Anda di halaman 1dari 2

Nabi bina Masjid Quba atas dasar taqwa

SETELAH beberapa hari menempuh perjalanan jauh, akhirnya Nabi s.a.w. dan Abu Bakar As-Siddiq sampai ke Quba, sebuah
perkampungan di pinggir kota Madinah. Ketibaan Nabi s.a.w. disambut penduduk Quba sebagai tetamu istimewa, baginda
menjadi tetamu kepada seorang muslim bernama Kaltsum bin Adam. Di desa Quba itu Nabi s.a.w. berehat untuk
menghilangkan

letih

dan

penat

selama

beberapa

hari.

Selang beberapa hari, saidina Ali bin Abi Talib yang menyusul kemudian, telah tiba di Quba. Saidina Ali lewat sampai
beberapa hari dalam usahanya menyahut kewajipan hijrah ke Madinah,kerana melaksanakan tanggungjawab yang
diamanahkan kepadanya oleh Nabi s.a.w., untuk memulangkan harta benda, barang kemas dan wang dinar yang
ditumpangkan

oleh

penduduk

Makkah

di

rumah

Nabi

s.a.w..

Orang-orang Makkah yang selama ini merasa aman harta milik mereka dari gangguan, tetapi apabila Saidina Ali
memulangkan semua harta tersebut atas arahan Nabi Muhammad s.a.w., maka mereka merasa sedih atas kehilangan
orang yang sangat amanah. Tiada lagi orang yang sejujur Nabi s.a.w. untuk diamanahkan harta milik mereka, meskipun
sebahagian dari mereka belum beriman dengan ajaran yang dibawa oleh Nabi s.a.w., namun ketiadaan Nabi s.a.w. di kota
Makkah

adalah

suatu

kehilangan

yang

tiada

gantinya

bagi

mereka

yang

berkenaan.

Ketikaberada di kampung Quba, Nabi s.a.w. telah mengasaskan pembinaan sebuah masjid yang dikenali hingga kini
sebagai 'Masjid Quba'. Pembinaan masjid ini telah mendapat sanjungan dari Allah SWT sebagaimana yang dinyatakan
melalui

firman-Nya

yang

bermaksud:

"Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar taqwa (Masjid Quba), sejak hari pertama adalah patut kamu
bersembahyang

di

(Surah

dalamnya..."

At-Taubah

ayat

108).

Pembinaan masjid Quba dilakukan ketika Nabi singgah beberapa hari di kampung tersebut, Nabi s.a.w. mendahulukan
projek masjid berbanding dengan pembangunan lain. Ia membawa pengajaran kepada umatnya, bahawa pembinaan
tempat ibadat mesti diberi keutamaan. Agar kaum muslimin mendahulukan soal 'Hablun minallah', supaya kehidupan
manusia muslim mempunyai asas yang kukuh. Dengan memberikan keutamaan urusan mentaati Allah, akan mendorong
hubungan

sesama

manusia

akan

lebih

teratur.

Penduduk pinggir Madinah sangat berbesar hati apabila Nabi s.a.w. membina masjid di kampung mereka, sebuah masjid
yang diasaskan atas dasar taqwa serta mendapat sanjungan dari Allah SWT. Masjid tersebut akan menjadi pusat kesatuan
ummah,

yang

kehidupan

mereka

berlandaskan

kepada

ketaatan

kepada

Allah

SWT.

Bagaimanapun penduduk kampung Quba sedar bahawa Nabi s.a.w. tidak akan menetap lama di Quba. Para penduduk
Quba berusaha merayu Nabi s.a.w. agar sudi singgah dan bertamu ke rumah mereka, masing-masing saling menawarkan
khidmat dan layanan yang sebaik-baiknya. Ada yang memegang tali kekang unta Nabi yang sedang berjalan membawa
Nabi,

seolah-olah

mereka

tidak

membenarkan

Nabi

s.a.w.

meninggalkan

kampung

mereka.

Semua tindakan yang dilakukan oleh penduduk Quba itu bukan hendak menghalang perjalanan Nabi s.a.w., tetapi
menunjukkan bahawa kasih sayang mereka terhadap Nabi s.a.w. amat mendalam. Lalu Nabi bercakap kepada orang ramai
dengan sabdanya yang bermaksud: Berilah laluan kepada unta tunggangan saya ini, kerana unta ini melangkah atas
perintah Allah SWT untuk membawaku ke mana yang ia suka. Apabila unta ini berhenti, maka di situlah perintah Allah
SWT

kepadanya.

