Anda di halaman 1dari 25

kumpulan cerita spiritual islami kisah spiritual islami cerita-cerita spiritual islam kisah-kisah spiritual islam

Jangan Hiraukan Omongan Semua Orang (Belajar Dari Kisah Juha)


Juha dalam sastra Arab identik dengan kisah-kisah lucu sarat makna. Dia selalu saja berseberangan pendapat dengan anaknya dalam sebagian prilaku, setiap dia memerintahkan anaknya untuk melakukan sesuatu, sang anak selalu menyanggahnya dengan beralasan, Apa kata orang nanti kepada kita, kalau kita melakukannya.?

Suatu kali, dia ingin memberikan pelajaran kepada sang anak sehingga bermanfaat baginya dan membuatnya tidak selalu berusaha untuk mendapatkan restu dan kerelaan semua orang, sebab kerelaan manusia itu sesuatu yang tidak diketahui batasnya. Maka, dia pun mengambil seekor keledai lalu menungganginya dan menyuruh sang anak berjalan di belakangnya. Baru berjalan beberapa langkah, lewatlah sebagian wanita yang lalu menyoraki Juha, Wah, ada apa dengan orang ini.! Tidakkah ada kasih sayang di hatimu? Kok, kamu yang naik sedangkan anakmu yang kecil itu kelelahan berjalan di belakang.?

Maka, Juha pun turun dari keledainya dan menyuruh sang anak yang naik. Tak berapa lama berjalan, lewat pula segerombolan orang tua yang dudukduduk di bawah terik matahari, maka masing-masing ayah dan anak ini saling menepukkan telapak tangan sehingga mengundang perhatian orangorang lainnya ke arah orang dungu yang berjalan dan membiarkan anaknya berada di atas keledai tersebut. Mereka berkata, Wahai orang tua, kamu berjalan kaki padahal sudah tua sementara anakmu kau biarkan naik kendaraan. Bagaimana kamu bisa mendidiknya agar memiliki rasa malu dan beretika.?

Apakah kamu sudah mendengar apa omongan mereka barusan? Kalau begitu, mari kita naik bareng-bareng. Kata Juha kepada anaknya

Lalu mereka berdua menaikinya bersama-sama dan berjalan, tetapi di tengah perjalanan, kebetulan bertemulah mereka dengan sekelompok orang yang dikenal sebagai kelompok pencinta binatang. Melihat pemandangan itu, mereka meneriaki sang ayah dan anak, Takutlah kepada Allah, kasihanilah binatang yang kurus-kering ini. Apakah kalian berdua menungganginya bersama-sama padahal timbangan masingmasing kalian lebih berat daripada keledai ini.?

Kamu dengar tadi,? kata Juha kepada anaknya sambil ia turun dan menurunkan anaknya

Kalau begitu, mari kita berjalan bersama-sama dan kita biarkan keledai ini berjalan di hadapan kita sehingga kita bisa terhindar dari ucapan miring orang laki-laki, wanita dan para pencinta binatang tersebut, kata Juha lagi

Mereka berdua kemudian terus berlalu sementara keledai berjalan di depan mereka. Kebetulan mereka berpapasan lagi dengan segerombolan pemudapemuda berandalan. Melihat pemandangan tersebut, mereka menggunakan kesempatan untuk mengejek seraya berkata, Demi Allah, yang pantas adalah keledai ini yang menaiki kalian berdua sehingga kalian dapat membuatnya terhindar dari kendala-kendala di jalan.

Cerita terus berkembang dan menyebutkan bahwa Juha rupanya mau mendengar ucapan pemuda-pemuda berandalan tersebut. Dia dan anaknya lalu pergi ke sebuah pohon di tepi jalan, kemudian memotong cabangnya yang kuat dan menambatkan keledai ke cabang tersebut, lantas Juha memikul satu sisi dan anaknya satu sisi yang lain.

Baru beberapa langkah mereka berlalu, rupanya ada beberapa orang di belakang mereka yang menertawakan pemandangan yang aneh tersebut, sehingga mereka berdua distop oleh polisi dan digiring ke rumah sakit jiwa. Ketika Juha sampai di rumah sakit tersebut, tibalah baginya saat yang tepat untuk menjelaskan ringkasan eksperimen mereka yang telah mencapai puncaknya itu. Dia menoleh ke arah anaknya, lalu berkata,

Wahai anandaku, inilah akibatnya bagi orang yang selalu mendengar omongan-omongan orang; ini dan itu serta hanya ingin mendapatkan kerelaan semua mereka.

Kejadian itu merupakan pelajaran yang amat berharga bagi anak si Juha yang akan selalu diingat-ingatnya dan didokumentasikan pula oleh sejarah.

(SUMBER: Mi`ah Qishshah Wa Qishshah karya Muhammad Amin al-Jundy, h.48-51)

www.alsofwah.or.id

kumpulan cerita spiritual islami kisah spiritual islami cerita-cerita spiritual islam kisah-kisah spiritual islam

Jumaat, 10 Disember 2010

Kisah Juha dengan perompak


Suatu ketika, Juha adalah seorang saudagar yang terkenal lagi kaya raya dan dia juga di kenali sebagai saudagar yang pemurah lagi baik hati, amanah serta suka membuat kebajikan. Dia hidup berdua sahaja iaitu dengan isterinya di dalam sebuah rumah yang sungguh besar. Mereka ditakdirkan Allah tidak mempunyai cahaya mata walaupun seorang.

Maka telah menjadi kebiasaan bagi Juha bahawa seluruh hartanya sama ada yang diperolehi dari hasil perniagaan atau sebagainya dia akan menyimpannya di dalam sebuah peti besi yang besar yang kemudiannya peti besi tersebut di simpan di dalam sebuah bilik khas di dalam rumahnya.

Dalam masa yang sama dia tidak pernah mengupah pengawal walau seorang pun untuk menjaga rumahnya sedangkan rumahnya itu sentiasa menjadi intipan perompak-perompak yang berkeliaran di dalam bandar tersebut. Juha hanya bertawakal kepada Allah swt atas segalanya.

Maka untuk jadi cerita, pada suatu malam entah macamana tiba-tiba Juha terkejut dari tidur. Kerana apa! kerana dia terdengar suara tapak kaki orang berjalan-jalan di atas bumbung rumahnya. Dia merasakan sudah pastilah ada orang menceroboh masuk ke dalam kawasan rumahnya, dan orang itu tak lain mestilah perompak.

Serta merta badannya menggeletar ketakutan kerana kebetulan dia terdengar si perompak di atas bumbung rumahnya itu mengatakan sesama mereka: "Malam ini kita mesti rompak seluruh harta yang dimiliki oleh Juha....kita jangan tinggalkan walau satu pun. Dan kalau dia melawan, maka kita bunuh dia dan isterinya !".

Bertambah menggeletarlah Juha dibuatnya kerana terlalu takut. Tetapi dia cuba mengawal diri dan perasaannya....lalu dia duduk di atas katil, termenung seketika sambil mulutnya kumat-kamit tidak habis-habis mengucapkan kalimah syahadah. Dan dalam kepalanya terfikir bagaimanakah caranya untuk mengatasi masalah ini, bagaimana untuk menyelamatkan dirinya, isterinya dan juga harta benda kepunyaannya.

