam dan ibu Sekiranya ibu ayam di hadapan, seorang yang boleh
ayam

memimpin. Jika anak ayam di hadapan, seorang yang lebih


suka dipimpin dan jika seiringan, orang tersebut boleh
dipimpin dan juga memimpin

Perahu

Jika berada di permukaan sungai, boleh berdikari dan jika


sebaliknya,

seorang

tidak

boleh

berjauhan

daripada

keluarga.
Jadual 2.2: Maksud setiap lukisan

Apabila saya melihat lukisan Hery, saya dapat membuat rumusan dan
mengenali serba sedikit perwatakan Hery. Hery telah melukis gunung yang banyak
dan tinggi. Ini bermaksud Hery seorang yang bercita-cita tinggi. Saya bertanyakan
kepada Hery apakah impian dan cita-citanya dan Hery mengatakan bahawa dia
ingin menjadi seorang polis. Dia ingin membantu keluarganya dan mengubah taraf
kehidupan mereka. Sangkaan saya terhadap sikap Hery yang suka berselindung
dan mencari helah bela diri ternyata tepat berdasarkan lukisan yang telah
dihasilkannya. Hery telah melukis matahari berada di sebalik gunung dan ini
bermaksud Hery seorang yang suka berselindung dan tidak suka berterus-terang.
Disebabkan itulah Hery sukar untuk berkongsi cerita tentang ahli keluarganya.

Rumah yang dilukis oleh Hery hanya sederhana dan ini menunjukkan Hery
seorang yang bersederhana dalam kehidupannya. Sungai yang dilukis juga tidak
terlalu berliku. Keadaan ini menunjukkan bahawa Hery tidak menghadapi banyak
cabaran dalam kehidupannya. Hery telah melukis perahu berada di permukaan
sungai yang mana menunjukkan bahawa Hery boleh berdikari walaupun dia seorang
anak bongsu. Hery boleh hidup sendiri tanpa penjagaan keluarga. Ini menunjukkan
sikap Hery yang positif. Sementara anak ayam dan ibu ayam pula berada pada
kedudukan ibu ayam di hadapan. Ini bermaksud Hery lebih suka memimpin orang
lain daripada dipimpin. Disebabkan sikap inilah Hery sering melakukan masalah
kerana dia tidak ingin terikat dengan peraturan dan tidak suka dipimpin. Hery ingin
EDU3073

11

Bimbingan dan Kaunseling

menentukan cara hidupnya sendiri. Seterusnya, pokok kelapa juga dilukis lebih
tinggi daripada rumah yang menandakan bahawa Hery lebih mementingkan
keluarga daripada harta benda.
Setelah melaksanakan intervensi ini, saya memerlukan pendekatan yang
lebih mesra dan lembut untuk mendekati Hery. Hal ini kerana Hery mempunyai
perwatakan yang suka berselindung dan dia akan cuba mempertahankan keluarga
serta dirinya sendiri. Oleh itu, saya telah menggunakan teknik mendekati diri yang
lebih mudah dan ternyata setelah beberapa hari, Hery dapat menyesuaikan diri dan
mula berasa selesa dengan saya. Saya juga menerima laporan daripada guru-guru
yang mengatakan bahawa Hery telah menunjukkan perubahan sikap yang baik.
Hery tidak lagi berbuat bising semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dan dia
dapat mengikuti arahan guru dengan baik.
Namun demikian, perubahan sikap ini hanya berlaku sementara sahaja dan
tidak berkekalan. Saya telah mendapat aduan daripada beberapa orang rakan
sekelas Hery yang mengatakan bahawa Hery sering kali membuli dan meminta
wang daripada seorang rakan sekelasnya, iaitu Firzie (bukan nama sebenar).
Sebelum berjumpa dengan Hery, saya terlebih dahulu memanggil Firzie untuk
mendapatkan kepastian berkenaan hal ini. Ternyata aduan itu benar dan Hery sering
meminta wang belanjanya dan Hery akan memukulnya apabila Firzie tidak
memberikan wang tersebut kepadanya. Peristiwa ini baru sahaja berlaku dalam
minggu ini.
Kemudian, saya telah mengadakan perjumpaan dengan Hery dan terus
bertanyakan hal ini kepadanya. Hery mengaku bahawa dia ada meminta wang Firzie
kerana dia tidak mempunyai wang. Dia hanya akan meminta apabila tidak membawa
wang ke sekolah. Saya dapat memahami kesulitan keluarga yang dihadapi oleh
Hery namun saya tetap mengingatkan Hery bahawa perbuatan tersebut tidak baik
dan salah. Hery sepatutnya mengambil makanan rancangan makanan tambahan
yang telah disediakan dan bukannya mengambil wang orang lain untuk perbelanjaan
diri sendiri. Saya mengatakan bahawa jika Hery mengalami kesulitan wang, saya
akan menghulurkan bantuan. Saya akan cuba membantu apabila Hery memerlukan
bantuan asalkan Hery tidak mengganggu rakan-rakan yang lain. \

