Anda di halaman 1dari 14

HBSC4203

EARTH AND SPACE / BUMI DAN ANGKASA


MAY 2015 SEMESTER

NAMA

ABD. LATIFF B. MOHD NOOR

NO. MATRIKULASI

810530075275

NO. KAD PENGENALAN :

810530-07-5275

NO. TELEFON

017-2327682

E-MEL

yalatifu33@gmail.com

TUTOR PENYELIA

EN. MOHD FAIRUZ BIN MD JANI

PUSAT PEMBELAJARAN :

OUM MELAKA LEARNING CENTER

KANDUNGAN

1.0pengenalan

2.0

Objektif kajian

3.0

Kawasan kajian

4.0

Kaedah kajian

5.0

Dapatan kajian

6.0 Faktor perubahan cuaca luar biasa

19

7.0 Kesan perubahan cuaca luarbiasa

1.0 PENGENALAN
2

Malaysia banyak menyaksikan perubahan cuaca yang dilihat ekstrem sejak kebelakangan ini, ada
antaranya tidak pernah dilihat sebelum ini.Dengan negara terletak di kawasan Khatulistiwa,
Malaysia sudah lazim dengan iklim tropika. Suhu pada puratanya 27 Celsius dan kadar
kelembapan adalah antara 70-90 peratus menjadikan Malaysia panas dan lembab sepanjang
tahun.Bagaimanapun, sejak setahun kebelakangan ini, Malaysia menyaksikan pelbagai fenomena
cuaca yang dianggap agak luar biasa.Ini termasuk cuaca panas yang terlalu terik sehingga
mencapai 41 Celsius, hujan yang turun dengan jumlah yang terlalu tinggi ketika Monsun Timur
Laut hingga berlaku banjir besar, suhu sejuk seperti yang berlaku di Kelantan pada awal tahun
serta kejadian puting beliung yang kerap berlaku pada akhir 2014.
Pelbagai kajian dijalankan untuk menentukan impak perubahan cuaca di seluruh dunia.
Bagaimanapun, adalah masih sukar untuk menentukan punca perubahan aliran cuaca di
Malaysia.Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam penyelidikannya menunjukkan panas
di Malaysia meningkat sejak lebih 40 tahun dan meramalkan paras air hujan juga akan
meningkat.Laporan Panel Antara Kerajaan dan Perubahan Iklim (IPCC) menyatakan bahawa
suhu permukaan bumi meningkat daripada 1.1 Celsius kepada 6.4 Celsius pada abad ke-21
dengan peningkatan ketara pada tahun 1990-an.Bumi yang lebih panas juga menyebabkan ais di
kutub terutama di zon Artik mula mencair. Ini seterusnya menyaksikan lebih banyak lagi
perubahan iklim berlaku yang dikaitkan dengan pemanasan global.Fenomena-fenomena iklim
seperti kitaran monsun dijangka berubah, dengan El-Nino mengakibatkan lebih banyak banjir,
kemarau, dan gelombang panas.Bagaimanapun, pakar meteorologi tempatan yang juga Pengarah
Pusat Penyelididkan Antartika Kebangsaan Universiti Malaya, Prof Datuk Dr Azizan Abu Samah
berpendapat perubahan cuaca yang dihadapi Malaysia sekarang bukan suatu yang aneh.Ini
kerana sistem cuaca adalah sentiasa berubah dan tidak statik.Beliau juga berkata banjir yang
berlaku terutamanya di Kelantan bukan suatu yang luar biasa kerana ia fenomena yang berlaku
hampir setiap tahun.Ia menjadi luar jangkaan kerana ribut dan hujan lebat datang secara serentak
dengan air pasang besar.Dengan kadar hujan yang melebihi 1,000mm, turun dalam empat hingga
lima hari itu adalah mustahil tidak akan menyebabkan banjir. Namun yang menjadi persoalan
kenapa air hujan itu tidak boleh mengalir ke laut,

