Anda di halaman 1dari 2

Petikan Teks

Kain Batik Sarung

Batik sarung merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat untuk membuat kain batik tetapi kini kain batik sarung telah ditukarkan dengan menggunakan alat-alat moden. Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik sarung banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu. Corak pembuatan batik dilakukan sama ada dalam proses melukis atau menerap batik. Bentuk-bentuk corak batik dihasilkan dalam dua bentuk utama iaitu Corak Organik dan Corak Geometrik. Corak Organik berunsurkan alam semulajadi seperti awan, tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan, dan haiwan. Manakala Corak Geometrik berbentuk bentuk-bentuk asas seperti segi empat, segi tiga dan lain-lain lagi. Batik sarung digunakan untuk membuat baju, kain sarung atau batik lepas. Sebagai contoh, pakaian seragam pramugari kapal terbang MAS dibuat daripada batik. Batik juga digunakan dalam majlis-majlis formal dan majlis keramaian. Selain dibuat pakaian, batik juga digunakan sebagai hiasan seperti alas meja, tudung kepala, alas televisyen dan lain-lain lagi. Batik begitu digemari pelancong-pelancong asing kerana coraknya yang menarik dan unik. Ia sering dijadikan buah tangan untuk dibawa pulang ke negara masing-masing.

Petikan Teks

Pada suatu petang, Halisa berpeluang pergi ke kilang pengusaha kain batik sarung. Halisa menemuramah seorang pekerja di sana untuk mengetahui cara pembuatan kain batik sarung tersebut.

Halisa

: Selamat petang, encik. Saya Halisa dari SK Kampung Keningau. Boleh saya menemuramah encik untuk dimuatkan ke dalam majalah sekolah?

Encik Russel : Selamat petang. Sudah tentu. Halisa : Cantik sungguh batik sarung di kilang ini. Sudah berapa lama encik bekerja di kilang ini? Encik Russel : Terima kasih. Saya sudah lama bekerja di kilang ini sejak awal pembukaan kilang ini lagi. Rasanya, hampir 20 tahun saya bekerja di sini. Halisa : Wah, sudah lama rupanya encik bekerja di sini! Apakah pula bahan dan alat untuk membuat batik sarung, encik? Encik Russel : oh, senang saja! Bahan dan alatan yang digunakan untuk membuat batik sarung ini ialah kain putih, alat penerap, pencelup dan campuran lilin. Halisa : Bagaimanakah pula cara untuk membuat batik sarung, encik? dan diterapkan pada kain. Kemudian, kain dicelup dengan warna. Proses ini dilakukan berulang kali menggunakan warna yang berbeza. Kain direbus di dalam air panas sebelum dijemur. Akhirnya, kainkain batik yang sudah kering, akan digosok, dilipat dan dibungkus untuk dipasarkan. Azra : Wah, banyak sungguh proses pembuatannya! Setakat itu sajalah soalan saya pada hari ini. Terima kasih saya ucapkan. Encik Russel : sama-sama.

Encik Russel : Batik ini dibuat dengan cara mencelup alat penerap ke dalam lilin

Anda mungkin juga menyukai