Anda di halaman 1dari 16

(TEMPLET TUGASAN : VERSI BAHASA MALAYSIA) (MUKA SURAT HADAPAN)

FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN



SEMESTER JANUARI 2014


ABST 1103
SIRAH NABAWIYYAH DAN AKHLAK






NO. MATRIKULASI : 840920125351001
NO. KAD PENGENALAN : 840920125351
NO. TELEFON : 0198414754
E-MEL : roshidi_okim@oum.edu.my
NAMA TUTOR : MUHD ZULHILMI BIN HARON
PUSAT PEMBELAJARAN : SABAH LEARNING CENTRE




ABST 1103 ( SIRAH NABAWIYYAH DAN AKHLAK )

1

ISI KANDUNGAN





BIL. PERKARA
MUKA
SURAT
1.0 Pengenalan 2
2.0 Sejarah Aktiviti Keusahawanan Baginda SAW 2
2.1. Mengembala kambing 3
2.2 Berniaga bersama bapa saudaranya Abu Talib ke negeri Syam. 3
2.3. Berniaga di pasar-pasar sekitar kota Makkah 4
2.4. Nabi Muhammad S.A.W menjalankan usaha perniagaan Khadijah 5
3.0
Signifikan Kemahiran Keusahawanan Dipupuk Terhadap Baginda Sebagai
Seorang Rasul Yang Menyebarkan Risalah Islam
5
3.1. Proaktif dan Kreatif 6
3.2. Optimis Dan Bertawakal Kepada Allah SWT 6
3.3. Akhlak mulia 7
3.4. Keikhlasan

8
4.0 Faktor-Faktor Yang Melonjakkan Keunggulan Baginda Sebagai Seorang
Usahawan Dan Pendakwah Yang Berjaya Berserta Contoh Pencapaian Baginda
Berasaskan Sirah Baginda SAW
8
4.1. Siddiq 8-9
4.2. Amanah 10
4.3. Tabligh 11
4.4. Fatanah

12

5.0 Kesimpulan

14

Rujukan 15
ABST 1103 ( SIRAH NABAWIYYAH DAN AKHLAK )

2


1.0. PENGENALAN
Sama ada kita sedar ataupun tidak, orang Islam sering terlupa, Rasulullah SAW adalah
seorang ahli perniagaan yang berjaya pada zamannya. Ini kerana kita sering menyempitkan
pandangan kita pada baginda. Kita hanya melihat Rasulullah SAW sebagai pemimpin agama
semata-mata.Kita juga lebih banyak mengetahui kisah hidupnya selepas beliau diangkat menjadi
rasul. Padahal, contoh-contoh pada dirinya yang perlu kita ikuti wujud sejak beliau kanak-kanak,
remaja dan sehingga dewasa. Sebelum diangkat menjadi rasul, nabi menunjukkan peribadi yang
menandakan beliau bakal menjadi manusia terpenting dalam sejarah dunia.
Perniagaan adalah perkara yang penting dalam Islam, malah menjadi satu terminologi
yang sering disebut dalam al-Quran, firman Allah SWT:
Ep) 4g~-.- ]OUu-4C =U4-g
*.- W-ON`~4 E_OUO-
W-OE^4 Og`
_4L^~Ee4O -4O LO41g^E4N4
]ON_O4C LE4OO_g` }- 4OO+l>
^g_
Sesungguhnya orang-orang Yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan
sembahyang serta mendermakan dari apa Yang Kami kurniakan kepada mereka, secara
bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan Yang demikian) mengharapkan
sejenis perniagaan Yang tidak akan mengalami kerugian;(Faathir:29).
Kenapa Allah menyebut perniaagaan dan bukan pekerjaan? Kerana perniagaan itu ialah sesuatu
yang menguntungkan dan memerlukan usaha tulang empat kerat kita sendiri. Dan boleh juga
merugikan sekiranya tidak dijalankan dengan betul.

2.0. SEJARAH AKTIVITI KEUSAHAWANAN BAGINDA SAW.
Rasulullah SAW mula menceburi dunia perniagaan dalam usia yang muda, Baginda telah diajar
oleh bapa saudaranya Abu Talib untuk menjalankan perniagaan. Asas keusahawanan baginda
ABST 1103 ( SIRAH NABAWIYYAH DAN AKHLAK )

3

juga disandarkan dengan kemulian akhlak baginda. Berikut adalah sejarah aktiviti perniagaan
baginda SAW.