Untuk kajian lapangan saya pada kali ini yang memerlukan saya menjalankan kajian
mengenai satu kawasan yang telah dilanda cuaca yang ekstrem dan mengkaji factor-faktor
terjadinya keadaan itu dan kesan kepada social,ekonomi dan geografi kawasan itu.untuk kawasan
ataupun tempat kajian saya telah memilih kawasan lading sawit yang terletak berhampiran
lebuhraya AMJ di kawasan Kampung Bukit Durian Melaka.Untuk menjalankan kajian ini,
pertama sekali . Saya berbincang dengan tutor di dalam kelas untuk mendapatkan gambaran
tentang kajian yang hendak dibuat.setelah memahami format dan tempat kajian telah di kenal
pasti saya telah menjalankan kajian ini selama lebih kurang 13 hari bermula 28 Jun-.10 Julai
2015.Saya menulis laporan kajian ini secara individu berdasarkan data dan maklumat yang
dikumpulkan di lapangan dan orang perseorangan.
Di samping itu, saya telah melakukan perbandingan kajian lapangan saya dengan
rakan saya untuk mendapatkan maklumat dan bertukar pendapat mengenai kajian yang dibuat.
Selain melayari internet untuk mendapatkan punca dan faktor dari Jabatan Meteoroloji untuk
maklumat yang lebih tepat dan sumber yang boleh dipercayai mengenai cuaca. Hasil daripada
maklumat yang diperolehi telah saya gunakan untuk melengkapkan kerja kursus ini.

2.0 Objektif Kajian


Saya menjalankan kajian ini untuk :
(a) Mengenal pasti faktor-faktor cuaca ekstrem yang telah melanda tempat kajian.
(b) Mengkaji kesan cuaca ekstrem terhadap geografi,social dan ekonomi setempat.
(c) Menyatakan kesan-kesan jangka panjang
(d) Mencadangkan langkah-langkah yang dapat diambil bagi mengatasi masalah ini

3.0 Kawasan Kajian


Kajian ini dijalankan di Kampung Bukit Durian yang terletak dalam mukim Umbai di
daerah Jasin Melaka .Berkoodinat 2 11' 0" North, 102 21' 0" EastJaraknya dari bandar Melaka
adalah kira-kira 10 kilometer. Keluasan kawasan kajian saya ialah kira-kira 5 ekardi ladang
kepala sawit bersebelahan dengan lebuhraya AMJ dan bilangan penduduk di sini lebih kurang
1500 orang.
Kawasan ini merupakan kawasan berbukit dan oleh sebab itu, kawasan ini dianugerahi
tanih yang subur dan amat sesuai untuk kegiatan pertanian terutamanya menanam
sawit.Kebanyakkan penduduk di kawasan ini adalah petani yang mengusahakan ladang
sawit.Terdapat juga pelbagai infrastruktur yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk penduduk
kampung ini seperti tadika Kemas, Sekolah Agama Rakyat , balai raya, dan bekalan elektrik.

Peta Negeri Melaka dan Daerah

Peta Kawasan kajian Kampung Bukit DurianBerkoodinat 2 11' 0" North, 102 21' 0" East

Kampung Bukit Durian adalah sebahagian dari Kampung Paya Dalam kerana sebelum
Kampung Paya Dalam mendapat namanya, telah wujud beberapa buah kampung-kampung kecil
yang pada peringkat awalnya lebih dikenali sebagai solok.
Solok-solok yang ada-ada peringkat awal ialah Solok Lapis, Solok Bukit Kecil, Solok
Budkit Nibong, Solok Batu Putih dan Solok Surau Batu. Kemudiannya muncul pula Solok
Tanjung Mak Midah, Solok Paya Meranti, Solok Paya Redan, Solok Paya Tanjung dan Solok
Fajar.Keseluruhan solok-solok inilah yang membentuk keseluruhan Kampung Paya Dalam yang
terletak dalam Mukim Bukit Lintang di Daerah Melaka Tengah.
Pembukaan Kampung Paya Dalam yang merangkumi Kampung Bukit Durian adalah
berkait rapat dengan kedatangan orang-orang Jawa ke Tanah Melayu secara besar-besaran yang
dipercayai berlaku pada pertengahan abad ke-19 sehingga meletusnya Perang Dunia ke-2
.Orang-orang Jawa yang tertarik dengan suasana hidup yang lebih baik di Tanah Melayu telah
datang dengan ramainya dan telah bermastautin tanah-tanah di kawasan pantai Barat Tanah
Melayu dari Johor sehingga ke Negeri Perak. Walaupun penempatan masyarakat Jawa di Melaka
telah wujud seawal era Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 namun penempatan orang6

orang Jawa di negeri Melaka tidaklah begitu ramai dan hanya terdapat di kawasan Sungai
Rambai, Paya Dalam, Tambak Paya dan Kampung Tehel. Antara keempat-empat kawasan
penempatan Jawa yang terawal, Kampung Paya Dalam dianggap sebagai kawasan penempatan
Jawa paling ramai di Negeri Melaka ini jika dibandingkan dari sudut demografik.

