Anda di halaman 1dari 15

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBEF1503
SOSIOLOGI MASYARAKAT DAN KETEMADUNAN

Bincangkan dengan kritis kelemahan dan kelebihan yang terdapat pada sistem pendidikan
Negara terutama sekali dalam memupuk kesepaduan kaum dan etnik. Anda juga diminta
mencadangkan bagaimana perlaksanaan sistem pendidikan sekarang dapat dipertingkatkan demi
mencapai kesefahaman, toleransi dan perpaduan antara golongan etnik.

NAMA

: ABDUL LATIFF BIN MOHD NOOR

NO.MARTIK

: 810530075275001

NRIC

:810530-07-5275

NO.HP

: 017-2327682

E-MAIL

:mesrimari81@yahoo.com

NAMA TUTOR :

DR. ROSLI BIN YACOB

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM, MELAKA,


SEMESTER : MAY 2012
1

Kandungan

1.0

Pengenalan

3-4

2.0

Kekuatan Dasar dan Falsafah Pendidikan Negara

5-6

2.1

Kelemahan Dasar pendidikan dan Falsafah Pendidikan Negara

7-9

3.0

Cadangan mempertingkatkan perlaksanaan Dasar Pendidikan Negara

9-12

4.0

Kesimpulan

12-13

5.0

Rujukan

14

1.0 Pengenalan
2

Sebelum abad ke-18 ,penduduk di tanah melayu dan kepulauan Borneo ketika itu di domonasi
oleh orang asli , orang melayu dan kaum bumiputra sabah dan Sarawak. Migrasi daripada luar
juga berlaku tetapi jumlahnya terhad. Selain itu, terdapat juga kaum pendatang dari Sumatra,
Indonesia. Tetapi tidak menjejaskan corak masyarakat ketika itu kerana kaum pendatang ini
adalah daripada rumpun bangsa yang sama. Pada awal abad ke -18, perubahan dalam stuktur
masyarakat berlaku disebabkan oleh fenomena migrasi dari luar yang berlaku.aktiviti ekonomi
dan perladangan menjadi faktor utama dalam aktiviti migrasi dari China dan India melalui
beberapa cara, seperti orang China mereka datang ke tanah Melayu melalui sistem tiket
kredit,sistem pengambilan oleh majikan, sistem pengambilan rumah kongsi, ahli keluarga dan
berkumpulan. Manakala orang India pula melalui sistem kontrak, sistem kangani dan tabung
Imigran India.
Kemasukan masyarakat Cina ke tanah Melayu menunjukkan bermulanya proses
pembetukkan masyarakat majmuk daripada pengaruh orang Cina yang semakin bertambah.
Pengaruk masyarakat Cina ke tanah melayu telah mengubah corak dan sistem sosial Alam
Melayu dan juga masyarakat melayu ketika itu. Kedatangan masyarakat cina ke tanah melayu
turut membentuk satu masyarakat baru iaitu Baba Nyonya dan Cina Muslim. Wujudnya
masyarakat baru ini membawa kepelbagaian atau kemajmukkan masyarakat di Malaysia dan
menggambarkan keunikannya pada pandangan masyarakat luar.Selain migrant dari India dan
China , Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak juga menjadi tumpuan daripada masyarakat luar
seperti dari Indonesia dan Ceylon. Kebanyakkan pendatang Indonesia berasal dari Jawa.,
Kalimantan (Bajarmasin) , Celebes , Timor dan Sulawesi.Pendatang Indonesia juga berbilang
suku kaum dan etniknya antaranya orang Jawa, Bugis yang kini bilangan majoritinya terdapat di
Negeri Selangor dan Johor serta Orang Minang dan Banjar yang bilangan Majoritinya di Negeri
Perak dan Negeri Sembilan.
Kesan daripada pembentukan masyarakat majmuk keatas sistem pendidikan pula telah memberi
impak yang besar kepada integrasi sesama kaum di Malaysia kerana wujudnya pemisahan dalam
sistem pendidikan. Terdapat lebih kurang empat sistem pendidikan ketika itu dan berlanjutan
hingga kini dengan beberapa pengubahsuaian mengikut peredaran masa dan tututan masyarakat.
Bagi orang melayu ,sekolah pondok menjadi sekolah tempat belajar menggunakan bahasa
melayu sebagai bahasa perantaraan dan tulisan jawi sebagai tulisan utama disamping meliputi
3