2.1. Mengembala kambing
Rasulullah SAW tidak mewarisi sedikit pun harta daripada bapanya Abdullah. Malah, semasa
hidup bersama Halimah Al Sadiyah di perkampungan Bani Saad, Rasulullah SAW sudah pun
menggembala kambing bersama anak Halimah untuk mencari rezeki meringankan tanggungan
keluarga Halimah yang ramai. Bahkan, apabila baginda kembali ke Makkah pun, baginda masih
lagi menggembala ternakan penduduk Mekah untuk meringankan beban pak ciknya yang
mempunyai keluarga yang besar.
Pekerjaan menggembala kambing menumbuhkan sifat-sifat positif dalam diri baginda, seperti
sifat tanggung jawab, lemah lembut, penuh perhatian dan kewaspadaan. Sejumlah sifat yang
harus dimiliki oleh setiap penggembala agar ia dapat menjaga ternakannya dengan baik. Ini
adalah merupakan kehendak Allah SWT dan juga sebahagian dari rancangan-Nya yang tersusun
bagi baginda, agar pada masa akan datang baginda mampu memikul tanggung jawab sebagai
pembawa risalah. Dan pekerjaan menggembala kambing merupakan pendidikan Allah SWT bagi
sebahagian besar para Rasul, sebagaimana sabda Beliau :


"Tidak ada seorang nabi pun melainkan ia pernah bekerja menggembala kambing".

2.2. Berniaga bersama bapa saudaranya Abu Talib ke negeri Syam.
Abu Talib seorang ahli perniagaan. Ketika Rasulullah SAW . berumur 12 tahun, Abu Talib dan
kafilahnya berangkat ke Syam. Dia lalu menyampaikan hajatnya itu kepada Abu Talib. Abu
Talib pada mulanya keberatan kerana Rasulullah SAW baru berusia 8 tahun, sedangkan
perjalanan dagang itu amat jauh. Abu Talib khuatir jika Muhammad tidak berdaya menanggung
kepayahan perjalanan itu dan kerana kesungguhan Rasulullah SAW memujuk pak
ciknya,baginda pun dibawa bersama ke Syam.
ABST 1103 ( SIRAH NABAWIYYAH DAN AKHLAK )

4

Semasa dalam perjalanan,kafilah dagangan telah berhenti rehat di tempat bernama Busra di
negeri Syam. Di tempat itu tinggal seorang rahib bernama Buhaira di satu tempat ibadat Nasrani.
Buhaira antara paderi yang dihormati dan dikenali dengan kealiman dan ketinggian ilmu
agamanya. Dan adalah menjadi adat penduduk kawasan tersebut memuliakan tetamu yang
berhenti rehat, lalu Buhaira melayan kafilah Abu Talib sebagai tetamunya.
Buhaira telah mengadakan jamuan makan untuk tetamunya itu. Buhaira mendapati ada bayang
yang memayungi Rasulullah SAW . Bayang itu mengikuti kemana sahaja baginda berjalan. Lalu
Buhaira mendapat ilham bahawa itu adalaha tanda kenabian. Lalu Buhaira menjemput kesemua
ahli kafilah ke majlis jamuannya.
Buhaira menyuruh mereka membawakan Rasulullah SAW ke majlisnya, setelah baginda dibawa
kepadanya, Buhaira telah mendudukkan baginda di sebelahnya dan melayannya dengan baik.
Buhaira telah bertanya kepada baginda tentang banyak perkara, perkara khusus dan umum.
Rasulullah SAW menjawab pertanyaan Buhaira dengan tenang. Buhaira gembira dengan
jawapan yang diberikan Rasulullah SAW . Maka benarlah dengan apa yang diketahuinya tentang
kenabian yang akan muncul dari keturunan Ismail bin Ibrahim, sebagaimana yang terdapat pada
belakang baginda dan cop kenabian akhir zaman pada belikat baginda.
Buhaira berpesan kepada Abu Talib: Bawalah anak saudaramu ini pulang ke negerinya, dan
hendaklah engkau mengawasinya daripada golongan Yahudi. Demi Allah, jika golongan melihat
Muhammad, mereka akan mengenalinya, Yahudi akan berbuat jahat terhadap anak saudaramu
itu kerana anak saudaramu itu seorang utusan agung. Bersegeralah kamu membawanya
pulang.
Lalu Abu Talib pun segera membawa Rasulullah SAW pulang ke Makkah. Berlalu beberapa
tahun sehinggalah baginda meningkat remaja. Sebagai anak yatim piatu, baginda melakukan
semua kerja yang boleh dilakukannya sendiri tanpa terlalu mengharapkan ihsan Abu Talib.