4.0 Kaedah Kajian

Saya menggunakan beberapa kaedah untuk menjalankan kajian ini. Antaranya ialah :
(a) Pemerhatian : Saya menggunakan kaedah ini untuk memerhati dan merekod data suhu di
tempat kajian menggunakan terrmometer yang diambil bacaanya setiap
hari dan gambar-gambar untuk mengetahui tahap kepanasan dan
kekeringan kawasan yang di kaji bagi membuat analisa tentang cuaca
panas yang melampau di kawasan itu.
(b) Temu bual : Saya juga mengumpulkan maklumat dengan menemu bual
Ketua Kampung Bukit Durian iaitu Encik Budin Bin Abu danKemajuan
dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung BukitDurian iaitu Encik
Raman Takim.
(d) Rujukan

: Saya mengumpulkan maklumat tambahan dengan membuat rujukan di


Perpustakaan Melaka dan sumber internet

5.0 Dapatan Kajian

Graf dapatan kajian


Daripada hasil kajian yang di jalankan di kawasan ini selama lebih kurang 13 hari
berkenaan suhu setempat yang dapat di rekodkan di dapati suhu purata bagi kawasan ini adalah
31 C dengan suhu yang paling tinggi di catatkan pada 9 Julai iaitu 34C ketika kajian dijalan
kan di kawasan ladang sawit ini di dapati keaadaan poko sawit kurang subur di sebabkan cuaca
yang kering dan panas tanpa hujan sudah lebih kurang hampir 2 minggu dan di jangkakan
berlarutan sehingga september dan pada bulan ramadhan tahun ini dijangkakan paling kering dan
panas.Kawasan ladang sawit ini kelihatan daun menjadi keperangan dan kering ada juga
kawasan ladang sawit yang terbakar akibat terlalu kering dan memusnahkan hampir seratus
pokok sawit.mengikut hasil temubual dengan pemilik kebun sawit En. Rahmat Bin Daud
kejadian fenomena yang berlaku ini disebabkan oleh cuaca yang amat kering menyebabkan
kebakaran mudah berlaku dan senang merebak ini kerana tanaman sawit di tanam di tanah
gambut yang mudah terbakar dan sukar di padam yang menyebabkan kerugian kerana banyak
pokok sawitnya mati dan terbakar.dari segi pengeluaran sawit pula cuaca yang panas ekstrem dan
kering menyebabkan menyebabkan tanaman yang mempunyai akar serabut ni kekurangan air
dan merencatkan tumbesaran buah sawit.Ketika berlaku cuaca panas yang kering seperti
8

sekarang, banyak hasil pemilik sawit turun. Bukan setakat pekebun kecil, malah pemilik ladang
sawit besar juga terkena.Kita bayangkan sekiranya kita kehausan. Bila kita haus, semua kerja
susah nak buat. Kita jadi rasa lemah.Begitu juga dengan pokok sawit. Bila kemarau, sawit
kehausan dan kurang berupaya untuk bertindak balas menghasilkan buah.Lalu pokok sawit
berada dalam keadaan tidur. Ketika inilah terjadinya sawit melawas teruk yang menyebabkan
hasil tuaian buah sawit merosot dan banyak pokok sawit tidak berbuah.menurut En. Budin
sebagai Ketua Kampung Bukit Durian pada masa ini ramai pemilik kebun mencari alternatif lain
untuk mengurangkan kesan sawit melawas dengan Susun tandan sawit kosong pada keliling
pokok jika pokok kecil,Buat pelaburan untuk sistem parit tertutup, Elakkan meracun bagi
menghalang tanah tandus dan Rawat tanah menjadi gembur agar dapat menyimpan air dengan
banyak usaha ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan kerugian yang terpaksa ditanggung
akibat sawit melawas.

6.0 Faktor-faktor perubahan cuaca luar biasa

Peta suhu dunia disiarkan AccuWeather yang menunjukkan Malaysia


berada pada warna merah iaitu skala 30 darjah Celsius hingga 35 darjah Celsius.