bacaan al-quran dan peluang untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi tidak
ada. Bagi orang cina pula menubuhkan sekolah-sekolah cina dikenali sabagai sekolah Vernakular
Cina yang pertama telah ditubuhkan di Pulau Pinang iaiitu Institut Wu Fu pada tahun
1819..mereka menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar dan bahasa penulisan
utama.bahan rujukan dan guru-guru didatangkan khas dari Negara China.Untuk masyarakat
India, mereka mendirikan sekolah-sekolah Tamil di estet-estet menggunakan bahasa Tamil
sebagai bahasa pegantar dan penulisan semua bahan rujukan dan guru juga didatangkan dari
India.Perkembangan Sekolah Vernakular Tamil yang pertama telah ditubuhkan selepas
penubuhan Penang Free School pada tahun 1816. Pada masa itu , pelajaran Tamil dicadangkan
sebagai salah satu mata pelajaran dalam Penang Free School. Selain Sekolah Vernakular yang
telah diwujudkan di Tanah Melayu pada masa itu terdapat satu lagi sistem peresekolahan iaitu
sekolah Inggeris, Sekolah ini hanya terbuka kepada anak-anak pegawai Inggeris atau anak-anak
golongan birokrat Melayu sahaja. Pembahagian ini merenggangkan lagi usaha penyatuan
masyarakat majmuk di Tanah Melayu di bawah satu sistem pendidikan dan interaksi sesama
kaum tidak berlaku.
Untuk menyatupadukan kembali masyarakat yang berbilang kaum di Tanah Melayu pada
ketika iti terdapat beberapa perubahan oleh kerajaan dalam sistem pendidikan di Tanah
Melayu.diantaranya melalui Penyata Razak mengenai perpaduan kaum yang menjelaskan satu
peraturan pelajaran harus dibuat dan dilaksanakan yang meliputi semua jenis sekolah dan bangsa
dan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar di samping itu semua sekolah
haruslah menggunakan sukatan pelajaran dan kurikuluim yang sama.(Penyata Razak 1956).
Selepas mencapai Kemerdekaan Dasar Pendidikan 1970, telah berlandaskan Rukun
Negara untuk membentuk perpaduan masyarakat majmuk untuk mencapai perpaduan yang lebih
erat dalam kalangan seluruh masyarakat untuk memelihara satu cara hidup yang demokrasi serta
mencipta satu masyarakat yang adil dimana kemakmuran Negara akan dinikmati bersama secara
adil dan saksama tanpa mengira kaum ataupun etnik.

2.0

Kekuatan Dasar Pendidikan negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan


4

menyatupadukan masyarakat majmuk


Dasar pendidikan Negara telah digubal selepas Merdeka bagi melalui Laporan Razak
1956 dab Laporan Rahman Talib 1960 bagi memastikan nilai-nilai integrasi antara kaum dapat
dibentuk antara langkah-langkah yang diambil bagi mengukuhkan dan menguatkan lagi dasar
pendidikan negara melalui menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa
pengantar di semua sekolah, menggunakan sukatan pelajaran dan sistem peperiksaan yang sama
di setiap sekolah dan guru-guru yang mengajar disekolah haruslah dilatih dibawah satu sistem
perguruan yang sama.Ketika Y.B Dato Tun Abdul Razak Hussein menjadi Menteri Pelajaran
Ketika itu telah menubuhkan Jawatankuasa Pelajaran saupaya perubahan dilakukakan dalma
sistem pendidikan dan laporan ini dikenali sebagai Penyata Razak (1956) antara cadangancadangan yang telah termaktub didalam Ordinan Pelajaran 1957 selain bahasa melayu dijadikan
bahasa perpaduan dan bahasa pengantar, perlaksanaannya juga diharapkan dapat mengeratkan
perpaduan kaum antara kaum melayu, cina dan india sebagai rumpun bangsa di Tanah
Melayu.Bedasarkan Penyata Razak 1956, tujuan dasar pelajaran bermaksud hendak menyatukan
murid-murid dari semua bangsa didalam Negara ini dengan menggunakan satu peraturan
pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa
penghantar yang utama.Tujuan seterusnya Penyata Razak dalam menyatupadukan masyarakat
majmuk di Negara ini adalah melalui mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan
antara kaum dapat dikurangkan. Selain itu, menyediakan kemudahan masyarakat yang
bertolenrasi, berdisiplin, terlatih dan progresif.
Melalui penyelarasan kurikulum yang menggunakan kurikulum kebangsaan yang mana
ciri dan Dasar Pendidikan Negara yang bertujuan untuk mewujudkan keperibadian kebangsaan
kearah pembentukkan perpaduan Negara .Kurikulum Sekolah Rendah dan Kurikulum Sekolah
Menengah telah digubal untuk memberi kemahiran asas dan menerapkan perkembangan ilmi
pengetahuan dan sosialisasi di kalangan murid-murid sekolah rendah. Manakala, sekolah
menengah pula merupakan kesinambungan sekolah rendah dan ia pula menekankan pendidikan
yang seimbang dan bersepadu. Melalui perlaksanaan ini Kementerian Pendidikan yakin mampu
mewujudkan jenis rakyat yang diigini oleh Falsafah Pendidikan Negara.Pendedahan dari
peringkat awal dapat memupuk semangat pattriotisme yang tinggi misalnya melalui subjek
sejarah. Hal,ini kerana subjek ini menceritakan kisah perjuang tanah air untuk menuntut
5

