Anda di halaman 1dari 4

Pengirim membentuk idea.

Pengirim mengekodkan idea tersebut dalam satu


mesej. Maklum balas dihantar kepada pengirim. Mesej akan melalui saluran
komunikasi. Penerima medekodkan mesej tersebut
LINEAR INTERAKSIONAL TRANSAKTIONAL Proses komunikasi adalah satu hala
iaitu pengirim hanta mesej kepada penerima. (Shannon & Weaver, 1949) Proses
komunikasi dua hala antara para peserta komunikasi. Elemen yang penting ialah
maklum balas. Pengirim & penerima mesej akan saling memberi tindak balas
dalam bentuk verbal, bukan verbal atau kedua-duanya sekali. (Wilbur Schram,
1954) Pengiriman dan penerimaan mesej yang berlangsung secara berterusan
dalam satu episode komunikasi. Kedua-dua pengirim boleh menghantar dan
menerima mesej secara serentak
Kepentingan Kemahiran Berkomunikasi Dari Segi Hubungan Insan
(Kemasyarakatan) Kepentingan Kemahiran Dari Segi Akademik. Kepentingan
Komunikasi Dari Segi Kerjaya Apabila berinteraksi dengan orang lain, kita perlu
cuba menyelidiki mengapa seseorang memiliki tingkah laku yang tertentu.
Salah satu daripada konteks penting yang mempengaruhi tingkah laku
seseorang ialah aspek budaya. Kemahiran ini amat penting dalam hubungan
dengan pensyarah khususnya apabila berinteraksi dengan mereka untuk
menyiapkan tugas kursus. Mahasiswa perlu menguasai teknik penulisan
akademik, penulisan saintifik atau penulisan ilmiah untuk menyiapkan kerja
kursus yang diberikan oleh pensyarah. Anda mesti belajar menguasai cara
menulis surat lamaran pekerjaan yang baik. Dapat merangka curriculum vitae
yang menarik dan lengkap untuk diri anda. Anda hendaklah sentiasa beretika
ketika berkomunikasi.
Pesanan Verbal Pesanan yang disampaikan secara ringkas dan tersusun, bebas
daripada jargon dan tidak menimbulkan rintangan kepada pendengar. Pesanan
Paraverbal Pesanan yang sampai melalui nada, intonasi dan suara bukan apa
perkataan yang kita sebut. Pesanan yang disampaikan boleh diterima dengan
makna yang berbeza-beza jika disampaikan dalam nada dan intonasi yang
berbeza-beza. Pesanan bukan verbal Pesanan yang sampai melalui mimik muka
yang betul serta gaya yang sesuai.
Kunci utama untuk menerima pesanan secara berkesan adalah mendengar. Kunci
kemahiran mendengar termasuk memahami maksud verbal dan bukan verbal.
Kemahiran verbal adalah memberi perhatian kepada kata yang diucapkan dan
perasaan yang disampaikan melalui bahasa tubuh dan gerak gerinya. Kemahiran
bukan verbal adalah memberi pemerhatian fizikal kepada orang yang bercakap
dan sedar akan pesanan bentuk nonverbal orang yang bercakap 3 perkara
penting dalam komunikasi; Prapasa pesanan disampaikan secara ringkas
padat dan fokus. Refleksi perasaan pendengar memberi tumpuan kepada
perkataan diucapkan dan memahami perasaan yang diucapkan. Meringkaspendengar mengumpul semua buah fikiran utama yang disampaikan oleh
penyampai untuk menujukkan dia telah memahaminya.
KOMUNIKASI LISAN Komunikasi dengan kata-kata. KOMUNIKASI BUKAN VERBAL
Komunikasi bukan lisan. KOMUNIKASI BERTULIS Komunikasi melalui penulisan.