Mengikut maklumat dari Jabatan Meteorologi fenomena perubahan cuaca ini berkaitan
akviti manusia melalui perindustrian, permotoran serta pembakaran hutan secara tidak terkawal
menyumbang kepada perubahan iklim berikutan peningkatan gas-gas rumah hijau.Walaupun
perubahan iklim menjejaskan seluruh dunia, mereka yang tinggal di kawasan tropika lebih
terdedah kepada gas rumah hijau ini.Kawasan tropika seperti Malaysia adalah pintu utama gas
rumah hijau masuk ke atmosfera. Apabila semakin banyak penyingkiran ozon di atmosfera
fenomena lubang ozon boleh berlaku yang akan mendedahkan manusia kepada sinaran UV
berbahaya yang boleh menyebabkan kanser kulit kepada manusia .Malaysia telah memasuki fasa
Monsun Barat Daya pada pertengahan Mei yang lalu. Monsun Barat Daya yang dicirikan oleh
angin permukaan yang bertiup secara tetap dari arah barat daya di mana cuaca secara relatifnya
adalah lebih kering berbanding musim-musim lain. Semasa tempoh tersebut, keadaan atmosfera
secara relatifnya adalah lebih stabil. Situasi ini akan menyebabkan kebanyakan kawasan di
seluruh negara akan mengalami lebih banyak hari tanpa hujan berbanding hari hujan.Di sebelah
Pantai Timur iaitu barat Kelantan, Terengganu dan sebahagian besar pedalaman Pahang telah
menerima jumlah hujan di bawah paras purata dengan jumlah hujan terkumpul kurang daripada
200 mm. Keadaan yang sama didapati berlaku di negeri Selangor dan barat Kedah dengan
pengurangan peratusan anomali sebanyak 20% sehingga melebihi 60% daripada paras purata.
Pada masa yang sama, terdapat kawasan yang telah menerima hujan yang banyak. Pedalaman
negeri Kelantan, Perak dan Melaka telah merekodkan jumlah hujan di atas paras purata dengan
pertambahan peratusan anomali sebanyak 20% sehingga melebihi 60%. Bagi kawasan-kawasan
lain hujan pada paras purata telah direkodkanSecara amnya kebanyakan bandar utama diramal
mencatat suhu purata 34 darjah Celcius pada sebelah tengah hari.Berbanding bacaan pada
Disember tahun lalu yang hanya mencatat suhu 25 hingga 32 darjah Celcius.Menurut statistik
Jabatan Meteorologi, hari paling panas di Malaysia dicatat pada 18 Mei tahun lalu iaitu di
Chuping, Perlis dengan suhu mencecah 38.9 darjah Celcius manakala beberapa tempat di Melaka
turut mencatat tahap kepanasan 38 darjah Celcius.
Pemanasan global atau fenomena ekuinoks yang melanda Malaysia kini dijangka akan
berlarutan sehingga April depan.Fenomena ini bukan pertama kali malah ianya berlaku sebanyak
dua kali setiap tahun iaitu setiap bulan Mac dan september, yang mana, matahari berada tepat di
atas garisan Khatulistiwa dengan suhu paling panas terutamanya di Semenanjung.Pengarah
Institut Sains dan Teknologi Spatial, Profesor Dr Mazlan Hashim berkata fenomena itu akan
10

menyebabkan waktu siang lebih panjang berbanding waktu normal.Penipisan lapisan ozon kini,
maka pendedahan cahaya matahari pada masa terbabit akan lebih dirasai berikutan suhu yang
semakin meningkat terutamanya pada pukul 12 tengah hari sehingga 3 petang.Pada masa
ekuinoks ini sebenarnya, matahari akan berada dekat dengan kita dengan Khatulistiwa.Jadi apa
yang berlaku ialah kita akan mempunyai masa siang yang lebih panjang antara 16 hingga 34
minit tetapi secara tepatnya, kalau kiraan dibuat kita akan tahu, tapi dalam lebih kurang 16
hingga ke 34 minit.Bila berlaku siang ini lebih panjang, sudah tentu pendedahan cahaya matahari
itu lebih dan dengan keadaan sekarang ini dengan lapisan ozon yang semakin menipis, kita akan
mendapat lebih cahaya, lebih tenaga matahari, suhunya akan meningkat lebih tetapi setakat ini,
belum ada amaran dikeluarkan sama ada suhu yang kritikal pada waktu ekuinoks ini ataupun
tidak.