kemerdekaan. Secara tidak langsung semangat patriotisme meresap dalam diri pelajar yang
belajar mengenainya. Malah ia dapat menyumbang kepada perpaduan Negara.
Usaha-usaha kearah mewujudkan perpaduan menjadi semakin mendesak apabila
berlakunya tragedi 13 Mei 1969. Kerajaan telah membentuk Dasar Ekonomi Baru bertujuan
untuk menghapuskan kemiskinan dan pengenalan kaum mengikut pekerjaan dan Rukun Negara
mengariskan lima rukun sebagai asas perpaduan setiap rakyat di negara ini. Dalam bidang
pendidikan satu jawatankuasa kabinet telah ditubuhkan pada tahun 1974 untuk mengkaji
perlaksanaan dasar pelajaran kebangsaan dalam laporan jawatankuasa ini matlamat perpaduan
ditegaskan semula, disamping laporan ini juga meluaskan lagi matlamat pendidikan Negara.
Matlamat Negara kearah melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin dan
terlatih.(Laporan Jawatankuasa Kabinet, Hal 1).

2.1 Kelemahan Dasar dan Falsafah Pendidikan Negara


6

Setiap perkara ataupun dasar yang dibuat mesti mempunyai kelemahan ataupun perlu
dikaji untuk mencari punca sebenar kelemahan perlaksanaanya.perkara perlu dipandang serius
kerana ia melibatkan kesan jangkamasa panjang jika perkara ini tidak diberi perhatian.Secara
ringkasnya melibatkan isu bahasa, walaupun Negara telah mencapai kemerdekaan hampir lima
dekad, selama ini pihak kerajaan dan penjuang bahasa berusaha mendaulatkan bahasa melayu
sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi Negara dan bahasa pengantar. Namun perlaksanaanya
masih tidak selancar yang disarankan. Ini kerana hasratyang dipersetujui dalam dasar dan akta
terpaksa diubah suai bagi mengikut tuntutan semasa.ini kerana perlaksanaannya dari dulu hingga
kini tidak selaras dengan hasratnya. Bukti-bukti menunjukkan bahawa terdapat jurang antara
perlaksanaan dasar di institusi pendidikan awam dan swasta.
Semenjak ditubuhkan pada tahun 1961, Dasar Pendidikan masih belum boleh dikatakan
berjaya dan mencapai objektifnya. Mungkin sudah ramai para lapasan universiti tempatan dan
luar negeri yang dikeluarkan semenjak wujudnya Dasar atau Polisi Pelajaran, tetapi keadaan ini
tidak boleh dianggap sebagai kejayaan di dalam erti kata yang sebenar. Walaupun sudah banyak
sumber manusia disumbangkan bagi pembangunan Negara tetapi sebilangan dari mereka tidak
mempu menunjukkan nilai akhlak dan budi pekerti yang mulia dan luhur. Oleh itu tidak
hairanlah ramai dari kalangan intelek dan cendekiawan yang terlibat dengan skandal dan jenayah
kolar putih. (Laporan Kabinet, 1984)
Tidak banyak perubahan yang dilakukan dalam sistem pendidikan kita kecuali menokok
tambah sistem pendidikan yang diperkenalkan oleh British sejak tahun 1819.Antaranya,
membina falsafah pendidikan negara yang dikatakan beracuankan Malaysia melalui pengenalan
KBSR dan KBSM pada tahun 1980an. Manakala sebahagian besar sistem pendidikan (dasar
pendidikan, struktur organisasi dan aktiviti institusi) masih lagi mengekalkan warisan pendidikan
British.Antara yang ketara, kita masih mengekalkan sistem pendidikan berasaskan etnik,
mengagungkan bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu, memisahkan pendidikan Islam daripada
pendidikan ilmu sosial dan teknikal.Pengenalan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
walaupun dilihat seperti cuba melengkapi kelemahan ini, perlaksanaanya masih belum
membuktikan apa-apa kejayaan setakat ini. Terdapat lima isu utama berkaitan pendidikan yang
perlu diberi perhatian oleh Kementerian Pelajaran di negara kita.Pertama, Kementerian Pelajaran
perlu meneliti semula secara menyeluruh kandungan kurikulum yang semakin tidak sesuai di
7