PERBENDAHARAAN KATA KELAJUAN Kemampuan mengolah kata dan


penguasaan perbendeharaan kata yang luas sangat penting dalam komunikasi.
Pemilihan perkataan yang tidak mempunyai erti jelas atau yang samar-samar
maksudnya boleh menimbulkan salah faham. Pengaturan kelajuan berbicara
yang baik (tidak terlalu cepat atau lambat) akan menyebabkan komunikasi lebih
efektif. INTONASI Kemampuan memberikan intonasi yang tepat dan betul pada
kata-kata yang dipilih akan mempengaruhi erti mesej. Maksud mesej akan
berbeza apabila diucapkan dengan intonasi yang berbeza. HUMOR Kemampuan
menyampaikan sesuatu mesej dalam bentuk humor dapat mengurangkan beban
penerima. Mesej tersebut akan menimbulkan suasana santai dan dapat diterima
baik oleh penerima. SINGKAT DAN JELAS Kemampuan menyampaikan isi mesej
secara singkat dan jelas yang terus kepada pokok masalah supaya senang
difahami akan menghasilkan komunikasi yang berkesan.
EKSPRESI WAJAH PANDANGAN MATA SENTUHAN GAYA TUBUH DAN GAYA
BERJALAN Ekspresi wajah dapat menyebabkan komunikasi menjadi berkesan
atau sebaliknya. Wajah sendiri merupakan sumber yang kaya dengan
komunikasi dan mencerminkan suasana hati & emosi seseorang. Ini
merupakan isyarat ilmiah untuk berkomunikasi. Dengan mengadakan
pandangan mata sewaktu berinteraksi bererti orang tersebut menghargai teman
bicaranya dengan kemahuan untuk memerhatikan. Beberapa mesej seperti
perhatian, sokongan emosi, kasih sayang atau simpati dapat diwujudkan dengan
sentuhan. Posisi tubuh dan gaya berjalan memperlihatkan ekspresi dirinya,
mencerminkan emosinya, konsep diri dan tahap kesihatannya.
GERAK ISYARAT PROKSEMIK ARTIFAK Isyarat seperti mengerakkan tangan dan
mengetukngetuk kaki ketika berbicara, sebagai bahagian keseluruhan
merupakan ekspresi keadaan seseorang. Ini adalah jenis komunikasi bukan
verbal yang berkaitan dengan penggunaan ruang. Penentuan jarak
bergantung pada tingkat keakraban antara komunikator. Kemungkinan besar
anda akan berdiri lebih rapat dengan seseorang yang anda kenali lama dari
seseorang yang baru anda kenal. Ini adalah bentuk komunikasi melalui
penggunaan pakaian, wangi-wangian, alat solek dan lain-lain. Contohnya:
Menitiskan air mata menandakan perasaan terharu. Menangis sebagai tanda
kecewa,sedih,kesal atau marah.
FAKTA Pandangan yang didapati dari teoti-teori, prinsip, falsafah dan ideologi
merupakan bahan yang dapat penulis ilmiah gunakan sebagai fakta. GAYA
Pengetahuan tatabahasa & keupayaan menggunakan perkataan yang tepat dan
sesuai serta olahan bahasa yang menarik dapat menghasilkan penulisan yang
berkesan. LARAS Laras adalah penggunaan bahasa mengikut bidangbidang
yang tertentu dan berdasarkan konteks dan situasi yang tertentu. Pengolahan
yang baik melibatkan penggunaan bahasa PENGOLAHAN secara
berkesan,menggunakan format dan bentuk penulisan yang
ringkas,padat,mengalir,bersinambungan dan bertaut. BAHASA Bahasa yang
digunakan ialah bahasa yang berasaskan prinsip-prinsip tatabahasa. Ia haruslah
mudah dibaca, difahami dan dinikmati.
Karangan berformat khusus Karangan berformat umum

SURAT RASMI MEMO EMEL TULISAN ILMIAH


KOMUNIKASI INTRAPERSONAL KOMUNIKASI INTERPERSONAL KOMUNIKASI
BERKUMPULAN KOMUNIKASI ORGANISASI KOMUNIKASI AWAM
KOMUNIKASI SILANG BUDAYA KOMUNIKASI BERASASKAN TEKNOLOGI
Bermaksud apabila berkomunikasi secara bersendirian tanpa melibatkan orang
lain. Semua ini berlaku dalam fikiran individu. Tujuan : i) Individu lebih
memahami kelemahan serta kelebihan dirinya sendiri. ii) Memperkuat emosi dari
segi pemujukan, penerimaan dan pembangunan diri.
Dua individu terlibat dan saling menghasilkan serta menafsirkan maklumat.
Tujuan; i) Bertujuan membina hubungan sosial atau mengukuhkan pertalian
silaturrahim. ii) Jalinan hubungan interpersonal yang terbina dapat membentuk
satu sistem sokongan sosial yang baik terutamanya dalam situasi apabila
individu menghadapi masalah.
Melibatkan lebih daripada dua orang individu. Komunikasi kumpulan kecil
boleh melibatkan kelompok sehingga 25 orang malah lebih lagi dalam satu
kumpulan besar. Ciri-cirinya ialah saiz kumpulan yang sesuai, tingkat interaksi,
peranan ahli, kesepakatan dan faham matlamat yang perlu dicapai.
Dalam sebuah organisasi terdapat kelompok kumpulan kecil yang bebas,
berwibawa dan berpusat di bawah suatu pemusatan kuasa yang lebih besar. Ia
lebih rumit kerana melibatkan jumlah yang sangat besar dan protokol yang
tertentu pula. Arah aliran komunikasi - Komunikasi atas bawah: melibatkan
pemakluman arahan, dasar, pengumuman serta tunjuk ajar daripada pihak
atasan kepada perigkat bawahan. - Komunikasi bawah atas: melibatkan pula
misalnya maklum balas, aduanm perbincangan daripada pekerja bawahan
kepada pihak atasan. - Komunikasi mendatar: lebih berbentuk pengecilan jurang
antara pekerja atasan dengan pekerja bawahan. Kaedah komunikasi ini sering
digunakan dalam sesebuah organisasi seperti lawatan dari satu jabatan ke
jabatan yang lain serta mesyuarat jawatankuasa.
Melibatkan komunikasi seorang komunikator dengan sejumlah besar pendengar
atau dengan rujukan lain sering disebut sebagai khalayak Bentuk-bentuk
pengucapan awam ialah pengucapan awam yang bersifat informatif dan
pengucapan awam yang bersifat persuasif. Jenis-jenis Pengucapan Awam Ucapan spontan: disampaikan tanpa sebarang persediaan. - Ucapan
ekstemporan: ucapan jenis ini kelihatan seperti ucapan spontan tetapi
sebenarnya pengucap telah bersedia terlebih awal dengan kandungan ucapan
dan sebagainya. - Ucapan manuskrip: dalam ucapan jenis ini penyampai
membaca manuskrip ucapan yang telah tersedia. Kaedah ini sering digunakan
oleh orang kenamaan seperi Perdana Menteri, Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong dan sebagainya. - Ucapan Hafalan: ucapan begini lazimnya
ringkas dan bertujuan untuk melayan khalayak. Ia lebih bersifat pengacaraan dan
sering kita dengar dalam majkis hari jadi, perpisahan dan sebagainya.
Merupakan komunikasi yang melibatkan individu daripada latar budaya yang
pelbagai. Halangan budaya bagi komunikasi silang budaya; - Bahasa atau