7.0 Kesan fenomena cuaca luar biasa


7.1 Kesihatan
Melalui fenomena pemanasan global, manusia terdedah dengan pelbagai masalah
kesihatan.Antara masalah kesihatan yang dihadapi oleh manusia ialah terdedah kepada kenser
kulit dan penyakit ketarak.Kulit dan mata manusia mudah terdedah kepada sinaran matahari
kerana malakukan kerja harian.Jika dalam keadaan yang normal, atmosfera bumi dapat menahan
95% sinaran ultra unggu yang sampai ke mukabumi.Namun, pada masa kini, bumi menghadapi
penipisan lapisan ozon yang pesat.Hal ini menyebabkan manusia terdedah kepada cuaca yang
terlampau panas dan sinar radiasi ultra unggu hasil daripada penipisan lapisan ozon dan
menyebabkan sel kulit dan kronea pada mata manusia rosak. Keadaan ini dapat dibuktikan
dengan kematian manusia iaitu sekitar 29 orang di Paris, Perancis pada Julai 2006 dan
dilaporkan juga sepanjang 2003, sekurang-kurangnya 15 ribu orang maut di Perancis dan 20
ribu orang lagi di Itali akibat serangan penyakit yang dikaitkan dengan cuaca panas yang
melampau.(Zurin M.Zain, 2007:12)
Selain penyakit kenser kulit dan ketarak, akibat fenomena pemanasan global juga manusia
terdedah kepada penyakit penyakit paru obstruktif yang kronik.Hal ini disebabkan cuaca yang
terlalu panas akibat pemanasan global.Rata-rata suhu di dunia meningkat sebanyak 0.8o
11

celcius.Namun, di beberapa tempat, suhu meningkat telampau tinggi dan menyebabkan kawasan
yang bertekanan rendah.Angin mudah terbetuk dengan adanya perbezaan tekanan iaitu angin
bergerak dari kawasan bertekanan tinggi ke kawasan bertekanan rendah. Tiupan angin kencang
yang membawa udara yang kering menyebabkan berlaku percikan api dan akhirnya berlaku
kebakaran hutan. Kebakaran hutan menyebabkan timbulnya asap tebal memenuhi ruangan udara.
Debu halus dan pelbagai gas menyebabkan manusia gangguan penafasan iaitu asma dan lebih
teruk lagi menyebabkan penyakit paru obseftif yang kronik. Selain itu, asap tersebut membawa
racun dioksin menimbulkan kenser paru-paru dan gangguan kehamilan. Fenomena jerebu juga
turut menyumbangkan kepada berlakunya kenser paru-paru dan penyakit paru obstraktif yang
kronik.Fenomena jerebu terbentuk apabila habuk dan patikel terampai terlalu banyak di udara
menyebabkan ganguan kesihatan seperti batuk kering kepada manusia.
Fenomena pemanasan global juga boleh menyebabkan manusia terdedah kepada penyakit
demam denggi berdarah, demam kuning,malaria dan demam chikungunya. Penyakit tersebut
disebabkan oleh udara yang panas dan lembab yang menjadi habitat paling digemari oleh
nyamuk terutama nyamuk jenis anopheles, aedes dan aegypti.Nyamuk jenis ini merupakan
penyebar parasit meleria dan virus denggi.Jika duhulu, nyamuk tersebut hanya kerap muncul
pada perubahan musim hujan dan musim kemarau, namun kini nyamuk tersebut menyerang
hampir kesemua musim sepanjang tahun.Fenomena suhu bumi yang lebih panas dapat
memendekkan kitaran hidup nyamuk dan mengurangkan tempoh matang kuman yang ada di
dalam nyamuk. Oleh yang demikian, manusia akan lebih terdedah kepada jangkian penyakit
yang dibawa oleh nyamuk.
Selain itu, akibat daripada pemanasan global juga manusia terdedah dengan masalah kesihatan
iaitu cirit-birit.Pemanasan global menyebabkan pola hujan yang tidak stabil.Hal ini
mempengaruhi penyebaran mikroorganisme penyebar penyakit. Hujan dikatakan dapat
menyebabkan air tercemar disebabkan ia membawa bahan kumbahan manusia dan haiwan ke
sungai dan menyebabkan sungai tercemar dan membentuk habitat mikroorganisma pencemar. Air
sungai merupakan punca utama bekalan air untuk kegunaan manusia.Jesteru itu, manusia mudah
berjangkit dengan penyakit cirit-birit melalui organisma yang dikaitkan dengan penyakit tersebut
iaitu kriptospordium, giardia dan e-coli.Kajian pada tahun 2006 menunjukkan Sungai Klang,
Selangor mempunyai tahap e-coli yang tinggi disebabkan pencemaran najis khinzir akibat
12