sekolah. Matapelajaran sejarah juga sepatutnya disepadukan dengan pembelajaran pelbagai


budaya sesuai dengan kehidupan masyarakat Malaysia yang berbagai kaum dan agama.
Permasalahan dan krisis berkaitan dengan pembangunan pendidikan bahasa. Walaupun
program(MBMMBI) memperkasakan Bahasa Inggeris telah dilaksanakan di peringkat sekolah
rendah namun hanya pada akhir tahun ini saja keputusan akan diketahui sama ada projek ini akan
diteruskan atau tidak.Bagaimanapun jelas sekali para guru, penyelidik, ibubapa serta pelajar
merasakan penggunaan Bahasa Inggeris melalui subjek Matematik dan Sains bukanlah suatu
keputusan yang bijak.
Selain jurang antara pelajar di bandar dan luar bandar semakin melebar dari segi
pencapaian, jurang pencapaian juga semakin ketara di kalangan pelajar Melayu dan bukan
Melayu. Malah pelajar melayu khususnya, minat terhadap matapelajaran Sains dan Matematik
juga dikatakan menurun selepas dasar ini diperkenalkan sejak lima tahun lepas.
Apa yang sepatutnya dilakukan adalah memantapkan lagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Inggeris di dalam kelas dan bukan menambahkan lagi beban murid dan guru dengan penggunaan
Bahasa Inggeris di dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Jika dilihat dari sudut sejarah,
contohnya negara-negara barat seperti Amerika dan Eropah. Mereka sanggup menterjemahkan
buku-buku dari bahasa arab yang berkaitan sains dan matematik ke bahasa inggeris sehingga kita
sendiri lupa bahawa asalnya ilmu sains dan matematik itu adalah dari para ilmuan Islam yang
agung. Perkara yang sebaliknya pula berlaku di negara kita, begitu bersusah payah
menterjemahkan dan mencetak buku-buku matematik dan sains menggunakan bahasa inggeris
dengan alasan bahasa inggeris adalah bahasa antarabangsa.Rasanya kita seperti sudah
melupakan, bahawa suatu ketika dahulu bahasa melayu adalah bahasa yang digunakan dalam
perdagangan. Atau pun kita terlalu malu untuk mengakui hakikat bahawa penggunaan Bahasa
Melayu sudah semakin merosot dalam kalangan para pelajar Melayu dan bukan Melayu.
Sebagai bahasa perpaduan dan juga bahasa komunikasi, jelas sekali bahawa Bahasa
Melayu semakin hilang sengatnya. Kalangan remaja Melayu khususnya di bandar sudah mulai
kurang bertutur bahasa Melayu kerana cara hidup yang lebih mengutamakan bahasa Inggeris.
Manakala di kalangan remaja bukan Melayu hanya menggunakan bahasa itu proses
8