Tanpa berlengah dia terus mengejutkan isterinya dengan perlahan dan tenang dan dia memberitahu isterinya tentang apa yang sedang berlaku. Setelah agak lama, akhirnya Juha mendapat satu jalan, maka dia pun meminta isterinya supaya berpura-pura berselisih faham dengannya serta memarah-marahnya dengan suara yang tinggi supaya dapat di dengar oleh perompak yang berada di atas bumbung rumah mereka. Juha memberitahu isterinya supaya menanyakan kepadanya dengan suara yang lantang tentang dari manakah dia memperolehi seluruh harta yang di milikinya sekarang ini...dan bagaimanakah caranya! : "Kamu tanyakanlah berulang-kali sehingga aku terpaksa menceritakan tentang rahsia diriku yang sebenarnya kepada kamu yang ianya sama sekali tidak di ketahui oleh sesiapa pun !" tambah Juha dengan berbisik-bisik kepada isterinya.

Lantas si isteri pun mulalah bertanya sepertimana yang di pinta oleh Juha dengan suara yang lantang berulang-kali isterinya berkata :

"Wahai Juha! aku ini isteri kamu. Jadi mengapa pulak kamu tidak percaya denganku!. Mengapa mesti kamu rahsiakan dariku tentang perkara yang sebenarnya ! tentang bagaimana caranya kamu boleh beroleh seluruh harta kekayaan yang kamu miliki sekarang ini....kita sudah lama berkahwin dan aku masih ingat lagi bahawa semasa kita berkahwin dulu kamu tidaklah kaya seperti ini....bahkan hidup kamu miskin papa kedana. Dan aku rasa orang tua kamu tidak ada mewariskan apa-apa harta kekayaan buat kamu. Jadi tolonglah ceritakan kepadaku apakah rahsianya! janganlah kamu menyembunyikannya dariku wahai Juha!".

Lalu Juha pun berkata dengan nada yang perlahan bercampur sedih: "Setelah begini lama kamu hidup denganku barulah kamu mahu bertanya dari mana dan bagaimana aku memperolehi seluruh harta kekayaan yang aku milikinya sekarang ini!".

"Wahai isteriku! bukankah kamu tahu bahawa aku ini adalah seorang saudagar aku ini seorang peniaga yang mahsyur yang dulunya aku terpaksa bekerja keras...bertungkus lumus menempuh berbagai kesusahan dan rintangan maka sudah wajarlah aku memperolehi segala apa yang aku miliki sekarang ini. Dan semua hartaku ini adalah datang dari hasil usahaku yang halal hingga dengan itu aku dapat membuat berbagai kebajikan...aku boleh sedekah sana sini. Dan aku rasa semua orang tahu akan cerita ini, jadi bagaimanalah kamu isteriku tak tahu tentang ini, teman hidup sematiku.... sepatutnya kamulah yang lebih tahu tentang ini. Tetapi kamu yang banyak bertanya pula, sepatutnya kamulah orang yang paling faham dan yang paling tahu tentangku. Semoga Allah mengampunkan kamu wahai isteriku!".

Isterinya tambah tidak berpuashati bahkan si isteri terus berkata serta melaungkan suara semakin kuat: "Wahai Juha suamiku! janganlah kamu berpura-pura! kamu banyak bersedekah dan berbuat kebajikan semua itu supaya orang mengatakan bahawa kamu adalah seorang yang baik hati!. Aku sama sekali tidak percaya segala apa yang kamu sebutkan tadi semua itu adalah tipu dan bohong belaka. Yang semoga dengan itu kamu akan dapat menipu orang ramai dengan begitu mudah sekali. Walau bagaimana pun aku yakin dan percaya bahawa di sebalik ini semua tersembunyi suatu rahsia

yang besar dan penting sekali. Masakan harta kekayaan ini semua kamu dapat memperolehinya dalam masa yang singkat!".

Segala pertelingkahan mereka berdua sebenarnya didengar oleh perompakperompak yang berada di atas bumbung. Mereka mendengar dengan penuh teliti sekali sehinggakan mereka tidak sabar untuk mengetahui apakah rahsia Juha yang sebenarnya saling mereka berpandangan sesama mereka. Dan perkara ini menimbulkan tanda tanya dalam kotak fikiran mereka dan mulalah mereka menyangka yang bukan-bukan tentang bagaimana Juha memperolehi segala harta kekayaannya.

Dan kebetulan mereka pun tidak pernah mendengar bagaimana kisah Juha menjadi kaya, mereka tidak pernah tahu bagaimana kisah perniagaan Juha. Yang mereka tahu ialah tiba-tiba Juha mempunyai rumah besar, harta yang banyak. Di kala itu juga mereka cuba-cuba untuk mengintai-ngintai ke bawah, untuk melihat apa yang sedang di lakukan oleh Juha.

Selang beberapa ketika..kedengaran suara isteri Juha memaksa Juha untuk menceritakan juga apakah rahsia yang sebenarnya. Dia berharap semoga Juha tidak lagi menyimpam rahsia tersebut darinya. Kerana sesungguhnya dia telah berbakti dengan penuh ikhlas sebagai isterinya jadi janganlah pula Juha tidak mempercayainya, bersungguh-sungguh isteri Juha memujuknya, hingga akhirnya oleh kerana tidak tahan isteri Juha pun terus menangis sambil terluncur dari mulutnya :

"Wahai Juha! aku mengingatkan kamu buat kali yang terakhir, iaitu jika kamu tetap juga tidak mahu menceritakan rahsia tersebut, maka sekarang ini juga aku akan keluar rumah meninggalkan kamu seorang diri dan aku tidak akan pulang ke sini sampai bila-bila !".

Juha terperanjat melihatkan gelagat isterinya, hinggakan sanggup dia memperkatakan yang sedemikian itu. Akan tetapi ini semakin menjadikan dia bersemangat untuk memperlakonkan kedudukannya dengan lebih bersungguh-sungguh lagi. Maka dia pun menenangkan isterinya, di pujuknya sambil dia berjanji bahawa dia akan menceritakan rahsia tersebut tetapi dengan syarat hendaklah si isteri menyimpan rahsia tersebut dengan penuh amanah, jangan di ceritakan pada sesiapa pun dan jangan rahsianya

terbocor. Serta-merta isterinya berhenti menangis seraya berjanji bahawa dia tidak akan membocorkan rahsia tersebut.

Kemudian Juha pun mulalah bercerita: "Sebenarnya aku dulu adalah seorang perompak yang terkenal...yang sangat pintar....lagi sungguh hebat. Aku mempunyai pengikut yang ramai...mereka semuanya berani, ganas lagi jahat. Bagaimana aku boleh jadi ketua ! sebab aku mempunyai satu ilmu yang ilmu itu tidak ada pada perompak yang lain. Iaitu aku telah mempelajari satu ilmu sihir daripada seorang ahli sihir hindu yang ilmu tersebut sangat merbahaya tetapi sungguh canggih !".

