Anda di halaman 1dari 12

konstruktivisme membawa maksud falsafah membina.

Ia digunakan dalam bidang


psikologi, falsafah, teknologi,pengajaran, sains, matematik dan pendidikan moral.Tokoh-tokoh
yang pernah memberi sumbangan kepada teori konstruktivisme termasuk Piaget (dari perspektif
kognitif dan perkembangan ) Bruner, Vygotsky, Dewey (1933), Goodman (1984) dan Gibson
(1977). Di bawah konteks pembelajaran teori konstruktif menganggap bahawa ilmu pengetahuan
tidak boleh wujud diluar minda tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar iaitu
pengetahuan dibina melalui proses pengaruh di antara pembelajaran terdahulu dengan
pembelajaran terbaru yang berkaitan. Menekankan pembinaan pengetahuan oleh pelajar. Pelajar
dapat membina pengetahuan dengan menggunakan pengetahuan yang sedia ada dalam dirinya.
Pelajar akan mengaitkan pembelajaran baru dengan pembelajaran lama yang sedia ada.
Perspektif konstruktivisme menitikberatkan pengalaman pendidikan yang boleh membantu
kanak-kanak membina ilmu pengetahuan dan bukannya penyiaran pengetahuan.
5E LEARNING CYCLE / KITARAN BELAJAR 5E

Learning cycle atau kitaran belajar adalah suatu model pembelajaran yang berpusat pada
pelajar yang merupakan rangkaian tahap-tahap kegiatan (fasa) yang dianjurkan
sedemikian rupa sehingga pelajar dapat menguasai kompetensi-kompetensi yang perlu
dicapai dalam pembelajaran dengan berperanan aktif (Fajaroh, 2008).

Lorsbach (2006), learning cycle adalah sebuah model pembelajaran dalam ilmu
pendidikan yang konsisten dengan teori-teori kontemporari tentang bagaimana individu
belajar.

Model pembelajaran learning cycle pertama kali diperkenalkan oleh Robert Karplus dalam
Science Curriculum Improvement Study atau SCIS (Trowbridge & bylee dalam Wena, 2009).

Learning cycle merupakan salah satu model pembelajaran dengan pendekatan konstruktivis yang
pada mulanya terdiri atas tiga tahap, iaitu:
1. Eksplorasi (exploration),
2. Menjelaskan (explanation), dan
3. Memperluaskan (elaboration / extention), yang dikenali dengan learning cycle 3e.
Pada proses selanjutnya, tiga tahap kitaran tersebut mengalami perkembangan menjadi lima
tahap sehingga dikenal dengan learning cycle 5E , iaitu:
1. Penjanaan minat / mengajak (engagement),
2. Penerokaan / menyiasat (exploration),
3. Menjelaskan (explanation),
4. Memperluas (elaboration / extention), dan
5. Penilaian (evaluation),

Fasa pertama ialah ENGAGE atau melibatkan. Dalam fasa ini, guru akan memberi tugasan,
topik, atau penerangan konsep bagi menimbulkan minat dalam setiap tugasan. Keadaan ni
seterusnya menggalakkan perasaan ingin tahu murid dan membuatkan murid bertanya pelbagai
jenis soalan. Dalam fasa EXPLORE atau penerokaan pula, persoalan murid akan terjawab. Setiap
penemuan atau pertanyaan akan diteroka dan disiasat dengan menjalankan eksperimen atau
aktiviti yang lain. Melalui aktiviti seperti ini, ia menggalakkan kerjasama dalam kumpulan, rakan
sedarjah dan guru. Guru seterusnya akan bertanya soalan yang meneroka yakni lebih mendalam
mengenai topik yang dibentangkan.
Fasa EXPLAIN atau penerangan akan menerangkan konsep dan definisi yang tepat
mengenai topik yang dipelajari. Guru akan bertanya kepada pelajar tentang penerangan konsep
yg diajar. Seterusnya, guru dan murid akan mendapatkan bukti tentang penerangan konsep tadi
dan memberi penjelasan.