pembelajaran di bilik darjah.Mereka lebih cenderung untuk mengunakan bahasa ibunda atau
bahasa Inggeris di dalam kehidupan harian. Malah pelajar juga dikatakan seringkali gemar
menggunakan bahasa Melayu 'rojak' dan tidak berkemahiran menggunakan bahasa Melayu
standard dalam pengucapan mereka.
Kelompok pelajar ini sebenarnya memerlukan lebih daripada apa yang ada sekarang. Di
atas dasar pendidikan untuk semua serta pendemokrasian pendidikan, kumpulan yang kurang
bernasib baik kerana kemiskinan ibu bapa perlu dibantu sehingga mereka dapat keluar daripada
lingkungan kedaifan untuk mendapat pendidikan. Perlunya satu dasar dan strategi yang besar
untuk menyelesaikan isu ini di pihak Kementerian Pelajaran.
Sehingga kini, tiada satupun strategi yang dapat dinobatkan sebagai berjaya meningkatkan
peluang pendidikan bagi mereka yang tinggal di pendalaman khususnya Sabah, Sarawak serta
Kelantan. Begitu juga dengan kumpulan pelajar di luar bandar yang hidup serba kekurangan dan
juga anak-anak di kawasan setinggan yang tertekan untuk mendapat pendidikan yang sempurna
dan berkualiti.
Isu penekanan keterlaluan terhadap bidang sains dan teknologi tidak akan melahirkan
keseimbangan individu seperti yang diharapkan di dalam falsafah pendidikan negara. Penekanan
seharusnya turut diberikan kepada pembangunan estetika dan seni budaya kepada para pelajar.
Ilmu muzik, tarian, seni tampak dan seni halus perlu digabungkan di dalam kurikulum sekolah
agar para pelajar memiliki jiwa yang halus serta menghargai kehidupan dan budaya. Malangnya
oleh kerana kesibukan pihak sekolah mengajar sains dan teknologi akhirnya menghasilkan insan
yang bukan sahaja tidak mempunyai minat di dalam menghargai seni dan budaya tetapi juga
menipiskan jati diri serta identiti bangsa.Akhir sekali, kita memerlukan revolusi pendidikan yang
besar jika ingin melihat Islam sebagai agama yang memandu kehidupan anak-anak kita apabila
mereka dewasa nanti. Walaupun era kolonialisme telah berlalu namun ia berjaya memecahkan
kehidupan orang Melayu kepada segmen-segmen yang kecil dan dilihat berasingan antara satu
sama lain. Kolonialisme telah menyebabkan kita memisahkan pendidikan Islam daripada
pendidikan arus perdana di negara kita.
3.0

Cadangan mempertingkatkan pelaksanaan Dasar Pendidikan Negara


9

`Pelan Integrasi Nasional adalah Dasar pendidikan Negara pada masa kini berlandaskan
cabaran-cabaran wawasan 2020, iaitu pembentukan masyarakat Malaysia yang bersatu padu,
bebas, merdeka dan cemerlang, berakhlak mulia dan utuh, toleran dan daya saing.Antara strategi
pelaksanaanya adalah melalui penubuhan sekolah wawasan,Pelancaran Rancangan Integrasi
Murid-Murid untuk Perpaduan dan Perlaksanaan Program Khidmat Negara yang mana tujuannya
adalah menyatupadukan masyarakat dari peringkat awal lagi.
Perlaksanaan Sekolah Wawasan yang diperkenalkan oleh Bahagian dan Penyelidikan
Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, pada bulan Disember, 1995 ialah member
peluang kepada murid-murid daripada pelbagai kaum untuk belajar dan berinteraksi bersama
dalam sesuatu kawasan yang sama, demi memupuk perpaduan di kalangan pelbagai kaum lebih
awal lagi.Konsep Sekolah Wawasan ini sebenarnya adalah berlandaskan konsep Sekolah
Integrasi yang merangkumi tiga jenis aliran sekolah rendah yang ditubuhkan bersama di Teluk
Sengat, Kota Tinggi, Johor Pada tahun 1985. Sehubungan itu Perlaksanaan dan memperkasa
Sekolah Wawasan harus diteruskan supaya jurang dan semangat perpaduan antara masyarakat
dan perpaduan kaum dapat disemai dari awal lagi. Diantara cadangan yang boleh diketengahka
adalah memperbanyakkan pembinaan Sekolah Wawasan ataupun Sekolah satu aliran sesuai
dengan gagasan 1Malaysia. Kalau dilihat dari segi perlaksanaanya ia tidak akan menyebabkan
indentiti Sekolah (SJKC) ataupun (SJKT) akan hilang kerana penguruan sekolah serta kurikulum
masih berdasarkan sekolah masing-masing, yang berkongsi hanyalah kawasan sekolah, kantin
dan padang sekolah sahaja. Kenapa pihak atau persatuan dari bangsa lain tidak bersetuju?. Jika
dilihat pada Penyata Razak (1956) juga ada mengemukakan adalah mewujudkan dua jenis
sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan serta
menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa Pengantar bagi SRK. Penyata Razak juga
mencadangkan satu sistem Pendidikan Menengah dengan bahasa melayu sebagai bahasa
pengantar.Sehubungan itu kerajaan yang ada sekarang haruslah duduk semeja dengan semua
pemimpin dari semua kaum (MIC),(MCA) untuk memperkasakan Sekolah Wawasan ataupun
Sekolah satu aliran ini demi kepentingan bersama dan negara tanpa perlu melihat kepada identiti
kaum ataupun privasi sesuatu bangsa, ini kerana sistem seperti ini adalah masih tidak berubah
walaupun hampir lima dekad negara kita telah bebas dari penjajah. Jika perlaksanaan ini masih
dibangkang bermaksud pendidikan dan perpaduan kaum kita masih di jajah oleh pemikiran dan
10