2.3. Berniaga di pasar-pasar sekitar kota Makkah
Selain berniaga di luar kota Makkah, Rasulullah SAW turut melakukan aktiviti perniagaannya di
pasar-pasar sekitar kota Makkah, antaranya pasar al -`Ukaz dan zu al-Majaz. Baginda gigih
mengusahakan perniagaannya terutamanya ketika kota Makkah dikunjungi oleh seluruh manusia
pada musim-musim haji.
ABST 1103 ( SIRAH NABAWIYYAH DAN AKHLAK )

5

Rasulullah SAW telah mengusahakan perniagaan sendiri serta berkongsi dengan seorang
saudagar kecil bernama As-Saaib bin Abi As-Saaib. As-Saaib seorang peniaga yang baik, jujur
dan amanah. Baginda pernah berkata:Rakan kongsi yang paling baik ialah as-Saaib. Dia
termasuk dikalangan mereka yang dijinakkan hati dan beliau lebih baik setelah memeluk
Islam. Inilah pekerjaan nabi sehingga baginda berusia lebih dua puluh tahun.

2.4. Nabi Muhammad S.A.W menjalankan usaha perniagaan Khadijah
Siti Khadijah Khuwailid adalah seorang pedagang dan wanita kaya daripada suku Abdul Uzza
bin Qusai bin Kilab. Apabila beliau mendengar berkenaan Muhammad bin Abdullah, kejujuran
baginda dan peribadi baginda yang mulia. Siti Khadijah menawarkan kepada Rasulullah SAW
menguruskan perniagaannya di Syam. Rasulullah SAW juga ditemani oleh Maisarah, salah
seorang pekerja Siti Khadijah. Sepanjang perjalanan pelbagai perkara pelik dan menggagumkan
berlaku. Maisarah juga berasa selesa dengan sifat mesra, kasih sayang dan lemah lembut
baginda. Lebih menambahkan rasa pelik itu, Maisarah merasai awan menanungi perjalanan
mereka daripada cahaya matahari.
Apabila sampai ke Syam, semua dagangan yang dibawa oleh Rasulullah SAW . habis dijual.
Baginda membeli pula barangan untuk didagangkan di Makkah. Orang-orang suruhan Khadijah
juga menyaksikan cara baginda. melayan pembeli-pembelinya. Mereka dilayan dengan lemah
lembut dan tutur kata yang manis. Mereka juga menyaksikan timbang dan sukat yang dibuat oleh
Rasulullah SAW betul dan tepat. Orang-orang suruhan Khadijah itu amat gembira melihat semua
itu.
Kepulangan Rasulullah SAW yang berdagang ke Syam itu membawa keuntungan besar. Belum
pernah perniagaan Khadijah memperolehi keuntungan seperti itu. rombongan Nabi Rasulullah
SAW amat gembira dengan kejayaan kali ini.Hati Khadijah mula tertarik mahu mengenali
baginda, ditambah pula cerita daripada Maisarah. Segala pengalaman Maisarah dengan baginda
diceritakan sepanjang perjalanan menambahkan lagi rasa kagum padanya.

3.0. SIGNIFIKAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DIPUPUK TERHADAP BAGINDA
SEBAGAI SEORANG RASUL YANG MENYEBARKAN RISALAH ISLAM

ABST 1103 ( SIRAH NABAWIYYAH DAN AKHLAK )

6

Keunikan yang terdapat dalam sistem keusahawanan Islam yang dipupuk terhadap
Rasulullah SAW disebabkan ia bukan hanya berasaskan kepada teori ekonomi ciptaan manusia
semata-mata sebaliknya ia diadunkan dengan wahyu. Melalui kombinasi kedua-dua elemen
tersebut ia membentuk disiplin keusahawanan yang bercirikan Islam dan menjadi panduan dan
peraturan kepada hidup manusia untuk berinteraksi sesama manusia dan juga Penciptanya.
Secara tidak langsung ia juga dapat membentuk Rasulullah SAW dalam menyampaikan risalah
dakwah islam yang akan disampaikan oleh baginda. Berikut ialah antara kemahiran
keusahawanan baginda :