EDU3073

12

Bimbingan dan Kaunseling

Rakan-rakannya juga mengatakan bahawa mereka tidak selesa dengan sikap


Hery dan kurang berpuas hati dengannya yang suka mengganggu. Saya telah
memberikan nasihat dan bimbingan kepada Hery agar mengubah sikap supaya
dapat diterima dalam kumpulan dan tidak terpinggir. Hery memaklumkan bahawa dia
tidak mempunyai kawan baik dan saya telah menjelaskan bahawa keadaan
sedemikian terjadi kerana sikapnya sendiri. Hery tidak menghormati rakan dan suka
berbuat sesuka hatinya sahaja. Saya mengingatkan Hery bahawa dia merupakan
harapan ibu bapa untuk mengubah kehidupan mereka menjadi lebih baik.
Selepas itu, saya telah mengaplikasikan intervensi terapi main bagi
mengubah tingkah laku klien kepada lebih baik. Menurut Kraus (1990), bermain
boleh didefinisikan sebagai sebarang aktiviti yang memberikan kegembiraan dan
kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah hasil aktiviti tersebut.
Carr pula dalam teorinya mengatakan bahawa main sangat penting kepada kanakkanak untuk meluahkan pendapat masing-masing. Dari aspek psikologi pula terapi
bermain memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperoleh perasaan dan
mengawal keadaan yang dapat membantu kanak-kanak untuk berurusan dengan
realiti sebenar. Terapi main dapat membantu murid menunjukkan komitmen dan
fokus yang sepenuhnya terhadap aktiviti yang dijalankan. Melalui bermain, kanakkanak lebih mengenali dunia, selain berpeluang meneroka identiti masing-masing.

Saya telah memberikan permainan bercirikan luahan perasaan, iaitu plastisin.


Saya melaksanakan terapi ini untuk meningkatkan komunikasi dan membolehkan
Hery meluahkan perasaan melalui aktiviti yang dijalankan. Sebelum terapi main
dijalankan, saya telah menyediakan ruang fizikal untuk memudahkan Hery
melaksanakan intervensi ini. Saya telah memberi ruang kepada Hery untuk bermain
dengan plastisin, iaitu mencipta apa-apa sahaja yang terlintas dalam fikiran klien
pada waktu tersebut.
Melalui pemerhatian, saya mendapati klien telah menghasilkan bentuk robot,
iaitu transformer. Keadaan ini normal dan biasa berlaku kepada kanak-kanak apabila
diberikan permainan. Apa yang terlintas hanyalah bermain. Saya telah bertanyakan

EDU3073

13

Bimbingan dan Kaunseling

tentang robot yang dihasilkan dan Hery mengatakan bahawa dia sangat meminati
transformer.

Gambar 2.2: Klien sedang bermain dengan plastisin

Gambar 2.3 : Klien menghasilkan robot semasa terapi main


Sebelum sesi kaunseling ini berakhir, saya telah membuat perjanjian dengan
Hery, iaitu jika Hery menunjukkan sifat yang baik dan tidak mengulangi kesilapan
lagi, saya akan memberikan ganjaran kepadanya. Saya jadikan ganjaran ini sebagai
motivasi ekstrinsik terhadap Hery. Saya yakin bahawa Hery akan berubah sedikit
demi sedikit jika dibimbing dan dilentur dengan baik bak kata pepatah, belakang
parang kalau diasah lagikan tajam.
EDU3073

14

Bimbingan dan Kaunseling

Setelah intervensi ini dilaksanakan, Hery mula menunjukkan perubahan sikap


dan tingkah laku yang memberangsangkan. Jika sebelum ini, Hery tidak mendengar
arahan guru dan sering mengganggu rakan, namun tingkah laku murid telah
berubah. Hery telah menunjukkan sikap yang baik semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan dan tidak terdapat lagi aduan atau masalah disiplin yang
melibatkannya.
Walau bagaimanapun, saya berharap agar Hery mampu mengekalkan
tingkah laku yang baik sepanjang masa biarpun tidak lagi menerima ganjaran seperti
sebelum ini. Hery diharapkan mampu menunjukkan tingkah laku yang baik dan
membersihkan namanya daripada rekod disiplin sekolah.