adat resam kita sendiri. Pemimpin pemimpin dari setiap parti seharusnya sedar bahawa
kemerdekaan tidak akan dicapai tanpa perpaduan kaum dan memerlukan pengorbanan.begitulah
juga untuk merealisasikan Sekolah Wawasan ataupun Sekolah Satu Aliran.Jadi Sekolah Seperti
ini haruslah terdapat sekurang-kurangnya satu Sekolah Wawasan setiap daerah ataupun setiap
Bandar yang mempunyai kepadatan berbilang kaum yang tinggi.
Rancangan Integrasi Murid-murid untuk perpaduan adalah menggalakkan guru-guru dan
murid-murid pelbagai kaum bersama-sama menyertai aktiviti secara bersama seperti merentas
desa, permainan bola sepak, perkhemahan unit beruniform dan khimat masyarakat. Aktivitiaktiviti seperti ini dapat menggalakkan murid-murid dari tiga jenis aliran berinteraksi dan
menjalinkan kesefahaman serta memupuk semangat bertolak ansur dan muhibah di antara
mereka.untuk menambahbaik lagi usaha yang murni ini pihak Kementerian Pelajaran melalui
Pejabat Pelajaran Daerah boleh mengukuhkan lagi program ini dengan mengadakan seminar
teknik menjawab peperiksaan ataupun kelas tuisyen secara integrasi yang dapat menggalakkan
pembelajaran dan berkongsi tahap kemahiran sesuatu kaum, disamping guru-guru dapat
bertukar-tukar teknik mengajar dan pendekatan yang berbeza. Ini kerana dari pandangan saya
penglibatan sekolah SJK(C )dan SJK(T) amat penting walaupun perbezaan sukatan pelajaran
yang disediakan. Pihak pentadbir juga dapat sama-sama berunding dan menyelesaikan masalah
bersama mungkin dari segi pencapaian akademik dan masalah disiplin.
Program

latihan

khidmat

Negara

adalah

satu

program

yang

amat

relevan

perlaksanaannya. Jika dilihat dari sudut perpaduan kaum semestinya ia satu program yang tepat
bagi melahirkan insan yang mempunyai integriti dan semangat patriotism serta membentuk sifat
jati diri dan perwatakkan positif. Program ini dilihat mampu melahirkan insan ataupun pelajar
yang berbilang bangsa dan etnik supaya lebih cintakan negara dan memupuk perpaduan kaum
secara lebih akrab kerana disini terdapat banyak aktiviti yang memerlukan semangat bekerjasa
dan bergotong-royong.Jika dilihat dari sudut masa perlaksanaannya saya merasakan peruntukan
masa lebih kurang tiga bulan perlu ditambah kepada enam bulan supaya pengisian dan
permuafakatan lebih terjalin.pengisian program kerohanian boleh diterapkan untuk pelajar yang
bukan islam dengan menyediakan pusat ibadat ataupun membenarkan mereka menghadiri