3.1. Proaktif dan Kreatif
Seorang usahawan perlu bersikap proaktif dan berpandangan jauh ke hadapan. Rasulullah SAW
sebagai contoh, merupakan seorang yang bersifat proaktif apabila setiap langkah tindakannya
sangat jauh ke hadapan sehingga menjangkau pemikiran manusia biasa. Sikap proaktif ini boleh
kita lihat apabila baginda telah mengadakan aktiviti pernigaan di tempat yang strategik seperti
pasar-pasar di Kota Makkah yang merupakan tempat tumpuan orang ramai terutama pada musim
haji.Hubungan perniagaan merupakan permulaan kepada hubungan silaturahim dan penyebaran
dakwah baginda sehinggakan hubungan tersebut membawa kepada termeterainya perjanjian
Aqabah pertama dan kedua sebagai persediaan sebelum baginda dan umat Islam berhijrah ke
Madinah. Justeru itu, seorang usahawan perlu berfikiran kreatif dalam mengendalikan
perniagaan. Seorang usahawan perlu kreatif terutama semasa melakukan perubahan atau
pembaharuan dalam pemasaran barangan agar lebih baik daripada barangan yang dikeluarkan
oleh para pesaing.
Contohnya pada masa kini, kemudahan internet adalah salah satu platform didalam pemasaran
dan juga dalam penyampaian dakwah islamiah. Kemudahan internet telah membawa manusia ke
satu dunia baru tanpa sempadan. Perkenalan antara satu dengan yang lain boleh berlaku tanpa
perlu berjumpa dan dengan internet pemasaran barangan berlaku dengan pantas serta juga boleh
digunakan sebagai medium dakwah yang terbaik.

3.2. Optimis Dan Bertawakal Kepada Allah SWT
Rasulullah SAW bersikap optimis dan selalu bergantung harap hanya kepada Allah SWT dalam
setiap usaha atau pekerjaan yang baginda lakukan. Sikap memandang jauh ke hadapan dengan
ABST 1103 ( SIRAH NABAWIYYAH DAN AKHLAK )

7

sangkaan baik atau positif akan mendorong seseorang bertindak dengan yakin. Rasulullah
SAW tidak pernah berputus asa dengan setiap tindakan kaum yang memusuhi baginda, biarpun
baginda dihina namun usaha serta sikap optimis baginda dalam menyampaikan dakwah tetap
diteruskan. Ciri-ciri tersebut telah dibentuk oleh Allah SWT secara tidak langsung daripada
kemahiran berniaga Rasulullah SAW .
Dalam Islam, setiap usaha hendaklah dimulakan dengan niat atau keazaman dan ganjarannya
tertakluk kepada apa yang telah diniatkan oleh seseorang. Usaha dan tawakal juga mempunyai
peranan dan pengaruh yang besar dalam meraih kejayaan dan keuntungan terutama dalam
perniagaan yang diusahakan.
O/j_4l4C W-O+lE-^O-
W-OOOOOE4 }g` E-cONC
gO1=4 4 W-OOO4*uCW> }g`
^EuO *.- W +O^^) 4*uCW4C
}g` ^EuO *.- ) NO^-
4pNOg^- ^g_
Wahai anak-anakku! pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya
(Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah.
Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum Yang
kafir".(Yusuf : 87)

3.3. Akhlak mulia
Rasulullah SAW merupakan contoh tauladan umat sebagaimana ajaran Islam yang dibawanya.
Rasulullah SAW dikenali sebagai ahli perniagaan yang terulung kerana kejujuran, kemulian dan
amanahnya baginda di dalam urusan perniagaan sehinggakan baginda diberi gelaran Al-Amin.
Dengan keagungan dan kemuliaan sifat Rasulullah SAW, baginda juga terkenal sebagai seorang
ahli perniagaan yang beretika.
Baginda Rasulullah SAW telah diriwayatkan sebagai seorang ahli perniagaan yang sentiasa
memberi senyuman kepada pelanggan dan meletakkan harga jualan yang sama kepada semua
pelanggan yang hendak membeli barangan yang sama. Keistimewaan yang dimiliki Baginda ini
membuatkan setiap perniagaan atau jualannya sentiasa laris dan mendapat keuntungan yang
besar. Perkara ini telah diakui oleh pekerja Saidatina Khadijah iaitu Maisarah.
ABST 1103 ( SIRAH NABAWIYYAH DAN AKHLAK )

8

Rasulullah SAW juga adalah sebaik-baik dan semulai-mulia rasul kerana akhlak baginda ialah
akhlak Al-Quran itu sendiri. Tiada keindahan dan kemuliaan akhlak yang lebih baik daripada
keindahan akhlak Al-Quran. Allah SWT berfirman :
El^^)4 _O>E -U7= 1g4N
^j
dan Bahawa Sesungguhnya Engkau mempunyai akhlak Yang amat mulia.( Al-Qalam : 4)