"Kelebihan ilmu ini ialah apabila aku mahu merompak rumah orang kaya caranya begini....aku akan masuk ke dalam rumah orang kaya tersebut tanpa di ketahui...dan aku akan ambil seluruh harta kepunyaannya...setelah itu aku akan keluar semula dengan selamat. Lamalah juga aku melakukannya hinggalah aku benar-benar kaya sekarang ini....setelah agak lama barulah aku berpindah ke bandar ini. Aku bawa seluruh harta kepunyaanku dan orang di bandar ini tidak tahu langsung asal usul ku...apa yang aku lakukan sebelum ini. Tetapi semua itu bukan boleh di lakukan begitu saja...ianya ada bacaan tertentu !".

Ini menjadikan perompak-perompak mendengar bersungguhsungguh....mereka tidak sabar untuk mengetahui apakah bacaan tersebut. Mereka bertambah seronok lagi apabila mendengar isteri Juha segera memujuknya agar memberitahu apakah bacaan tersebut. Juha tersetuju...tetapi dengan syarat jangan di bocorkan rahsianya ini kerana dia tidak mahu orang lain menggunakannya untuk melakukan kejahatan lagi kerana dia telah bertaubat. Si isteri pun bersetuju....Juha pun menghampiri isterinya...jadi para perompak pun terpaksalah mendengar dengan penuh teliti sekali.

Juha menyambung ceritanya lagi : "Cara aku merompak dulu ialah.....aku akan panjat ke atas bumbung rumah orang tersebut...dan tempat yang aku cari mula-mula sekali ialah aku cari tempat ruang di mana cahaya bulan boleh masuk ke dalam rumah tersebut. Sudah mestilah cahaya bulan kena terang...jadi aku akan pastikan bahawa cahaya bulan dapat masuk melalui ruang tersebut hingga sampai ke dalam rumah. Setelah itu aku akan berdiri betul-betul di atas ruang tersebut sambil mengenakan badanku pada cahaya

bulan lantas aku akan menyebut bacaan :

"Syaulam ! Syaulam !"....sebanyak 7 kali. Maka dengan sendirinya cahaya bulan tadi akan membawa aku turun masuk ke dalam rumah melalui ruang tersebut... seakan-akan aku turun dari tangga. Jadi bila dah sampai dalam rumah apa lagi, aku ambil lah segala harta benda dan kemudian aku berdiri semula pada cahaya bulan tadi lantas aku menyebutkan bacaan yang sama sebanyak 7 kali !".

"Serta-merta cahaya bulan itu akan membawa aku dan semua harta yang aku curi naik semula ke atas bumbung rumah. Semua itu aku lakukan tanpa di sedari langsung oleh tuan rumah....sedar-sedar keesokan paginya seluruh harta bendanya telah habis aku curi !. Begitu hebat sekali ilmu yang aku amalkan !".

Kemudian tidak semena-mena Juha pun melaungkan suaranya kepada si isteri : "Ha ! sekarang baru kamu puashati ! kamu dah tenang dah ! kamu dah tahu siapa aku sebenarnya....yang penting kamu mesti simpan rahsia ini betul-betul jangan sampai bocor !. Baiklah ! sekarang ni kita tidurlah...sebab besok banyak kerja yang hendak aku selesaikan...tidurlah !".

Mereka berdua pun kembali masuk ke dalam bilik tidur...tetapi sebenarnya mereka berpura-pura tidur. Juha yakin bahawa sedikit sebanyak cerita yang di reka-rekanya itu tadi dapat menipu daya para perompak yang sedang berada di atas bumbung rumahnya...dan dia yakin sudah pasti mereka akan melakukan sesuatu rentetan dari ceritanya itu tadi.

Bila para perompak tahu bahawa mereka berdua telah masuk semula ke bilik tidur...bukan main seronoklah di buatnya...nak-nak mereka dah tahu rahsia sebenar Juha. Maka ada peluanglah untuk mereka mengamalkan ilmu yang baru mereka perolehi itu.

Suasana senyap buat seketika.. kemudian si ketua perompak mengambil keputusan untuk melakukan seperti apa yang telah di ceritakan oleh Juha. Terus dia mencari ruang di mana cahaya bulan boleh masuk ke dalam rumah. Dan kebetulan pula malam itu bulan mengambang...jadi cahaya

bulan pun agak terang. Setelah puas si ketua perompak menjenguk ke dalam ruang tersebut, tahulah dia bahawa ruang tersebut boleh masuk terus ke dalam bilik di mana Juha menyimpan seluruh harta-hartanya.

Dia pun terus berdiri bertepatan dengan ruang tersebut...di kenakan badannya pada cahaya bulan lalu dengan suara yang kuat dia pun menyebut : "Syaulam ! Syaulam !"....sebanyak 7 kali.

Tetapi dia merasa hairan kerana tidak berlaku sepertimana menurut cerita Juha tadi. Mulalah dia tidak berpuashati berulang-kali dia menyebutkan bacaan tersebut tetapi badannya tidak mahu juga bergerak. Akhirnya oleh kerana hilang sabar dia pun terus melompat masuk ke dalam ruang tersebut...kot-kot dengan berbuat demikian akan berlaku sepertimana yang di sangka.

Akan tetapi memang nasibnya kurang baik...memang benar bahawa cahaya bulan tidak berperanan sama sekali. Tanpa di duga dia terus terjatuh ke dalam rumah dari atas bumbung rumah...apa lagi bunyinya seperti nangka busuk jatuh....berdentum. Oleh kerana terlalu sakit dia tidak dapat menahan terus menjerit kesakitan : "Aduh ! Aduh !".

Juha dan isterinya yang memang sudah menyangka akan berlaku sedemikian, bila terdengar suara orang menjerit kesakitan terus bingkas bangun....di capainya sebatang tongkat lalu meluru ke arah bilik khas tempat di simpan peti besi. Tanpa kasihan terus Juha memukul si ketua perompak dengan sekuat hatinya....si ketua perompak pun terus menjerit-jerit bertambah lagi kesakitannya.

Hal ini menyedarkan para perompak yang sedang berada di atas bumbung....tahulah mereka bahawa ketua mereka telah terpedaya dengan cerita Juha...dan sekarang ini dia telah di tangkap oleh Juha. Tanpa berlengah mereka pun terus melompat dari atas bumbung...lari menyelamatkan diri sebelum di tangkap oleh orang ramai.

Dalam masa yang sama Juha dan isterinya sama-sama menjerit-jerit meminta tolong dari penduduk bandar : "Tolong Tolong ! pencuri masuk ke

rumahku !".....apa lagi orang ramai pun terjaga dek jeritan tersebut. Mereka terus bangun lalu beramai-ramai berlari menuju ke rumah Juha untuk memastikan apa yang berlaku. Juha pun meminta isterinya mengambil tali lalu mengikat si ketua perompak.

Lembik si ketua perompak di buatnya....Juha terus memukulnya dengan tongkat. Setelahmana orang ramai berkumpul di depan rumah Juha...Juha pun mengeret si ketua perompak yang telah di ikatnya itu keluar. Lalu mereka beramai-ramai membawanya kerumah Tuan Hakim untuk di bicarakan. Sambil berjalan orang ramai tidak putus-putus mengucapkan tahniah kerana telah berjaya menangkap perompak yang selama ini bermaharaja lela di bandar tersebut.