11

upacara kaum, ini sedikit sebanyak dapat menarik pelbagi kaum untuk lebih berminat dengan
program ini.
Memperkasa sekolah Kebangsaan untuk menjadikan Sekolah Kebangsaan sebagai
sekolah cemerlang agar menjadi sekolah pilihan utama pelbagai kaum adallah antara
perancangan yang jitu untuk menyatupadukan masyarakat dan penerimaan yang positif kepada
Sekolah Kebangsaan sehubungan itu stategi-strategi perlu untuk memperkasakanSekolah
Kebangsaan dengan menjadikan Bahasa Cina dan Tamil sebagai Waktu pelajaran wajib dan
menyediakan guru-guru yang berkelayakan guru Opsyen. Kepelbagain kaum di bidang
pentadbiran sekolah kebangsaan serta melengkapkan dengan guru-guru pakar setiap bidang
ataupun subjek.Akhir sekali menaik taraf semua jenis sekolah kebangsaan dan menjadikan
sekolah kebangsaan sebagi sekolah bestari.
4.0

Kesimpulan

. Dasar Pendidikan Kebangsaan yang ada sekarang ini telah melalui kajian secara berperingkat.
Ia merupakan satu dasar yang mantap dan jika dilaksanakan mengikut yang sepatutnya, dasar
berkenaan mampu melahirkan pelajar atau warganegara yang kita inginkan. Bagaimanapun,
mungkin disebabkan pemimpin pendidikan hari ini sering bertukar-tukar dalam jangka masa
yang singkat menyebabkan idea-idea yang baik dan melibatkan sesuatu perubahan itu hanya
terlaksana separuh jalan.Justeru kita sangat berharap agar ada pemimpin pendidikan yang sedar
akan kelemahan-kelemahan yang wujud sebelum ini dan berusaha memperbaikinya dan dalam
masa yang sama pula, masyarakat haruslah tegas untuk merubah masa depan anak-anak mereka
kepada keadaan yang lebih sempurna. Dalam suasana masyarakat majmuk yang masyarakatnya
mempunyai pelbagai agama, budaya dan fahaman tentunya perkara yang berkaitan dengan
perpaduan nasional perlu diambil perhatian dari semasa ke semasa. Untuk mewujudkan proses
pemasyarakatan ini, pendidikan adalah merupakan satu kaedah terpenting.
Hasrat, perancangan dan strategi reformasi pendidikan yang terjelma melalui Penyata
Razak 1956 dulu telah menampakkan kejayaan. Walaupun tidak sepenuhnya. Sebagai sebuah
negara yang mempunyai pelbagai bahasa dan kaum, adalah amat wajar bahasa Melayu telah
dipilih untuk menjadikan bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi negara.
12

Menyedari betapa pentingnya tujuan untuk memastikan sistem pendidikan negara menjadi wadah
berkesan ke arah memenuhi aspirasi negara, selaras dengan usaha untuk melahirkan generasi
yang bersatu padu, dapat menyesuaikan diri dalam masyarakat, membina kemajuan dan
kesejahteraan diri serta menyumbang kepada keharmonian dan kemakmuran Negara, semua
pihak harus meletakkan kepentingan nasional dan negara pada kedudukan paling utama daripada
kepentingan masing-masing. Hal ini dapat dilakukan dengan memberikan sokongan dan
dorongan kepada usaha-usaha murni dan program -program yang sistematik. Kesemua ini adalah
bertujuan memupuk dan mengukuhkan hubungan antara kaum yang terdapat di Malaysia tanpa
melupakan matlamat dan aspirasi negara dalam menuju Wawasan 2020 iaitu menjadi negara
maju mengikut acuan sendiri

13

5.0 Rujukan
Cikgu Hani & Cikgu Haya.(20110 Integrasi Perpaduan Kaum.{online}.http:///www
Rusmiza-ruslee.blogspot.com

Dasar-dasar Kerajaan dalam Membentuk Perpaduan(2012).{online}.http://www.


Penerangan.gov.my

Ismail Bin Samad PhD(2012),Sejarah Malaysia Moden.Selangor:Penerbitan Multimedia

Mok Soon Sang(2009),Falsafah dan Pendidikan di Malaysia.Selangor:Penerbitan Multimedia

Zuraini & Herman(2005).Perluas Sekolah Wawasan-Tiga aliran mampu semai semangat


perpaduan antara kaum.arkib{online}.http://www.utusan.com.my

14

15

Anda mungkin juga menyukai