3.4. Keikhlasan.
Ikhlas dikaitkan dengan niat atau dorongan di dalam melakukan sesuatu. Ini biasanya dikaitkan
dengan naluri semula jadi manusia yang menjadi asas budi pekerti umum. Di dalam Islam, kita
mengamati secara halus niat yang mengiringi setiap gerak laku manusia dan juga
perasaan yang menyelubungi.
Bagi Islam, nilai sesuatu perbuatan itu pada asasnya terhenti kepada tabiat dorongan atau niat
yang mencetuskan perbuatan itu. Malahan segala kelazatan nikmat yang diingini oleh nafsu jika
disertakan dengan niat yang baik maka ia bertukar menjadi amalan yang bertujuan mendapat
pahala dari Allah. Nilai faedah atau pahala yang diperoleh dari suatu amalan yang baik akan
berlipat ganda jika ia dilakukan dengan penuh ikhlas. Sebuah hadis Nabi Muhammad berbunyi,
"Ikhlaslah terhadap agamamu, cukup bagimu amalan yang sedikit"
Di dalam perniagaan, keikhlasan boleh diterapkan di dalam tugasnya sebagai 'pemberian
perkhidmatan' kepada pengguna. Jika peniaga berazam untuk memberikan perkhidmatan yang
terbaik kepada pengguna atas niat mendapatkan keredaan Allah sudah pasti bukan saja
perniagaannya akan bertambah maju dan berkembang disebabkan oleh sikap kita amat baik
kepada pelanggan tetapi juga kita akan memperoleh pahala berlipat ganda.
Di dalam falsafah perniagaan Barat pelanggan itu adalah raja. Berasaskan kepada akhlak Islam,
pelanggan itu bukan lagi raja. Allah adalah Raja yang mutlak yang melihat dan yang mengetahui
apa yang kita lakukan. Jika kita memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dengan niat
untuk mendapatkan keredaan atau balasan dari Allah, pastinya kita akan lebih bersikap murni
kepada pelanggan. Menganggap sebagai raja boleh dilakukan secara hipokrit hanya di hadapan
pelanggan saja. Bersikap baik terhadap pelanggan dengan niat untuk mendapat keredaan Allah
menjadikan kita bersikap baik sepanjang masa terhadap pelanggan kerana kita menyedari
bahawa Allah sentiasa mengawasi kita sepanjang masa.
ABST 1103 ( SIRAH NABAWIYYAH DAN AKHLAK )

9







4.0.FAKTOR-FAKTOR YANG MELONJAKKAN KEUNGGULAN BAGINDA
SEBAGAI SEORANG USAHAWAN DAN PENDAKWAH YANG BERJAYA
BERSERTA CONTOH PENCAPAIAN BAGINDA BERASASKAN SIRAH BAGINDA
SAW

4.1. Siddiq
Perkataan siddiq membawa maksud benar. Rasulullah SAW seorang usahawan yang jujur
dan benar.Sifat ini lahir hasil pancaran keimanan dan ketakwaan baginda. Bersikap benar
mestilah meliputi niat, perkataan, tingkah laku dan tindakan dalam melaksanakan tanggungjawab
serta tugas. Kejujuran baginda diketahui umum sehingga seluruh kaum Makkah memanggil
baginda sebagai al-siddiq dan al-amin. Reputasi positif seorang usahawan penting terutamanya
bagi menarik kepercayaan pembeli. Namun,dewasa ini seringkali kita melihat di dada-dada
akhbar bagaimana pengguna merasa tidak puas hati terhadap sesuatu produk. Contohnya
perniagaan menang dan gores. Ketidakpuasan ini timbul disebabkan ramai pengusaha tidak
mengamalkan prinsip siddiq di dalam memasarkan produk mereka sehingga sanggup menipu dan
merasuah asalkan jualan mereka laris dan habis dijual. Oleh itu bagi seseorang usahawan Muslim
pendekatan pemasaran secara siddiq perlu dilaksanakan dan dipraktiikan di dalam perniagaan
mereka. Contohnya seseorang usahawan Muslim mesti berani mengakui kelebihan dan
kelemahan yang wujud pada produknya, memberitahu pengguna tentang kualiti dan standard
sesuatu produk dengan tidak ada perasaan prejudis. Jelas sekali disini prinsip siddiq ini amat
relevan dengan usahaan Muslim kerana ia akan membezakan seseorang usahawan Muslim
dengan seseorang usahawan konvensional yang banyak tipu muslihatnya demi mengaut
keuntungan berlipat kali ganda sehingga mengabaikan konsep memaksimumkan pahala. Sesuai
dengan firman Allah yang bermaksud;
ABST 1103 ( SIRAH NABAWIYYAH DAN AKHLAK )