RUMUSAN

Sebagai seorang guru, menjadi tanggungjawab kita untuk mengenal dan


mengetahui setiap latar belakang murid. Kita perlu mendekati murid tersebut dengan
pendekatan yang baik dan profesional terutama murid yang mempunyai masalah
pembelajaran dan tingkah laku. Walau bagaimanapun, tidak semua masalah yang
dihadapi oleh individu dapat diselesaikan dengan penyelesaian yang sama.
Justeru, guru perlu mempelajari cara-cara yang sesuai untuk mendekati murid
atau klien. Seorang guru atau kaunselor perlu bijak memilih suatu pendekatan yang
sesuai dengan klien. Klien akan dapat memberikan kerjasama sekiranya pendekatan
kaunseling yang digunakan itu sejajar dengan minat, nilai dan daya keupayaannya.
Keadaan seperti ini akan menjamin keberkesanan kaunseling.

EDU3073

15

Bimbingan dan Kaunseling

REFLEKSI

Bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapatlah saya
dan rakan kumpulan, Sarimah Binti Lantong menyiapkan kertas kursus EDU3073,
Bimbingan dan Kaunseling. Pada semester ini, saya dan rakan-rakan yang lain
dikehendaki membuat perbandingan tentang tiga teori kaunseling yang telah
dipelajari, iaitu teori tingkah laku, teori humanistik dan teori kognitif. Selain itu, satu
kajian kes juga telah dibuat di tempat kami menjalani praktikum 3, iaitu mengadakan
bimbingan dan kaunseling dengan murid yang mempunyai masalah pembelajaran
atau masalah tingkah laku.
Tidak dinafikan saya telah menimba banyak pengetahuan dan pengalaman
sepanjang melaksanakan tugasan ini. Saya telah mempelajari serba sedikit tentang
proses bimbingan dan kaunseling dijalankan di sekolah. Jika sebelum ini, proses
bimbingan dan kaunseling hanya dilihat dan dibaca, namun pada kali ini saya dapat
merasai sendiri peranan sebagai kaunselor muda. Saya juga telah menimba
pengetahuan dengan guru bimbingan dan kaunseling. beliau telah banyak
memberikan bimbingan dan tunjuk ajar tentang bagaimana cara melaksanakan sesi
EDU3073

16

Bimbingan dan Kaunseling

kaunseling. Beliau juga telah mengesyorkan kepada saya dan rakan-rakan


praktikum yang lain beberapa orang murid yang sememangnya bermasalah disiplin
dan tingkah laku untuk menjadi klien kami dan seterusnya membuat sesi bimbingan
dan kaunseling. Saya juga sangat berbesar hati dan bersyukur kerana guru-guru
yang lain sangat membantu dalam memberikan maklumat tentang murid yang
dibimbing. Selain itu, proses bimbingan juga dapat dijalankan dengan baik dengan
adanya bilik kaunseling yang selesa dan nyaman.
Bukan itu sahaja, malah saya juga dapat menambah pengetahuan dan
pemahaman saya tentang teori-teori kaunseling. Saya dan rakan kumpulan dapat
membuat perbandingan ketiga-tiga teori yang dikehendaki. Tidak dinafikan teori-teori
ini mempunyai persamaan dan perbezaan yang ketara. Kesemua teori mempunyai
matlamat dan pegangan yang tersendiri dan menjadi perbezaan dengan teori-teori
yang lain.
Walau bagaimanapun, di sebalik kekuatan pasti ada kelemahannya. Begitu
juga sewaktu melaksanakan tugasan ini. Saya menghadapi kekangan dalam
mencari sumber dan bahan rujukan berkaitan olahraga ini. Saya telah melakukan
pencarian di pusat sumber IPG Kampus Kent tetapi bahan rujukan yang
diperuntukkan bagi subjek ini terlalu sedikit. Hal ini membataskan guru pelatih untuk
membuat rujukan dan mencari maklumat tambahan. Oleh itu, saya berharap agar
pihak pusat sumber IPG Kampus Kent menambah bilangan buku rujukan kerana
saya melihat bilangan buku rujukan yang diperuntukkan tidak mencukupi untuk guru
pelatih. Saya terpaksa menunggu giliran untuk meminjam buku tersebut dan
kadang-kadang terpaksa pergi ke perpustakaan Tuaran untuk mendapatkan bahan
rujukan.
Secara keseluruhannya, pelaksanaan tugasan ini memberikan satu impak
yang positif dalam diri saya. Saya berharap agar tugasan sebegini diteruskan agar
semua guru pelatih mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang mendalam
tentang bimbingan dan kaunseling.

EDU3073

17

Bimbingan dan Kaunseling

BIBLIOGRAFI

Chong Leang Kow (2011). Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak. Petaling Jaya:
Sasbadi Sdn. Bhd
Ee Ah Meng, Suppiah Nachiappan, Taquddin Abd Mukti (2011). Perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Lee Keok Cheong, Ee Ah Meng, Suppiah Nachiappan, Taquddin Abd Mukti (2014).
Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn.Bhd.
Puteri Hayat Megat Ahmad (2010). Bimbingan dan Kaunseling. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka
Suppiah Nachiappan et.all (2012). Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar. Shah
Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

EDU3073

18

Anda mungkin juga menyukai