Tuan Hakim terus membicarakan si ketua perompak...dan akhirnya ketua perompak mengaku bersalah seraya memberitahu siapakah pengikutnya... di mana tempat mereka bersembunyi dan begitu juga tempat di mana mereka menyembunyikan segala harta-harta penduduk bandar yang telah mereka curi.

Lantas Tuan Hakim mengeluarkan arahan supaya semua barang-barang curi tersebut di pulangkan kepada tuan-tuannya semula dan semua para perompak di tangkap dan di penjarakan.

Orang ramai merasa gembira..mereka semakin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Juha.Pagi itu juga pihak keselamatan menangkap semua perompak-perompak..... dan semua barang-barang yang mereka curi di pulangkan semula pada tuan-tuannya. Suasana menjadi riuh rendah buat seketika.....mereka tidak sudah-sudah mengucapkan terima kasih kepada Juha dan juga Tuan hakim....sambil mereka beramai-ramai memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah swt.

Dalam riuh rendah itu...tiba-tiba isteri Juha datang menghampirinya seraya berkata :

"Nampaknya semua perompak dah tertangkap ! menunjukkan ini ada pelung untuk kamu amalkan semula ilmu kamu tu ! kalau kamu merompak pun

orang tak akan tahu siapa yang melakukannya...bukankah ilmu kamu tu hebat lagi canggih !".

Juha terperanjat sebentar bila mendengar kata-kata isterinya....rupa-rupanya si isteri percaya segala apa yang di reka-rekanya malam tadi. Oleh kerana terlalu gelihati dia pun terus ketawa terdekah-dekah : "Kah ! kah ! Kah!"... sambil di dalam hatinya berkata : "Tidak sangka bahawa isteriku boleh terfikir seperti yang demikian !". Dicatat oleh Ummu HannaN di 10:34:00 PG 0 ulasan Pautan pada catatan ini E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook Label:kategori siri kisah lucu Juha Reaksi:

Kisah Juha dengan seorang penipu


Pada suatu hari Juha sedang duduk termenung di depan pintu rumahnya..dia merenung kepada seutas rantai emas di tangannya. Rantai emas tersebut adalah satu-satunya harta peninggalan orang tuanya yang masih ada. Kerana yang selainnya sudah habis di jual untuk membayar segala hutanghutangnya. Sebab sebelum ini dia banyak berhutang setelahmana dia menanggung kerugian dalam berniaga.

Oleh kerana dia sekarang ini terlalu kesempitan harta, maka dia tidak bercadang untuk menjual rantai emas tersebut. Biarlah rantai tersebut di simpan buat selama-lamanya kerana ianya adalah satu-satunya harta peninggalan orang tuanya yang masih ada. Akhirnya dalam masa yang sama dia mengambil keputusan untuk bermusafir iaitu untuk membina hidup baru dengan azam baru. Tanpa berlengah terus dia bersiap sedia untuk memulakan permusafirannya kerana kebetulan dalam masa yang sama ada satu kabilah yang di pimpin oleh seorang saudagar yang terkenal akan berangkat pulang ke negaranya dengan barang dagangan serta hasil keuntungan yang banyak. Kabilah tersebut adalah dari negara jiran. Dia pergi berjumpa saudagar tersebut...lalu meminta untuk bekerja dengannya. Tanpa banyak bicara saudagar tersebut terus menerimanya menjadi salah seorang pekerjanya.

Pergilah dia bersama-sama dengan kabilah tersebut....sampai di negara

tersebut dia pun terus bekerja dengan saudagar tersebut dengan penuh tekun dan bersungguh-sungguh sekali. Setelah agak lama dia bekerja si saudagar tadi melihat bahawa Juha adalah seorang pekerja yang baik...bagus...rajin lagi tekun. Maka tanpa banyak fikir dia memilih Juha untuk turut serta dengan kabilah yang bakal di hantarnya besok hari untuk pergi berniaga ke negara jiran.

Setelahmana Juha mendapat tahu bahawa dia terpilih untuk turut serta dengan kabilah tersebut....maka mulalah dia terfikir bahawa sudah pasti berbulan-bulan lamanya dia akan pergi....perjalanan pula memakan masa agak lama....jadi rantai emas satu-satunya peninggalan orang tuanya mesti di simpam baik-baik....dia tidak boleh untuk membawanya. Kerana mana tahu dalam perjalanan nanti kabilahnya akan di rompak.

Puas dia berfikir pada siapa hendak dia amanahkan rantai emas tersebut untuk di simpan. Sebab apa ! sebab dia orang baru di situ....dia baru tinggal di situ buat beberapa bulan saja...jadi dia belum kenal banyak orang. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk meninggalkan kepada jiran sebelahnya....kerana dia melihat bahawa jiran sebelahnya boleh di percayai. Orangnya agak berumur, pemurah, baik hati, juga seorang peniaga yang terkenal di bandar tersebut.

Pada keesokan harinya sebelum bertolak....pagi-pagi lagi Juha telah pergi kerumah orang tua tersebut. Dia mengetuk pintu rumah...tidak lama kemudian pintu pun di buka dan keluarlah orang tua tadi dengan senyuman lebar. Tanpa banyak bicara Juha pun berkata :

"Wahai Tuan ! aku adalah jiran kamu dan aku adalah orang asing di sini. Baru beberapa bulan saja aku tinggal di sini. Jadi aku mahu bermusafir dengan kabilah saudagar si polan untuk berniaga ke negara jiran. Oleh kerana merasa bimbang jadi aku minta agar kamu sudi untuk menerima suatu amanah untuk kamu simpankan buat seketika. Bila pulang nanti aku akan ambil semula...barang tersebut ialah rantai emas ini !".

Juha pun mengeluarkan rantai tersebut dari poket jubahnya. Bila orang tua tadi terlihat rantai emas tersebut....matanya tidak berkelip-kelip.....tetapi untuk menyembunyikan perasaan tamaknya dia pun berkata demi menenangkan hati Juha : "Wahai saudaraku ! sesungguh amanah adalah suatu yang besar lagi berat. Aku boleh menerimanya tetapi dengan syarat kalaulah berlaku apa-apa janganlah kamu menyalahkan aku. Sebab apa ! aku ni pun dah berumur dan uzur pulak tu....katalah di takdirkan Allah aku mati sedangkan kamu belum pulang-pulang lagi lebih-lebih pulak aku tidak ada waris untuk aku amanahkan rantai ini !".

Berkata Juha : "Wahai Tuan ! tidak mengapalah aku yakin bahawa kamu adalah seorang yang amanah. Seandainya berlaku yang sedemikian aku memaafkannya terlebih awal....walau bagaimanapun kamu cubalah cari sesiapa yang boleh menyimpan amanah ini sementara aku pulang semula nanti. Dan seandainya aku yang mati dulu sebelum kamu, maka aku berharap kamu dapat jualkan rantai emas ini dan duitnya kamu sedekahkah kepada fakir miskin juga sesiapa yang memerlukannya !. Rasanya kita tidak memerlukan sesiapa pun untuk menjadi saksi kerana Allah swt sudah cukup untuk menjadi saksi !".

