Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum tuan puan yang saya muliakan sekalian. Apa khabar?

Semoga semuanya
baik-baik sahaja di bawah lindungan rah mat dan kasih sayang Allah.
Pada hari yang berbahagia ini saya ingin berkongsikan tentang pengucapan awam.
Sepanjang perjalanan hidup tuan/puan pasti ada seseorang tokoh pengucaoan yang menjadi
kesukaan tuan/puan bukan?
Mengapa tuan/puan suka mendengar kata-katanya? Adakah ucapannya itu mampu
menyuntik motivasi , inspirasi, mencilek hati atau dia itu kacak dan lawa?
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.  pernahkah anda mendengar,  Kerana
seekor kucing, tercampak ke dalam neraka?
Hadirin sekalian, dalam riwayat sahih al-Bukhari, "Seorang wanita diseksa kerana seekor
kucing yang dikurungnya sehingga mati. Dia masuk neraka kerana dia tidak memberinya makan
dan minum sewaktu mengurungnya. Dia tidak pula membiarkannya mencari makan."
Ini menunjukkan kasarnya sifat wanita itu, betapa buruk akhlaknya, serta tiadanya belas
kasih di dalam hatinya. Dia mengurungnya sepanjang siang dan malam. Kucing berasa haus dan
lapar dan meminta dengan suara yang meminta bantuan dan pertolongan. Akan tetapi, hati
wanita ini tidak terketuk oleh suara pilu kucing itu. Suara kucing itu semakin lemah, lalu
seterusnya menghilang. Kucing itu mati. Ia mengadu kepada Tuhannya tentang kezhaliman
manusia yang hatinya keras dan membatu.
Perbuatan ini telah memberi kecelakaan kepada wanita tersebut, sehingga dia masuk ke
dalam neraka. Rasulullah melihat kucing itu memburu wanita yang menahannya di neraka. Kesan-
kesan cakaran tergores di wajah dan tubuhnya. Beliau melihat itu ketika syurga dan neraka
diperlihatkan kepadanya.
Oleh itu janganlah suka menendang kucing. Peliharalah kucing kerana kucing adalah
binatang kesayangan Rasulullah. Sehubungan dengan itu, pada hari ini saya akan menceritakan
sedikit sebanyak mengenai kucing.
Assalamualaikum tuan puan yang saya muliakan sekalian. Apa khabar? Semoga
semuanya baik-baik sahaja di bawah lindungan rahmat dan kasih sayang Allah.

Sepanjang perjalanan hidup tuan/puan pasti ada seseorang tokoh tamadun islam
yang menjadi kesukaan tuan/puan bukan? Mengapa tuan/puan suka kepadanya? Adakah
keperibadiannya itu mampu menyuntik motivasi , inspirasi, mencilek hati atau dia itu
kacak dan lawa?

Pada hari yang berbahagia ini saya ingin berkongsikan tentang tokoh tamadun islam
iaitu asiah muzahim. Pada suatu ketika dahulu, tersebutlah kisah di Mesir tentang seorang
gadis yang menjadi sebutan ramai pemuda yang hidup sezaman dengannya kerana
kejelitaannya serta keperibadiannya yang mantap yang bernama Siti Asiah.

Kisah kejelitaan Asiah akhirnya sampai ke corong telinga Firaun yang merupakan raja
terakhir kerajaan Mesir yang telah ditabalkan pada usia 24 tahun. Firaun juga dipercayai
merupakan raja tamadun Mesir kuno yang paling lama hidup dan memerintah.

Firaun berkeinginan bagi menjadikan Asiah sebagai salah seorang isterinya. Lalu,
Firaun menghantar salah seorang menterinya yang bernama Haman untuk merisik Asiah
melalui ibubapanya.

Setelah Haman menyampaikan hasrat Firaun kepada Asiah menerusi ibu bapanya,
Asiah menolak lamaran tersebut kerana Asiah berpendapat bahawasanya Firaun merupakan
seorang raja yang ingkar kepada Allah S.W.T. dan tidak berperikemanusiaan.Firaun berasa
marah lalu mengarahkan ibu bapa Asiah ditangkap lalu dipenjarakan dan diseksa.

Setelah ibubapanya diseksa, Asiah pula ditangkap dengan menggunakan


kekerasan lalu dibawa ke istana untuk bersemuka dengan Firaun.Di hadapan Firaun, Asiah
dipertemukan dengan kedua-dua ibu bapanya yang telah dipenjarakan lalu Firaun memberi
kata dua kepada Asiah.

Asiah dipaksa untuk memilih sama ada beliau berkahwin dengan Firaun dan ibu
bapanya dibebaskan daripada cengkaman seksaan Firaun atau pun menolak lamaran Firaun
dan ibu bapanya akan dibakar hidup-hidup di hadapan mata Asiah sendiri.

Dengan rasa terpaksa, Asiah menerima pinangan Firaun, namun dengan meletakkan
beberapa syarat yang perlu dipatuhi oleh Firaun sekiranya Firaun benar-benar ingin
berkahwin dengannya……
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.  pernahkah anda mendengar,  Kerana
seekor kucing, tercampak ke dalam neraka?
Hadirin sekalian, dalam riwayat sahih al-Bukhari, "Seorang wanita diseksa kerana seekor
kucing yang dikurungnya sehingga mati. Dia masuk neraka kerana dia tidak memberinya makan
dan minum sewaktu mengurungnya. Dia tidak pula membiarkannya mencari makan."
Ini menunjukkan kasarnya sifat wanita itu, betapa buruk akhlaknya, serta tiadanya belas
kasih di dalam hatinya. Dia mengurungnya sepanjang siang dan malam. Kucing berasa haus dan
lapar dan meminta dengan suara yang meminta bantuan dan pertolongan. Akan tetapi, hati
wanita ini tidak terketuk oleh suara pilu kucing itu. Suara kucing itu semakin lemah, lalu
seterusnya menghilang. Kucing itu mati. Ia mengadu kepada Tuhannya tentang kezhaliman
manusia yang hatinya keras dan membatu.
Perbuatan ini telah memberi kecelakaan kepada wanita tersebut, sehingga dia masuk ke
dalam neraka. Rasulullah melihat kucing itu memburu wanita yang menahannya di neraka. Kesan-
kesan cakaran tergores di wajah dan tubuhnya. Beliau melihat itu ketika syurga dan neraka
diperlihatkan kepadanya.
Oleh itu janganlah suka menendang kucing. Peliharalah kucing kerana kucing adalah
binatang kesayangan Rasulullah. Sehubungan dengan itu, pada hari ini saya akan menceritakan
sedikit sebanyak mengenai kucing.

Anda mungkin juga menyukai