10

Ep) -.- NON`4C ;E^)
^}=O;Oe"-4 ^<.4-C)4 OgO
_.O^- _OeuL4C4 ^}4N
g7.4=E^- @OE:4^-4
+/^4l^-4 _ 7Og4C
:^UE ]NO-EO> ^_
Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan
kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan Yang keji dan
mungkar serta kezaliman. ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya
kamu mengambil peringatan mematuhiNya. ( Al-Nahl: 90 )
Ayat di atas menceritakan keadilan yang disarankan oleh Allah kepada manusia dalam
proses mencapai pemaksimuman pahala tanpa mengira pangkat dan kedudukan. Ini membawa
maksud berani menyatakan yang benar dan tidak berbohong ketika melakukan pemasaran barang
dan perkhidmatan bagi memastikan keadilan itu wujud dalam transaksi pemasaran barang dan
perkhidmatan. Kerabat yang dimaksudkan oleh Islam ialah hubungan atas dasar sesama Islam
dan bukan bermaksud kroni ataupun hubungan atas dasar kekeluargaan kerana setiap orang Islam
itu bersaudara dan mesti saling tolong menolong antara satu sama lain tanpa mengira warna,
kaum,bangsa, kedudukan, pangkat, dan sebagainya. Jelas sekali objektif sesuatu pemasaran
adalah untuk mencapai kepuasan yang maksimum dengan memaksimumkan keuntungan. Ini
merupakan objektif pemasaran yang dilaksanakan oleh sistem pengurusan sekular. Maka tidak
hairanlah banyak negara di dunia ini hampir semua pemasaran perekonomiannya adalah
berasaskan keuntungan semata-mata sehinggakan sanggup mengabaikan kepentingan orang lain.
Namun dalam pemasaran Islam objektif seperti ini tidak wujud, sebaliknya memaksimumkan
pahala merupakan matlamat awal sesuatu pemasaran itu dilakukan. Melalui pemaksimuman
pahala ini, secara tidak langsung ia telah memenuhi tuntutan agama seterusnya memenuhi
tuntutan dunia melalui penciptaan keuntungan yang tidak terlalu tinggi dan tidak membebankan
orang lain.

4.2. Amanah
ABST 1103 ( SIRAH NABAWIYYAH DAN AKHLAK )

11

Perkataan amanah amat sinonim dengan perkataan jujur. Amanah juga merupakan satu
lagi pendekatan pemasaran secara Islam. Amanah yang dimaksudkan di sini adalah amanah
kepada Pencipta dengan mengakui tentang harta dan rezeki di dunia ini adalah milik-Nya. Selain
itu perkataan amanah ini bermaksud jujur dalam semua perkara. Seseorang usahawan Muslim
mesti percaya kepada konsep Ihsan di mana di bawah konsep ini kita percaya bahawa kita
melihat Allah sepertimana Allah melihat kita. Oleh itu jujur dalam menjual dan mempromosikan
sesuatu produk, jujur di dalam meletakkan harga, jujur di dalam mempamerkan barangan dan
jujur dalam semua perkara yang berkaitan perniagaan perlu di jana dalam diri usahawan Muslim
masa kini. Jika amalan ini dipraktikkan sepenuhnya sudah pasti amalan rasuah terhadap
penjualan dan pembelian sesuatu barang dapat dielakkan. Sejarah telah membuktikan bagaimana
Rasulullah yang digelar al-amin iaitu seorang yang jujur dalam perniagaan sehinggakan
masyarakat bukan Islam sendiri amat suka kepada keperibadian Rasulullah itu. Rasulullah juga
telah membuktikan bagaimana konsep mudharabah telah dipraktikkan di dalam sistem
perekonomian pada masa itu di mana Baginda telah berkongsi tenaga dan barang dengan
Saidatina Khadijah bagi menjalankan urusniagaan. Hasilnya keuntungan yang berlipat kali ganda
yang diperolehi oleh Rasullulah kesan prinsip al-amin yang di terjemahkan oleh Baginda di
dalam perniagaan diagihkan mengikut persetujuan dan prinsip mudharabah. Selain itu Allah
telah berfirman;
4 W-EOU7> 74O^`
7E4uO4 gC4:^)
W-O7;>4 .E_) O)
gO:+4^- W-OU4-g
LC@O ;}g)` 4O^` +EE4-
^e") +^4 4pOUu>
^gg
Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu Dengan
jalan Yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada
hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia
Dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya). (al-Baqarah: 188)
ABST 1103 ( SIRAH NABAWIYYAH DAN AKHLAK )