Orang tua tadi pun setuju dengan apa yang di perkatakan oleh Juha.....di terimanya amanah tersebut. Lalu tanpa berlengah Juha pun terus meminta izin untuk pergi kerana kabilahnya sudah hampir mahu berangkat. Tidak lama kemudian berangkatlah Juha bersama-sama kabilah tersebut dengan hati penuh tenang....dengan penuh keyakinan terhadap orang tua tadi.

Permusafirannya memakan masa agak lama... berbulan-bulan lamanya. Selang beberapa bulan barulah Juha pulang berserta kabilah perniagaannya dengan membawa hasil keuntungan yang banyak. Sebelum pulang Juha sempat membeli satu hadiah untuk dia hadiahkan kepada orang tua yang menyimpan amanahnya tanda terima kasihnya. Sudah pastilah ianya juga adalah suatu hadiah yang juga berharga.

Bila sampai saja...tanpa berlengah terus Juha meminta izin untuk pergi kerumah orang tua tersebut. Oleh kerana terlalu gembira saudagar yang punya kabilah pun terus mengizinkannya. Juha terus berlari kerumah orang tua tersebut dengan hati penuh gembira...tidak sabar untuk melihat semula

rantai emas peninggalan orang tuanya.

Sampai saja kerumah orang tua tersebut terus dia mengetuk pintu sambil memberi salam : "Assalamualaikum!" kemudian kedengaran suara menjawab dari dalam sambil lewa sahaja....mahu tak mahu seakan-akan tidak menghiraukan siapa yang memberi salam : "Waalaikumussalam !!".

Setelah agak lama menunggu barulah pintu di buka....tuan rumah membuka pintu untuk melihat siapa yang memberi salam tadi. Juha terus melemparkan senyuman manis kepada orang tua tersebut. Akan tetapi orang tua tersebut sama sekali tidak membalas senyuman Juha...seakan-akan dia tidak pernah mengenali Juha.

Walau bagaimana pun Juha terus menghulurkan bungkusan hadiah di tangannya kepada orang tua tersebut seraya berkata : "Aku harap kamu sudi menerima hadiahku ini sebagai tanda terima kasihku terhadap kamu. Kerana kamu sudi menerima amanahku...terima kasihlah kerana kamu sungguh baik hati !".

Akan tetapi orang tua tadi memberi isyarat seakan-akan dia tidak faham apa maksud kata-kata Juha....dia memberi isyarat seakan-akan dia sama sekali tidak mengenali Juha....lantas dia berkata : "Eh ! apa yang kamu katakan ini ! apa dia amanah yang kamu katakan itu ! dan aku tak pernah pun mengenali kamu !". Dengan serba salah Juha pun berkata : "Eh ! bukankah aku ada meminta kamu menyimpan rantai emas sebagai satu amanah pada kamu dulu !".

Dengan suara yang tinggi tiba-tiba orang tua tadi berkata sambil menudingkan jari kepada Juha : "Pergilah kamu dari sini ! aku rasa kamu ni gila ! aku tak pernah berkenalan dengan kamu langsung dan aku tidak ada menerima apa-apa amanah dari kamu !. Aku harap kamu boleh pergi segera sebelum aku memanggil pihak keselamatan untuk menangkap kamu !".

Seakan-akan mahu tercabut kepala Juha dari badan bila mendengar katakata si orang tua tadi. Dia cuba menenangkan orang tua tersebut....dia cuba menceritakan cerita sebenar, tetapi orang tua tadi menolak mentah-

mentah....semuanya di nafikan dengan memaki serta menjerit-jerit ke muka Juha : "Pergi kamu dari sini ! aku tidak mahu tengok muka kamu!".

Tanpa banyak bicara terus Juha meninggalkan rumah orang tua tersebut dengan hati penuh tanda tanya... penuh kecewa...tidak tahu apa yang hendak di lakukan lagi. Lama dia duduk termenung di depan pintu rumahnya. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk bertemu dengan Tuan Hakim lalu menceritakan apa yang sebenarnya berlaku.....di ceritakan tentang orang tua yang telah mengkhianatinya. Tetapi sebelum pergi kerumah Tuan Hakim hati kecilnya berkata : "Apa pula yang akan dapat di lakukan oleh Tuan Hakim selagimana si orang tua itu tetap juga menafikan bahawa dia tidak ada menerimana apa-apa amanah dariku...lebih-lebih lagi aku tidak mempunyai bukti mahupun saksi !....mana mesti aku dapatkan bukti dan saksi sebab aku tidak ada menulis apa-apa tentang amanah tersebut !?".

Akan tetapi Juha sama sekali tidak berputus asa dan yang penting dia tidak mahu kehilangan satu-satunya harta peninggalan orang tuanya. Terus dia berfikir dan berfikir bagaimana untuk mendapatkan semula hartanya itu. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk pergi bertemu terus dengan Tuan Gabenor bandar tersebut untuk mengadu hal. Tanpa berlengah terus dia pergi kerumah Tuan Gabenor. Sampai di depan pintu istana dia meminta izin untuk masuk...tetapi pengawal pintu tidak mengizinkannya selagimana dia tidak menceritakan apa sebab dia mahu bertemu Tuan Gabenor.

Juha pun menceritakan tujuannya dengan nada penuh sedih. Lalu pengawal pun berkata : "Baiklah ! kamu tunggu di sini sebentar...aku akan berjumpa Tuan Gabenor untuk meminta izin buat kamu masuk menemuinya !". Juha pun menunggu di pintu istana dengan penuh pengharapan. Tidak lama kemudian pengawal pun datang seraya berkata : "Ha ! masuklah Juha ! Tuan Gabenor telah mengizinkan kamu masuk !".

Dengan penuh gembira...tanpa berlengah terus Juha masuk ke dalam istana untuk bertemu Tuan Gabenor. Sampai di depan Tuan Gabenor terus Juha ceritakan apa yang sebenarnya berlaku...oleh kerana tidak tertahan kesedihannya Juha pun menangis semahu-mahunya. Simpati Tuan Gabenor di buatnya lantas beliau berkata : "Kenapa kamu tidak pergi terlebih dahulu kepada Tuan Hakim !?".

Jawab Juha : "Kerana aku tidak mempunyai apa-apa bukti ataupun saksi. Dan kerana aku katakan padanya bahawa saksi kita ialah Allah swt !". Mendengar yang demikian beliau pun berkata : "Kalau begitu ! aku pun tidak boleh untuk berbuat apa-apa....kamu tidak mempunyai apa-apa bukti. Kalaulah di bawa orang tua itu kesini sudah pasti dia akan menafikannya wahai Juha !".

Mereka semua menjadi buntu, suasana senyap seketika. Tiba-tiba Juha berkata : "Wahai Tuan Gabenor ! aku ada satu jalan...kalau berjaya jalan ini, maka akan jelaslah bahawa orang tua tersebut adalah seorang penipu dan suka mengkhianati amanah orang. Akan tetapi sekiranya perancangan aku ini tidak berjaya, maka janganlah kamu lakukan apa-apa kekerasan terhadap orang tua tersebut !".