mesej lisan: perbezaan linguistik yang begitu ketara boleh menyulitkan sesuatu
komunikasi. - Bahasa atau mesej bukan lisan: terdapat budaya bangsa yang kaya
dengan bahasa bukan verbal. Hanya bangsa itu sahaja mengamalkan bahasa
verbal tersebut dan ini berbeza dengan budaya lain. - Kesan etnosentrisme:
etnorisme adalah kecenderungan seseorang melihat bangsanya sendiri lebih baik
dari bangsa lain. Ini mewujudkan pelbagai andaian negatif terhadap kelompok
suatu bangsa lain. - Sterotaip: kenyataan umum yang terbina melalui
pemerhatian ciri yang lazim terhadap sebilangan kecil kelompok suatu bangsa. Norma, resam & tuntutan moral: Kegiatan yang melanggar norma masyarakat
akan menerima risiko dikenakan hukuman undang-undang yang berat dan jugak
didiskriminasikan oleh masyarakat setempat, begitu juga apabila berlakunya
penyimpangan adat resam dan jika melanggar tuntutan moral.
Komunikasi berasaskan teknologi adalah suatu bentuk komunikasi yang mana
perantara utamanya ialah perkakas teknologi yang menjadi kegunaan utama
komunikasi manusia dewasa ini. Teknologi komunikasi telah berperanan dalam
hubungan antara pemerintah dan masyarakat. Misalnya dengan adanya laman
sosial Facebook dan Twitter, politikus lebih mudah didekati, dan rakyat lebih
mudah menyampaikan pandangan & kritikan.
Laras Biasa/umum: tidak menggunakan bahasa yang formal atau
istilah khusus kerana ia tiada kaitan dengan bidang ilmiah. Laras Ilmiah: bersifat
formal menggunakan istilah dan format mengikut bidang-bidang berkaitan. Laras
Agama: banyak mengandungi istilah agama kerana ia melibatkan wancana
agama. Laras Undang-undang: mempunyai larasnya yang tersendiri kerana
terdapat istilah-istilah perundangan yang khusus bagi bidang ini. Laras Sastera:
berbentuk puitis, dramatik, figurative, naratif dan deskriptif. Kadangkala ia tidak
mengikut hukum tatabahasa.
Halangan Persekitaran: komunikasi boleh terhalang sekiranya
keadaan persekitaran tidak sesuai atau tidak tenang. Halangan Sikap
Penghantar: penghantar yang bersikap negatif akan menghalang kelancaran
proses komunikasi dan memberi kesan kepada penerima mesej. Halangan Sikap
Penerima: penerima yang mempunyai sikap dan persepsi yang negatif terhadap
penghantar dan mesej yang dihantar akan menjejaskan keberkesanan
komunikasi. Halangan Bahasa: penggunaan bahasa yang tidak sesuai dengan
latar belakang, status, budaya, pemahaman, tahap pendidikan penerima serta
sebutan yang kurang jelas akan menjadi suatu halangan komunikasi berkesan.
Halangan maklumat Kurang Tepat dan Jelas: akan mengelirukan penerima.
Latar belakang penghantar dan penerima maklumat: Pengetahuan
mengenai perbezaan latar belakang seperti bangsa, bahasa, budaya, agama,
status dan tahap pendidkan mempengaruhi pilihan bahasa, gaya&cara
pertuturan serta penulisan yang bersesuaian agar apa yang hendak disampaikan
akan difahami. Mendengar dengan baik dan efektif: mendengar secara atentif di
dalam apa jua bentuk ineteraksi akan dapat menyumbang kepada komunikasi
berkesan. Bersikap positif: sikap yang positif dapat mewujudkan suasana harmoni
dan seronok yang membantu ke arah komunikasi lisan atau bertulis yang
berkesan.

Anda mungkin juga menyukai