12

Ayat di atas ini pula menerangkan tentang larangan rasuah di dalam aktiviti kehidupan
manusia. Ini termasuklah juga dalam bidang pemasaran. Rasuah boleh menyebabkan masyarakat
berada dalam keadaan porak peranda seterusnya mendatangkan kesan buruk kepada agama,
bangsa dan negara. Oleh itu bagi memaksimumkan pahala di dalam aktiviti pemasaran perkara
yang berkaitan rasuah hendaklah dielakkan. Ini kerana rasuah mempunyai kesan rantaian bukan
sahaja terhadap seseorang tetapi juga keluarga dan keturunan.

4.3. Tabligh
Tabligh bermaksud menyampaikan sesuatu dengan ikhlas. Seseorang usahawan Muslim
itu perlu menyampaikan maklumat tentang produk keluarannya tanpa rasa tergugat dan riak.
Pemberian maklumat ini merangkumi kualiti, bahan-bahan, harga barangan, dan sebagainya.
Pemasaran secara 'tabligh' ini juga mestilah merangkumi semua perkara tanpa ada unsur
penipuan dan sebagainya lagi. Sebaliknya konsep 'ta'awun' (bekerjasama) perlu dipraktikkan.
Allah telah berfirman yang bermaksud;
W 4 W-O+^4E> O>4N ^e"-
p4;N^-4 _ W-OE>-4
-.- W Ep) -.- CgE-
g^- ^g
dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah
kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. dan bertaqwalah
kepada Allah, kerana Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa Yang
melanggar perintahNya). (al-Maidah: 2)
Rasulullah juga pernah bersabda;
Barang siapa yang di waktu petangnya merasakan kelelahan sebab kerja tangannya, maka di
waktu petang itulah ia terampun dosanya.(Hadis Tabrani dan Baihaqi)
Hadis di atas juga memberi motivasi kepada usahawan Muslim agar sentiasa bersyukur dan
ikhlas melakukan kerja kerana Allah dengan menggunakan tulangnya sendiri kerana keletihan
yang diperolehi itu dapat mengikis dosa-dosa sebelum ini. Ini akan memberi motivasi kepada
semua usahawan Muslim agar cuba menggunakan pendekatan pemasaran secara Islam dalam
ABST 1103 ( SIRAH NABAWIYYAH DAN AKHLAK )

13

aktiviti perniagaan mereka. Oleh itu masalah rasuah, pecah amanah, dan sebagainya lagi dapat
dihapuskan. Ini kerana di dalam jiwa manusia telah disemai semangat motivasi pemasaran secara
Islam yang menekankan aspek kejayaan di dunia dan akhirat.

4.4. Fathanah
'Fathanah' yang dimaksudkan di sini ialah bijaksana iaitu bijak di dalam menjalankan
perniagaan sehingga tidak melalaikan urusan akhirat. Bijaksana di sini juga bermaksud tidak
pernah putus asa dan kecewa sebaliknya mempunyai pemikiran yang positif terhadap sesuatu
perkara yang berlaku khususnya yang berkaitan perniagaan. Oleh itu usahawan perlu bijak di
dalam memasarkan produk mereka kepada pengguna dengan mengaplikasikan teknologi terkini
seperti internet dan media massa. Selain itu usahawan Muslim juga perlu sedar proses untung
rugi dalam perniagaan adalah lumrah bagi usahawan Muslim. Jika digabungkan prinsip 'siddiq,
amanah, tabligh dan fathanah' sudah pasti usahawan Muslim tersebut akan memperolehi untung
yang berlipat kali ganda bukan sahaja di dunia bahkan akhirat. Usahawan Muslim juga perlu
sedar bahawa selain menjaga hubungan mereka dengan Allah, hubungan mereka sesama manusia
iaitu pengguna, hubungan mereka dengan mahkluk lain juga perlu dijaga seperti tidak melakukan
pencemaran sampah, pencemaran udara dan pencemaran bunyi melalui pemasaran barang-
barang dan perkhidmatan mereka. Allah telah berfirman maksudnya;
~E}jO jgO)_U> E4OO_g` 4
77^O4 }4N @O^gO *.- g~)4
jE_OUO- g7.4-C)4 jE_OEEO-
4pOC 4`O4C CU^U4-> gO1g
COU^- NO=-4 ^@_
(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang Yang kuat imannya Yang tidak dilalaikan oleh
perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan
sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) Yang padanya berbalik-balik
hati dan pandangan. (An-Nur: 37)
Di dalam konteks ayat ini para pengusaha dan mereka yang terbabit di dalam aktiviti
pemasaran tidak boleh dilalaikan oleh kesibukan mereka mengurus dan memasarkan sesuatu
sehingga mengabaikan Allah dan menyebabkan seseorang itu tidak mampu mencapai pahala
yang maksimum. Apatah lagi di dalam menguruskan sesuatu perancangan, pelaksanaan dan
ABST 1103 ( SIRAH NABAWIYYAH DAN AKHLAK )