Fasa ELABORATE atau huraian akan mengembangkan konsep yang dipelajari kepada
bidang atau konsep yang lain. Kemahiran menghubungkait akan terjana dalam subjek-subjek
lain. Murid juga akan cuba menghubungkait konsep yang dipelajari dengan aktiviti atau kejadian
dalam kehidupan sebenar. Fasa terakhir ialah EVALUATE atau menilai. Fasa ini adalah untuk
menilai pemahaman pelajar mengenai proses pembelajaran. Bagi menilai pemahaman seseorang
murid, guru boleh adakan pembentangan atau persembahan sesudah proses pembelajaran. Guru
juga boleh bertanya soalan yang terbuka dan boleh mengusulkan bukti yang kukuh dan
membina.
Implikasi penerapan Model 5E dalam pengajaran adalah murid akan melibatkan diri
secara aktif dalam kelas. Murid tidak akan berasa segan untuk bertanya jika kurang faham
berkenaan sesuatu topik. Interaksi secara dua hala dan tidak hanya berpusatkan guru akan
member keyakinan diri kepada murid. Murid akan mempunya minat untuk mengkaji atau
mempelajari sesuatu matapelajaran tanpa berasa bosan. Murid juga dapat mencapai kepuasan
kerana Berjaya melihat sendiri hasil eksperimen. Disamping itu, murid juga dapat diterapkan
dengan nilai kerjasama. Murid akan mempunyai inisiatif sendiri untuk belajar tanpa terlalu
bergantung kepada guru.
Penerangan yang berteraskan Model 5E juga merangkumi konsep dan contoh yang dekat
dengan murid. Murid akan memahami dengan lebih jelas tentang konsep yang diterangkan oleh
guru. Justeru, proses pengajaran dan pembnelajaran menjadi berkesan dan mencapai objektif.
Model ini juga memberikan huraian yang jelas mengenai sesuatu perkara yang berlaku dan
kaitannya dengan persekitaran murid itu sendiri. Guru juga dapat menilai pemahaman dan
pencapaian murid mengenai topik-topik tertentu.

IMPLIKASI 5E TERHADAP P&P 1. Engage Murid akan melibatkan diri secara aktif
dalam sesi P&P Murid tidak segan untuk bertanya jika kurang faham berkenaan
sesuatu topik Menjalankan interaksi dua hala- tidak berpusatkan guru semata-mata.
Memberi keyakinan diri kepada murid untuk menyatakan pendapat mereka
mengenai sesuatu perkara. Murid akan mempunyai minat untuk mengkaji atau
mempelajari sesuatu mata pelajaran (tidak bosan.) 2. Explore Capai kepuasan
kerana berjaya melihat sendiri hasil eksperimen Menerapkan nilai murni dalam
kalangan murid iaitu nilai kerjasama. Meningkatkan kefahaman kognitif murid
tentang sesuatu pembelajaran. Murid akan mempunyai inisiatif sendiri untuk belajar
tanpa terlalu bergantung kepada guru. 3. Explain Penerangan yang diberikan
merangkumi konsep dan contoh yang dekat dengan murid. Murid akan memahami
dengan lebih jelas tentang konsep yang diterangkan oleh guru. Proses P&P
berkesan dan mencapai objektif. Murid-murid tidak akan berasa bosan semasa
pembelajaran. 4. Elaborate Huraian dikaitkan dengan pengalaman sedia ada yang
dimiliki murid Memberikan huraian yang jelas mengenai sesuatu perkara yang
berlaku dan kaitannya dengan persekitaran murid itu sendiri. Murid akan lebih
faham tentang sesuatu perkara dengan lebih jelas. 5. Evaluate Guru dapat menilai
setakat mana kefahaman murid. Guru juga boleh membuat penilaian berkenaan
pengetahuan sedia ada yang dimiliki murid. Guru dapat memperbaiki kelamahan
diri dan sekaligus dapat meningkatkan kemahiran murid. Murid akan sentiasa
bersedia. Copy and WIN : http://ow.ly/KfYkt
Copy and WIN : http://ow.ly/KfYkt

APAKAH HABA?
Pada pagi yang dingin, apabila anda memegang sebuah gelas kaca atau
seramik, pasti gelas tersebut terasa sejuk. Sebaliknya apabila anda mula
menuang air teh panas kedalam gelas tersebut, gelas tersebut akan mula
menjadi panas. Kenapa? Ini kerana tenagaHABA telah dipindahkan dari air
panas kepada gelas tersebut.
Haba adalah salah satu bentuk tenaga. Oleh itu, ia juga dipanggil tenaga
haba (thermal energy).Sesuatu objek menjadi lebih
panasapabila ia menyerap haba
danmenjadi sejuk apabila iakehilangan haba. Tenaga haba diukur dalam
unit joule (J).
Haba boleh dipindah dgn 3 cara iaitu Pengaliran/ Conduction, Sinaran/
Radiation,Olakan/ Convection.