Sebagaimana penduduk Quba sayang kepada Nabi, maka demikian sebaliknya Nabi s.a.w. menyayangi mereka yang begitu
banyak memberi khidmat kepada baginda s.a.w.. Namun baginda tetap meneruskan perjalanannya ke Madinah, sebagai
destinasi hijrah yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Baginda mengikuti gerak langkah unta kenderaannya yang

melangkah tenang menuju matlamatnya. Langkah unta itu tidak berhenti selagi belum sampai ke destinasi hijrah yang
ditunjukkan

oleh

Allah

SWT.

Unta Nabi berjalan dilorong-lorong kota Madinah, hingga akhirnya sampai ke suatu tempat tanah lapang kepunyaan dua
orang anak yatim daripada keturunan bani Najjar. Apabila unta tersebut berhenti, Nabi s.a.w. bersabda: Di sinilah tempat
aku berhenti, Allah SWT menentukan unta itu berhenti di hadapan rumah Abu Ayub. Alangkah gembiranya Abu Ayub
setelah mendapati unta Nabi s.a.w. berhenti bertepatan di hadapan rumahnya, beliau segera menyambut baginda s.a.w.
dan

mengangkat

pelana

unta

Nabi

lalu

dibawa

masuk

ke

dalam

rumahnya.

Penduduk Madinah keluar beramai-ramai mengelilingi Nabi s.a.w. sebagai menzahirkan rasa gembira, kerana mereka akan
berjiran dengan Nabi s.a.w.. Penduduk Madinah menyatakan rasa kesyukuran dengan bernasyid beramai-ramai yang
berbunyi: "Nahnu Jiwarun min bani Najjar, ya Habba za Muhammadun min Jar" (Kami semua adalah jiranmu dari bani
Najjar,

alangkah

bertuahnya

kami

mendapat

jiran

baru

bernama

Muhammad).

Setelah mendengar rangkap-rangkap nasyid yang didendangkan serentak oleh kaum bani Najjar, lalu Nabi s.a.w. bertanya
kepada mereka: "Adakah benar-benar anda semua menyayangi aku? Mereka serentak menjawab: Ya, kami semua amat
menyayangi

Nabi

s.a.w..

Walaupun penduduk Madinah dari bani Najjar menyatakan kasih sayang mereka kepada Nabi s.a.w. dalam bentuk syair,
namun

Nabi

s.a.w.

menjawabnya

dengan

nada

biasa

dan

tidak

dalam

bentuk

syair.

Allah SWT tidak memberikan ilmu tentang syair atau pantun kepada Rasul-Nya, kerana seorang Rasul begitu serius dalam
melaksanakan tugas dakwah. Nabi tidak memerlukan syair, sebagaimana yang ditegaskan oleh firman Allah SWT yang
bermaksud:
"Dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya (Muhammad) dan bersyair itu tidaklah layak baginya. (Al-Quran) yang Kami
wahyukan kepadanya itu tidak lain melainkan nasihat pengajaran dan Kitab Suci yang memberi pengajaran."
(Surah

Yaa

Sin

ayat:

69).

Jika Nabi mempunyai kemahiran bersyair, dikhuatiri orang-orang akan menyanjung dan memuja Nabi s.a.w. kerana
keindahan susunan syairnya. Sedangkan Nabi adalah seorang Rasul Allah yang membawa ajaran yang benar, mengajak
manusia

untuk

kembali

kepada

Allah

dan

mencapai

keredhaan-Nya

semata-mata.

Nabi s.a.w. sampai ke Madinah pada tanggal dua belas Rabiul Awal tahun pertama hijrah. Allah SWT mentakdirkan tarikh
hijrah itu bersamaan dengan tarikh lahir Nabi s.a.w.. Tarikh dua belas Rabiul Awal sebagai tarikh hijrah Nabi s.a.w. itu
telah dicatatkan oleh Al-Mas'udi seorang ahli sejarah di dalam kitabnya berjudul "Murujuz Zahab" (Pulau-pulau Emas).

Anda mungkin juga menyukai