14

proses pemasaran, maka segala aktiviti yang melibatkan proses pengurusan pemasaran ini akan
terikat dengan hukum-hukum agama seperti halal-haram, makruh, harus, dan sebagainya lagi.
Oleh itu sebagai seorang Muslim yang bijak perlu mengetahui tentang tanggungjawabnya kepada
Tuhan. Di samping itu mereka juga perlu bijak di dalam memasarkan barangan yang diperlukan
oleh pengguna dan bukan berasaskan keuntungan semata-mata di mana di dalam pemasaran
Islam,barang daruriyyah (barang keperluan asasi) perlu dipasarkan dahulu berbanding barang
hajiyat (barang normal), kamaliat (barang selesa) dan tarafiyah (barang membazir).







5.0 KESIMPULAN
Keusahawanan secara Islam amat jarang dipraktikkan oleh usahawan Muslim masa kini. Ramai
usahawan Muslim tidak sedar bahawa pemasaran secara Islam akan menjamin kekayaan di dunia
dan akhirat. Sejarah Rasulullah sendiri telah membuktikan bahawa Baginda dan ramai sahabat
lagi telah berjaya menjadi usahawan Muslim yang disegani oleh masyarakat pada masa tersebut.
Namun konsep memaksimumkan keuntungan lebih dititikberatkan usahawan masa kini. Pelbagai
perkara tidak sihat dipraktikkan dalam amalan pemasaran perniagaan mereka. Rasuah,
menyembunyikan kos-kos tertentu daripada pengguna, menipu dan membohongi pengguna
melalui barangan yang ditawarakan serta sebagainya lagi jelas memperlihatkan kekotoran jiwa
usahawan masa kini. Oleh itu usahawan Muslim perlu bangkit dan melepaskan diri dari
kepompong ini dengan mempraktikkan pemasaran secara Islam sepertimana yang digariskan
oleh Rasulullah. Konsep siddiq, amanah, tabligh dan fathanah perlu dirangsangkan dalam
perniagaan usahawan Muslim masa kini bagi membezakan usahawan Muslim yang
berorientasikan Syariah dan usahawan konvensional yang berorientasikan materialistik dan
kepuasan semata-mata.


ABST 1103 ( SIRAH NABAWIYYAH DAN AKHLAK )

15












(3474 Patah Perkataan)


RUJUKAN
1. Abdul Sami, M. (1993). Perniagaan dalam Islam (Terj. Ahmad Haji Hasbullah). Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
2. Abu Mazaya, H. (2002). Sirah dan riwayat hidup Nabi Rasulullah SAW. Selangor: Al-
Hidayah Publisher.
3. Mohd. Radzi Othman & Ghafarullahuddin Din, (2005). Ekonomi Dalam Perspektif Al-
Qur'an dan Al-Sunnah. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.
4. Nik Mohamed Affandi N.M.Y, 2002. Islam and Business. Selangor: Pelanduk
Publications.
5. Mariam Abd Majid & Dr. Zulkefli Aini,(2010). Sirah Nabawiyyah dan Akhlak. Selangor:
Meteor Doc. Sdn. Bhd.
6. Tepati Janji,Ikhlas Tanggungjawab Tonjol sifat Muslim Sejati.(2008).[Online].
Available:https://groups.yahoo.com/neo/groups/SurauKampung/conversations/topics/166
7
7. Nabi Muhammad Sebagai Usahawan. [Online]. Available: https://sites.google.com/site /
oumkerja/home/semester-1-satu/fakulty/topik-7-nabi-muhammad-s-a-w-sebagai-
usahawan/ 7-4-akhlak-dan-ciri-usahawan-menurut-al-quran-dan-hadis

Anda mungkin juga menyukai