Tuan Gabenor pun bersetuju untuk mendengarnya....Juha pun mulalah memberitahu tentang perancangannya satu persatu. Tuan Gabenor mendengarnya dengan teliti sekali. Beliau mendengarnya dengan begitu minat sekali sambil terdetik di dalam kepalanya : "Bahawa Juha ini seorang yang cerdik juga !". Akhirnya beliau pun bersetuju untuk melakukan seperti apa yang telah di sarankan oleh Juha demi memberi pengajaran kepada orang tua yang suka menipu tadi.

Pada keesokan paginya Juha terus membawa sebuah kerusi lalu di letakkan betul-betul di depan kedai kepunyaan orang tua tersebut....lalu dia pun duduk di atas kerusi tersebut...dia duduk dengan penuh ego dan sombong sekali. Lantas dia melemparkan pandangannya ke arah orang tua yang sedang duduk di dalam kedainya dengan pandangan sinis dan tajam seolaholah sedang bermusuhan. Melihatkan yang demikian orang tua tadi pun merasa pelik...lama kelamaan dia mula naik marah. Oleh kerana tidak sabar dia terus bangun menuju ke arah Juha yang sedang duduk di depan kedainya. Juha tetap tenang dan tidak bergerak sama sekali, seakan-akan tidak memperdulikannya.

Bertambah marahlah si orang tua tadi....dengan kemarahan yang membuak dia terus menyentap leher baju Juha seraya berkata : "Eh ! kenapa kamu duduk di sini tanpa keizinan dariku....ini adalah kawasan kedaiku. Aku beri amaran sekiranya kamu tidak mahu pergi aku akan memanggil pihak keselamatan untuk menangkap kamu !".

Rupa-rupanya secara sepontan beberapa orang pengawal istana pun datang....mereka terus meleraikan pergaduhan tersebut. Orang tua tadi tidak berpuashati seraya berkata : "Orang ini duduk di depan kedaiku tanpa keizinanku, sudah begitu dia melihat ke arahku dengan penuh ego dan sombong sekali sedangkan aku tidak pernah mengenalinya !".

Serta-merta pengawal tersebut berkata dengan suara penuh lembut : "Tuan ! kawasan ini adalah jalan umum. Orang ramai berhak untuk berbuat apa saja...samaada mahu duduk...berdiri. Jadi Tuan yang mulia ini tak salah. Dia berhak duduk di sini walaupun kamu kata kawasan ini berada dalam hak kamu. Dia berhak walaupun kalau dia mahu duduk di atas kepala kamu sekalipun. Jadi adakah kamu faham wahai orang tua yang tak sedar diri !?".

Bentak si pengawal sambil mempersilakan Juha duduk semula ke atas kerusinya : "Silakan duduk Tuan! silakan!" lantas si pengawal tadi pun mengambil segelas air lalu di berikan kepada Juha sambil berkata : "Sila minum Tuan! Tuan kalau ada apa-apa kami semua sedia berkhidmat untuk Tuan!".

Semua itu terus di saksikan oleh orang tua tadi dengan penuh kehairanan...tetapi kemarahannya terus membuak. Dalam hatinya berkata : "Eh ! siapakah sebenarnya lelaki ini ! hinggakan pengawal istana pun begitu hormat sekali terhadapnya !?"..seakan-akan ada sesuatu yang dia tidak mengetahuinya.

Tidak lama kemudian kedengaran suara melaung : "Orang ramai ! beri laluan kerana kenderaan Tuan Gabenor mahu lalu !"....tahulah orang ramai bahawa Tuan Gabenor telah berbesar hati untuk meninjau keadaan di pasar....semua yang hadir berdiri memberi penghormatan. Kebetulan tempat Juha duduk itu adalah kawasan jalan umum yang bakal di lalui oleh kenderaan Tuan Gabenor. Orang tua tadi terus bergegas berdiri di depan kedainya memberi hormat. Tetapi yang pelik lagi ialah Juha sama sekali tidak bangun....bahkan dia terus duduk tenang seakan-akan tidak menghiraukan bahawa kenderaan Tuan Gabenor semakin menghampirinya.

Tidak lama kemudian sampailah kenderaan Tuan Gabenor di hadapan Juha....tiba-tiba berhenti kenderaan tersebut....lantas serta merta Tuan Gabenor turun dari kenderaan seraya berkata : "Wahai saudara ! mengapalah kamu tidak beritahu aku bahawa kamu datang kesini ! sudahlah begitu kamu tidak mahu berziarah ke istana pulak tu !. Sesungguhnya kami semua terlalu merindui kamu kerana sudah lama tak jumpa !".....Juha terus bangun lantas memeluk Tuan Gabenor dengan begitu mesra sekali.

Ini semakin menjadikan orang tua tadi kehairanan. Tahulah dia bahawa Juha bukan sebarang orang....dia dari kerabat Tuan Gabenor juga...mulalah dia merasa serba salah. Sebelum Tuan Gabenor beredar Juha berkata : "Baiklah ! nanti aku akan pergi ke istana....sebab aku ada beberapa urusan yang mesti di selesai hari ini. Kalau tak selesai nanti aku beritahu kamu lah kerana sebenarnya aku tidak mahu menyusah-nyusahkan kamu dan aku yakin bahawa sudah pasti kamu akan dapat membantu aku. Nanti sajalah kita bertemu di istana... !". Tuan Gabenor pun memberi salam : "Assalamualaikum !"...jawab Juha : "Waalaikumussalam !".

Melihat yang demikian orang tua tadi hampir-hampir mahu pengsan, tahulah dia bahawa selama ini dia sengaja menempah bala. Dia telah bermusuhan dengan kerabat istana....dia tahu sendiri apa balasan yang sedang menunggunya. Tanpa banyak bicara terus dia berlari masuk ke dalam istana....di ambilnya rantai emas dari laci meja...lalu berlari semula keluar kedai menemui Juha sambil katanya dalam ketakutan : "Wahai Tuan ! ambil lah semua rantai emas yang kamu amanahkan kepadaku dulu. Aku minta maaf banyak-banyak !...aku berjanji tidak akan melakukannya lagi!" sambil dia mencium-cium tangan Juha.

Melihatkan yang demikian pengawal istana terus menangkap orang tua tersebut....jelaslah bahawa selama ini memang orang tua tersebut suka berbuat khianat kepada sesiapa yang ada memberi amanah kepadanya. Orang tua tersebut terus di bawah ke istana untuk di bicarakan... setelah mengaku bersalah Tuan gabenor pun mengambil keputusan supaya dia di penjara buat seketika untuk memberi pengajaran kepadanya. Sambil beliau berkata :

"Memang benarlah bahawa kamu ini adalah salah seorang yang telah di sabdakan oleh baginda Rasulullah saw dalam hadisnya yang berbunyi :

"Tanda-tanda orang munafiq itu ada tiga : "Bila berkata-kata dia dusta, bila berjanji dia ingkari dan bila di beri amanah dia khianat !"...maka balasan untuk orang seperti kamu ini ialah penjara di dunia dan neraka di akhirat !".

Mendengar yang demikian orang tua tadi menjerit-jerit meminta maaf dari Juha dan juga dari Tuan Gabenor moga di ampunkan kesalahannya...dan dia benar-benar bertaubat : "Maafkanlah aku ! maafkanlah aku ! aku bertaubat dan aku berjanji tidak akan berlaku khianat lagi !