Tenaga Haba
Tenaga haba (heat energy) adalah tenaga yang tersimpan di dalam objek panas
(hot object).
Tenaga haba sesuatu badan/jasad adalah bergantung kepada suhu (temperature)
dan isipadu (volume) badan/jasad tersebut.
Tenaga haba mengalir dari kawasan panas ke kawasan sejuk oleh konduksi
(conduction), perolakan (convection) dan sinaran/radiasi (radiation).
Kulit manusia memantau haba melalui reseptor deria panas (hot sensory receptor).
Contoh-contoh sumber tenaga haba:

Api.

Matahari.

Kolam air panas.

Air yang mendidih.

Pemanas elektrik.

Badan manusia dan haiwan.

Kegunaan tenaga haba:

Haba daripada pembakaran bahan api digunakan untuk menukarkan air


(water) kepada stim (steam). Stim tersebut kemudiannya digunakan untuk
mengendalikan (operate) enjin stim.

Untuk memanaskan air dan memasak makanan.

Untuk membuat unggun api (bonfire) bagi memanaskan badan.

Untuk menghasilkan garam melalui proses penyejatan (evaporation) air laut


di bawah matahari.

Untuk mengeringkan pakaian yang basah.

Kaedah Konstruktivisme

Murid : Tingkatan 1
Tema: Tenaga
Bidang pembelajaran: Haba
Masa: 2 waktu

Objektif pembelajaran

Memahami pengaliran haba dan kesannya

Hasil pembelajaran

Menyatakan haba mengalir dari kawasan panas ke kawasan sejuk.

Memberi contoh pengaliran haba dalam fenomena alam.

Fasa

Cadangan aktiviti

Persediaan

Orientasi idea berasaskan


pengetahuan sedia ada

Guru memaparkan
aktiviti perkhemahan
yang melibatkan
unggun api.

Cadangan komunikasi

a. Apakah yang kamu


perhatikan?
b. Apakah tujuan kanakkanak itu duduk di
sekeliling unggun api?
c. Apakah yang
menyebabkan kanakkanak panas?

2.Murid membuat
pemerhatian tentang
aktiviti tersebut?

Fasa

Cadangan aktiviti

Imaginasi

Penstrukturan
idea

Murid membentuk
kumpulan yang terdiri
daripada 5 ahli.
Ketua kumpulan
mengambil tugasan
aktiviti sama ada Aktiviti
1 atau Aktiviti 2 melalui
undian yang disediakan
oleh guru.
Aktiviti 1: Meleburkan marjerin

Meneroka

Cadangan komunikasi

AKumpulan yang
melakukan aktiviti 1,
bagaimanakah kamu
meleburkan marjerin?
a. Terangkan bagaimana
marjerin itu berubah dari
keadaan jirim pepejal ke
cecair?
b. Kumpulan yang
melakukan aktiviti 2, paku
tekan yang manakah jatuh
dahulu?

Menjelaskan

c. Terangkan mengapa paku


tekan jatuh pada masa
yang berbeza?

Konstruk idea baru

d. Catatkan dapatan anda


dalam kertas mahjong
untuk dibentangkan.

Aktiviti 2: Paku mana jatuh

dulu?

P:Rod kuprum
Q: Rod besi

Fasa

Cadangan aktiviti
1. Guru sebagai fasilitator
menyelia proses
pelaksanaan aktiviti.
2. Murid mencatat
pendapat-pendapat
berkaitan soalan soalan
yang diuatarakan oleh
guru dalam kerats
mahjong.

1. Guru meminta murid


membentuk kumpulan
yang terdiri dari lima
ahli.

Cadangan komunikasi

2. Setiap kumpulan
diberikan bahan-bahan
berikut:
Tugasan 1

Perkembangan

Penjelasan lanjut

Aplikasi idea

i.Apakah fenomena
semula jadi yang
melibatkan pemindahan
haba dalam situasi yang
digambarkan?

ii.Bagaimanakah proses
pemindahan haba
boleh
menyebabkan
berlakunya
fenomena ini?

iv.Apakah yang berlaku


kepada udara sejuk?

v.Apakah yang berlaku


kepada udara panas?
Tugasan 2

vi. Bagaimanakah
berlakunya pergerakan
udara?

Fasa

Cadangan aktiviti

Cadangan komunikasi

Tindakan

Penilaian
Amalan berterusan

1. Murid membentangkan
hasil-hasil tugasan
secara bergilir-gilir.
2.

Guru membuat ulasan


untuk setiap
pembentangan.

Murid menjawab soalan


penilaian, Lampiran 1
Pentaksirkan

Berdasarkan keupayaan murid menjawab Lembara 1.


Keupayaan murid membuat pembentangan.

Nilai dan sikap

1. Bekerjasama melengkapan tugasan yang diberikan.


2. Mensyukuri kurniaan Tuhan kepada kita

Anda mungkin juga menyukai