kandang ternakan khinzir yang berdekatan kawasan tersebut.Selain itu, penyakit cirit birit
dikaikan dengan fenomena banjir yang menyebabkan sistem air tercemar.Hal ini menyebabkan
manusia tidak mendapat bekalan air bersih dan menyebabkan mudah dijangkiti sakit perut dan
cirit-birit.
7.2 Ekonomi
Pemanasan global memberi impak kepada aktiviti manusia termasuklah kegiatan ekonomi
manusia.Cuaca yang terlampau panas memberi kesan yang besar kepada kegiatan ekonomi
pertanian.Hal ini disebabkan cuaca yang panas dapat menyebabkan tumbesaran tanaman yang
diusahakan oleh petani terbatut dan menyebabkan pengeluaran terhadap hasil pertanian
menurun.Ini dapat dilihat daripada kegiatan pertanian sayur yang terjejas akibat fenomena
pemanasan global.Keadaan ini menyebabkan keluaran hasil sayuran menurun berbanding dengan
pemintaan terhadap sayuran tinggi. Oleh yang demikian, harga sayur-sayuran dan barang-barang
hasil daripada keluaran sayur-sayuran dan makanan di pasaran akan meningkat. Selain itu, Hal
ini menyebabkan kos-kos barangan yang lain akan meningkat menyebabkan berlaku inflasi
terhadap keluaran pertanian. Hal ini dapat dibuktikan dengan kehilangan bekalan tepung hampir
setahun disebabkan kemarau, manakala di Amerika Syarikat dan Eropah, cuaca sejuk juga
menyebabkan bijirin tidak dapat dituai menyebabkan harga makanan tersebut meningkat di
peringkat global sebanyak 40 peratus pada tahun 2007. Menurut Pertubuhan Pertanian dan
Makanan Bangsa-Bangsa Bersatu, keadaan tersebut menimbulkan protes dikalangan negara
Myamar, Indonesia, Malaysia dan Pakistan.
7.3Sosial
Pemanasan global juga menyebabkan dampak negatif terhadap sosial manusia. Kemarau akan
menyebabkan tanaman- tanaman yang diusahakan oleh manusia musnah dan akan menyebabkan
manusia kekurangan makanan. Hal ini menyebabkan masalah kebuluran terhadap
manusia.Sebagai contoh, di Afrika berlaku masalah kebuluran kerana penduduk di kawasan
tersebut kekurangan makanan.
7.4 Keperluan Biodiversiti

13

Cuaca yang terlampau panas juga boleh menyebabkan berlakunya impak negatif kepada
keperluan biodiversiti manusia iaitu menyebabkan keperluan air semasa berkurang.Hal ini
disebabkan sejatan terhadap air melebihi air yang turun ke muka bumi. Hal ini dapat dibuktikan
dengan dengan di Malaysia, pada Mac 2007 kerajaan negeri Selangor mengadakan catuan air di
negeri Selangor berikutan penurunan mendadak aras air di empangan takungan air di Selangor.
7.5 Implikasi Pemanasan Global Terhadap Alam Sejagat
Realitinya, pemanasan global dapat menyebabkan implikasi terhadap alam sekitar.Elemen Alam
sekitar yang menerima impak daripada pemanasan global ialah geomorfologi bumi, atmosfera,
hidrologi global dan biosfera bumi.
7.6Geomoforlogi Bumi
Umumnya pemanasan global menyebabkan banyak dampak negatif terutama dari segi
geomofologi bumi atau perubahan fizikal pada bentuk muka bumi. Disebabkan suhu yang
terlampau panas menyebabkan pencairan ais di kawasan kutub. Hal ini menyebabkan
peningkatan aras laut dan membanjiri kawasan- kawasan rendah seperti negara Belanda dan
Bangladesh. Selain itu, dianggarkan bahawa jika litupan salji setebal 1.6 kilometer di benua
Antartika mencair, seluruh benua eropah akan tenggelam. Peningkatan aras laut menyebabkan
kawasan pinggir pantai akan mudah mengalami kadar hakisan yang giat. Hal ini disebabkan
peningkatan aras laut menyebabkan pembentukan ombak pembinasa iaitu hasil daripada
peningkatan tenaga kinetik dan peningkatan tenaga potensi pada arus lautan tersebut. Proses
hakisan yang giat di pnggir pantai menyebabkan kawasan daratan akan menjadi lebih kecil pada
jangkamasa yang panjang. Selain daripada kawasan kutub, pencairan ais di gunung juga turut
berlaku akibat daripada pemanasan global. Hal ini akan menyebabkan kejadian glasiar dan
runtuhan salji yang giat di kawasan gunung. Sebagai contoh di kawasan gunung-gunung yang
berais seperti gunung Everest, Klimanjaro, dan gunung-gunung di banjaran Alps.

14

Anda mungkin juga menyukai