Dicatat oleh Ummu HannaN di 10:27:00 PG 0 ulasan Pautan pada catatan ini E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook Label:kategori siri kisah lucu Juha Reaksi: yang lahir pasti mati (siri Lucu Juha) Setiap yang lahir mesti mati, betul tak??? kisah kali ni mungkin ada banyak istifadah yang dapat kita ambil, jangan sangka dalam gurauan Juha, tidak mengandungi hikmahnya...

Ade sekali tu Juha meminjam periuk besar dari jiran di sebelah rumahnya, selang beberapa hari Juha pun memulangkan periuk itu kembali berserta satu lagi periuk kecil yang diletakkan didalam pe riuk besar itu. Jiran yang melihat periuk kecil itu pun pelik lalu mengajukan soalan:

Jiran : Periuk kecil ini datang dari mana??? Juha : ooo, periuk kecil ini adalah anak si periuk yang besar ni, periuk inilah yang melahirkannya.. Jiran : ????? tercengang

Tapi dah rezeki di depan mata, jiran tersebut mengambilnya tanpa memikirkan masa depan yang dia akan hadapi bersama Juha yang amat bijaksana, tanpa mengingkari kata-kata Juha yang tidak masuk dek akal itu.

Selang beberapa minggu, sekali lagi Juha meminjam periuk dari jiran tersebut. Jiran itu pun memberi tanpa segan silu, dan merasakan periuk itu boleh beranak lagi. Tetapi hari demi hari, Juha tidak juga memulangkan periuk itu. Jiran yang bengang ini pun pergilah berjumpa dengan Juha.

Jiran : Di manakah periukku yang kau pinjam tempoh hari? Mengapa tidak dipulangkan lagi kepadaku? Juha : ooo, periuk kamu itu telah mati. Jiran : aik, bagaimana periuk boleh mati? Juha : Senang saja, jika ia boleh beranak, mesti boleh mati, periuk itu mati ketika cuba melahirkan anaknya lagi... Jiran tersenyap tanpa mampu berkata apa-apa kerana dahulu dia hanya mendengar sahaja apa yang dicakap Juha tanpa menafikannya Dicatat oleh Ummu HannaN di 10:09:00 PG 0 ulasan Pautan pada catatan ini E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook Label:kategori siri kisah lucu Juha Reaksi: Ramadhan 40 hari?? (siri Lucu Juha) Menjadi rutin harian Juha pada bulan Ramadhan, dengan melontar seketul batu ke dalam sebuah tempayan untuk menunjukkan bilangan hari yang telah dia puasa. Nak jadikan cerita, pada suatu hari, perbuatan dia telahpun dilihat oleh anak perempuannya, oleh disebabkan tidak memahami apa kehendak ayah dia, budak perempuan ni pun mengambil segenggam batu dengan tangannya,lalu diisi ke dalam tempayan tersebut dengan menyangka perbuatnnya itu dapat membantu ayahnya.

Hari berlalu hari, adalah sehari tu, datang jiran sebelah rumahnya bertanyakan : Jiran : Berapa hari lagi ye kita nak raya?

Juha : Berapa hari lagi aku tak tahu, tapi berapa hari dh puasa, aku tahu.... Tunggu jap

Juha pun lantas pergi ke tempayan berikut, lalu mengira satu persatu batu yang ada di dalam tempayat tersebut sehingga menjangkau angka 120 biji. Timbul di fikiran Juha : " kalau aku bgthu angka ni, tentu mereka akan terkejut, takpelah aku kurangkan sampai 40 hari cukuplah " Kemudian juha pun keluar lalu memberitahu jirannya : Juha : Kita dah pose 40 hari lebih kurang la Jiran : "gelak " Juha : Aku tahu la, sebenarnya memang lebih drpad tu, Ramadhan ni mmg bulan yang panjang bg mereka2 yang berpuasa, aku tak tergamak untuk memberitahu angka yang sebenar, takut2 mereka terkejut... Dicatat oleh Ummu HannaN di 9:46:00 PG 0 ulasan Pautan pada catatan ini E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook Label:kategori siri kisah lucu Juha Reaksi: Membeli bangkai (siri Lucu Juha) Suatu hari Juha melihat budak-budak mempermain-mainkan seekor burung yang sudah mati. Boleh jual kepadaku burung itu? Tanya Juha. Burung sudah mati akan engkau beli, buat apa? Tanya budak-budak itu. Aku memang ingin memilikinya. . Kalau nak juga, sila beli. Kata budak-budak itu. . Juha membayar burung mati itu dengan harga satu dirham kemudian dibawanya pulang. Sesampainya di rumahnya, ibu hairan dan marah. Hai Juha! Buat apa kau bawa burung yang sudah jadi bangkai itu? Tanya ibunya. Ibu. Jika burung itu hidup, aku tidak sanggup mengeluarkan seratus dirham untuk membeli makanannya. Jawab Juha. Dicatat oleh Ummu HannaN di 9:42:00 PG 0 ulasan Pautan pada catatan ini E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook Label:kategori siri kisah lucu Juha Reaksi:

Kambing Ajaib (siri Lucu Juha)

Semasa remajanya, Juha pernah disuruh ke pasar oleh ayahnya untuk membelikan kepala kambing bakar. Dia pun pergi dan membeli satu kepala kambing bakar yang baik dan dibawanya pulang. Di tengah perjalanan, Juha berhenti dan membuka kepala kambing itu, lalu dimakannya kedua-dua matanya, kedua-dua telinganya, lidahnya dan otaknya. Kemudian sisanya yakni tengkorak- tengkoraknya dibawa pulang dan diserahkan kepada ayahnya.

Sudah tentu ayahnya sangat terkejut kerana kepala tersebut sudah kosong dan bahagian-bahagian lainnya juga hilang. Celaka kamu, apa ini? Kata ayahnya.. Itulah kepala yang ayah minta. Jawab Juha. Mana kedua-dua matanya? Tanya ayahnya lagi.. Ia adalah kambing buta. Jawab Juha.. Mana kedua-dua telinganya. . Kambingnya tuli. Jawab Juha. Lidahnya juga tidak ada, ke mana? Tanya ayahnya. Kambing itu kelu agaknya. Jawab Juha. . Sampai pada otaknya juga tidak ada, ke mana? Kambingnya botak. Jawab Juha. Ayahnya tidak dapat menerima kepala kambing yang tidak sempurna itu kerana merasa rugi. Celaka engkau Juha. Sila kembalikan kepala kambing ini kepada penjualnya, dan tukar dengan yang lain. Kata ayahnya. .Pemiliknya telah menjual kambing itu tanpa sebarang cacat. Jawab Juha. Dicatat oleh Ummu HannaN di 9:39:00 PG 0 ulasan Pautan pada catatan ini E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook Label:kategori siri kisah lucu Juha Reaksi: unta minta upah? (kisah lucu Juha)

Suatu ketika Juha pergi keluar untuk membeli gandum. Setelah gandum dapat, lalu dinaikkan ke atas untanya untuk dibawa balik. Tiba-tiba unta yang dikenderainya lari dengan membawa gandum yang baru digiling itu. Setelah beberapa hari kemudian, Juha menjumpai untanya. Akan tetapi Juha mengelak daripada dilihat oleh untanya. Mengapa engkau menyembunyikan diri dari untamu? Tanya seseorang kepadanya. Aku khuatir unta itu meminta wang tambang kepadaku. Oleh kerana itulah aku bersembunyi daripadanya. Jawab Juha.***

Pada suatu musim haji, ayah Juha keluar ke Makkah untuk mengerjakan ibadah haji. Ketika ayahnya akan berangkat, Juha berpesan: Ayah jangan terlalu lama pergi. Usahakan ada di sini semula pada Hari Raya Aidil adha agar kita dapat menyembelih kurban bersama. Dicatat oleh Ummu HannaN di 9:36:00 PG 0 ulasan Pautan pada catatan ini E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook Label:kategori siri kisah lucu Juha Reaksi: Kubur di atas tanah (siri Lucu Juha) Suatu hari seorang jiran Juha meninggal dunia, maka Juha bertanggung jawab ke atas pengkebumiannya. Dia lalu pergi kepada tukang gali kubur untuk memesan sebuah kuburan. Akan tetapi terjadi pertengkaran antara Juha dan tukang gali kubur berkenaan dengan upah menggalinya. Tukang gali kubur meminta upah sekurang-kurangnya lima dirham, dan kalau tidak, dia tidak mahu menggali kubur. Juha tidak setuju akan bayaran sebanyak itu. Tiba-tiba dia pergi ke pasar membeli beberapa biji kayu papan dengan harga dua dirham dan dibawanya ke perkuburan..Buat apa kayu itu? Tanya orang ramai. .Tukang gali kubur tidak mahu menggali kuburan kalau tidak dibayar sekurang-kurangnya lima dirham. Aku beli papan ini dengan harga dua dirham sahaja. Aku akan tutup saja mayat jiranku itu dengan papan ini dan akan diletakkan di atas tanah perkuburan. Aku masih untung tiga dirham. Di samping itu, si mayat tidak terkena himpitan kubur dan terhindar dari pertanyaan Malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur. Dicatat oleh Ummu HannaN di 9:33:00 PG 0 ulasan Pautan pada catatan ini E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook Label:kategori siri kisah lucu Juha Reaksi: pekikan jubah(siri Lucu Juha)

Abul Hasan menceritakan pula bahawa seorang lelaki telah mendengar suara orang berteriak dan mengadu kesakitan di rumah Juha. . Aku mendengar suara pekikan di rumah tuan, apa gerangan? Tanya lelaki itu kepada Juha. Jubahku jatuh dari atas rumah. Jawab Juha. Err..hanya jubah jatuh pun

sampai terpekik-pekik? Engkau ini bodoh. Jika engkau sedang memakai jubah, dan jubah yang dipakaimu jatuh, bukankah engkau ikut jatuh bersamanya? Kata Juha. Dicatat oleh Ummu HannaN di 9:24:00 PG 0 ulasan Pautan pada catatan ini E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook Label:kategori siri kisah lucu Juha Reaksi: Belakang Bererti Hadapan (siri Lucu Juha)

Abu Bakar Al-Kalbi menceritakan pengalamannya ketika bertemu dengan Juha di Kufah. Ketika itu dia sengaja datang ke Kufah untuk pergi ke rumah hakim. Sesampainya di sana dia berjumpa dengan seorang syeikh sedang duduk berjemur di panas matahari. Wahai Syeikh! Di mana rumah tuan hakim? Tanya Abu Bakar Al-Kalbi kepada Syeikh itu.. Waraaka (di belakangmu). Jawab Syeikh itu. Maka Abu Bakar pun berpatah balik ke belakang untuk mencari rumah yang dimaksud. Subhanallah, mengapa engkau berbalik ke belakang? Tegur Syeikh itu tibatiba.. Tuan kata di belakangmu, jadi saya balik ke belakanglah. Jawab Abu Bakar.. Dengarlah saudara. Ikramah telah mengkhabarkan kepadaku dari Ibnu Abbas mengenai firman Allah .... Lalu Syeikh itu membaca surah Al-Kahfi, ayat 79 yang ertinya: Kerana di belakang mereka ada seorang raja yang mengambil setiap perahu dengan paksa. Ikramah berkata, Kata syeikh itu lagi. Di belakang mereka maksudnya di hadapan mereka. Barulah Abu Bakar Al-Kalbi faham bahawa rumah tuan hakim yang sedang dicarinya ada di hadapannya. Subhanallah...... Kata Abu Bakar kagum. Kemudian dia bertanya: Syeikh ini Abu siapa......? . Abul Ghusn. Jawabnya.. Nama yang sebenar? Tanya Abu Bakar lagi. . Juha. Jawabnya. *** Ubbad bin Suhaib juga menceritakan pengalaman yang sama dengan Abu Bakar Al-Kalbi ketika datang ke Kufah. Dia datang ke kota itu untuk mendengarkan tilawah Al-Quran dari Syeikh Ismail bin Abi Khalid. Ketika dia sedang tercari-cari tiba-tiba bertemu dengan seorang Syeikh sedang duduk-duduk. Wahai syeikh, di mana rumah Ismail bin Abi Khalid? Tanya Ubbad bin Suhaib. Terus ke belakang. Jawab orang tua itu. Jadi aku mesti berpatah balik? Tanya Ubbad. Aku cakap di belakangmu, mengapa mesti berpatah balik. Tuan cakap waraaka, bererti kan di belakangku. Kata Ubbad bin Suhaib. Bukan begitu. Ikramah telah mengkhabarkan kepadaku tentang firman Allah Wa kana wa raahum, maksudnya di hadapan mereka. Ubbad kagum akan kecerdikan orang tua itu..Siapa nama

tuan? Tanya Ubbad.. Nama saya Juha. Jawab orang tua itu. *** Dicatat oleh Ummu HannaN di 9:18:00 PG 0 ulasan Pautan pada catatan ini E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook Label:kategori siri kisah lucu Juha Reaksi: Siapa Juha pelawak dalam cerita Arab? (Siri Lucu juha) Juha Al-Kufi Al-Fazzari, juga dikenali sebagai Abul Ghusn adalah seorang yang terlalu pelupa dan lurus walaupun cerdik, sehingga perjalanan hidupnya banyak yang aneh. Ibunya adalah khadam kepada ibu Anas bin Malik, sahabat Nabi SAW. Al-Jauhari di dalam kitab menamakannya Juha. Pengarang kitab Al-Qamus mengatakan bahawa Juha adalah gelarannya, sedang namanya yang sebenar adalah Dajin bin Thabit. Akan tetapi Ibnu Hajar di dalam kitab Lisanul Mizan menafikan bahawa Juha adalah Dajin bin Thabit. Selain Juha Al-Kufi yang berbangsa Arab ini, ada lagi orang bernama Juha, tapi berasal dari Turki. Sehingga kadang-kadang kisah kedua-dua Juha itu bercampur. Dicatat oleh Ummu HannaN di 9:08:00 PG 0 ulasan

Anda mungkin juga menyukai